Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Cara Tahu Kucing Bunting & Tanda Tanda Kucing Nak Beranak

Cara Tahu Kucing Bunting & Tanda-Tanda Kucing Nak Beranak | Memelihara kucing bukan setakat hanya beri makan minum dan tempat tidur. Pemilik kucing perlu beri lebih dari itu. Sebagai contoh, jika kalian pelihara itu kucing betina, perlu ingat yang kucing betina ini boleh hamil dan melahirkan anak-anak kucingnya kelak. 


Kucing hamil berapa bulan? 

Kucing beranak berapa lama?

Kucing beranak berapa ekor?


Berapa lama tempoh kucing hamil ini tidak sama dengan berapa lama manusia hamil. Kehamilan kucing betina sekitar 58 hingga 67 hari saja. 

Kehamilan kucing biasanya berlangsung tidak lama selepas proses mengawan. Tanda kucing mahu melahirkan dalam tempoh kehamilan kucing kira-kira 60 hari.

Tempoh berapa lama kucing beranak ini pula bergantung pada keadaan ibu kucing itu sendiri. Ada yang hanya memakan masa beberapa jam dan ada yang lebih panjang dari itu. 

Kucing juga boleh ada masalah ketika melahirkan seperti masalah beranak anak mati, anak kucing lekat ketika proses melahirkan dan lain-lain lagi. 

Kucing boleh beranak seekor saja dan ada kucing yang beranak sehingga 5 ekor. Jumlah kucing beranak berapa ekor ini tak menentu. 

cara-tahu-kucing-bunting
how to tell if a cat is pregnant

Tanda Awal Kehamilan Pada Kucing Betina (Cara Mula Tahu Kucing Bunting)

Tanda-tanda awal kucing sedang bunting (hamil mengandung) akan kelihatan pada beberapa tempat. Tanda-tanda ini boleh menjadi penunjuk kepada kita untuk tahu yang kucing kesayangan bakal 'memberi cucu' kepada pemiliknya. 

Antara tanda-tanda awal kehamilan kucing ini adalah seperti yang di bawah. 

1.  Kuat Tidur Lebih Lama Daripada 

Biasa kucing yang nak dekat beranak akan selalu tidur lebih lama daripada biasa. Tempoh kucing nak beranak ini tidur lamanya itu boleh sehingga 20 jam. 

Ada dikalangan pemilik kucing yang kadang-kadangnya salah anggap yang itu tanda kucing demam dan tidak sihat. Sedangkan itu merupakan salah satu tanda kucing nak beranak. 

Jika ini berlaku, jangan risau dan cemas. Bertenang dan bila si kucing kesayangan bangun berilah dia makan makanan berzat dan air bersih yang mencukupi.

2. Bahagian Perut Berubah Bentuk 

Pada bahagian perut bentuk seperti "keledai kecil". Jika diamati dari ujung kepala hingga ekornya, punggung kucing yang hamil akan tampak melengkung, dengan bagian perut yang sedikit membulat dan menggembung. 

Banyak kucing betina yang tubuhnya berubah bentuk seperti "keledai kecil" ini pada akhir masa kehamilannya. Jika kucing kalian mengalami kenaikan berat badan, seluruh tubuh kucing akan membesar termasuk pada bahagian leher dan kaki.

3. Perilaku Bersarang 

Kucing juga akan mondar-mandir mencari tempat yang tepat untuknya bersalin yang disebut dengan "nesting". Beberapa hari sebelum melahirkan, kucing akan mulai menunjukkan perilaku bersarang sebagai saat untuk menyiapkan kelahiran bayinya. Ini naluri semulajadi kucing. 

4. Puting Membesar

Sekitar 15 - 18 hari kehamilan, puting kucing betina akan berubah menjadi merah dan membesar. Air susu mungkin akan keluar dari dalamnya. Puting yang membesar juga merupakan tanda-tanda berahi, jadi ingatlah bahwa pembesaran puting bukan hanya tanda kehamilan.


cara-tahu-kucing-bunting


8 Tanda-Tanda Kucing Nak Beranak Yang Perlu Diketahui

Tanda kucing nak beranak Malaysia seperti yang di bawah. Boleh baca dan fahami tanda-tanda kucing yang sedang sarat bakal melahirkan ini supaya kalian tahu apa perlu dibuat saat menghadapinya.

1. Gelisah

Ibu kucing akan mula tunjuk simptom gelisah. Tidak boleh duduk setempat. Kejap bergerak ke situ dan kejap bergerak ke sini dalam keadaan mundar mandir. 

2. Sering Menjilat Tubuhnya 

Ibu kucing juga mula melakukan pembersihan pada bulu terutama di sekitar area alat kelaminnya.

3. Menjauhkan Diri

Kucing  betina yang hampir nak beranak akan mula menjauhkan diri ke tempat yang agak sunyi seperti bawah almari, dalam almari, bawah katil dan sebagainya. 

4. Mengeong  (Kontraksi)

Antara tanda-tanda kucing mau melahirkan ini adalah mengeong secara terus menerus. Selalunya kucing akan mengeong secara berterusan ini pada waktu semakin hampir dengan proses untuk melahirkan. Keadaan ini berlaku kerana kucing sudah mula mengalami kontraksi. 

Bungi ngeong kucing ini merupakan salah satu tanda untuk kalian segera menjauhkan kucing betina yang akan melahirkan itu jauh dari gangguan kucing jantan. 

Jangan biarkan kucing jantang dekat dengan ibu kucing yang melahirkan ini kerana kucing jantan akan mengganggu dan membawa lari anak kucing yang baru saja dilahirkan. 

Tak hanya bawa lari, ada kucing jantan ini yang akan memakan anaknya sendiri. Jauhkan kucing jantan daripada kucing betina yang mahu melahirkan merupakan salah satu pantang larang kucing bunting yang paling utama. 

5. Air Susu Kolostrum Keluar 

Semakin hampir hari untuk kucing nak beranak, puting si ibu kucing ini akan mengeluarkn cecair kolostrum. Cecair kolostrum ni berwarna kuning. 

Datangnya kelenjar susu ini menandakan hari untuk kucing nak beranak sudah sangat-sangat hampir. Kelenjar susu ini merupakan salah satu tanda bayi kucing akan keluar dari rahim ibunya pada masa yang terdekat.

6. Nafas Terengah-engah dan Denyut Jantung Lebih Cepat

Kondisi susah bergerak dan kontraksi yang dialami kucing, membuat nafas kucing terlihat semakin terengah-engah. 

Hal ini terjadi bersamaan dengan denyut jantung kucing yang semakin cepat dibandingkan biasanya. Sebab pada kondisi ini, biasanya janin sudah berpindah ke mulut rahim induk dan siap untuk proses kelahiran.

7. Nafsu Makan Berkurang

Tanda-tanda kucing mau melahirkan yang lain adalah nafsu makan kucing yang semakin berkurang. Biasanya hal ini terjadi karena faktor kondisi kucing yang semakin lemah dan susah bergerak. Sehingga kucing akan cenderung malas untuk mencari makan dibandingkan sebelumnya.

8. Air Ketuban Pecah

Situasi air ketuban pecah merupakan proses yang sangat mendebarkan. Pada fasa ini, jangan terlalu kerap menganggu si ibu kucing. 

Jika terlalu kerap ulang alik melihat kondisinya, si ibu kucing itu akan merasa tertekan dan besar kemungkinan akan bertukar tempat yang lain. Susah pula nak mencari di mana ibu kucing ini bersembunyi nanti. 

Apa yang perlu buat bila kucing pragnent?

Air ketuban kucing najis atau tidak?

Bila tanda air ketuban kucing pecah sudah ada, berapa lama tempoh melahirkan anak kucing selepas itu?

Persiapan Untuk Sambut Kelahiran Anak Kucing Baru 

1. Bawa Kucing Jumpa Doktor Haiwan

Mintalah doktor haiwan untuk memeriksa perut kucing. Jika kandungan kucing sudah menjangkau usia sekitar 17 hingga 25 hari, doktor haiwan yang berpengalaman sudah mampu merasakan adanya embrio di dalam perut kucing. 

Jangan sesekali cuba untuk merasakan sendiri embrio anak kucing ini di perut ibu kucing, biarkan doktor haiwan saya yang melakukannya kerana tekanan dan cara yang salah boleh menyebabkan keguguran pada kucing.

2. Buat Pemeriksaan USG Pada Kucing 

Jangan ingat manusia hamil saja boleh buat ultrasound kehamilan, kucing mengandung pun boleh buat pemeriksaan USG (scan). Harga scan kucing bunting tidak semahal harga scan wanita hamil.

Tapi kebanyakan doktor haiwan tidak terus scan kucing sebaliknya check dengan cara pegang perut ibu kucing tersebut dulu. 

3. Siapkan Tempat Untuk Kucing Beranak 

Proses yg sgt mendebarkan adalah bila pecahnya air ketuban ibu kucing. Korang kena sediakan tempat yang terbaik untak ibu kucing supaya proses melahirkan anak kucing ini berjalan lancar. 

Tempat untuk kucing beranak ini boleh dalam bekas ataupun kotak. Jangan lupa letakkan tuala, selimut atau apa saja kain yang lembut sebagai alas dalamnya.

Hukum Air Ketuban Itu Najis

Air ketuban digolongkan oleh para ulama termasuk najis, yang wajib dibersihkan apabila mengenai badan atau pakaian. Tidak kira itu air ketuban wanita hamil mahupun air ketuban kucing, hukumnya tetap najis. 

Jika air ketuban kucing sudah pecah dan sedang membuat pengiraan berapa lama kelahiran anak kucing akan berlaku, selalunya ia akan bermula dalam masa 2 jam setelah tanda air ketuban kucing itu pecah.


Video Ibu Kucing Melahirkan 5 Ekor Anak Kucing 


Bagaimana pula untuk tanda kucing beranak tak habis?

Air ketuban kucing pecah tapi belum melahirkan, apakah bahayanya?


Perut kucing masih buncit selepas bersalin tidak bermakna masih ada anak lagi di dalam perutnya. Cara bagaimana untuk mengetahui bahawa kucing telah melahirkan semua anak kucing agak mudah. 

Kalian hanya perlu tahu berapa lama kelahiran kucing kesayangan itu berlangsung, apa yang menentukan tempoh proses kelahiran, dan jenis kelakuan kucing apabila kelahiran tidak lengkap. 

Jika air ketuban kucing pecah tapi belum melahirkan, bahayanya boleh membawa maut pada anak-anak kucing yang masih di dalam perut ibu kucing. Ada juga masalah lain seperti anak kucing tersangkut beranak. 

Anak kucing yang tersangkut beranak ini jika tidak ditolong keluarkan boleh menyebabkan anak kucing itu mati lemas. Jika ditolong pula perlu dengan cara yang sangat lembut dan berhati-hati.

Anak kucing yang sedang dalam proses dilahirkan adalah sangat lembut! Jika tidak pandai, kaki anak kucing yang terlekat bila di tarik, kaki anak kucing itu putus. Jika bahagian kepala anak kucing yang terlekat, silap tarik kepala anak kucing itu yang boleh putus. 

Oleh kerana itu, jika belum ada pengalaman berdepan dengan situasi ibu kucing beranak atau ibu kucing kesayangan itu baru pertama kali nak lalui masa beranak, ada baiknya minta tolong dari sesiapa yang sudah biasa dengan keadaan ini supaya tidak berlaku kucing beranak anak mati. 


Kesimpulan 

Tanda fizikal kucing bunting. Bahagian perut semakin membesar. Perut kucing yang bunting mula kelihatan membesar pada usia kehamilan dalam 5 minggu.

Kucing berbeza dengan manusia kerana mereka mempunyai 'naluri' yang Allah SWT telah campakkan. Walaubagaimanapun, kita sebagai manusia yang menjaga kucing ini hendaklah membantu sedaya upaya termampu. 

Menjaga kucing betina terutamanya, perlu tanda tanda kucing hamil supaya tidak terlepas pandang akan kesihatan dan keadaan kucing peliharaan sendiri di rumah. Kucing menunjukkan beberapa tanda-tanda yang boleh boleh kita kenalpastikan.

Kucing yang hamil akan mula menunjukkan tanda-tanda fizikal dan perubahan tingkah laku. Cara terbaik untuk mengetahui dengan lebih tepat adalah membawa kucing berjumpa dengan doktor haiwan.

Semoga perkongsian berkaitan tanda-tanda kucing hamil dan hendak melahirkan ini dapat memberi sedikit sebanyak manfaat. 


Rujukan : Ivet Petcare dan Merdeka.com 


Jemput join  : 




3 comments for "Cara Tahu Kucing Bunting & Tanda Tanda Kucing Nak Beranak"

  1. tq kak atas info. jemput singgah blog kita baca entri terbaru :)

    ReplyDelete
  2. Jangan sentuh anak kucing dan potong uri anak tu. biarkan mak dia yg gigit dan putuskan sndiri. nnt mak kucing tu akn bau tangan kita kat anak dia. So mak kucing akn sorokkan ank dan ubah2 tempat sbb kurang selesa dngn kehadiran kita☺️ lagi teruk mak kucing tu akn biar ank2 sbb bukan bau mak kucing tu lagi☺️

    ReplyDelete