Tarikh Cantik Tahun 2022 Untuk Tunang Nikah Kahwin
Tarikh Cantik Tahun 2022 Untuk Tunang Nikah Kahwin | Tahun 2022 kini menjelma. Kita agak bernasib baik kerana waktu ini PKP telah tamat. Dapatlah kembali aktif dengan kehidupan seharian. Untuk pasangan yang terpaksa tundakan majlis kahwin tu, bolehlah adakan majlis sederhana mengikut SOP yang telah ditetapkan.
Bagi pasangan yang sedang mencari tarikh-tarikh cantik dalam tahun 2022, di sini aku akan kongsikan tarikh yang sesuai untuk melaksanakan majlis. Boleh pilih siap-siap untuk buat majlis tunang, nikah, dan sebagainya.
Tarikh Cantik Tahun 2022 Untuk Tunang Nikah Kahwin |
Tarikh Paling Cantik Untuk Tahun 2022
- 02.02.2022
- 20.02.2022
- 22.02.2022
- 11.11.2022
- 02.12.2022
- 12.12.2022
- 21.12.2022
Tarikh Cantik Tahun 2022 Mengikut Bulan Dalam Kalender Setahun
JANUARI
- 1.1.22 (Sabtu - Cuti Sekolah)
- 2.1.22 (Ahad - Cuti Sekolah)
- 22.1.22 (Sabtu)
FEBRUARI
- 2.2.22 (Rabu - Tahun Baru Cina)
- 20.2.22 (Ahad)
MAC
- 13.3.22 (Ahad - Cuti Sekolah)
APRIL
- 2.4.22 (Sabtu)
- 24.4.22 (Ahad - Ramadhan)
MEI
- 2.5.22 (Isnin - Akhir Ramadhan & Cuti Ganti Hari Buruh)
- 22.5.22 (Ahad)
JUN
- 6.6.22 (Isnin - Keputeraan Agong)
- 26.6.22 (Ahad)
JULAI
- 2.7.22 (Sabtu)
- 22.7.22 (Jumaat)
OGOS
- 20.8.22 (Sabtu)
- 28.8.22 (Ahad)
SEPTEMBER
- 2.9.22 (Jumaat)
- 16.9.22 (Jumaat-Hari Malaysia)
OKTOBER
- 02.10.22 (Ahad)
- 22.10.22 (Sabtu)
NOVEMBER
- 11.11.22 (Jumaat)
- 20.11.22 (Ahad - Cuti Sekolah)
DISEMBER
- 02.12.22 (Jumaat-Cuti Sekolah)
Tarikh Bulan Baik Untuk Nikah Dalam Islam 2022
Selain tarikh cantik 2022 berdasarkan nombor dan tarikh cantik berserta hari cuti, aku sertakan sekali tarikh baik untuk tunang nikah kahwin bersanding mengikut bulan Islam.
Jika korang pentingkan juga tarikh kahwin dalam Islam, boleh tentukan mengikut bulan Islam juga.
Terdapat 5 bulan yang baik untuk menikah menurut Rasulullah SAW.
1. Bulan Rabiul Awal
Rasulullah saw menikahi istrinya Khadijah binti Khuwailid ketika usia Nabi saw 25 tahun sementara Khadijah 40 tahun. Keduanya menikah pada tanggal 10 Rabiulawal di kota Makkah.
2. Bulan Syawal
Pada bulan Syawal tahun kesepuluh dari kenabian beberapa hari setelah wafatnya Khadijah, Nabi Muhammad SAW menikah dengan Saudah binti Zam'ah, seorang janda yang ditinggal mati suaminya.
Pada bulan ini juga Nabi Muhammad SAW menikahi Aisyah di tahun kesebelas dari kenabian.
3. Bulan Sya'ban
Pada bulan ini, Rasulullah SAW menikahi Hafsah binti Umar bin Khattab di tahun ketiga Hijriyah. Alasan Nabi menikahinya adalah untuk menghormati ayahanda Hafsah iaitu, Umar bin Al-Khattab.
4. Bulan Zulkaedah
Zainab binti Jahsyi bin Rayab dari Bani Asad bin Khuzaimah dinikahi oleh Rasulullah SAW pada bulan Zulkaedah di tahun kelima Hijriah.
5. Bulan Muharam
Di bulan pertama penanggalan Hijriyah ini, Rasulullah SAW menikah dengan Ummu Habibah Ramlah binti Abu Sufyan ketika Rasulullah SAW memberi amanah pada Amr bin Umayyah Adh-Dhomari untuk menyampaikan surat kepada Raja Najasy di bulan Muharam tahun 7 Hijrah.
Kesimpulan
Dalam merancang persiapan majlis perkahwinan, antara langkah awal yang perlu dilakukan adalah menetap tarikh.
Tidak kira nak bertunang, nikah, kahwin atau bersanding dalam tahun 2022 ni, cepat-cepat tetapkan tarikhnya. Ambil kira juga kesesuaian tarikh itu mengikut keadaan masing-masing.
Untuk bakal pengantin yang masih tercari cari tarikh cantik 2022 untuk majlis tunang dan tarikh cantik nikah kahwin 2022, semoga tarikh-tarikh tadi dapat membantu.
Rujukan : MySumber


Thanks for your sharing...
ReplyDeletesama2. tq juga hadir singgah ke sini
Deleteselamat tahun batu 2022 cikkak.. mugo dipermudahkan urusan aminn
ReplyDeleteterima kasih wak. sama utk wak juga, moga dipermudahkan urusan ya :)
Deleteyeayy..mostly kena hari cuti...senang nak rancang program..
ReplyDeletebetul3. mudah nk gi kalau cuti hehe
DeleteCun semua tarikh tu. Mesti ramai dah ada plan untuk buat majlis istimewa kan.
ReplyDeleteSelamat Tahun Baru 2022 Sis .
slmt tahun baru cici :)
DeleteMemang cantik tarikh-tarikh tu. Mudah nak ingat.
ReplyDeleteSelamat tahun baru 2022 Siti. Moga tercapai azam sepanjang tahun 2022.
terima kasih kak amie. selamat tahun baru utk akak juga.
Delete