Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Tarikh Cantik Tahun 2022 Untuk Tunang Nikah Kahwin

Tarikh Cantik Tahun 2022 Untuk Tunang Nikah Kahwin | Tahun 2022 kini menjelma. Kita agak bernasib baik kerana waktu ini PKP telah tamat. Dapatlah kembali aktif dengan kehidupan seharian. Untuk pasangan yang terpaksa tundakan majlis kahwin tu, bolehlah adakan majlis sederhana mengikut SOP yang telah ditetapkan. 

Bagi pasangan yang sedang mencari tarikh-tarikh cantik dalam tahun 2022, di sini aku akan kongsikan tarikh yang sesuai untuk melaksanakan majlis. Boleh pilih siap-siap untuk buat majlis tunang, nikah, dan sebagainya.

tarikh-cantik-2022
Tarikh Cantik Tahun 2022 Untuk Tunang Nikah Kahwin


Tarikh Paling Cantik Untuk Tahun 2022

Ini tarikh paling cantik untuk tahun 2022 berdasarkan gabungan nombor. Tidak ambil kira jatuh hari apa ya.

Jika tak kisah sama ada hari itu cuti umum atau tidak untuk adakan majlis, boleh gunakan tarikh cantik di bawah ini sebagai salah satu elemen terindah.
  • 02.02.2022
  • 20.02.2022
  • 22.02.2022
  • 11.11.2022
  • 02.12.2022
  • 12.12.2022
  • 21.12.2022

Ulangtahun aku dan suami pada tarikh 21.12.2001, mudah nak ingat.

Tarikh Cantik Tahun 2022 Mengikut Bulan Dalam Kalender Setahun

Ini pula tarikh cantik 2022 untuk tunang nikah kahwin bersama dengan pemberitahuan hari.

Mungkin ada tarikh cantik lain tapi bukan pada hari cuti atau hujung minggu. Jadi senarai ini menyeraikan tarikh cantik yang memang jatuh hari cuti dan hujung minggu (Jumaat, Sabtu, Ahad).

Boleh gunakan sebagai rujukan awal untuk buat tetapkan tarikh.

JANUARI

  • 1.1.22 (Sabtu - Cuti Sekolah)
  • 2.1.22 (Ahad - Cuti Sekolah)
  • 22.1.22 (Sabtu)


FEBRUARI

  • 2.2.22 (Rabu - Tahun Baru Cina)
  • 20.2.22 (Ahad)

MAC

  • 13.3.22 (Ahad - Cuti Sekolah)

APRIL

  • 2.4.22 (Sabtu)
  • 24.4.22 (Ahad - Ramadhan)

MEI

  • 2.5.22 (Isnin - Akhir Ramadhan & Cuti Ganti Hari Buruh)
  • 22.5.22 (Ahad)


JUN

  • 6.6.22 (Isnin - Keputeraan Agong)
  • 26.6.22 (Ahad)

JULAI

  • 2.7.22 (Sabtu)
  • 22.7.22 (Jumaat)

OGOS

  • 20.8.22 (Sabtu)
  • 28.8.22 (Ahad)

SEPTEMBER

  • 2.9.22 (Jumaat)
  • 16.9.22 (Jumaat-Hari Malaysia)

OKTOBER

  • 02.10.22 (Ahad)
  • 22.10.22 (Sabtu)

NOVEMBER

  • 11.11.22 (Jumaat)
  • 20.11.22 (Ahad - Cuti Sekolah)

DISEMBER

  • 02.12.22 (Jumaat-Cuti Sekolah)

tarikh-cantik-2022

Tarikh Bulan Baik Untuk Nikah Dalam Islam 2022

Selain tarikh cantik 2022 berdasarkan nombor dan tarikh cantik berserta hari cuti, aku sertakan sekali tarikh baik untuk tunang nikah kahwin bersanding mengikut bulan Islam. 

Jika korang pentingkan juga tarikh kahwin dalam Islam, boleh tentukan mengikut bulan Islam juga.

Terdapat 5 bulan yang baik untuk menikah menurut Rasulullah SAW.

1. Bulan Rabiul Awal 

Rasulullah saw menikahi istrinya Khadijah binti Khuwailid ketika usia Nabi saw 25 tahun sementara Khadijah 40 tahun. Keduanya menikah pada tanggal 10 Rabiulawal di kota Makkah.

2. Bulan Syawal 

Pada bulan Syawal tahun kesepuluh dari kenabian beberapa hari setelah wafatnya Khadijah, Nabi Muhammad SAW menikah dengan Saudah binti Zam'ah, seorang janda yang ditinggal mati suaminya. 

Pada bulan ini juga Nabi Muhammad SAW menikahi Aisyah di tahun kesebelas dari kenabian. 

3. Bulan Sya'ban 

Pada bulan ini, Rasulullah SAW menikahi Hafsah binti Umar bin Khattab di tahun ketiga Hijriyah. Alasan Nabi menikahinya adalah untuk menghormati ayahanda Hafsah iaitu, Umar bin Al-Khattab.

4. Bulan Zulkaedah 

Zainab binti Jahsyi bin Rayab dari Bani Asad bin Khuzaimah dinikahi oleh Rasulullah SAW pada bulan Zulkaedah di tahun kelima Hijriah. 

5. Bulan Muharam 

Di bulan pertama penanggalan Hijriyah ini, Rasulullah SAW menikah dengan Ummu Habibah Ramlah binti Abu Sufyan ketika Rasulullah SAW memberi amanah pada Amr bin Umayyah Adh-Dhomari untuk menyampaikan surat kepada Raja Najasy di bulan Muharam tahun 7 Hijrah.


Kesimpulan 

Dalam merancang persiapan majlis perkahwinan, antara langkah awal yang perlu dilakukan adalah menetap tarikh.

Tidak kira nak bertunang, nikah, kahwin atau bersanding dalam tahun 2022 ni, cepat-cepat tetapkan tarikhnya. Ambil kira juga kesesuaian tarikh itu mengikut keadaan masing-masing.

Untuk bakal pengantin yang masih tercari cari tarikh cantik 2022 untuk majlis tunang dan tarikh cantik nikah kahwin 2022, semoga tarikh-tarikh tadi dapat membantu.


Rujukan : MySumber


Jemput join :

Telegram Rasmi Sis Hawa Blog 👉  https://t.me/sishawadotcom

Telegram Rasmi Info Ibu Hamil & Baby 👉  https://t.me/ibuhamilmalaysia



10 comments for "Tarikh Cantik Tahun 2022 Untuk Tunang Nikah Kahwin"

  1. selamat tahun batu 2022 cikkak.. mugo dipermudahkan urusan aminn

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih wak. sama utk wak juga, moga dipermudahkan urusan ya :)

      Delete
  2. yeayy..mostly kena hari cuti...senang nak rancang program..

    ReplyDelete
  3. Cun semua tarikh tu. Mesti ramai dah ada plan untuk buat majlis istimewa kan.

    Selamat Tahun Baru 2022 Sis .

    ReplyDelete
  4. Memang cantik tarikh-tarikh tu. Mudah nak ingat.
    Selamat tahun baru 2022 Siti. Moga tercapai azam sepanjang tahun 2022.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak amie. selamat tahun baru utk akak juga.

      Delete