Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Sanah Helwah Sis Hawa Dot Com, Genap Usia Blog 5 Tahun

Sanah Helwah Sis Hawa Dot Com, Genap Usia Blog 5 Tahun | Di hari Jumaat yang penuh berkat ini, genap  usia lima tahun untuk blog ini. 07 Januari 2022 merupakan tarikh ulang tahun blog ini yang ke 5. Aku sangat-sangat bersyukur kerana masih mampu untuk terus menulis dan berkongsi info di sini.

Blog Ini Bermula Pada Tahun 2017 

Artikel pertama di blog ini, aku publish pada tarikh 07 Januari 2017. Waktu tu, aku tak pernah membayangkan boleh terus menulis hingga ke hari ini. 

Apa yang aku tahu pada waktu tu, aku nak betul-betul punya sebuah blog. Tempat untuk aku berkongsi pengalaman sebagai seorang ibu.

Aku memang minat menulis. Sebab itu, aku suka menulis artikel di sini. Tapi untuk menjadi seorang blogger yang berjaya, rupa-rupanya ada lagi ilmu lain yang perlu dipelajari.

Sejak itu, aku mula mencari ilmu berkaitan blog. Aku juga sedaya upaya praktik ilmu tak seberapa yang aku ada di sini. Berkat kesabaran, pola pembaca nampak makin meningkat dari hari ke hari.

parenting-blogger-malaysia

Kehadiran Pembaca Memberi Aku Semangat

Tanpa pembaca sudah tentu aku boleh down. Walaupun pembaca yang datang ke sini, kebanyakkan dari silent readers, aku tetap bersyukur!

Bila ada antara pembaca ini yang tinggalkan komen ucap terima kasih atas info yang diberi, aku bertambah-tambah bersyukur. 

Aku bersyukur kerana mampu memberikan sesuatu walau hanya sekelumit cuma sebagai bantuan kepada pembaca.


Kenapa Blog Ini Konsep Parenting Lifestyle?

Jawapannya kerana status diri aku sendiri.

Aku bukan guru. Aku bukan peguam.

Aku bukan doktor. Aku bukan ustazah.

Aku bukan pemimpin. Aku bukan pensyarah.

Aku hanyalah seorang surirumah, isteri dan ibu kepada enam orang anak. 

Kerana itu aku sampaikan info-info di sini berdasarkan pengalaman diri aku sendiri. Aku juga kongsikan info tambahan seperti resipi, hal semasa dan doa-doa berdasarkan apa yang aku baca. 

Tulis Blog Memberi Ramai Rakan-Rakan Baru 

Selain pembaca, aku turut bersyukur dengan kehadiran rakan-rakan blogger. Walau tak pernah bertemu muka tapi setidaknya dapat saling kenal di media sosial. 

 Kalau dulu hanya seorang surirumah semata-mata tapi sekarang sudah ada teman seperjuangan.

Melihat blog rakan-rakan yang jauh lebih hebat membuatkan aku ikut bersemangat. Bila mereka konsisten menulis blog, hati aku ikut terikut untuk sama update perkongsian terbaru. 

Cabaran Yang Dilalui Dalam Dunia Blog

1. Masa

Aku seorang yang cukup lemah dengan masa. Aku tak nak salahkan enam anak yang aku ada kerana mereka adalah pemudah rezeki untuk aku. Cuma, sebagai seorang ibu dengan anak ramai pastinya aku perlu bahagikan masa untuk banyak benda. 

Masa 24 jam sehari ini ada masanya membuatkan aku lemas. Antara tanggungjawab pada suami, anak-anak, rumahtangga, blog dan klien, semua kategori ini perlu aku usahakan. Tiap-tiap hari aku perlu lalui benda yang sama ini berulang-ulang. 

2. Idea

Menulis blog bukan semudah teguk air kosong dari gelas. 

Menulis blog perlukan idea. Idea ini pula tak datang tiba-tiba. Idea ini juga tak datang bergolek dengan cepat. 

Nak dapat idea perlu cari dulu topik apa yang sesuai. Setelah itu perlu juga cari info maklumat yang akan disertakan dalam artikel tersebut. 

Jika melibatkan artikel untuk klien lagi mencabar kerana perlu study lebih tentang keywords dan SEO. 

3. Dateline

Untuk klien yang melibatkan dateline, ini lagi parah. Bukan senang nak pulun kejar tarikh akhir masa yang diberi. Aku sendiri beberapa kali stress tapi untuk demi nak tulis artikel berkualiti untuk klien, perlu hadap ini semua. :)

Azam Tahun Baru 2022 

Sempena tahun baru 2022 yang baru tiba ni, aku juga dah pasang azam untuk blog. 

  • Nak banyakkan artikel bermanfaat untuk bacaan pembaca.
  • Nak rajinkan diri untuk blogwalking ziarah blog rakan-rakan.
  • Nak usaha reply komen-komen di blog ini.

Untuk azam diri pula, aku nak tambahkan lagi pendapatan keluarga. 

Anak aku yang sulung sedang lanjutkan pelajaran peringkat Diploma. Anak ke dua sedang menuntut di sekolah berasrama penuh.

Anak ke tiga pula bakal bergelar pelajar tingkatan 1 tak lama lagi. Harap-harap ada rezeki ke asrama penuh juga. 

Manakala anak ke empat dan ke lima masih di sekolah rendah. Kasih Sufi si bongsu akan ke pra. Kejap je, Kasih dah masuk usia 4 tahun. 


Selain Blogger, Kini Aku Bergelar Si Penjual Kurma Ajwa Asli Madinah 

Untuk nak tambah pendapatan keluarga, aku memilih bisnes kurma ajwa sebagai pendapatan tambahan.
Menyedari masa aku yang agak terhad, aku lebih utamakan perniagaan secara online. 

Antara cara bisnes online yang aku guna pakai adalah :
  • siapkan blog khas untuk bisnes kurma bagi sampaikan info berkaitan
  • aktifkan kedai Shopee untuk mudahkan urusan pesanan dan penghantaran

top-blogger-malaysia


Urusan pesanan dan penghantaran, ada team sendiri yang bantu uruskan. Aku bukan owner untuk produk kurma ini, jadi aku tidak perlu tambah masa lebih untuk urusan pengendalian syarikat. 

Kesimpulan

Itulah serba sedikit info mengenai blog ini sejak dari awal hingga kini usianya 5 tahun.

Sempena tahun baru ini juga, aku tukarkan template blog ini bagi memudahkan lagi urusan pembaca.

Akhir kata, terima kasih banyak-banyak pada semua pembaca, rakan blogger, klien dan sesiapa saja yang ada kaitan dengan blog ini. 

Doakan aku terus bersemangat untuk menulis ya. 

Aku di sini doakan kalian semua di sana supaya Allah SWT mempermudahkan urusan kalian. Aku doakan juga supaya umur kalian dipanjangkan dan dilindungi oleh Allah SWT selalu.

Jumpa lagi di lain artikel, 

assalamualaikum. :)


Jemput join :

Telegram Rasmi Sis Hawa Blog 👉  https://t.me/sishawadotcom

Telegram Rasmi Info Ibu Hamil & Baby 👉  https://t.me/ibuhamilmalaysia


9 comments for "Sanah Helwah Sis Hawa Dot Com, Genap Usia Blog 5 Tahun"

  1. waalaikumussalam...sanah helwah blog Sishawa..semoga terus sukses!

    sedap kurma Ajwa..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..Tahniah untuk blog kak awa dah 5 tahun usianya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih. itulah x sangka dah genap usia 5 tahun.

      Delete
  3. Alhamdulillah. Tahniah Sis Hawa. memang banyak cabaran blogging. kadang-kadang rasa takde mood tapi kehadiran pembaca buatkan kita kembali semangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah. tension tertekan semua ada. tapi gagahkan diri. bukan senang nk tahankan blog ni

      Delete
  4. tahniah awa.. lawa la blog baru dia hii.. semoga dipermudahkan urusan segalanya dunia dan akhirat.

    ReplyDelete