Sanah Helwah Sis Hawa Dot Com, Genap Usia Blog 5 Tahun
Sanah Helwah Sis Hawa Dot Com, Genap Usia Blog 5 Tahun | Di hari Jumaat yang penuh berkat ini, genap usia lima tahun untuk blog ini. 07 Januari 2022 merupakan tarikh ulang tahun blog ini yang ke 5. Aku sangat-sangat bersyukur kerana masih mampu untuk terus menulis dan berkongsi info di sini.
Blog Ini Bermula Pada Tahun 2017
Artikel pertama di blog ini, aku publish pada tarikh 07 Januari 2017. Waktu tu, aku tak pernah membayangkan boleh terus menulis hingga ke hari ini.
Apa yang aku tahu pada waktu tu, aku nak betul-betul punya sebuah blog. Tempat untuk aku berkongsi pengalaman sebagai seorang ibu.
Aku memang minat menulis. Sebab itu, aku suka menulis artikel di sini. Tapi untuk menjadi seorang blogger yang berjaya, rupa-rupanya ada lagi ilmu lain yang perlu dipelajari.
Sejak itu, aku mula mencari ilmu berkaitan blog. Aku juga sedaya upaya praktik ilmu tak seberapa yang aku ada di sini. Berkat kesabaran, pola pembaca nampak makin meningkat dari hari ke hari.
Kehadiran Pembaca Memberi Aku Semangat
Tanpa pembaca sudah tentu aku boleh down. Walaupun pembaca yang datang ke sini, kebanyakkan dari silent readers, aku tetap bersyukur!
Bila ada antara pembaca ini yang tinggalkan komen ucap terima kasih atas info yang diberi, aku bertambah-tambah bersyukur.
Aku bersyukur kerana mampu memberikan sesuatu walau hanya sekelumit cuma sebagai bantuan kepada pembaca.
Kenapa Blog Ini Konsep Parenting Lifestyle?
Jawapannya kerana status diri aku sendiri.
Aku bukan guru. Aku bukan peguam.
Aku bukan doktor. Aku bukan ustazah.
Aku bukan pemimpin. Aku bukan pensyarah.
Aku hanyalah seorang surirumah, isteri dan ibu kepada enam orang anak.
Kerana itu aku sampaikan info-info di sini berdasarkan pengalaman diri aku sendiri. Aku juga kongsikan info tambahan seperti resipi, hal semasa dan doa-doa berdasarkan apa yang aku baca.
Tulis Blog Memberi Ramai Rakan-Rakan Baru
Selain pembaca, aku turut bersyukur dengan kehadiran rakan-rakan blogger. Walau tak pernah bertemu muka tapi setidaknya dapat saling kenal di media sosial.
Kalau dulu hanya seorang surirumah semata-mata tapi sekarang sudah ada teman seperjuangan.
Melihat blog rakan-rakan yang jauh lebih hebat membuatkan aku ikut bersemangat. Bila mereka konsisten menulis blog, hati aku ikut terikut untuk sama update perkongsian terbaru.
Cabaran Yang Dilalui Dalam Dunia Blog
1. Masa
Aku seorang yang cukup lemah dengan masa. Aku tak nak salahkan enam anak yang aku ada kerana mereka adalah pemudah rezeki untuk aku. Cuma, sebagai seorang ibu dengan anak ramai pastinya aku perlu bahagikan masa untuk banyak benda.
Masa 24 jam sehari ini ada masanya membuatkan aku lemas. Antara tanggungjawab pada suami, anak-anak, rumahtangga, blog dan klien, semua kategori ini perlu aku usahakan. Tiap-tiap hari aku perlu lalui benda yang sama ini berulang-ulang.
2. Idea
Menulis blog bukan semudah teguk air kosong dari gelas.
Menulis blog perlukan idea. Idea ini pula tak datang tiba-tiba. Idea ini juga tak datang bergolek dengan cepat.
Nak dapat idea perlu cari dulu topik apa yang sesuai. Setelah itu perlu juga cari info maklumat yang akan disertakan dalam artikel tersebut.
Jika melibatkan artikel untuk klien lagi mencabar kerana perlu study lebih tentang keywords dan SEO.
3. Dateline
Untuk klien yang melibatkan dateline, ini lagi parah. Bukan senang nak pulun kejar tarikh akhir masa yang diberi. Aku sendiri beberapa kali stress tapi untuk demi nak tulis artikel berkualiti untuk klien, perlu hadap ini semua. :)
Azam Tahun Baru 2022
- Nak banyakkan artikel bermanfaat untuk bacaan pembaca.
- Nak rajinkan diri untuk blogwalking ziarah blog rakan-rakan.
- Nak usaha reply komen-komen di blog ini.
Selain Blogger, Kini Aku Bergelar Si Penjual Kurma Ajwa Asli Madinah
- siapkan blog khas untuk bisnes kurma bagi sampaikan info berkaitan
- aktifkan kedai Shopee untuk mudahkan urusan pesanan dan penghantaran
Kesimpulan
Itulah serba sedikit info mengenai blog ini sejak dari awal hingga kini usianya 5 tahun.
Sempena tahun baru ini juga, aku tukarkan template blog ini bagi memudahkan lagi urusan pembaca.
Akhir kata, terima kasih banyak-banyak pada semua pembaca, rakan blogger, klien dan sesiapa saja yang ada kaitan dengan blog ini.
Doakan aku terus bersemangat untuk menulis ya.
Aku di sini doakan kalian semua di sana supaya Allah SWT mempermudahkan urusan kalian. Aku doakan juga supaya umur kalian dipanjangkan dan dilindungi oleh Allah SWT selalu.
Jumpa lagi di lain artikel,
assalamualaikum. :)


waalaikumussalam...sanah helwah blog Sishawa..semoga terus sukses!
ReplyDeletesedap kurma Ajwa..
terima kasih sahabat. :D
Deletesanah helwah kak ;)
ReplyDeleteTerima kasih banyak dik
DeleteAlhamdulillah..Tahniah untuk blog kak awa dah 5 tahun usianya :)
ReplyDeleteterima kasih. itulah x sangka dah genap usia 5 tahun.
DeleteAlhamdulillah. Tahniah Sis Hawa. memang banyak cabaran blogging. kadang-kadang rasa takde mood tapi kehadiran pembaca buatkan kita kembali semangat
ReplyDeleteitulah. tension tertekan semua ada. tapi gagahkan diri. bukan senang nk tahankan blog ni
Deletetahniah awa.. lawa la blog baru dia hii.. semoga dipermudahkan urusan segalanya dunia dan akhirat.
ReplyDeleteBerkat usaha anda yang tak kenal putus asa itulah kunci kejayaan yang harus dicontohi..tq..menginspirasi
ReplyDelete