Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Bacaan Ayat Kursi Lengkap Rumi Jawi, Maksud Dan Kelebihannya

Bacaan Ayat Kursi Lengkap Rumi Jawi, Maksud Dan Kelebihannya | Ayat Kursi sudah tidak asing lagi dalam kehidupan seharian seorang mukmin. Kita sering membaca ayat Kursi ini untuk halau jin iblis dan syaitan. Tahukah kalian apa maksud terjemahan dari ayat Kursi ini? Tahukah juga kalian tentang ayat Kursi wakaf 9 (sembilan)?

Dalam artikel kali ini akan dikongsikan maklumat lengkap mengenai Ayat Kursi seperti bacaan ayat Kursi yang betul, maksud Ayat Kursi dalam terjemahan melayu dan makna Ayat Kursi in english.

Turut dikongsikan juga kelebihan Ayat Kursi, panduan bacaan Ayat Kursi jawi dan rumi, maksud ayat Kursi wakaf 9, cara baca ayat Kursi wakaf sembilan dengan betul dan lain-lain yang berkaitan. 

ayat-kursi-lengkap


Semoga perkongsian lengkap berkaitan Ayat Kursi ini dapat dijadikan panduan penuh mengenai Ayat Kursi untuk amalan bacaan harian kita. 

Apakah Itu Ayat Kursi?

Ayatul Kursi (آية الكرسي) juga dikenali sebagai ayat kursi, merupakan ayat yang ke-255 dalam Surah Al-Baqarah.

Ayat al Kursi ini juga digelar sebagai Penghulu Segala Ayat Al-Quran.

Ayat Kursi sangat istimewa kerana ia mengisahkan keagungan Allah SWT serta kekuasaanNya yang tidak terbatas.

Mengamalkan ayat ini InsyaAllah akan mendapat keredhaan dan perlindungan Allah SWT.

Ayat ini disebut sebagai Ayatul Kursi kerana di dalamnya terdapat perkataan KURSI’, yang membawa maksud Tempat Duduk Yang Megah Lagi Yang Mempunyai Martabat

Di bawah ini adalah bacaan Ayat Kursi dengan Ayat Kursi rumi dan jawi yang telah disediakan untuk memudahkan kalian membacanya.Bacaan Ayatul Kursi Rumi Dan Jawi (Bahasa Melayu & Bahasa Arab)

Video Bacaan Ayat Kursi - Jom Hafal Ayat Al Kursi

Panduan Bacaan Ayat Kursi Jawi 

ayat-kursi-rumi-dan-jawi

Panduan Bacaan Ayat Kursi Rumi 

Allahu la ilaha illa Huwa, Al-Haiyul-Qaiyum
La ta’khuzhuhu sinatun wa la nawm,
lahu ma fis-samawati wa ma fil-‘ard
Man zhal-lazhi yashfa’u ‘indahu illa bi-izhnihi
Ya’lamu ma baina aidihim wa ma khalfahum,
wa la yuhituna bi shai’im-min ‘ilmihi illa bima sha’a
Wasi’a kursiyuhus-samawati wal ard,
wa la ya’uduhu hifdzhuhuma Wa Huwal ‘Aliyul-Azheem

Maksud Ayat Kursi Rumi Dalam Terjemahan Melayu

Ini pula maksud terjemahan ayat kursi dalam terjemahan melayu. 
Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya).
Yang tidak mengantuk usahkan tidur.
Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi.
Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya.
Yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya).
Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya.
Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)

Maksud Ayat Kursi Rumi In English

Allah! There is no god ˹worthy of worship˺ except Him, the Ever-Living, All-Sustaining. 

Neither drowsiness nor sleep overtakes Him. 

To Him belongs whatever is in the heavens and whatever is on the earth. 

Who could possibly intercede with Him without His permission? 

He ˹fully˺ knows what is ahead of them and what is behind them, but no one can grasp any of His knowledge—except what He wills ˹to reveal˺. 

His Seat encompasses the heavens and the earth, and the preservation of both does not tire Him. For He is the Most High, the Greatest.

Apakah kelebihan membaca ayat Kursi ini?

Berapa kali jumlah bacaan ayat Kursi yang patut dibaca untuk mohon bantuan Allah SWT?

Apakah pula yang dimaksudkan dengan ayat Kursi wakaf sembilan? 

Senarai Fadhilat Kelebihan Ayat Kursi Bila Diamalkan 

Ayat Kursi adalah seutama-utama ayat dalam Al-Quran. Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam menyuruh kita mengamalkan membaca surah Kursi.

Fadhilat dan kehebatan ayat ini telah diterangkan dalam 99 hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim dan lain-lain. Antara kelebihan amalan membaca ayat Kursi seperti yang di bawah.
1. Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana Dia memelihara Nabi Muhammad SAW. 2. Sesiapa berwudhuk lalu membaca ayat Al-Kursi sekali, nescaya Allah akan meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan mendatangkan para malaikat menurut bilangan hurufnya, seraya berdoa untuk sipembaca sehinggalah ke hari Qiamat. 3. Sesiapa membaca Al-Qursi sebelum keluar rumah, maka Allah mengutuskan 70 000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan untuknya. 4. Sesiapa sentiasa membaca ayat Al-Kursi, nescaya Allah akan kurniakan kepada ahli rumahnya kebaikkan yang tidak terhitung banyaknya. 5. Membacanya dapat menghilangkan rasa marah, dijauhi bala bencana dan gangguan syaitan. 6. Sesiapa membacanya ketika dalam kesempitan nescaya Allah azza wa jalla akan memberikan pertolongan kepadanya dan jika seseorang itu miskin akan menjadi kaya. 7. Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran didepan matanya. 8. “Sesiapa dikalangan umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan solat sunat dua rakaat, Allah memelihara daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar.” 9. Sesiapa membacanya nescaya Allah mengutuskan malaikat untuk menulis kebaikannya dan menghapuskan keburukannya dari detik itu sampai esok hari, 10. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, InsyaAllah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.


11. Abi Umamah RA berkata bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud: 
“Barangsiapa yang membaca ayat al-Kursi setiap selepas kali solat fardu, tidak akan terhalang baginya untuk memasuki syurga melainkan mati.” (Riwayat al-Thabarani dan al-Nasa’ie – dinilai sahih oleh Imam Ibn Hibban) 

12. Syeikh Abul ‘Abas Al-Bunni menerangkan: 
“Sesiapa membaca ayat Kursi sebanyak hitungan kata-katanya (50 kali), lalu ditiupkan pada air hujan kemudian diminumnya, Insya Allah, dicerdaskan akal fikirannya dan dimudahkannya menerima ilmu pengetahuan.” 

13. Mengikut keterangan dari kitab “Asraarul Mufidah” sesiapa mengamalkan membaca ayat kursi setiap hari sebanyak 18 kali ; Insya Allah ia akan hidup berjiwa tauhid. 

Seterusnya dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjat dan martabatnya, diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana. 

14. Syeikh Al-Bunni menerangkan: 
Sesiapa yang membaca ayat Kursi sebanyak hitungan hurufnya (170 huruf), maka Insya Allah, Tuhan akan memberi pertolongan dalam segala hal dan menunaikan segala hajatnya, dan melapangkan fikirannya, diluluskan rezekinya, dihilangkan kedukaannya dan diberikan apa yang dituntutnya.  
15. Syeikh Buni menerangkan: sesiapa yang takut terhadap serangan musuh hendaklah ia membuat garis lingkaran dengan isyarat nafas sambil membaca ayat Kursi. 

Kemudian ia masuk bersama jamaahnya ke dalam garis lingkaran tersebut menghadap ke arah musuh, sambil baca ayat Kursi sebanyak 50 kali, atau sebanayk 170 kali, Insya Allah musuh tidak akan melihatnya dan tidak akan memudharatkannya. 

16. Syeikul Kabir Muhyiddin Ibnul Arabi menerangkan bahawa ; sesiapa yang membaca ayat Kursi sebayak 1000 kali dalam sehari semalam selama 40 hari, maka demi Allah, demi Rasul, demi al-Quran yang mulia, Tuhan akan membukakan baginya pandangan rohani, dihasilkan yang dimaksud dan diberi pengaruh kepada manusia. (dari kitab Khawasul Qur’an). 

17. Imam Jaafar Shadiq r.a. mengatakan: 
Sesiapa membaca sekali, nescaya Allah akan menghindar darinya 1,000 kesukaran duniawi, yang terkecil sekali ialah kemiskinan dan kepapaan, dan 1,000 kesukaran ukhrawi, yang terkecil sekali ialah azab neraka. 

18. Salah seorang ulama Hindi mendengar dari salah seorang guru besarnya dari Abi Lababah r.a, membaca ayat Kursi sebanyak anggota sujud (7 kali) setiap hari ada benteng pertahanan Rasulallah SAW. 

19. Sesiapa membaca ayat Kursi ketika hendak tidur, maka Abdurahman bin Auf menerangkan bahawa, ia apabila masuk kerumahnya dibaca ayat Kursi pada empat penjuru rumahnya dan mengharapkan dengan itu menjadi penjaga dan pelindung syaitan. 

20. Mereka yang mengamalkan membaca 7 kali ayat Kursi dan 7 kali bagi setiap 3 Qul selepas selesai Solat Jumaat, Insya Allah akan mendapat hikmah dan kelebihan yang tidak terduga. 

21. Setiap lelaki dan wanita (baik buat isteri-isteri) yang mengamalkan membaca ayat kursi 7 kali sebelum keluar rumah atau semasa perjalanan ke tempat kerja atau kemana sekalipun kecuali bukan niat melakukan maksiat pada Allah SWT maka dia terselamat daripada segala kejahatan yang datang dari syaitan, jin dan manusia.

Antaranya terselamat dari terkena sihir; seperti ubat pengasih (mengasih seseorang tanpa kehendak hatinya), penganiayaan (santau ), penipuan dan sebagainya kerana semua ini ada bersangkutan dengan jin dan syaitan.

Ayat Kursi Wakaf 9 

Selalu kita baca ayat kursi terus je, kadang-kadang tak tahu mana patut wakaf, mana tidak. Jadi kali ini mari kita perbaiki bacaan kita kerana membaca ayat Kursi dengan wakaf yang betul ini ada kelebihannya.

Ayat kursi wakaf 9 digunakan sebagai amalan pelindung diri dari orang lain. Bacaan ayatul kursi dengan 9 wakaf ini boleh diamalkan sebagai pertahanan, lapangkan fikiran dan menambah iman.

Ijazah amalan ayat kursi wakaf 9 secara detail ada diterangkan oleh Tuan Guru Ustaz Muhaizad Al-Yamani. Cara membaca wakaf 9, hendaklah berhenti pada setiap ayat (barisan) dan menyambung bacaannya dengan nafas yang lain. 

Cara Bacaan Ayat Kursi Wakaf 9 Yang Betul 

Lihat video di bawah tentang cara baca ayat kursi waqaf sembilan untuk manfaat bersama. 


Pengalaman Diri Sendiri Baca Ayat Kursi Ketika Mengandung

Aku pernah amalkan bacaan ayat Kursi ini ketika mengandung. Aku baca ayat Kursi setiap kali solat 5 waktu. Alhamdulillah asbab dari amalan baca ayat Kursi ini, aku selamat melahirkan anak dengan keadaan yang selamat.

Antara detik yang paling aku tak boleh lupa bila mana aku dapat melahirkan anak sambil berbual dengan doktor di sebelah. Saat menghadapi kontraksi memang sakit tetapi saat ingin meneran dan melahirkan tu, terasa sangat mudah dan cepat. 

Amalan baca Ayat Kursi ini elok dijadikan sebagai doa selepas solat dan terdapat sebuah riwayat yang mengatakan: 
“Bacalah Ayat Kursi kerana dapat menjaga dirimu, anak-anakmu dan tempat tinggalmu serta rumah yang ada di sekitar tempat tinggalmu. Apabila dibaca pada pagi hari dan petang hari maka akan aman dari gangguan jin. Apabila engkau membacanya ketika engkau hendak tidur maka Allah akan menjagamu sehingga syaitan tidak akan mampu mendekatimu hingga pagi hari.”

Kesimpulan 

Ayat Kursi adalah seutama-utama ayat dalam Al-Quran. Doa ayat kursi dan artinya penting untuk dipahami umat Islam. Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam menyuruh kita mengamalkan membaca surah Kursi kerana terkandung banyak manfaat dan kelebihan. 

Informasi lengkap mengenai Ayat kursi dari segi bacaan, makna dan kelebihannya patut kita tahu supaya lebih dapat memahami kebaikan amalan membaca ayat Kursi ini.

Siapa yang mengamalkan ayat kursi, Rasulullah menjanjikan Syurga kepadanya.


Sumber : 



Dapatkan ilmu-ilmu bermanfaat dengan mudah di telegram:


Semoga bermanfaat. 


8 comments for "Bacaan Ayat Kursi Lengkap Rumi Jawi, Maksud Dan Kelebihannya"

  1. Baca selalu untuk dijadikan hafalan

    ReplyDelete
  2. salah satu ayat yang baik untuk kita amalkan

    ReplyDelete
  3. MasyaAllah hebat ayat² ayatul kursi ni. Sangat bagus untuk diamalkan.

    ReplyDelete
  4. Memang baik sgt amalkan ayat Kursi ni. Amalkan baca lepas solat, setiap kali nak kluar rumah, sebelum tdur, etc lagi2 untuk wanita , amalkanlah.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah terima kasih sharing. sangat bermanfaat. semoga kita semua istiqamah dalam mengamalkan bacaan ayat kursi ini.

    ReplyDelete
  6. ayat kursi memang wajib hafal… sebabnya menjadi ayat perlindung bagi kite semua tak kira waktu susah dan senang

    ReplyDelete