Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Cara Daftar Amway Online Malaysia 2022

Cara Daftar Jadi Ahli Amway Online Malaysia 2022 | Dulu, aku sering tertanya-tanya, kenapa banyak syarikat guna konsep 'kalau nak beli barang, mesti kena daftar jadi ahli'? Salah satunya Amway. Kalau terus beli produk Amway ini tanpa daftar jadi ahli tak boleh ke? Aku ni nak beli barang, bukannya nak menjual jadi kenapa mesti aku daftar jadi ahli? 

Tapi bila dah masuk ke alam rumahtangga dan ada anak-anak, aku mula pandang dari sudut yang berbeza. Aku mula dapat faham apakah sebenarnya tujuan mesti kena daftar jadi ahli untuk beli barang ni. Bila difikirkan balik, aku terasa seperti seorang yang pentingkan diri pula.

cara-daftar-amway-online-malaysia
Cara Daftar Amway Online Malaysia 2022


Antara sebab-sebab kenapa aku mula berubah fikiran tentang daftar ahli sebelum beli barang ini setelah memikirkan bagaimana aku ini perlu membeli barangan rumah untuk kegunaan keluarga tetapi tidak mendapat pulangan balik jika hanya membeli dipasaraya seperti biasa.

Mungkin harga produk Amway lebih tinggi berbanding produk lain di pasaraya tetapi ia setara dengan kualiti produk tersebut. Bak kata pepatah, alah membeli menang memakai. Walau harga sedikit tinggi tapi jika produk itu lebih jimat penggunaan tahan lebih lama, maka sudah tak menjadi isu. 

cara-berdaftar-amway-malaysia
Office Amway Malaysia
cara-daftar-amway-online
Office Amway Malaysia

Kelebihan Menjadi Ahli Amway Berdaftar

Amway Malaysia is a direct selling company that offers health & wellness products like supplements, beauty essentials and air & water purifiers. 

Siapa sangka, permulaan tahun 1959 dulu, Amway hanya melancarkan satu model perniagaan yang dipacu oleh kuasa hubungan. Produk asal yang ditawarkan dalam model ini adalah Pencuci Organik Cecair (L.O.C). Ia merupakan pencuci pertama yang pekat, terbiodegradasi dan mesra alam. 

Sejak itu Amway berkembang meluas dari hanya produk rumah kepada produk lain termasuk untuk kesihatan dan kecantikan.

pencuci-pinggan-amway
products Amway - pencuci pinggan


Kelebihan menjadi ahli Amway ada banyak dan di sini dikongsikan secara ringkas untuk beberapa perkara. 

1. Jimat Duit Beli Barangan Amway

Bila daftar sebagai ahli sebelum beli barang, ini bermakna barang tersebut boleh dibeli dengan harga yang lebih murah. Ini kerana, setiap orang yang berdaftar layak membeli produk dibawah jenama Amway dengan harga ahli. 

Jumlah penjimatan produk Amway ini pula anggarannya antara 20% - 25%. Memang jimat banyak la tu. Makin tambah jimat jika beli barang dengan harga yang agak besar, duit poket sendiri juga yang dapat diselamatkan. 

2. Untung Runcit Bila Buat Bisnes Amway

Jika kebetulan, produk yang kita gunakan itu sangat serasi dan berjaya menarik minat orang lain maka kita boleh mendapat untung runcit. Jumlah untung runcit antara 20% - 25% ini akan boleh dapat terus tanpa perlu menunggu lama.

Sebagai contoh, kalian beli sebuah periuk dari jenama Amway. Kemudian, adik beradik lihat dan turut berkenan nak gunakan periuk yang sama. Kalian boleh jadikan ini sebagai sumber tambah pendapatan meskipun tidak berminat untuk buat jualan sana sini secara aktif seperti orang lain. 

Jika kebetulan memang minat berniaga, boleh lakukan dengan penuh komited. Semakin banyak produk Amway yang boleh dijual bermakna semakin banyak untung runcit boleh dapat. Walaubagaimanapun, hendaklah jujur dengan jualan. 

Maksud jujur dengan jualan ini adalah :

  • jual produk Amway dengan harga yang telah ditetapkan
  • jangan jual produk Amway dibawah harga yang telah ditetapkan kerana nak kejar PV

  • amway-nutrilite
    Products Amway - Nutrilite 

    3. Bonus Tunai Berterusan Untuk Keahlian Aktif 

    Selain boleh dapat untung runcit, pihak Amway turut menawarkan bonus dalam bentuk tunai (wang ringgit). Bonus tunai ini selalunya di bayar pada tarikh 15hb setiap bulan. Bonus layak diterima oleh ahli-ahli berdaftar yang berjaya mencapai minimum point (PV) yang terkumpul iaitu sebanyak 250 PV. 

    Setiap pembayaran bonus, Amway akan terus bank in (transfer masuk ke dalam akaun bank). Proses penerimaan bonus ini akan terus berjalan selagimana kalian berjaya mengekalkan PV minimum bulanan. 

    Berapa jumlah sebenar Cash Bonus ni, itu bergantung pada diri masing-masing sama ada nak cash bonus setakat kekalkan jumlah pembelian bulanan atau dengan cara aktif membina kerjaya bersama Amway.

    4. Peluang Bercuti Bersama Pasangan

    Daftar. Beli barang guna sendiri. Beli barang dan jual untuk tambah pendapatan. Boleh dapat untung runcit dan bonus peribadi. Boleh juga dapat peluang untuk bercuti bersama yang tersayang. Inilah dia antara Amway.

    bonus-amway-malaysia
    kali ini percutian ke Istanbul 


    Antara Barang Popular Amway Yang Mendapat Perhatian

    Produk Amway ada bermacam jenis. Ada makanan tambahan untuk kesihatan , produk-produk kecantikan dan barangan rumah. Nak beli periuk dan sebagainya turut ada di Amway. 
    amway-products
    Amway Products


    1. Amway Vitamin C

    2. Amway Deadorant 

    3. Amway Tooth Paste 

    4. Amway Iron Philips 

    5. Amway Nutrilite 

    6. Amway Espring 

    7. Amway Collagen

    8. Amway Air Purifier

    9. Amway Probiotics

    10. Amway Air Fryer 

    11. Amway Food Processor dan bermacam-macam lagi. 


    Disebabkan kelebihan-kelebihan yang ada, kita boleh tukarkan barang kegunaan rumah waktu ini kepada produk jenama Amway sedikit demi sedikit. Cuba fikirkan, kenapa mesti kita habiskan duit jika ada peluang untuk beli barang keperluan rumah dan dapat semula sedikit keuntungan selepas beli dan guna. Proses untuk menjadi ahli (ABO) ini juga sangat mudah dan cepat. 

    Apakah itu ABO? 

    Bagaimana pula sejarah Amway ini bermula di Malaysia?

    Maksud ABO Dalam Amway

    ABO Amway in english singkatan kepada Amway Business Owner. Panggilan ABO (Amway Business Owner) ini diberikan kepada semua ahli-ahlinya yang berdaftar secara sah, tidak kira ahli baru mahupun lama. 

    Kali pertama dengar maksud ABO ini, aku sendiri jadi terkejut! Amway Business Owner ini bila difikir balik seakan-akan bisnes Amway ini kita yang punya, hanya dengan daftar menjadi ahli! 

    Hakikatnya, memang itu tujuan Amway ini. Amway benar-benar berhasrat untuk memupuk rasa bersatu hati dikalangan ahli-ahlinya untuk menjaga perniagaan Amway ini bersama-sama seperti sebuah famili yang besar.

    Sejarah Amway di Malaysia 

    Perjalanan Amway Malaysia pula bermula dari 1976 hingga kini. Sejak penubuhannya pada 1976, Amway Malaysia mempunyai impian untuk membantu rakyat Malaysia bagi mendapatkan kehidupan yang lebih baik. 

    1976 – 1978 
    Memulakan operasi di Jalan Ipoh dengan lima kakitangan. Sebatian Cucian SA8, Pencuci L.O.C. High Suds & Perkakas Memasak AMWAY QUEEN menjadi produk kami yang terlaris.

    1979 – 1980 
    Pusat Pengedaran Daerah Pertama (RDC) di Butterworth. Produk NUTRILITE pertama, Pek Keluarga, dilancarkan.

    1981 – 1984 
    Sistem Penjagaan Kulit ARTISTRY dan produk NUTRILITE Protein, Natural B Complex, Bio C, Lecithin E dan ACTIVE 8 dilancarkan.

    1985 – 1986  
    Ulang tahun ke-10. Sumbangan RM500,000 untuk pembinaan Rumah Tunas Harapan di Kuala Selangor. Buku Masakan Perkakas Memasak AMWAY Queen diterbitkan. 

    1987-1988 
    Produk keluaran tempatan pertama, Bedak Talkum Sekeluarga ALLANO. ARTISTRY Treasure Collection dan Koleksi Warna ‘Shades of Australia’ dilancarkan.

    1989-1990 
    Pameran Kesihatan dan Kecergasan NUTRILITE. Pengenalan Pelan Kemalangan Peribadi AMSURE dan Personal Shoppers Catalogue. 

    1991-1992 
    ‘Big on Quality’, peraduan terbesar AMWAY Malaysia untuk meraikan ulang tahun ke-15. Sistem Rawatan Air dilancarkan. 

    1993-1995 
    Bungkusan baru untuk produk Dandanan Diri, NUTRILITE dan ARTISTRY. 

    1996-1997
     
    AMWAY Malaysia mengambil alih AMWAY Brunei. Disenaraikan di Papan Utama KLSE (Bursa Malaysia). Dianugerahkan Lesen Jualan Langsung selama 3 tahun. Produk herba NUTRILITE pertama (NUTRILITE Garlic and Licorice) dilancarkan. 

    1998-2001 
    AMWAY2u.com mula beroperasi, membolehkan transaksi dalam talian 24 jam sehari, 7 hari seminggu. AMWAY ATS (Sistem Rawatan Air) dilancarkan.

    2002-2005 
    Kempen One by One untuk membantu kanak-kanak yang memerlukan dilancarkan. AMWAY Malaysia tersenarai antara 10 Syarikat Malaysia Diurus Paling Baik. NUTRILITE dan AMWAY WTS menerima Anugerah Reader’s Digest Superbrands. 

    2006-2008 
    Ulang tahun ke-30. Konsep “Ambil dan Bayar” diperkenalkan di kedai-kedai AMWAY. Menerima Anugerah BrandLaureate 

    2006-2007 
    untuk jenama jualan langsung terbaik. NUTRILITE DOUBLE X, Penulen Udara ATMOSPHERE dan Sistem Rawatan Air eSpring dilancarkan. 

    2009-2012 
    Dianugerahkan Lesen Jualan Langsung selama 10 tahun. AMWAY Home dan ARTISTRY Youth Xtend dilancarkan. 

    2013-2015 
    ARTISTRY Men, BodyKey by NUTRILITE dan ARTISTRY Supreme LX dilancarkan. 

    2016 & seterusnya 
    Ulang tahun demi ulangtahun. Kejayaan demi kejayaan. 

    Berkat usaha yang bersungguh-sungguh, syarikat Amway Malaysia berkembang dan terus berkembang, Pemilik Perniagaan Amway (ABO) juga turut berkembang. Bersama-sama, syarikat telah dapat bertahan lama dan berjaya mencapai kejayaan demi kejayaan.

    "Umur itu bukan penghalang" - Aunty Zainab 

    Dalam banyak-banyak kisah inspirasi di Amway, kejayaan Aunty Zainab menjadi satu sumber inprirasi pada ramai anak muda dan surirumah-surirumah. Bagi Aunty Zainab kejayaan beliau adalah kejayaan bersama dan beliau suka berada di Amway kerana tidak bersifat 'menyusahkan dan mengkayakan orang lain'.

    Aunty Zainab sendiri seringkali menasihati rakan-rakan lain di Amway supaya lakukan yang terbaik. Beliau tidak pandai IT dan tidak pandai berniaga online, tetapi beliau yakin rezki Allah SWT. Disebabkan itu, Aunty Zainab selalu beri semangat pada yang lain supaya buat yang lebih baik lagi daripada apa yang dia mampu buat. 

    cara-daftar-amway-online

    Rumah Kediaman Aunty Zainab 

    Anty tak pandai berniaga online macam orang lain tapi ini yang aunty dapat berkat bersama Amway. Aunty tahu anak-anak muda sekarang lebih pandai dengan internet, tak mustahil boleh dapat lebih dari apa yang aunty dapat. Tips utama kena cepat-cepat bertindak kerana berfikir lama akan membuatkan kita lupa dan sama sekali tak bertindak sampai peluang depan mata terlepas macam tu saja.

    Mahu daftar team Amway sepasukan bersama Aunty Zainab hanya dengan harga RM60? Ikut langkah-langkah di bawah atau whatsapp terus ke talian https://wa.link/9snwwd

    Daftar Keahlian Untuk Jimat Beli Barang Amway, Akhirnya Dapat Cash Bonus Berkali Ganda

    Berkat dari itu, ramai ikut serta dalam team Amway dengan menjadikan Aunty Zainab sebagai 'seorang ibu' yang harus didengar nasihat-nasihatnya. 

    Berkat dari itu seorang demi seorang mampu meraih pendapatan sampingan melalui Amway , berkat didikan dan tunjuk ajar dari rakan-rakan seperjuangan yang lain. 

    cara-daftar-amway-online-malaysia

    cara-nak-daftar-ahli-amway-online



    Bagaimana cara nak jadi ahli Amway?

    Berapakah harga ahli Amway untuk tahun 2022?

    Ada tak cara nak daftar Amway online untuk Malaysia?

    Harga Ahli Amway (Yuran Pendaftaran / Membership)

    Harga ahli Amway untuk proses pendaftaran tidak semahal yang disangka. 

    Harga yang perlu dibayar untuk harga ahli Amway ini hanyalah RM60 sahaja!

    Bagai tak percaya tapi itulah hakikatnya. RM60 ini boleh daftar atas nama bersama suami dan isteri. 

    Cara Daftar Jadi Ahli Amway Online Malaysia 

    Cara nak jadi ahli Amway Malaysia sekarang ni senang saja. Tak perlu nak terus pergi ke mana-mana cawangan Amway yang terdekat pun tak apa. Jom ikut step by step untuk mendaftar sebagai Ahli Amway (Amway Business Owner) secara online. 

    Sebagai Amway Business Owner (ABO), banyak kelebihan sedang menantik sebaik saja berjaya membuat pendaftaran. Jom ikut step by step untuk mendaftar sebagai Ahli Amway (Amway Business Owner).

    Buka link website amway dan lihat cara-cara mendaftar yang ada. Panduan isi maklumat asas seperti yang di bawah ini. 

    Cara Mendaftar (isi borang) Amway step by step

    1. Isi Bahagian A : Maklumat Peribadi Pemohon 

    Layari lamanweb utama Amway Malaysia dengan klik pada link ini, https://www.amway.my/registration/businessowner

    Isi Bahagian A dengan lengkap mengikut maklumat asas yang diperlukan seperti berikut. 

    Citizenship : Malaysia

    Malaysia NRIC Number : Nombor kad pengenalan

    Name as per NRIC : Nama sebenar seperti atas kad pengenalan 

    Date of birth  : Tarikh lahir 

    Gender : Jantina (lelaki / perempuan)

    Ethnicity : Kaum / Bangsa

    Preffered language : Bahasa pilihan

    Maritul status : Single (bujang) / Married (berkahwin)

    Mobile : Nombor handphone 

    Email address : masukkan email

    Home address : alamat tetap yang lengkap untuk sebarang urusan surat menyurat

    cara-daftar-amway-online
    Cara daftar jadi member Amway

    2. Bahagian B : Maklumat Pasangan 

    Isi bahagian maklumat pasangan ini untuk kelebihan sebagai ahli yang lebih dari Amway. Jika buat peluang bina kerjaya ini dengan bersungguh-sungguh, boleh dapat bonus percutian dari Amway. Bonus percutian ini dapat dinikmati bersama pasangan jika namanya di isi di sini .

    Rezeki di tangan Allah SWT, maka sebaiknya isikan maklumat diri dan pasangan. 

    cara-daftar-amway-online-malaysia
    Cara daftar jadi member Amway

    3. Bahagian C : Maklumat Penaja / Sponsor 

    Isi nombor ABO penaja dan klik Confirm. Pastikan nama sponsor adalah betul (rujuk gambar). 


    Sponsor ABO Number : 7012174857
    Name : Rohayati


    cara-daftar-amway-online


    4. Bahagian D : Nombor Akaun Bank Untuk Terima Bonus / Boleh Skip Dan Isi Kemudian (Jika Mahu)

    Isi Bahagian C dengan memasukkan nombor akaun bank dan nama pemilik untuk akaun bank tersebut. Ini untuk memudahkan urusan bonus untuk ABO yang layak dengan kadar belian produk 250 PV sebulan.

    1.Pilih jenis akaun 

    2. Masukkan nama bank 

    3. Masukkan penama akaun bank

    4. Masukkan nombor akaun bank 

    5. Klik Validate untuk sahkan

    6. Akhir sekali klik pada bahagian Declaration & Acceptance dan klik NEXT. 
    cara-daftar-amway-online
    Cara daftar jadi member Amway

    Done! Welcome to Amway! Enjoy the income and reward when you grow your business. Amway Business Owner can buy products with a special price! 

    Seterusnya boleh kemaskini Amway profile masing-masing. 

    Kesimpulan

    Jika dulu asyik tertanya-tanya kenapa la orang kalau nak beli barang mesti daftar jadi ahli? Kalau tak jadi ahli tak leh beli ke? Sekarang jawapannya sudah ada di depan mata. Daftar sebagai ahli Amway dengan gelaran ABO ni, tak semestinya kena berniaga. 

    Berdaftar sebagai ahli Amway tak nak berniaga pun tak apa. Mahu berniaga atau tidak, pilihan ditangan sendiri. Tiada siapa yang berhak untuk paksa dan menentukannya. Jika benar nak menjual pastikan jangan jual di bawah harga ABO (bawah harga ahli) kepada sesiapa.

    Jika kita tidak mendaftar sebagai ahli Amway, kita dipanggil sebagai customer atau prospek.  Tapi jika kita mendaftar sebagai ahli Amway, Kita dipanggil sebagai AMWAY BUSINESS OWNER (ABO), benar-benar terasa seperti Amway ini kita yang punya. 

    Bagi yang hanya suka membeli, Amway online order juga boleh. Harga untuk semua produk di bawah jenama Amway ada di website untuk check dengan mudah.  

    Sudah berpuluh-puluh tahun jenama ini bertahan di Malaysia dan seluruh dunia, ini bermakna Amway merupakan salah satu jenama product rumah, kesihatan dan kecantikan yang terbaik dikalangan mereka yang tebaik. 

    Mahu daftar team Amway sepasukan bersama Aunty Zainab hanya dengan harga RM60? Ikut langkah-langkah di atas tadi dan whatsapp ke talian https://wa.link/9snwwd

    Tak Minat Berniaga? Hanya Nak Jadi Ahli Amway Untuk Beli Barang?

    Boleh berdaftar sebagai APC hanya dengan bermodalkan RM20 saja setahun! 


    Dapatkan info bermanfaat dengan mudah di telegram:

    Sis Hawa Dot Com 

    4 comments for "Cara Daftar Amway Online Malaysia 2022"

    1. Kinah pernah beli amway deodarant tu. Memang best. Nak daftar jugak la nanti.. senang nak beli sendiri hehe

      ReplyDelete
      Replies
      1. sis siap daftar dah semalam hehe. bnyk brg2 amway yg best. cuci pinggan deadorant vitamin c mmg syok. ni nak cuba ubat gigi utk anak2 guna, sbb katanya bagus untuk gigi yang kuning segala macam tu.

        Delete
    2. Alhamdulillah sbb rina mmg belajar dari Aunty Zainab ni. Selalu ke rumah dia, teringat mula2 dulu dibimbing dan dipantau jauh oleh aunty Zainab. Banyak dia ajar rina syukur diperkenalkan.

      Walaupun rina ada kerja hakiki, tapi tiap 15 haribulan dapat gaji amway lagi Alhamdulillah. sambil2 guna barang rumah jee mcm air mangga, sabun mandi, sabun basuh baju, vitamin, ubat gigi, deodorant, pencuci lantai LOC tu sekali boleh guna utk bersih segaala macam.
      Memang betul best company amway dan seronok jadi abo amway..

      Siapa minat nak bljr bisnes amway yg ada group coaching dan suport. dan direct dibimbing oleh team Aunty Zainab boleh hubungi Rina. yang kl selangor bestla boleh gather2,, yg jauh pun boleh by online senang sekarang ni.

      ReplyDelete
    3. kita dok guna deadorant dan ubat gigi dari amway skrg. best!

      ReplyDelete