Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Mengidam Makanan Terengganu, Jom Dapatkan Dari Pihak Nolynar

 Mengidam Makanan Terengganu, Jom Dapatkan Dari Pihak Nolynar | Terengganu merupakan salah satu negeri Pantai Timur di Malaysia yang cukup terkenal dengan tarikan pelancongan. Makanan keluaran negeri Terengganu Darul Iman pula memang sudah lama terkenal kesedapannya. 


Negeri yang terkenal dengan hasil lautnya ini menjadikan Terengganu sebuah negeri yang kaya dengan makanan sedap di setiap pelusuk negeri. Negeri besar Terengganu ini boleh dikatakan mempunyai pelbagai tarikan. 


Dari segi makanan, sudah tentulah makanan asli rakyat Terengganu mendapat tempat di hati. Tidak hanya kalangan warga tempatan, malah pelancong dalam negara dan luar negara turut menyukainya. Antara makanan Terengganu yang sudah sering dibualkan dari mulut ke mulut adalah keropok, gulai kawah dan juga celup tepung. 


Disebabkan itu, aku juga suka beli makanan Terengganu dan salah seorang penjual yang ada menjual makanan khusus produk keluaran anak Terengganu tempatan adalah NOLYNAR




Nolynar merupakan sebuah syarikat kecil tempatan yang baru bertapak tetapi semakin hari sudah semakin mendapat tempat di hati ramai pelanggannya. Nolynar ini diusahakan oleh seorang gadis kelahiran Terengganu yang menetap di daerah Setiu. 


Berbeza dengan ramai warga setempat yang lebih gemar berhijrah ke bandar, Cik Noly memilih untuk tetap di kampung halaman. Bagi beliau rezeki ada di mana-mana. Berkat dari itu beliau usaha memajukan diri dan produk keluaran setempat dari negeri Terengganu menjadi imej trademark untuknya. 


Cik Noly yakin, makanan Terengganu boleh pergi jauh dan disebabkan itu beliau bersungguh-sungguh untuk memajukan diri disebalik perniagaannya ini. 



Selari dengan gaya hidup rakyat semasa yang mahukan segalanya serba pantas, Nolynar mengetengahkan makanan cepat di masak dengan rasa sedap di tekak semua orang sebagai produk utama perniagaan. 


Antara produk yang diwar-warkan buat masa ini adalah seperti :

  • Keropok keping sedia dimakan (baby keropok)

  • Keropok losong (keropok batang)

  • Pes gulai kawah 

  • Tepung segera untuk makanan laut (celup tepung) 

  • Sos pencicah



Inilah produk yang diketengahkan oleh pihak Nolynar. Walau nampak masih belum banyak variasinya tetapi itu tidak bermakna produk-produk ini tidak mendapat sambutan. Malah, hari demi hari ada pesanan sama ada dari media sosial facebook, pelanggan baru dan pelanggan tetap. 



Inilah yang dinamakan usaha. Berkat kerja keras alhamdulillah Nolynar terus melebarkan sayapnya hingga ke aplikasi Shopee. Ini bermakna sesiapa saja boleh mendapatkan makanan asli Terengganu ini dengan lebih mudah dan pantas. 


Bagi anda yang sangat berminat dengan makanan Terengganu, baru mahu mula rasa atau mungkin anda memang anak Terengganu yang kini ada di perantauan, anda boleh membuat pembelian produk makanan Terengganu ini secara online. 


Lihatlah sendiri jumlah tempahan yang dibuat. Masing-masing suka dengan rasa dan ketangkasan pihak Nolynar melakukan penghantaran. 


Dari segi stok, pihak Nolynar boleh bantu menyediakan jumlah pembelian dalam skala kecil dan besar. Cuma untuk pembelian dalam skala besar (borong), mohon hubungi secara terus untuk perbincangan dan InshaAllah Cik Noly dari pihak Nolynar ini akan bantu memudahkan urusan anda. 


Walaupun aku tinggal hanya berjiran dengan Terengganu (Kelantan) malah aku turut suka dengan makanan sana. Hakikatnya meskipun Kelantan dan Terengganu masing-masing ada produk hasil laut (keropok) tetapi rasanya adalah tidak sama. 


  1. Keropok Keping Nolynar 


Keropok keping misalnya, bukan hanya sedap dimakan begitu saja atau bersama sos pencicah, tetapi ia juga sangat sedap di makan bersama nasi, bihun goreng dan lain-lain makanan. Rasa ikannya yang padat ditambah kerangupan yang sukar nak digambarkan, menjadikan keropok keping ini sesuai dinikmati pada bila-bila masa.



Di bawah ini, disertakan sebahagian daripada maklumbalas pelanggan untuk anda lihat sendiri. Testimoni ini dapat membuktikan yang makanan produk Terengganu sememangnya berbaloi untuk di beli rasa dan makan baik bersama teman mahupun seisi keluarga. 


Anda juga boleh beli sebagai pemberian kepada ibu ayah, kenalan dan rakan sahabat yang diingati kerana harga yang ditawarkan adalah sangat murah berbaloi-baloi. 


  1. Keropok Lekor Nolynar 


Keropok lekor losong asli Terengganu, inilah salah satunya. Keropok lekor yang diniagakan oleh Nolynar ini dihasilkan oleh pihak pengusaha tempatan dengan menggunakan isi ikan yang tidak gatal. Isi ikannya juga sangat banyak berbanding keropok lekor biasa yang lain. 


Untuk mengawal tahap kesegaran semasa proses penghantaran, keropok lekor ini dibungkus dalam bentuk vakum. Secara tidak langsung, keropok diharapkan masih dalam keadaan baik ketika tiba di tangan pelanggan . InshaAllah. 


Ini hasilnya setelah di goreng. Nampak jelas dan nyata betapa rangupnya keropok lekor ini dengan isi ikan yang banyak. Barulah makan, betul-betul ada rasa keropok lekor asli Terengganu yang gah dengan hasil lautnya. 


Sekali goreng terus habis sepinggan. Kunyah makan bersama teman dan keluarga sambil sembang santai akan membuatkan terasa seperti sedang berada di negeri Terengganu itu sendiri. Bak kata Cik Noly sendiri, “tak perlu susah ke Terengganu, kini Terengganu datang ke rumah anda”. 



  1. Pes Gulai Kawah 


Bagi pengemar makanan gulai berkuah, pes gulai kawah ini memang patut anda cuba. Pes gulai kawah ini dapat membantu urusan masak gulai dengan lebih mudah. Soal rasa InshaAllah sudah tentulah sedap dengan aroma makanan Terengganu itu sendiri. 


Tidak kisah sama ada sudah pakar masak gulai kawah atau baru ingin mencuba, pes gulai kawah ini sangat sesuai untuk anda gunakan. Soal harga anda jangan risau, benar-benar murah dan berpatutan untuk dibeli. 


Lihatlah sendiri testimoni maklumbalas pelanggan selepas mencuba pes gulai kawah ini. 


Katanya sangat memudahkan kerja. Mereka yang sibuk sangat sesuai beli pes segera begini kerana terus boleh masak dalam masa yang lebih pantas. Hasil dan rasa gulai itu sendiri mampu membuat kita yang melihat kecur air liur. 


Di sini juga disertakan beberapa lagi testimoni dari pelanggan lain yang telah pernah membeli dan merasa produk pes kawah Terengganu oleh pihak Nolynar ini. Sekali cuba kembali nak beli. Jika mula hanya beli satu pek kini kembali beli sehingga 10 pek. 



















  1. Tepung Segera Hasil Laut & Sos Pencicah


Terengganu memang terkenal dengan menu celup tepung. Jika singgah ke mana-mana restoran atau tempat makan di sekitar pinggir pantai Terengganu, selalunya celup tepung ini memang ada di dalam menu. Celup tepung merupakan makanan hasil laut yang digoreng dengan tepung adunan khas untuk hasil rangup dan sedap.


Bagusnya sekarang, pihak Nolynar menawarkan tepung segera hasil laut yang dikeluarkan oleh pihak Mr Celup Tepung Station, salah sebuah restoran terkenal tahap viral di Pantai Penarik, Setiu Terengganu. 




Sebagaimana yang telah dikatakan tadi, saya juga salah seorang pelanggan yang telah pernah mencuba produk yang diniagakan oleh pihak Nolynar. Penghantaran laju dan pembungkusan juga sangat baik serta teliti. Sama sekali tiada masalah keropok hancur atau sebagainya. Terima dalam keadaan baik, alhamdulillah. 



Yang paling suka sudah tentulah anak-anak kerana keropok keping rangup sedia di makan dan keropok lekor ini merupakan antara makanan kegemaran mereka. 


Dalam masa yang sama, sebagai seorang ibu aku turut merasa lega kerana setidaknya keropok begini merupakan snek keluaran anak tempatan yang diyakini status halal dan kandungannya. 



Pada sesiapa saja yang sedang mencari kedai keropok lekor asli keluaran anak  Terengganu, boleh dapatkan dari pihak Nolynar. Keropok keping rangup, keropok lekor , pes gulai kawah, tepung segera hasil laut dan sos, semuanya boleh di beli dari pihak Nolynar. 


Nolynar turut menyediakan pembelian secara online. Keropok Terengganu Online kini boleh dibeli di Shopee. Untuk pertanyaan lanjut berkaitan harga atau ingin membuat pembelian terus, boleh hubungi pihak Nolynar melalui detail di bawah ini : 



NOLYNAR , PENIAGA PRODUK MAKANAN ASLI TERENGGANU

Shopee | Whatsapp | Facebook 


2 comments for "Mengidam Makanan Terengganu, Jom Dapatkan Dari Pihak Nolynar"