Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Senarai Jenis Periuk Kukus Terbaik Yang Popular Di Malaysia

Senarai Jenis Periuk Kukus Elektrik Yang Bagus Di Malaysia | Nak dapatkan periuk kukus terbaik bukan satu kerja yang mudah. Kenapa? Kerana tak semua periuk kukus ini dapat memenuhi kehendak kita sebagai pengguna. 

Memilih periuk pengukus yang bagus tidak hanya bergantung kepada saiz periuk kukus besar atau saiz periuk kecil semata-mata. Nak kena tahu juga materialnya apa. Cara guna bagaimana. Harga pula berapa.

Apa Itu Periuk Pengukus?

Periuk kukus in english dikenali sebagai steamer. Periuk kukus ataupun food steamer merupakan salah satu kelengkapan memasak yang mesti ada di dapur rumah. 

Pengukus dibuat dengan meletakkan makanan di atas, bukan di dalam air yang mendidih. Air yang didihkan atau cukup panas akan menghasilkan wap untuk memasak makanan di lapisan atas dengan udara panas yang lembap.

Periuk kukus pulut sering rakyat Malaysia gunakan kerana pulut sangat sedap di masak dengan kaedah kukusan berbanding masak seperti nasi dengan cara biasa. 


periuk-kukus-elektrik-terbaik
jenis periuk kukus terbaik yang popular di Malaysia


6 Kebaikan Masak Menggunakan Periuk Kukus 

Berikut merupakan kelebihan menggunakan periuk kukus atau kaedah mengukus dalam memasak makanan di dapur.

1. Mengekalkan khasiat 

Mengukus membolehkan makanan mengekalkan rasa, warna, bentuk, dan nilai berkhasiat semula jadi lebih baik daripada ketika direbus atau didihkan di dalam air. 

2. Mengekalkan Tekstur 

Ia juga merupakan kaedah yang sering mengekalkan tekstur makanan yang dikukus berbanding dengan kaedah masakan lain. 

3. Memelihara flavonoid 

Pakar pemakanan sering menganggap kukus sebagai cara terbaik untuk memelihara flavonoid, sebatian yang terdapat dalam buah-buahan, sayur-sayuran dan beberapa minuman (anggur, kopi, teh, dan beberapa minuman buah) yang boleh menyumbang dan memberikan manfaat kesihatan untuk memerangi penyakit. 

4. Mengekalkan Vitamin 

Makanan kukus dapat mengekalkan vitamin B dan C yang hilang dengan kaedah memasak lain seperti memar, membakar atau merebus. 

Pendek kata, kaedah memasak dengan mengukus sangat bermanfaat kepada kesihatan tubuh badan manusia. 

5. Hidangan Ringkas 

Kaedah mengukus tidak memerlukan memasak dengan minyak. Oleh itu, kita dapat menghindarkan daripada penggunaan minyak masak yang berlebihan yang kadangkala tidak begitu bagus untuk kesihatan.

6. Hampir Tidak Berbau 

Dalam kebanyakan kes, memasak wap dapat mengurangkan bau yang tidak menyenangkan dari sebilangan makanan. Cubalah untuk mempercayainya! 

Hidangan yang dihasilkan sangat ringan, lebih sihat berbanding dengan kaedah memasak yang lain.

Semasa memasak ikan dan ayam, wap melarutkan lemak, menjadikan makanan lebih rendah kalori dan lebih mudah dicerna.

Periuk Kukus Dulu VS Periuk Kukus Sekarang 

Periuk kukus tradisional bermula dengan menggunakan buluh. Malah periuk kukus buluh ini masih lagi digunakan secara meluas seperti di negara Cina. 

Periuk kukus tradisional buluh ini banyak digunakan masyarakat Cina dalam penghasilan dimsum dan lain-lain masakan kukus. Masyarakat Cina sememangnya sudah terkenal dengan kaedah masakan sihat dengan cara kukusan. 

periuk-kukus-besar-kecil
periuk kukus besar daripada buluh

Tips Memilih Periuk Kukus Yang Bagus & Terbaik 

Terdapat banyak alat pengukus makanan yang terdapat di pasaran. Pertimbangan terhadap perkara-perkara tertentu seperti yang disebutkan di bawah ini dapat membantu memilih pengukus yang sesuai untuk dapur rumah kita. 

1. Jenama 

Cari jenama yang dicuba dan telah diuji. 

Terdapat banyak jenama pengukus yang kita boleh dapati di pasaran. Pengukus yang dihasilkan oleh pengeluar yang kurang dikenali boleh menyebabkan kita menghadapi masalah dengan kualiti dan perkhidmatan selepas jualan. 

2. Kapasiti 

Pengukus makanan tersedia dalam kapasiti kebanyakannya 3, 7, 9 dan 10 liter. Pilih yang sesuai dengan saiz keluarga kita dan yang boleh memasak pelbagai jenis makanan. 

Walaupun, kebanyakan periuk kukus sememangnya direka untuk memasak pelbagai jenis makanan, sebilangan pengukus mampu memasak lebih banyak kapasiti makanan daripada yang lain. 

3. Bahan Mesra Alam 

Dalam kebanyakan kes, bahan pengukus sama ada plastik atau keluli tahan karat. Di antara keduanya, cari keluli tahan karat untuk kestabilan dan hayat perkhidmatan yang lebih baik. Plus, keluli tahan karat juga mesra alam. 

4. Pemasa 

Sebilangan besar wap elektrik dilengkapi dengan pemasa yang boleh digunakan untuk menetapkan waktu memasak. Pilih yang senang untuk kita gunakan. 

5. Mangkuk kukus 

Periksa kualiti mangkuk kukus. Pengukus makanan biasanya dilengkapi dengan dua hingga tiga tingkat mangkuk kukus. Periksa sama ada ia mempunyai dulang titisan dan jika mudah dikendalikan. 

6. Paras air 

Cuba cari pengukus elektrik yang mempunyai tolok air yang kelihatan di bahagian luar. 

Untuk pengukukus biasa, cari pengukus yang boleh menyimpan lebih banyak air agar tidak perlu menambah air berkali-kali. 

7. Mudah Dibersihkan dan Dijaga

Pilih pengukus yang senang dibersihkan dan dijaga. Sebilangan besar wap dilengkapi dengan bahagian yang boleh dikeluarkan dan dibersihkan. Setelah selesai, ia boleh dipasang kembali. 

Jenis Jenis Periuk Kukus Yang Popular di Malaysia 

Ini sebahagian daripada senarai periuk kukus yang ada dalam pasaran Malaysia. Bolehlah beli untuk dijadikan salah satu peralatan memasak utama di dapur. 

Antara jenis-jenis periuk kukus yang sering menjadi carian kalangan rakyat Malaysia adalah periuk kukus lama cap buaya, periuk kukus stainless steel, periuk kukus elektrik tesco, periuk kukus tupperware, periuk kukus tefal dan periuk kukus Noxxa. 

periuk-kukus-tradisional-periuk-cap-buaya
periuk kukus tradisional periuk cap buaya


Antara Jenis-Jenis Periuk Kukus Dalam Pasaran Malaysia 

Jika disenaraikan, antara periuk kukus yang ada dalam pasaran Malaysia ini adalah seperti : 

  • periuk kukus buluh
  • periuk kukus stainless steel
  • periuk kukus cap helang
  • periuk kukus cap buaya 
  • periuk kukus samu giken
  • periuk kukus elektrik Tesco
  • periuk kukus Tupperware
  • periuk kukus Tefal
  • periuk kukus Noxxa 

Perbezaan Periuk Kukus Tradisional Dengan Periuk Kukus Elektrik 

1. Periuk Pengukus Tradisional Cap Buaya Masak Guna Dapur Gas 

Untuk rakyat Malaysia, kebanyakan dari kita menggunakan periuk kukus tradisional sama seperti rakyat Thailand. Periuk kukus jenis cap buaya ini memang banyak dijual di sempadan Malaysia Thailand. 

Periuk kukus cap buaya sudah berpuluh-puluh tahun terkenal di Malaysia. Dah sebati sangat dengan rakyat kita. 

Periuk kukus cap buaya ni sudah terkenal sejak zaman tok nenak kita lagi. Seriring dengan peredaran zaman, periuk pengukus cap buaya ada dalam pelbagai saiz, dari saiz 24 hingga kepada saiz 44. 

Ini periuk kukus lejen cap buaya. Hampir semua rumah di kampung ada periuk ni. Harga dia pun boleh tahan jugak, hampir sama dengan pengukus elektrik ye. 

Jangan ingat terlalu murah tau. Periuk tradisional begini ada juga dari jenama lain dengan harga murah tapi kurang baik dari segi kualiti berbanding dengan periuk kukus cap buaya. 


2. Periuk Pengukus Elektrik Untuk Kek, Kuih, Ikan, Nasi dll

Selain daripada periuk kukus cap buaya, periuk pengukus elektrik turut menjadi pilihan ramai rakyat di Malaysia. Beza periuk kukus elektrik dengan periuk kukus cap buaya, periuk kukus elektrik lebih cantik dan moden.

Selain itu, periuk kukus elektrik mempunyai bentuk panjang berbanding dengan periuk kukus cap buaya yang hanya ada dalam bentuk bulat. 

Periuk kukus elektrik turut menjadi pilihan kerana lebih mudah digunakan dan materialnya yang jernih dapat memperlihatkan hasil masakan dengan mudah tanpa perlu dibuka tudung periuk kukus berkali-kali. 

Kelebihan lain :

  • Saiz besar
  • Bukan bentuk bulat (mudah masak ikan stim)
  • 3 layer boleh masak 3 jenis masakan serentak
  • Bau tak bercmpur
  • Tahan panas 1 jam lepas masak


periuk-kukus-amway-noxxa
periuk kukus amway noxxa 


Noxxa Steamer Review : Guna Periuk Kukus Amway (Steamer Noxxa), Saiz Besar Dengan Harga Berbaloi

Dalam banyak-banyak jenis periuk kukus tadi, aku lebih tertarik dengan periuk kukus Amway jenama Noxxa. 

Steamer Noxxa berapa liter?

Bagaimana bentuk Steamer Noxxa?

Berapa Harga Steamer Noxxa (Steamer Noxxa Price)?

This Amway Noxxa Food Steamer steamer has 3 tiers and a 2l water tank capacity so you can steam all your favourite ingredients! Measuring 217 x 75 x 383mm.


periuk-kukus-elektrik-terbaik
periuk kukus elektrik terbaik


Pengukus makanan Amway Noxxa ini mempunyai 3 tingkat dan kapasiti tangki air 2l supaya  boleh mengukus semua makanan kegemaran. Saiznya pula berukuran 217 x 75 x 383mm.

Bentuk periuk kukus Amway jenama Noxxa ini berbeza dengan periuk kukus tradisional cap buaya. Boleh lihat sendiri gambar di bawah. Dengan mudah, boleh masak ikan guna steamer Noxxa tanpa perlu dipotong ikan itu tersebut. 

Gambar Kukus Ikan Guna Steamer Noxxa 

Masak ikan stim limau boleh, masak pau pun boleh. Steam guna periuk kukus Noxxa mudah saja. 

Kukus-Ikan-Guna-Steamer-Noxxa
Kukus Ikan Guna Steamer Noxxa


Beli Secara Ansuran, Bayar Bulan Pertama Terus Terima Barang 

Harga sebenar untuk periuk kukus Amway ini adalah RM 

Untuk member Amway akan dapat harga members special iaitu dengan harga RM . 

Jika sudah berdaftar sebagai ahli Amway, nak beli secara ansuran juga boleh. Cara nak daftar jadi ahli Amway Malaysia secara online mudah jer.


Kesimpulan 

Periuk pengukus, peralatan dapur yang kebanyakan mak-mak memilikinya kerana periuk ini membantu memudahkan kerja-kerja memasak terutama bila tiba nak masak kuih muih melayu. Ada juga yang gunakan periuk kukus untuk berjualan kuih muih.

Ada banyak jenis periuk kukus tradisional dan periuk kukus elektrik di pasaran. Boleh beli ikut senarai pilihan masing-masing. Yang penting sebelum beli pastikan periuk kukus tersebut benar-benar menepati kehendak kita sebagai pengguna. 


Nak cuba masak masakan kukus di rumah? Masih belum tahu periuk kukus apa yang paling best dan popular di Malaysia? Semoga artikel info berkaitan periuk kukus ini dapat membantu. 

Jom kukus/stim makanan anda dengan Pengukus Makanan Noxxa! Lepas ni dah tak perlu lagi risau buka api sampai kering air dalam periuk kukus! Boleh rentung periuk! Itu semua tak akan berlaku lagi InshaAllah. 

Jika ada pertanyaan lanjut berkaitan periuk kukus steamer Amway Noxxa, atau berminat nak terus beli barangkali, boleh terus whatsapp ke talian di bawah ini. 


Periuk kukus elektrik Amway Noxxa 

Harga kasih sayang, tak sampai RM400 per set

Takut lari bajet, boleh bayar ansurans. 

Ada RM100+ dalam tangan boleh terus terima Steamer segera!!


Berminat boleh whatsapp

https://wa.link/e1vyn9

https://wa.link/e1vyn9

https://wa.link/e1vyn9


Sumber :

Dapur Ware 

1 comment for "Senarai Jenis Periuk Kukus Terbaik Yang Popular Di Malaysia"

  1. Emak Mrs. A masih guna lagi periuk kukus tradisi cap buaya tu paling selalu guna untuk masuk kuih koci heheheee...

    ReplyDelete