Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Cara Daftar Ahli Amway Online Malaysia 2022 APC Dengan RM20

Cara Daftar Ahli Amway Online Malaysia 2022 APC Dengan RM20 Ringgit  | Pasti ada dikalangan kita yang jadi tertanya-tanya. Kenapa syarikat-syarikat besar suka guna konsep kalau nak beli barang, mesti kena daftar jadi ahli dulu. Salah satunya Amway. 

Kalau terus beli produk Amway ini tanpa daftar jadi ahli tak boleh ke? Kenapa mesti nak beli barang mesti kena daftar jadi ahli dulu. Kalau sekadar nak guna saja tanpa nak menjual adakah mesti kena daftar jadi ahli Amway juga?

cara-daftar-amway-online-malaysia
Cara Daftar Amway Online Malaysia 2022

Tertarik Dengan Amway Kerana Kualiti Produk 

Mengikut pembacaan Amway sudah menapak sejak tahun 1959 lagi. Dulu-dulu Amway hanya melancarkan satu model perniagaan. Produk asal yang ditawarkan dalam model ini adalah Pencuci Organik Cecair (L.O.C). Ia merupakan pencuci pertama yang pekat, terbiodegradasi dan mesra alam. 

Sejak itu Amway berkembang meluas dari hanya produk rumah kepada produk lain termasuk untuk kesihatan dan kecantikan.

Now in 2022, Amway Malaysia is a direct selling company that offers health & wellness products like supplements, beauty essentials and air & water purifiers. 

Antara Barang Popular Amway Yang Mendapat Perhatian

Produk Amway ada bermacam jenis. Ada makanan tambahan untuk kesihatan , produk-produk kecantikan dan barangan rumah. Nak beli periuk dan sebagainya turut ada di Amway. 

1. Amway Vitamin C (Bio C Plus)

2. Amway Deadorant 

3. Amway Tooth Paste (Glister)

4. Amway Iron Philips 

5. Amway Nutrilite 

6. Amway Espring 

7. Amway Collagen

8. Amway Air Purifier

9. Amway Probiotics

10. Amway Air Fryer 

11. Amway Food Processor dan bermacam-macam lagi. 

amway-products
Amway Products

Kelebihan Menjadi Ahli APC Amway Yang Berdaftar 

Disebabkan nak beli barang Amway aku cari lagi info tentang kelebihan menjadi ahli Amway dan ternyata adalah lebih untung jika daftar sebagai ahli sebelum beli produk yang diinginkan. Kenapa?

Kelebihan menjadi ahli Amway ada banyak dan di sini dikongsikan secara ringkas untuk beberapa perkara. 

Bila daftar sebagai ahli sebelum beli barang, ini bermakna barang tersebut boleh dibeli dengan harga yang lebih murah. Ini kerana, setiap orang yang berdaftar layak membeli produk dibawah jenama Amway dengan harga ahli. 

Jumlah penjimatan produk Amway ini pula anggarannya antara 20% - 25%. Memang jimat banyak la tu. Makin tambah jimat jika beli barang dengan harga yang agak besar, duit poket sendiri juga yang dapat diselamatkan. 


Bagaimana cara nak jadi ahli Amway?

Berapakah harga ahli Amway untuk tahun 2022?

Ada tak cara nak daftar Amway online untuk Malaysia?

Benarkah harga yuran keahlian untuk jadi ahli Amway Malaysia hanya RM20?


Harga Ahli Amway (Yuran Pendaftaran / Membership)

Harga ahli Amway untuk proses pendaftaran tidak semahal yang disangka. 

Harga yang perlu dibayar untuk harga ahli Amway ini hanyalah antara RM20 dan juga RM60 sahaja!

Bagai tak percaya tapi itulah hakikatnya. RM20 boleh daftar seorang diri sebagai APC manakala RM60 ini boleh daftar atas nama bersama suami dan isteri sebagai ABO. 

APC menumpukan pada kegunaan peribadi dan tiada hak untuk menaja dan menjual atau memperoleh pendapatan/pembayaran bonus. Pendaftaran juga sangat murah. 

Untuk lebih mudah faham, APC lebih kepada mereka yang beli produk Amway untuk guna sendiri seisi keluarga. 

ABO pula untuk mereka yang suka guna barangan Amway dan berminat untuk perkenalkan kelebihan produk Amway kepada orang lain sambil jana pendapatan tambahan. 


Beza ABO Dan APC Amway 

 1. ABO Boleh Berniaga Tetapi APC Tidak Boleh Berniaga

Sebagai contoh, seorang ahli ABO ada beli sebuah periuk Noxxa dari Amway. Kemudian, adik beradik lihat dan turut berkenan nak gunakan periuk yang sama. Ahli ABO ini boleh jadikan peluang yang ada sebagai sumber tambah pendapatan.

Jika kebetulan memang minat berniaga, boleh lakukan dengan penuh komited. Semakin banyak produk Amway yang boleh dijual bermakna semakin banyak untung runcit boleh dapat. Walaubagaimanapun, hendaklah jujur dengan jualan. 

Maksud jujur dengan jualan ini adalah :

  • jual produk Amway dengan harga yang telah ditetapkan
  • jangan jual produk Amway dibawah harga yang telah ditetapkan kerana nak kejar PV
  • 2. Bonus Tunai Berterusan Untuk Keahlian Aktif 

    Selain boleh dapat untung runcit, pihak Amway turut menawarkan bonus dalam bentuk tunai (wang ringgit). Bonus tunai ini selalunya di bayar pada tarikh 15hb setiap bulan. Bonus layak diterima oleh ahli-ahli berdaftar yang berjaya mencapai minimum point (PV) yang terkumpul iaitu sebanyak 250 PV. 

    Setiap pembayaran bonus, Amway akan terus bank in (transfer masuk ke dalam akaun bank). Proses penerimaan bonus ini akan terus berjalan selagimana kalian berjaya mengekalkan PV minimum bulanan. 

    Berapa jumlah sebenar Cash Bonus ni, itu bergantung pada diri masing-masing sama ada nak cash bonus setakat kekalkan jumlah pembelian bulanan atau dengan cara aktif membina kerjaya bersama Amway.

    3. Peluang Bercuti Bersama Pasangan

    Daftar. Beli barang guna sendiri. Beli barang dan jual untuk tambah pendapatan. Boleh dapat untung runcit dan bonus peribadi. Boleh juga dapat peluang untuk bercuti bersama yang tersayang. Inilah dia antara Amway.


    Cara Daftar Jadi Ahli Amway Online Malaysia Sebagai APC

    Cara nak jadi ahli Amway Malaysia sekarang ni senang saja. Tak perlu nak terus pergi ke mana-mana cawangan Amway yang terdekat pun tak apa. Di sini dikongsikan cara daftar sebagai APC dengan yuran sebanyak RM20.

    Program Pelanggan Istimewa Amway (APC) yang sentiasa dinanti-nantikan ini boleh disertai oleh sesiapa saja yang berumur dari 18 tahun ke atas. Boleh ikut cara daftar sebagai APC Amway dengan mengisi bahagian-bahagian yang diperlukan.

    Jom ikut step by step untuk mendaftar sebagai ahli Amway dalam bentuk APC. Jika berminat untuk tahu cara daftar sebagai ABO (Amway Business Owner) boleh ke artikel sebelumnya. 

    Cara Mendaftar (isi borang) Amway step by step

    Buka link website amway dan lihat cara-cara mendaftar yang ada. Panduan isi maklumat asas seperti yang di bawah ini. 

    1. Isi Bahagian A : Maklumat Peribadi Pemohon 

    Layari lamanweb utama Amway Malaysia dengan klik pada link ini, https://www.amway.my/registration/member

    Isi Bahagian A dengan lengkap mengikut maklumat asas yang diperlukan seperti berikut. 

    Citizenship : Malaysia

    Malaysia NRIC Number : Nombor kad pengenalan

    Name as per NRIC : Nama sebenar seperti atas kad pengenalan 

    Date of birth  : Tarikh lahir 

    Gender : Jantina (lelaki / perempuan)

    Ethnicity : Kaum / Bangsa

    Preffered language : Bahasa pilihan

    Maritul status : Single (bujang) / Married (berkahwin)

    Mobile : Nombor handphone 

    Email address : masukkan email

    Home address : alamat tetap yang lengkap untuk sebarang urusan surat menyurat

    cara-daftar-amway-online
    Cara daftar jadi member Amway APC


    2. Isi Bahagian C : Maklumat Penaja / Sponsor 

    Isikan salah satu nombor ABO penaja dari senarai di bawah dan klik Confirm. 

    Sponsor ABO Number 701 2547 303
    Name : Azizah

    Sponsor ABO Number : 701 2468 600
    Name : Mohamad Ai 

    Sponsor ABO Number : 701 2174 857
    Name : Rohayati

    Pastikan nombor dan nama sponsor adalah betul (rujuk gambar). 



    3. Klik Bahagian C : DECLARATION & ACCEPTANCE 

    cara-daftar-amway-online
    Cara daftar jadi member Amway APC


    Done! Welcome to Amway! Enjoy the income and reward when you grow your business. Amway Business Owner can buy products with a special price! 

    Seterusnya boleh kemaskini Amway profile masing-masing. 


    How To Check Amway Membership? 

    Jika sudah pernah daftar sebagai ahli Amway dan tidak tahu adakah nama keahlian masih aktif atau tidak, boleh hubungi dengan klik talian whatsapp ini untuk bantuan. 

    Kesimpulan 

    Bila dah masuk ke alam rumahtangga dan ada anak-anak, aku mula pandang dari sudut yang berbeza. Aku mula dapat faham apakah sebenarnya tujuan mesti kena daftar jadi ahli untuk beli barang ni. Bila difikirkan balik, aku terasa seperti seorang yang pentingkan diri pula.

    Antara sebab-sebab kenapa aku mula berubah fikiran tentang daftar ahli sebelum beli barang ini setelah memikirkan bagaimana aku ini perlu membeli barangan rumah untuk kegunaan keluarga tetapi tidak mendapat pulangan balik jika hanya membeli dipasaraya seperti biasa.

    Mungkin harga produk Amway lebih tinggi berbanding produk lain di pasaraya tetapi ia setara dengan kualiti produk tersebut. Bak kata pepatah, alah membeli menang memakai. Walau harga sedikit tinggi tapi jika produk itu lebih jimat penggunaan tahan lebih lama, maka sudah tak menjadi isu. 



    Dapatkan info bermanfaat dengan mudah di telegram:

    Sis Hawa Dot Com 

    2 comments for "Cara Daftar Ahli Amway Online Malaysia 2022 APC Dengan RM20"