Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Kenali Apa Itu Forex – Bolehkah Pertukaran Asing Menjadi Punca Pendapatan Baru?

Apa Itu Forex? – Cari Pendapatan Baru Dengan Matawang Asing | Ramai di luar sana masih lagi bergelut dengan satu persoalan cepumas ini – apa itu forex? Forex, atau pertukaran matawang asing kini banyak mendapat perhatian jelata, terutamanya kerana banyak mendengarkan kisah kejayaan ramai pedagang forex. 

Apa-Itu-Forex?-Cari-Pendapatan-Baru-Dengan-Matawang-Asing
Sumber : pixabay.com


Dari cerita kekayaan yang dikecapi sehinggalah ke narasi lazim “sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit”, semua ini berjaya menimbulkan keingintahuan ramai tentang forex. 

Bagi menjawab persoalan apa itu forex, anda perlu mengenali dahulu erti perkataan forex itu sendiri. Forex cumalah singkatan kepada istilah “foreign exchange”, yang dalam bahasa kita disebut sebagai “pertukaran asing”. 

Ini merujuk kepada apa sahaja aktiviti jual-beli yang menghasilkan keuntungan dengan mengambil kesempatan ke atas perbezaan kadar pertukaran pada satu-satu masa.

Bagaimana boleh saya mula berdagang forex?

Apa-Itu-Forex?-Cari-Pendapatan-Baru-Dengan-Matawang-Asing
Sumber : freepik.com


Berdagang forex ini sebenarnya mudah sahaja. Pertama sekali, anda perlu membuat kajian asas anda tentang konsep pertukaran wang dan strategi-strategi dagangan yang sedia ada. Ini akan memberikan anda gambaran yang tepat tentang apa yang anda perlukan untuk menjadi seorang pedagang forex yang berjaya. 

Seterusnya, selidiki platform dagangan forex yang ada dan pilih satu yang sesuai dengan anda. Kebelakangan ini, ramai operator ruangan dagang forex mula menawarkan akaun mesra-Muslim dan serba Islamik jadi anda boleh berdagang tanpa was-was. 

Dan yang paling penting, pastikan platform dagangan matawang asing yang anda pilih itu terpercaya, bertauliah, dan diiktiraf badan regulasi tempatan. Di Malaysia, platform forex dikelola oleh dua aturan utama iaitu Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SCM) dan Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (LFSA). 

Kedua badan ini ditugaskan untuk memantau kesahihan, ketelusan, dan kualiti perkhidmatan mana- mana platform dagangan forex yang dibuka kepada pengguna tempatan, walaupun sudah mempunyai lesen operasi global. 

Bolehkah forex dijadikan sumber pendapatan sampingan?

Apa-Itu-Forex?-Cari-Pendapatan-Baru-Dengan-Matawang-Asing
Sumber : freepix.com


Berbalik kepada satu lagi soalan penting yang kita tanyakan pada awal penulisan ini, bolehkah aktiviti dagangan matawang asing ini dijadikan sumber pendapatan sampingan buat jangka masa panjang? Bolehkah ia dianggap sebagai mata pencarian kedua yang stabil? 

Jawapan kepada persoalan ini bergantung pada dedikasi anda dalam menjadi seorang pedagang forex dan juga keadaan pasaran matawang semasa. 

Pasaran matawang asing sering berbolak-balik dan mungkin juga berlaku sesuatu yang tidak dijangkakan seperti perubahan polisi mendadak, pertukaran kepimpinan finansial sesebuah negara, penggubahan kadaran untuk melawan inflasi, dan banyak lagi. 

Oleh itu, adalah disarankan yang anda senantiasa memantau semua dagangan anda dan rajin membelek berita terkini, terutamanya bagi dunia forex dan trend ekonomi. Dengan cara ini, anda boleh mengekalkan strim pendapatan yang cukup stabil sebagai punca carian sampingan. 

Jadikan dagangan forex mata pencarian sekunder anda!

Forex ini memang ada risikonya, tetapi setelah anda dapat memahirkan diri dengan selok-belok perdagangan yang betul dan efektif, ia boleh berubah menjadi sumber wang tambahan yang lukratif. 

Pastikan platform dagangan matawang yang anda pilih itu disenaraikan sebagai terpercaya oleh badan regulasi tempatan serta mempunyai pelesenan global yang terkini. 

Dan sudah pastinya, pengurusan wang yang cekap adalah antara ciri terpenting bagi seorang pedagang forex, jadi sisihkan modal hanya setelah memastikan segala komitmen anda terjaga. 

Selamat berdagang, semua!



1 comment for "Kenali Apa Itu Forex – Bolehkah Pertukaran Asing Menjadi Punca Pendapatan Baru?"

  1. Bagi saya secara peribadi sebagai Muslim, jika sudah difatwakan haram, lebih baik tinggalkan. Kerana ada pihak lebih berautoriti dalam agama mengeluarkan pandangan.

    Tinggalkan keraguaan itu lebih baik. Pasti ada rezeki lebih baik menanti.

    ReplyDelete