Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Tips Ajar Anak Cinta Solat Sejak Kecil

Assalamualaikum..
Hari ni aku nak share bagaimana cara untuk mendekatkan diri anak kita dengan solat. Yelah, solat tu kan penting dan wajib. Jadi, sebagai seorang ibu semestinya kita kena main peranan untuk mengajar anak kita ni tentang solat.


Kita semua di wajibkan untuk solat sejak berusia 9 tahun. Kalau tak solat, maka ibu dan ayah boleh merotan si anak pada tapak kakinya dengan cara yang betul. Masalahnya sekarang, bukan mudah nak tanam amalan solat ni dalam diri anak. Tambahan pula dengan adanya pengaruh dari luar seperti rakan sebaya, games, whatsapp, TV dan lain-lain lagilah. Aku sendiri pun kalau time suruh anak solat kadang-kadang tu mesti kena arah lebih dari sekali. Aduhhh payah sungguh!

Tapi alhamdulillah, setidak-tidaknya mereka tetap bangun untuk kerjakan solat walau terpaksa di arah lebih dari sekali. Ye lah dah namanya pun budak-budak kan? Asyik tahu nak main je lah kerjanya.. huhu..

Walaubagaimanapun, sebagai ibu aku juga ada beberapa tips cara untuk pupuk anak-anak dengan amalan solat sejak kecik. At least, bila mereka dah masuk ke sekolah rendah takdelah malu di depan kawan-kawan dan cikgu. Bila cikgu suruh baca dan tunjuk cara solat, anak kita dah boleh buat dengan betul tanpa rasa ragu dan malu. Baguskan macam tu? Kita yang kat rumah ni pun secara tak langsung rasa puas sebab anak kita dapat pamerkan contoh didikan yang baik dari rumah.


Lain orang lain cara kehidupannya. Begitu juga aku. Bertuah badan jika suami kerja sendiri dan dapat jadi imam setiap kali waktu solat. Makin bertuah jika dapat solat berjemaah bersama seluruh ahli keluarga. Tapi, bagaimana pula jika suami keluar berkerja setiap hari dari pagi hingga ke petang? Tak kan semuanya nak harapkan dari suami saja kan?

Maka kat sini aku nak share tips terbaik untuk mama-mama praktikan ke atas anak masing-masing supaya dapat mendedahkan diri anak-anak dengan amalan solat sejak kecil. Bak kata pepatah orang tua-tua, jika nak melentur buluh biarlah bermula dari rebungnya.


TIPS AJAR ANAK MENCINTAI SOLAT SEJAK KECIL

1. Kenalkan Anak Dengan Azan
Sebagai seorang ibu, kita kena sentiasa tunjukkan teladan yang baik. Jadi, sebaik-baiknya jangan selalu amalkan sikap melengahkan solat terutama di hadapan anak-anak. Seboleh-bolehnya, sebaik saja terdengar azan berkemundang, maka bersegeralah mempersiapkan diri untuk mengerjakan solat. Bila anak-anak melihat kesungguhan kita untuk mengerjakan solat setiap kali terdengar azan, maka secara spontan mereka akan faham apa itu azan dan apakah juga tugas azan tersebut.

2. Kenalkan Anak Dengan Amalan Solat
Aku tak nafikan, ada orang yang tak suka kalau anaknya duduk dekat masa dia tengah solat. Terutama kalau anak tu masih kecil. Kadang-kadang siap tutup pintu bilik atau pesan pada ahli keluarga lain supaya jaga si kecik supaya tidak datang dekat semasa diri tengah solat.

Pada aku, cara tu kurang berkesan. Kenapa perlu kita jauhkan si anak semasa kita sedang solat sedangkan tugas kita yang sebetulnya adalah untuk mendekatkan dia dengan solat?
Bukankah lebih baik jika kita letak si kecil dekat dengan kita supaya dia dapat lihat apa yang sedang kita lakukan? Daripada minta ahli keluarga bawa si kecik tu duduk jauh-jauh adalah lebih baik suruh ahli keluarga tu bawa si kecik duduk dekat dengan kita.

Cakaplah pada anak..."tunggu kejap ya mama nak solat.." ataupun, "terima kasih sayang sebab tunggu mama solat."

3. Kenalkan Anak Dengan Tikar Sejadah
Apabila anak sudah mula makin pandai berjalan, maka ajaklah anak untuk ikut serta dalam mengerjakan solat. Kita boleh pakaikan dia dengan baju kurung dan tudung atau baju melayu dan kopiah (bukan simpan pakai time raya jer), kita ambil wudhu bersama dan kita hampar sejadah bersama-sama dengannya. Bila dah nak start solat, cakaplah pada anak...

"Comelnya anak mama ni, dah macam ustaz/ustazah. Sekarang, ikut apa yang mama buat ya sayang..."

Bila usai solat, puji dia dengan kata-kata yang baik. Ceritakan juga betapa pandainya dia kerana boleh ikut mama solat di depan ahli keluarga yang lain. Amalkan perkara ni setiap hari tanpa jemu. InshaaAllah dia akan rasa seronok dari hari ke hari dan dalam masa yang sama semakin belajar tentang teknik solat daripada kita. Daripada tungging terbalik, lama-lama dia mesti boleh rukuk dan sujud dengan betul.

4. Kenalkan Anak Dengan Surah Al-Fatihah
Ajar anak baca Al-Fatihah dulu. Hari-hari ambil anak letak atas riba dan bacakan Al-Fatihah di depannya. Baca slow-slow dan suruh dia ikut perlahan-lahan. Memang pada mulanya dia akan baca dengan bunyi yang pelik tapi tak mengapa, teruskan membaca bersamanya. InshaaAllah dia akan mula menghafal perlahan-lahan dan lama-lama dia akan dapat membacanya dengan fasih. Bila dah cekap baca Al-Fatihah, ajar pula dua surah pendek yang lain.

5. Terangkan Pada Anak Kenapa Perlu Solat
Ini adalah antara isu utama yang perlu di terangkan pada anak-anak. Jika anak sudah besar, kita boleh berbincang, kita boleh terangkan kisah-kisah nabi, kita boleh beli dan beri anak bacaan buku agama atau kita boleh ajak anak tonton ceramah agama di youtube dan lain-lain yang di rasakan sesuai.

Tapi bagaimana jika anak tu masih kecil? Cara yang terbaik adalah dengan menanamkan konsep pemikiran tentang pahala. Sebagai contoh... anak kecil kita sepahkan mainan, maka kita minta dia bantu kita kemas dan cakaplah yang amalan tu baik dan dia dihadiahkan oleh Allah dengan ganjaran pahala. Jika buat baik jer sebut tentang pahala pahala pahala dan lama-kelamaan dia mesti akan musykil apa itu pahala? Apabila dia sudah semakin menunjukkan minat, ceritakanlah 'siapa' yang memberi pahala tersebut.

6. Khabarkan Pada Anak Akan Kewujudan Allah SWT
Beritahu anak tentang kewujudan Allah SWT. Khabarkan pada anak bahawa Allah adalah pemilik di atas segala benda dan makhluk di muka bumi ni.

Allah yang jadikan abah, Allah yang jadikan mama dan Allah juga yang jadikan adik (dirinya sendiri). Allah baik sangat. Adik buat baik, Allah akan beri adik pahala. Nanti pahala tu adik boleh guna untuk duduk dalam syurga.

Mula-mula pahala, sekarang Allah dan kemudian syurga. Wah! Seronoknya Islam kan? Jangan terlalu taksub cerita hal dosa dan neraka pada anak yang masih kecil ya sebabnya dia belum ada apa-apa dosa lagi. Utamakan cerita hal yang baik-baik dulu untuk tanamkan minat dan keseronokkan untuk punya akhlak baik dalam diri.

7. Perkenalkan Anak Dengan Masjid
Akhir sekali, perkenalkan anak dengan masjid. Bawa anak solat di masjid dengan sekerap mungkin. Terangkan juga adab-adab yang perlu di jaga ketika sedang berada di masjid. Biasakan anak dengan solat berjemaah di masjid supaya anak merasa semakin seronok dan dapat membiasakan diri dengan baik di kalangan ahli jemaah lain.

Baca Juga : Panduan Didik Anak Cara Nabi (Dari Bayi - 10 Tahun)

*************

Kat sini aku nak kongsikan sekali gambar si kecil ku, namanya Muhammad Awwal dan usianya akan genap 2tahun pada 27 Nov nanti. Awwal masih kecil lagi dan baru di tahap untuk 'berkawan-kawan' dengan tikar sejadah. 

Jom layan keletah Awwal ketika solat..  

" mula-mula, adik tolong mama hampar sejadah "

" pastu adik pakai kopiah macam abah "

" sekarang adik solat diam-diam kat sebelah mama "

" Yeahhh.... adik dah solat... seronok tau solat dengan mama "
Rasa nak tergelak tiap kali lihat Awwal lakukan solat. Cute sangat! Dia lah pengarang jantung hatiku setiap hari di kala ini. Apa tidaknya, suami kan keluar berkerja dan anak-anak yang lain pula semuanya ke sekolah. Jadi kalau takde Awwal memang sunyilah hidup aku tiap hari.

Baca Juga : Pengalaman Dan Panduan Lengkap Didik Anak Pakai Hijab Sejak Kecil

8. Doa Dan Harapan
Ibu ayah mana tak nak anaknya membesar menjadi insan soleh dan solehah kan? Begitu juga aku. Walaubagaimanapun, kita ini hanyalah manusia biasa. Tugas kita hanya mampu mendidik tetapi perkara di depan hari kita sendiri tidak pasti. Maka, berdoalah setiap hari semoga Allah sentiasa memberi hidayah dan melindungi diri kita dan anak-anak supaya tidak mudah terpesong ke jalan yang tidak diredhaiNya. Ameen.

p/s: Antara gadget dan solat, mana lebih penting??

7 comments for "Tips Ajar Anak Cinta Solat Sejak Kecil "

  1. Replies
    1. Anak je ke comel? Mamanya tak comel? Hahaha

      Delete
  2. thanks for this entry awa ...
    banyak manfaatnya ..
    mrs pip pun tengah didik anak suka kan solat,
    selalu dorang tak solat mana pun, just main2 kat sejadah ..
    kdg2 time kita solat, habis main kat dalam telekung pula ..
    ada masa siap panjat belakang time sujud ...
    muehehe, sabar sajalah ...
    rasanya semua anak2 kecil mmg mcm ni kot ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nama pun budak kecik MrsPip oi. At least MrsPip tak marah. Takpe lepas ni ajak dorang solat sekali. Bagi pakai baju melayu lawa-lawa, amik wudhu sama-sama, ikut kat belakang, mesti dorang rasa syok sbb boleh take part

      Delete
  3. Shooo comel. Bagus tips ni walaupun belum ada anak boleh share dengan anak-anak sedara jugak :D

    ReplyDelete
  4. Comel anak awa.. InsyaAllah tips ni bagus kalau ada anak nanti boleh guna

    ReplyDelete
  5. Thanks Sis Hawa. Sekarang saya fasa ajar anak bacaan dalam solat pula. Memang perlu sangat tekankan kenapa pentingnya solat supaya anak nak solat tanpa di suruh.

    ReplyDelete