MY LATEST REVIEW

[REVIEW][bleft]

FROM MOMMY TO MOMMY

[FAMILY][bsummary]

MARRIAGE & RELATIONSHIP

[PERKAHWINAN][bsummary]

TIPS UNTUK ISTERI YANG PUNYA MASALAH SUAMI TIDAK SOLAT

Setiap isteri mahukan seorang suami yang mithali demi untuk merasa bahagia bersama-sama bukan hanya di dunia tetapi juga sehingga ke jannah. Namun malangnya pasangan hari ini banyak membuat keputusan untuk berkahwin dengan pasangan yang di cari oleh diri sendiri berbanding yang di cari oleh ibu ayah dan akibatnya maka sering terjadi ikatan perkahwinan tanpa sempat mengenali sikap yang sebenar dek kerana terlalu taksub dengan cinta.

Salah satu hal yang sering terjadi adalah isu solat. Banyak kes di luar sana di mana isteri ingin meminta cerai dek kerana suami yang malas mahu mengerjakan solat atau tidak menunaikan solat sama sekali kecuali pada hari raya atau hari jumaat.




Ya memang benar, isteri boleh meminta cerai sekiranya si suami tidak solat. 

Tetapi, wahai para isteri janganlah terlalu cepat berasa tawar hati terhadap sang suami. Masjid yang telah di bina janganlah sengaja ingin di runtuhkan. Jika awak seorang isteri yang agak 'alim' dan tidak pernah abaikan solat sedangkan suami tidak pernah solat maka cuba cakap baik-baik untuk mencari apakah puncanya.

SUAMI TIDAK SOLAT? BIMBINGLAH DIA BUKANNYA TINGGALKAN!!


Ingatlah wahai isteri. Jika ditakdirkan mendapat seorang suami yang tidak solat, jangan sesekali berasa tawar hati sebaliknya tambahkan rasa sayang terhadap dirinya dan cubalah mempamerkan sikap teladan yang baik bersama kata-kata yang indah berbau ke'Islam'an supaya sang suami kembali berasa rindu kepada Nya.

Ada juga kes di mana sang isteri yang berubah daripada solat sehari semalam kepada malas untuk bersolat dek kerana terikut dengan perangai sang suami. Alasan yang di berikan :




Wahai isteri!! Tidakkah kamu perasan yang itu adalah bisikan syaitan? Ya, suami akan mendapat kesan namun kamu juga tidak akan terkecuali dengan hukuman Allah SWT kerana Dia adalah Yang Maha Adil di dalam membuat pengadilan dan menjatuhkan hukuman.

TIPS UNTUK UBAH SUAMI UNTUK MULA MENGERJAKAN SOLAT


Terdapat tiga cara utama paling berkesan yang boleh dilakukan oleh para-para isteri yang mengalami masalah suami tidak solat ini iaitu:


1. DOA SEPENUH HATI

Para isteri harus terus berdoa kepada Allah SWT supaya di beri hidayah untuk si suami untuk segera berubah. Tiada sesiapa yang dapat membantunya melainkan Allah SWT kerana hidayah itu adalah daripada Allah.


2. ISTERI JANGAN SESEKALI TINGGAL SOLAT

Isteri sering solat tetapi sejak berkahwin dengan suami yang tidak mengerjakan solat maka si isteri ikut turut berubah! Janganlah seperti itu. Sepatutnya si isteri yang patut mempamerkan sikap teladan yang baik supaya sang suami berasa semakin terbuka hati untuk menghijrahkan dirinya.

3. BANYAKKAN SYUKUR DARIPADA SABAR

Sabar, nanti dia akan berubah... persoalannya hingga bila boleh sabar? Perkara sebegini ada kaitan dengan hati dan juga hidayah maka tidak akan boleh mengambil masa yang sangat pantas. Tidak mustahil boleh memakan masa selama berpuluh tahun dan bolehkah hati seorang isteri ini bersabar selama itu dengan kata-kata syaitan yang akan sentiasa berbisik.

Kerana itu adalah lebih baik si isteri ini bersyukur dengan apa yang ada pada si suami daripada menjadi seorang pesabar yang hanya menunggu dan menanti untuk tibanya perubahan pada sang suami untuk memulakan solatnya. Antara syukur yang dimaksudkan ini adalah :

  • Syukur suami aku ini tidak pernah abaikan nafkah.
  • Syukur suami aku ini seorang yang cukup setia.
  • Syukur suami aku ini seorang ayah yang amat penyayang.

Apabila ada bisikan yang tidak elok terhadap suami maka segeralah menepis semua itu dengan cepat-cepat rasa bersyukur. Cari kistimewaan suami untuk berlindung daripada bisikan-bisikan syaitan yang tidak elok ini.


JANGAN SEGERA MEMBUAT KESIMPULAN PADA ORANG !!


Tidak dinafikan solat itu tiang agama kerana itu ia adalah yang paling utama tetapi janganlah terlalu cepat menjatuhkan hukuman pada mereka yang tidak bersolat ini. Hidayah itu milik Allah SWT dan siapa tahu di hujung nyawa nanti mereka yang tidak bersolat itu jauh lebih baik daripada kita.

Isteri yang baik adalah untuk suami yang baik tetapi jodoh yang tiba tidak seindah cerita, jangan cepat berburuk sangka. Carilah kebaikan yang ada pada diri suami itu dan berprasangka baiklah dengan Allah SWT. Besar kemungkinan mendapat suami yang tidak solat ini adalah peluang yang Allah SWT berikan untuk kita menambah pahala supaya dapat berada di tempat yang lebih baik setelah kembali ke sisiNya nanti.



Tips ini hasil yang di peroleh daripada Ustaz Mohamed Hanafiah Abdul Malek pada 05/09/2018 melalui rancangan Tanyalah Ustaz di TV9.

SELAMAT BERJUANG WAHAI PARA ISTERI..............


4 comments:

  1. Tips yang sangat bagus untuk isteri diluar sana termasuk leya sendiri... Semoga kita beroleh manfaat bersama mengharungi rumahtangga yg bahagia

    ReplyDelete
  2. Nice post! Thank you sis hawa for sharing..

    ReplyDelete
  3. Thanks Kak Hawa. Semoga terus istiqamah.

    ReplyDelete
  4. sebelum kahwin kena test dia dgn ajak solat berjemaah dgn ayah kita d umah. nak pilih menantu lelaki pun kena teliti gak. jgn kahwinkan anak kita dgn lelaki yg x solat!

    ReplyDelete

BE A BETTER MUSLIM

[Cahaya Islam][twocolumns]

GORGEOUS - REVIEW & TIPS

[BEAUTY][twocolumns]

INSTA STORY