Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Tips Untuk Isteri Yang Punya Masalah Suami Tidak Solat

Tips Untuk Isteri Yang Punya Masalah Suami Tidak Solat | Setiap wanita mahukan seorang suami yang mithali demi untuk merasa bahagia bersama-sama. Bukan hanya di dunia tetapi juga sehingga ke jannah. Jika suami tidak mendirikan solat fardhu, itu adalah virus utama pencetus masalah rumahtangga dan agama hingga boleh mendatangkan rasa kurang bahagia.


Banyak berlaku kejadian pada pasangan hari ini yang membuat keputusan untuk berkahwin dengan pasangan pilihan hati sendiri berbanding yang di cari oleh ibu ayah. 

Akibatnya sering terjadi ikatan perkahwinan tanpa sempat mengenali sikap yang sebenar kerana terlalu taksub dengan cinta.

Solat subuh zohor asar maghrib isyak entah ke mana. Suami tak solat, tak puasa, tak pernah pergi solat jumaat, tak pernah bimbing isteri dan anak ke jalan agama, leka dgn hal-hal dunia dan asyik main games handphone dan facebook memang benar-benar boleh bikin geram! 

suami-tidak-solat
suami tidak solat - sekadar gambar hiasan 



Yang paling utama adalah isu solat. Banyak kes di luar sana di mana isteri ingin meminta cerai dek kerana suami yang malas mahu mengerjakan solat atau tidak menunaikan solat sama sekali kecuali pada hari raya atau hari jumaat.

Hukum Isteri Minta Cerai Kerana Suami Tidak Sembahyang, Derhaka Atau Tidak?


Apakah hukumnya memohon perceraian sebab suami tidak solat?

Isteri nak failkan perceraian atas sebab suami tidak solat, boleh atau tidak?

Ya memang benar, isteri boleh meminta cerai sekiranya si suami tidak solat.

Tetapi, wahai para isteri janganlah terlalu cepat berasa tawar hati terhadap suami. Masjid yang telah di bina janganlah sengaja ingin diruntuhkan. 

Jika awak seorang isteri yang agak 'alim' dan tidak pernah abaikan solat sedangkan suami tidak pernah solat maka cuba cakap baik-baik untuk mencari apakah puncanya.

Kesan Suami Tak Solat, Isteri Boleh Minta Fasakh

Suami tidak shalat apakah isteri berdosa? Jawapannya ada di dalam video ceramah agama ini. 


Suami Tidak Solat, Rumahtangga Boleh Rasa Kurang Bahagia

Wahai isteri. Jika ditakdirkan mendapat seorang suami yang tidak solat, jangan terus berasa tawar hati sebaliknya tambahkan rasa sayang terhadap dirinya dan cubalah mempamerkan sikap teladan yang baik bersama kata-kata yang indah berbau ke'Islam'an supaya sang suami kembali berasa rindu kepada Nya.

Ada juga kes di mana sang isteri yang berubah daripada solat sehari semalam kepada malas untuk bersolat dek kerana terikut dengan perangai sang suami. Alasan yang di berikan biar suami tanggung dosa isteri tu sekali. Ini jawapan orang tak ada iman. 

Wahai isteri, tidakkah kamu perasan yang itu adalah bisikan syaitan? 

Ya, suami akan mendapat kesan namun kamu juga tidak akan terkecuali dengan hukuman Allah SWT kerana Dia adalah Yang Maha Adil di dalam membuat pengadilan dan menjatuhkan hukuman.

suami-tidak-solat


Nasihat isteri umpama mencurahkan air ke daun keladi, langsung tak berbekas!

Bagaimana isteri boleh memainkan peranan untuk menyedarkan suami?

Memang pernah berlaku, isteri tak pernah tinggal solat. Awal-awal kahwin suami nampak okay tapi bila sudah tidak solat dan isteri tegur, suami melenting marah-marah pasal solat. Isteri kena marah hingga keluar kata ayat 'kubur masing-masing'. 

Salah satu punca berlakunya tidak solat ini kerana keluarga seseorang itu sendiri. Dari kecil tidak dititikberatkan dengan solat. 

Tips Ubah Suami Untuk Mula Mengerjakan Solat (Start Sembahyang)

Tips ini hasil yang di peroleh daripada Ustaz Mohamed Hanafiah Abdul Malek pada 05/09/2018 melalui rancangan Tanyalah Ustaz di TV9.

Terdapat tiga cara utama paling berkesan yang boleh dilakukan oleh para-para isteri yang mengalami masalah suami tidak solat ini.

1. DOA SEPENUH HATI

Para isteri harus terus berdoa kepada Allah SWT supaya di beri hidayah untuk si suami untuk segera berubah. Tiada sesiapa yang dapat membantunya melainkan Allah SWT kerana hidayah itu adalah daripada Allah.


2. ISTERI JANGAN SESEKALI TINGGAL SOLAT

Isteri sering solat tetapi sejak berkahwin dengan suami yang tidak mengerjakan solat maka si isteri ikut turut berubah! Janganlah seperti itu. Sepatutnya si isteri yang patut mempamerkan sikap teladan yang baik supaya sang suami berasa semakin terbuka hati untuk menghijrahkan dirinya.

3. BANYAKKAN SYUKUR DARIPADA SABAR

Sabar, nanti dia akan berubah... persoalannya hingga bila boleh sabar? Perkara sebegini ada kaitan dengan hati dan juga hidayah maka tidak akan boleh mengambil masa yang sangat pantas. 

Tidak mustahil boleh memakan masa selama berpuluh tahun dan bolehkah hati seorang isteri ini bersabar selama itu dengan kata-kata syaitan yang akan sentiasa berbisik.

Kerana itu adalah lebih baik si isteri ini bersyukur dengan apa yang ada pada si suami daripada menjadi seorang pesabar yang hanya menunggu dan menanti untuk tibanya perubahan pada sang suami untuk memulakan solatnya. Antara syukur yang dimaksudkan ini adalah :

  • Syukur suami aku ini tidak pernah abaikan nafkah.
  • Syukur suami aku ini seorang yang cukup setia.
  • Syukur suami aku ini seorang ayah yang amat penyayang.

Apabila ada bisikan yang tidak elok terhadap suami maka segeralah menepis semua itu dengan cepat-cepat rasa bersyukur. Cari kistimewaan suami untuk berlindung daripada bisikan-bisikan syaitan yang tidak elok ini.

Zikir Doa Untuk Suami Yang Tidak Sholat 

Amalkan 3 Zikir Ini Kalau Suami Isteri Atau Anak2 Malas Solat - Ustazah Asma Harun


Jangan Segera Buat Kesimpulan Pada Sesiapa 

Tidak dinafikan solat itu tiang agama kerana itu ia adalah yang paling utama tetapi janganlah terlalu cepat menjatuhkan hukuman pada mereka yang tidak bersolat ini. Tidak kira suami tidak solat, isteri tidak solat atau keluarga mertua tidak solat, jangan terlalu cepat menjatuhkan sebarang hukuman dengan berpaling muka.


Hidayah itu milik Allah SWT dan siapa tahu di hujung nyawa nanti mereka yang tidak bersolat itu jauh lebih baik daripada kita.

Isteri yang baik adalah untuk suami yang baik tetapi jodoh yang tiba tidak seindah cerita, jangan cepat berburuk sangka. Carilah kebaikan yang ada pada diri suami itu dan berprasangka baiklah dengan Allah SWT. 

Besar kemungkinan mendapat suami yang tidak solat ini adalah peluang yang Allah SWT berikan untuk kita menambah pahala supaya dapat berada di tempat yang lebih baik setelah kembali ke sisiNya nanti.

Suami Tak Sembahyang Dan Susah Dibimbing Nak Buat Macamana? - Ustaz Azhar Idrus

Benar-benar sudah tidak tahan dengan sikap suami tidak solat? Geram bila keluarga mertua tidak solat dan terus mempengaruhi suami dengan cara tak masuk akal? Jika benar-benar sudah tidak tahan boleh tinggalkan lelaki yang tidak sholat ini.


Kesimpulan 

Isteri mana yang mahukan suami tidak solat. Setiap isteri dambakan seorang suami yang mampu untuk solat berjemaah. Hakikatnya, manusia tidak sempurna. Jika suami ada banyak kesilapan, isteri juga sama.

Pada suami yang turut mempunyai masalah isteri tidak solat pula, harap lakukanlah perkara yang sama. Bantulah bimbing isteri dan jangan terus ditinggalkan. 

Memang benar hidayah itu milik Allah SWT dan sama ada suami atau isteri, pasangan kita tak dapat bantu kita di hari akhirat. 

Namun begitu, tak terfikirkan kalian jika diri kalian itu adalah asbab (orang istimewa) yang Allah SWT pilih sebagai penyebab sesuatu. Cuba dulu dan andai benar tetap tidak mahu berubah, boleh dapatkan khidmat nasihat dari pihak yang bersesuaian. 

Jangan sesekali cepat bangga, kagum dan terpesona dengan kehebatan diri sendiri. Jika Allah tarik nikmat itu semua, bimbang nanti tak sempat nak mohon maaf. Termasuklah jika membangga diri dengan membandingkan diri sendiri itu dengan pasangan (suami atau isteri sendiri). 

Selamat berjuang wahai para isteri dan suami dengan masalah pasangan tidak sembahyang ini. 


Rujukan :



Dapatkan ilmu-ilmu bermanfaat dengan mudah di telegram:


Semoga bermanfaat. 

7 comments for "Tips Untuk Isteri Yang Punya Masalah Suami Tidak Solat"

  1. Tips yang sangat bagus untuk isteri diluar sana termasuk leya sendiri... Semoga kita beroleh manfaat bersama mengharungi rumahtangga yg bahagia

    ReplyDelete
  2. Nice post! Thank you sis hawa for sharing..

    ReplyDelete
  3. Thanks Kak Hawa. Semoga terus istiqamah.

    ReplyDelete
  4. sebelum kahwin kena test dia dgn ajak solat berjemaah dgn ayah kita d umah. nak pilih menantu lelaki pun kena teliti gak. jgn kahwinkan anak kita dgn lelaki yg x solat!

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah bacaan yg sgt baik..semoga suami2 yg tidak solat terbuka hatinya untuk solat :)

    ReplyDelete
  6. Terima kasih atas perkongsian ni. Alhamdulillah lepas baca tadi, hati jadi terbuka dan tenang. Alhamdulillah
    terima kasih Ya Allah aku redha,bersyukur dengan ujian ini. Masih banyak kebaikan suami sebenarnya.. terima kasih Ya Allah. Aku yakin atas izinmu Ya Allah suami aku sedang berusaha untuk berubah ke jalan yang kau redhai. Aamiin Ya Allah Ya Mujib.

    ReplyDelete
  7. Solat kena mulakan sebgai satu tabiat,kalau dapat pujuk dia solat satu waktu pun dah okay kemudian baru tambah sikit-sikit.

    ReplyDelete