Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Lelaki Nekad Membunuh Setelah Taksub Dengan Novel Titian Cinta

Makin hari manusia semakin gila!!! Sampaikan, aku sendiri naik sakit kepala...

Tapi apa boleh aku buat jika Allah sendiri sudah ingatkan dari awal yang petanda untuk manusia yang menghuni dunia di akhir zaman memang amat dasyat. Jika dulu para sahabat nabi berasa pelik dan  seolah susah untuk percaya tentang apa yang Rasullullah SAW ceritakan tentang kehidupan zaman kita-kita ini... namun hakikat sebenarnya memang itulah yang sedang berlaku sekarang ini.

Semakin manusia menjadi maju, semakin tinggi tahap keinginan untuk memiliki pelbagai perkara. Ada yang taksub dengan kemewahan sampai lupa halal haram. Ada yang terlalu taksub dengan kecantikan sampai lupa hukum hakam. Ada juga yang terlalu taksub dengan keseronokan dunia sampai lupa akan ada balasan yang setimpal. Itu belum lagi di ceritakan tentang tahap pemahaman manusia sekarang yang seolah-olah akan menjadi penghuni kekal dunia penuh seronok ini tanpa perlu melalui mati.

Jika sebelum ini heboh kes  seorang surirumah membunuh diri >> BACA SINI <<, kali ini heboh pula kes seorang lelaki membunuh 'suami kekasihnya' dek kerana tidak mahu cintanya terus terhalang.

INFO RINGKAS BERKAITAN KES
Kejadian ini berlaku di Rompin, Pahang dan di katakan lelaki terbabit berkerja sebagai seorang pembantu kedai makan. Beliau hangat bercinta dengan seorang wanita seberang (berasal dari Acheh) dan wanita terbabit adalah berstatus isteri orang.

Suspek yang baru berusia 29 tahun itu nekad untuk menembak suami kepada kekasih gelapnya itu selepas mendapat tahu bahawa si mangsa ingin membawa wanita terbabit pulang ke Indonesia semula. Mangsa dikatakan telah dapat menghidu perhubungan gelap antara isterinya dan suspek yang telah terjalin sejak empat bulan lalu dan sudahpun dalam proses penceraian. Namun nawaitunya untuk bercerai dan membawa pulang si wanita terbabit ke seberang semula ternyata tidak kesampaian selepas di tembak oleh suspek dengan menggunakan selaras senapang patah buatan sendiri di sebuah premis mencuci kenderaan yang bertempat di Felda Keratong 2 dalam anggaran jam 12 tengah malam beberapa hari yang lalu.

Semasa di dalam siasatan, polis semakin terkejut apabila suspek sendiri mengaku yang beliau nekad mengambil keputusan drastik itu selepas terpengaruh dengan jalan cerita Titian Cinta yang masih lagi hangat di perkatakan sekarang ni.

Suspek mengatakan bahawa kisah percintaannya benar-benar ada persamaan dengan jalan cerita novel terbabit dan susulan daripada pengakuan itu, pihak polis mengambil keputusan untuk merampas novel cinta tersebut yang semestinya ada di dalam simpanan suspek.


SIAPA YANG PERLU DI PERSALAHKAN?
Sebagai seorang manusia biasa semestinya aku tidak tahu apakah punca dan kejadian sebenar yang telah pun berlaku. Segalanya hanya Allah SWT saja yang maha mengetahui.

Namun, jika benar berdasarkan apa yang ku baca berkaitan kes ini... sudah semestinya aku salahkan suspek serta wanita terbabit dan bukannya si penulis novel.

Kenapa aku turut salahkan si wanita terbabit?
Tidak lain dan tidak bukan kerana kes ini berpunca daripada beliau sendiri. Statusnya sebagai seorang isteri sama sekali tidak membolehkan beliau untuk punya hubungan dengan mana-mana lelaki yang lain. Berjabat tangan dengan lelaki bukan muhrim pun sudah tidak boleh, inikan pula sehingga ke tahap bercinta.

Mungkin rumahtangga wanita terbabit dengan suaminya tidak bahagia tapi itu masih tidak boleh memberi sebab untuk beliau mempunyai hubungan dengan lelaki lain. Islam sudah pun menetapkan garis panduan dalam hubungan dan jika semua orang ikut apa yang telah di tetapkan aku percaya perkara-perkara buruk seperti ini tidak akan berlaku.

AKU JUGA PEMINAT NOVEL TANAHAIR !!
Sejak daripada zaman sekolah rendah lagi aku suka membaca. Bermula dari buku penyiasatan Nancy Drew sehinggalah ke novel cinta. Bahkan aku juga minat menulis cerita berbau cinta. Taksubnya aku dengan novel hingga tahap sanggup tidak tidur malam sebab nak cepat-cepat habiskan bacaan. Sambil baca tersengih pula sorang-sorang melayan feeling, dah macam orang tengah angau pun ya jugak..

Tak salah nak baca novel tetapi janganlah sampai tahap terlalu taksub hinggakan terlupa yang novel itu kebanyakannya hanyalah berdasarkan imaginasi si penulis semata-mata. Jangan juga hanya baca buku-buku novel hinggakan tak nak beli buku-buku berunsur agama.

Ingat!!! Novel hanyalah sebuah rekaan semata-mata sedangkan balasan tuhan di sana kelak adalah benar dan nyata. Jadi kalau dah boleh luang masa untuk baca novel semestinya boleh juga luangkan masa untuk baca AlQuran dan buku-buku agama kan?

Baca Juga : AKU BENCI, AKU BENCI! TAPI HATI MULA RINDU 

JAGA HATI, JAGA PERIBADI
Semakin tua usia dunia ini bermakna semakin dekat kita dengan hari pembalasan. Semakin lama bumi ini berputar bermakna semakin dekat masa kita untuk kembali berjumpa dengan tuhan. Maka, seeloknya kita cuba perbanyakkan solat dan zikir dan usahlah terus membiarkan diri terlalu leka dan hanyut dengan permainan dunia semata-mata.

- SEBAHAGIAN DARI KOLEKSI BAHAN BACAAN PERIBADI MILIK KU -
Sentiasa disiplinkan diri supaya tidak sesekali tinggalkan solat 5 waktu walau dalam keadaan sibuk setahap mana pun kerana Solat itu adalah pelindung diri dari berbuat kejahatan...

11 comments for "Lelaki Nekad Membunuh Setelah Taksub Dengan Novel Titian Cinta"

  1. Novel tak salah pun.. Dia yang salah sebab melakukan tidakan menembak.. Kenapalah akhbar nak pakai tajuk macam tu.. senang je nak letak kesalahan tu pada novel..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. Kita ni kaki novel gak tapi takde la sampai tahap tu. lagipun novel tu dah lama pun cuma kebetulan baru sampai ke TV kan

      Delete
  2. Tinggi sungguh tahap imaginasi dia ni sampai terpengaruh dalam dunia realiti kot. Isk3 ! Siasia je bunuh diri huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan bunuh diri tapi membunuh orang hehe :D

      Delete
  3. sampai cam tu sekali... haish bahaya... yeah... sis hawa dah renovate rumah la.... cantiknya... hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. MAKIN EXTREME MANUSIA SKRG NI!!! renovate tukar colour dan header je pun. Amik mood baru

      Delete
  4. Macam tak percaya je kes gini, fuh.. Seram dah dunia sekarang ni sishawa

    ReplyDelete
  5. aduh mudahnya terpengaruh..

    ReplyDelete
  6. macam macam orang sekarang. Moga kita sentiasa diberi petunjuk olehNya dan tidak melakukan hal siasia

    ReplyDelete
  7. Ishh macam2 ragam orang sekarang ni. Tak pasal2 novel tu terlibat sama

    ReplyDelete