Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Resepi Mee Kuah Simple Untuk Orang Malas

Resepi Mee Kuah Simple Untuk Orang Malas | Siapa orang yang malas tu? Tak lain tak bukan diriku sendiri. Mana taknya, menu kegemaran mee kuah tetapi nak buat ikut resepi yang susah memang tak ada masa sangat. Jadinya resepi mee kuah simple untuk orang malas begini adalah yang terbaik sekali. 

Untuk resepi mee kuah Kelantan dan resepi mee kuah terengganu daku tak pasti sama ada ianya adalah mee celup yang berkuah putih tu ataupun bukan. Namun untuk resepi mee kuah utara adalah hampir sama dengan menu yang ku masak ini.



MEE KUAH - Salah satu makanan kegemaran aku sejak daripada aku kecik lagi. Aku masih ingat dulu kalau merajuk mak suka pujuk aku dengan masakkan mee kuah ni. Agaknya sebab tu kot kalau time mengandung mesti rasa nak makan mee kuah. 

Cuma masalahnya, bila duduk kat negeri orang ni agak susah untuk aku dapatkan mee kuah versi yang aku suka makan. 

Lagi pula kat negeri pantai timur ni lebih banyak di jual mee celup berbanding dengan mee kuah yang diidamkan.

Maka, jalan penyelesaian yang terbaik adalah.... masak sendiri !!


Baca Juga : 


BAHAN-BAHAN:

1 bungkus mee kuning
Isi ayam (boleh tambah udang, sotong dll)
Sayur sawi
Sedikit taugeh
3-4 sudu besar Sos tiram
3-4 sudu besar Sos cili (Awa pakai jenama Kimball / Life)
1 sudu besar cili boh
3-4 sudu Kicap pekat manis
4 ulas bawang putih
2 sudu besar gula
Air Secukupnya
Telur (jika suka)


CARA-CARANYA:

1- Ketuk bawang putih dan tumis di dalam kuali yang agak besar (awa pakai kuali mudah nak kacau). Kemudian masukkan cili boh dan tumis sekejap hingga agak pecah minyak..

2- Masukkan sos cili dan sos tiram. Kemudian terus masukkan air secukupnya. Jangan letak air banyak sangat!! Memadai letak dalam 1 1/2 - 2 cawan air dulu sebagai basic.. kan cair pula kuah mee ualls tu... Kalau pekat leh letak air kemudian tapi kalau dari awal dah terlebih hmmmm... jahanam!

3- Bila sudah agak mendidih, masukkan isi ayam, seafood dan kicap. Biarkan lagi hingga betul-betul mendidih.

4- Sekarang masukkan telur. Bila telur sudah agak mengeras, terus masukkan mee kuning, sawi dan taugeh.



Tips 

Kalau perasan kat atas tu ada di sebut gula. Okay itu adalah bahan utama utk dapatkan masakan mee yang sedap. Tak kisahlah, mee kuah ke... mee goreng ke... memang kena letak gula untuk sedapkan mee.. Garam tak yah letak sebabnya pada mee dan sos tiram sudah pun ada rasa masin..

Gula kena letak last sekali bila semuanya dah hampir masak. Letak sedikit semi sedikit hingga dapat rasa yang ideal.

Untuk dapatkan kuah yang lebih pekat boleh tambahkan sos cili dan sos tiram selepas letak gula tadi. Pandai-pandailah balancekan ikut citarasa yer...

Okay kalau nak makan mee + bihun,  celur bihun tu dalam air panas terlebih dulu. Masa nak makan nanti, masukkan bihun dalam pinggan kemudian baru masukkan mee kuah yang dah di masak tadi.

Selamat mencuba.




Tawaran Hebat Harga Jimat Amway 

ini kali betul-betul boom!!

whatsapp :


6 comments for "Resepi Mee Kuah Simple Untuk Orang Malas "

  1. wat untuk jamuan potluck best jgk ni

    ReplyDelete
  2. Kakyu pun msk letak gula..sedap & mskn nmpk berkilat cantik 😊

    ReplyDelete
  3. wah menarikk menu ni..nampak sedappp

    ReplyDelete
  4. Baru je bt untuk santapan berbuka nnt,cuma mee je xletak sekali,nnt panaskn kuah pas 2 bru letak mee

    ReplyDelete