Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

DRAMA MR LONDON MISS LANGKAWI [EPISOD PENUH 1 - 16]

DRAMA MR LONDON MISS LANGKAWI [EPISOD PENUH 1 - 16 ] |  Actually dah lama nak tonton cerita drama Mr London Miss Langkawi lakonan Zul Ariffin dan Izara Aishah ni, almaklumlah aku ni kan orang utara, jadinya memang berhajat benar nak dengar Izara cakap loghat Kedah, tambah-tambah bila ada yang habaq Izara cakap Kedah kurang menjadi sikit. Takpa la at least dia cuba jugak cakap utara dengan lidah KL dia tu....

Drama ini adalah sebanyak 16 episod dan mula di tayangkan pada penghujung 2017 lagi, kalau tak silap bermula bulan Oktober pada setiap hari Khamis jam 9.30malam melalui saluran SURIA. Untuk Mr London Ms Langkawi cast (selain dari pelakon utama) adalah Amar Bahrin, Zahirah McWilson, Wan (Wala), Yaya Zahir, Shah Rezza, Watie Sadali, Liza Abdullah, dan Kismah Johar.

DRAMA MR LONDON MISS LANGKAWI [EPISOD PENUH 1 - 16 ]



Secara keseluruhan selepas tonton semua episod, drama ni agak best dan tidak membosankan. Kirana ada part sedih, ada part lawak giler, ada part nak sumpah seranah dan sebagainya. Warna warni gitu. Aksi keletah hero heroin jangan ceritalah, Zul Ariffin punya lakonan sangat nampak bersahaja. Demi mudah untuk tonton semula maka daku himpunkan semua video dari episod 1 hingga 16.

Tapi sebelum tu, suka untuk diingatkan yang video ini agak kurang mutunya. Apapun daku dah cuba cari video yang lebih baik (Serius dah cari merata) tapi ini saja hasilnya. Apa nak buat ramai yang pernah upload video jelas dan cantik untuk drama ni tapi ramai dah delete. Bila Google dah puas cari memang dah tak ada.

Ada juga daku cuba cari mr london ms langkawi dailymotion tapi hampa. Maka ini sajalah yang tinggal.. jika benar-benar berhajat untuk tonton MR LONDON MISS LANGKAWI [EPISOD PENUH 1 - 16 ] ini dari awal hingga habis maka sila redha sajalah dengan apa yang ada ini ya. :)


Mr London Ms Langkawi Sinopsis

Cerita ini megisahkan tentang Aidid, seorang jejaka yang berpelajaran tinggi dan menetap di luar negara sejak dari kecil lagi. Hatinya begitu berat apabila dipaksa oleh ayahnya untuk pulang ke kampung. Walaupun berat, dia menurut kehendak ayahnya.  

KAMPUNG VS BANDAR

Aidid dikerahkan ayahnya untuk kembali ke Malaysia (bumi Langkawi) untuk bertemu dengan atuk dan neneknya. Memang Aidid tak nak! Serius tak nak tapi apa boleh buat kuasa veto ayahnya takde sapa boleh bangkang. 

Setibanya Adid di Langkawi, ketika menunggu seseorang untuk membawanya ke rumah Tok Wan, muncul seorang gadis bernama 'Liyana The Samseng'. Nana (sepupu Aidid) ditugaskan menjemput Aidid di airport. Mula jumpa dah gaduh weh.... siap ada adegan tak di sangka tau!! haa part tu kena tengok betul-betul... 

Nurul Liyana, seorang gadis biasa. Tidak berpendidikan tinggi seperti Aidid, tetapi jiwanya besar. Rasa cinta terhadap tanah air cukup tebal.

Setiap kali berjumpa, mereka berdua pasti bergaduh. Berbezaan taraf hidup dan pendidikan membezakan mereka berdua.Terdapatlah isu benci tapi mau. Suka tapi marah. Haaa ala-ala gitulah. Kiranya sweet sweet couple gitu.



Aidid akhirnya jejakkan kaki ke rumah atuk neneknya selepas begitu banyak halangan. Penat weh jadi Aidid, dah lah balik tanpa rela 100% kena pula hadap dengan Nana yang samseng!! Sabar je la Aidid oiii....

Nana bawa pulang Aidid, kepulangan Aidid memang di nanti oleh semua terutama bapa dan mak saudara Aidid (adik ayah Aidid) yang bersungguh nak jodohkan Aidid dengan anak mereka yang bernama Dira. Masalahnya Dira ni lain macam sikit.... huhu...

Kat sini boleh mula lihat sikap Aidid yang semakin rimas dengan Langkawi yang panasssss... semua nampak boring pada Aidid dan Nana rasa sangat tercabar bila Langkawi yang penuh lagenda di anggap takde apa?! What!! So Nana cabar dirinya sendiri untuk buatkan Aidid lupa negara luar dalam masa sebulan. Bagaimana Nana nak buat tu? Hmmm...

Haaa kali ni ada part suka dan duka! Ada juga part sweet sawit yang mula terpancar antara Nana dan Aidid. Bagi Nana masa ni Aidid hanyalah seperti seorang abang. Nana layan Aidid persis abang yang sepupu yang patut di sayang dan dihormati. Akibatnya mak ayah Dira mula cucuk jarum dan hina Nana dengan ayat yang tak begitu tak patut.... tak patut....

Nana bawa Aidid jalan pusing Langkawi dan sepatutnya jalan-jalan ni berdua je tapi si Dira ikut jugak. Almaklumlah si Dira ni kan nak ngayat Aidid. Tapi bukan mudah... lagipun Dira bukannya taste Aidid pun. Nak perangai gedik gedik lagilah Aidid tak layan. Kesian juga sebenarnya kat si Dira ni tapi itulah sapa suruh nakkan seseorang tanpa rasa ikhlas yang sebenar. Tak gitu?

Aidid mula rasa curiga dan dengan sendirinya bagi Aidid, Nana ini agak misteri. Sikap Nana sukar untuk di baca dan kini Aidid mula perhatikan siapa sebenarnya seorang gadis yang bernama Nana ini.

DRAMA MR LONDON MISS LANGKAWI [EPISOD PENUH 1 - 16 ]


Pada yang baru mula nak tonton cerita drama MR LONDON MISS LANGKAWI ni, boleh lihat melalui video di bawah ni... selamat menonton....

Mr London Ms Langkawi Episod 1 :: [ KLIK ]

Mr London Ms Langkawi Episod 2 :
: [ KLIK ]

Mr London Ms Langkawi Episod 3 :
: [ KLIK ]

Mr London Ms Langkawi Episod 4 :[ KLIK ]

Mr London Ms Langkawi Episod 5 :[ KLIK ]

Mr London Ms Langkawi Episod 6 :[ KLIK ]

Mr London Ms Langkawi Episod 7 :[ KLIK ]

Mr London Ms Langkawi Episod 8 :[ KLIK ]

Mr London Ms Langkawi Episod 9 :




Mr London Ms Langkawi Episod 10 :[ KLIK ]

Mr London Ms Langkawi Episod 11 & 12 :[ KLIK ]

Mr London Ms Langkawi Episod 13 :[ KLIK ]

Mr London Ms Langkawi Episod 14 :[ KLIK ]

Mr London Ms Langkawi Episod 15 :[ KLIK ]

Mr London Ms Langkawi Episod 16 (Akhir) :[ KLIK ]



Itulah semua episod untuk DRAMA MR LONDON MISS LANGKAWI [EPISOD PENUH 1 - 16]. Bila dah habis rasa macam tonton  Mr London Mrs Langkawi Full Movie pula. 










7 comments for "DRAMA MR LONDON MISS LANGKAWI [EPISOD PENUH 1 - 16]"

  1. currently my sister is so crazy of zul ariffin

    ReplyDelete
  2. Baru fikir2 nak beli novel...

    ReplyDelete
  3. CR pun baru tengok drama ni. tak sabar tgu ep akan dtg. hee

    ReplyDelete
  4. sha dah tengok haritu masa sebelum keluar tv hahaha memang best, izara so kiutttt!

    ReplyDelete
  5. hi boleh tahu kat mana boleh tonton kesemua episode drama ini ye?

    ReplyDelete
  6. Bisa nonton drama ini dimana ya?

    ReplyDelete
  7. Hai, episod 9 dah tak ada, kena blocked. Boleh tak upload balik? Thanks in advance.

    ReplyDelete