DRAMA MR LONDON MISS LANGKAWI [EPISOD PENUH 1 - 16 ]

by - 22:55

Actually dah lama nak tonton cerita drama Mr London Miss Langkawi lakonan Zul Ariffin dan Izara Aishah ni, almaklumlah aku ni kan orang utara, jadinya memang berhajat benar nak dengar Izara cakap loghat Kedah, tambah-tambah bila ada yang habaq Izara cakap Kedah kurang menjadi sikit. Takpa la at least dia cuba jugak cakap utara dengan lidah KL dia tu.... tapi dek kerana masa yang agak terhad baru kali ni dapat curi-curi tonton.. itupun sekejap sekejap je.


Drama ini adalah sebanyak 16 episod dan mula di tayangkan pada penghujung 2017 lagi, kalau tak silap bermula bulan Oktober pada setiap hari Khamis jam 9.30malam melalui saluran SURIA.

Pelakon lain untuk drama ini adalah  Amar Bahrin, Nur Zahirah, Wan (Wala), Yaya Zahir, Shah Rezza, Watie Sadali, Liza Abdullah, dan Kismah Johar.

SINOPSIS
Cerita ini megisahkan tentang Aidid, seorang jejaka yang berpelajaran tinggi dan menetap di luar negara sejak dari kecil lagi. Hatinya begitu berat apabila dipaksa oleh ayahnya untuk pulang ke kampung. Walaupun berat, dia menurut kehendak ayahnya.  

KAMPUNG VS BANDAR

Setibanya Adid di Langkawi, ketika menunggu seseorang untuk membawanya ke rumah Tok Wan, muncul seorang gadis bernama 'Liyana The Samseng'.
Nurul Liyana, seorang gadis biasa. Tidak berpendidikan tinggi seperti Aidid, tetapi jiwanya besar. Rasa cinta terhadap tanah air cukup tebal.
Setiap kali berjumpa, mereka berdua pasti bergaduh. Berbezaan taraf hidup dan pendidikan membezakan mereka berdua.Terdapatlah isu benci tapi mau. Suka tapi marah. Haaa ala-ala gitulah. Kiranya sweet sweet couple gitu.
Pada yang baru mula nak tonton cerita drama MR LONDON MISS LANGKAWI ni, boleh klik link di bawah... selamat menonton..
EH EH UALLS DAH TONTON??? MACAMANA SUKA TAK?

You May Also Like

4 PEMBERI ULASAN

  1. currently my sister is so crazy of zul ariffin

    ReplyDelete
  2. Baru fikir2 nak beli novel...

    ReplyDelete
  3. CR pun baru tengok drama ni. tak sabar tgu ep akan dtg. hee

    ReplyDelete
  4. sha dah tengok haritu masa sebelum keluar tv hahaha memang best, izara so kiutttt!

    ReplyDelete