KOPI CINTA by SisHawa : Pengenalan
Assalamualaikum ualls..
1st of all aku nak ucapkan jutaan terima kasih pada semua pembaca blog ini terutamanya yang sanggup meninggalkan komen dan memberi cadangan supaya aku terus menulis. Disebabkan rasa sayang aku yang amat mendalam terhadap ualls semua termasuklah kecintaan aku di dalam dunia penulisan maka aku mengambil keputusan untuk menyiarkan cerita pertama aku ini di sini.
Cerita ini tidak ubah seperti sebuah novel online bersiri dan sebenarnya cerita ini sudah lama pun ku tulis cuma sebelum ini aku masih belum lagi punya kekuatan untuk berkongsi secara terang-terangan dengan ualls semua di luar sana.
SINOPSIS
DHIA ZULAIKHA, seorang gadis yang tidak percaya dengan cinta. Bagi Dhia, cinta itu tak ubah macam biji kopi. Hanya baunya saja yang menyengat dan mengiurkan tapi rasanya cukup pahit dan kelat. Ramai jejaka yang cuba mendampingi tetapi tidak ada seorang pun yang mampu memecahkan kota tembok besi yang ada di sekeliling hati Dhia.
AMAL TARIQ, seorang jejaka tampan dan sado yang sangat berani. Walau nampak sasa namun di dalam hatinya masih lagi ada sebuah taman mini cinta yang hanya sedang menunggu masa untuk berbunga. Tariq amat percaya pada cinta pandang pertama. Dia benar-benar ingin menyintai dan di cintai. Namun sayangnya hingga ke saat ini dia masih belum menemui mana-mana bidadari dunia yang berjaya untuk mengetuk pintu hatinya pada pandangan pertama sehinggalah dia bertemu pandang dengan Dhia secara tidak sengaja di hadapan sebuah kafe.
Kehadiran insan lain seperti Dian Zakiyah, Puan Lazizah, Zamir, Hani Sofea dan Hajjah Wan Kalsom sama sekali tidak mampu memberi apa-apa pertolongan dalam usaha Tariq untuk mendapatkan Dhia.
Segalanya terpaksa bergantung pada usaha Tariq sendiri dan persoalannya sekarang adalah,.. mampukah Tariq untuk menagih cinta dari Dhia yang cukup garang macam singa betina itu?
wah2 awa.....bestnya....kak lina tak sabar lah nak baca...mesti dapat sambutan nanti...kak lina akan jadi pembaca yang setia ok...
ReplyDeleteTerima kasih atas sokongan akak!! Doakan moga karya pertama Awa ni di terima semua ya. Ameen =D
Deletewahhh... leh baca ni... teruskan berkarya sis
ReplyDeleteThanks dear =D
Deletewah!!tak sabar nak baca 1st episod!kena buh dalam planner ni!hehe..owh planner takdok!kena gi cari planner skarang!
ReplyDeleteHahaha.. sabar je la. TQ my lovely fren. U always support me kan!
DeleteSinopsis pon dah best ni 😊
ReplyDeleteAlhamdulillah. lega dengar =D
Deletehebat sis Hawa . baca sinopsis ni pun dah tak sabar nka baca episod demi episod . keep it up sis hawa .
ReplyDeleteterima kasih Yana. Thanks tau sebab sokong sis =D
Deleteterbaikla! nanti boleh terbitkannya di syarikat penerbitan novel bila dah habis
ReplyDeleteInshaaAllah jika ada rezeki. Sis harap Najah akan baca dan bg feedback nanti ye
Deletewow sis awaa. nak baca sampai habisss! aira memang peminat novel ni, hehehe
ReplyDeleteterima kasih Aira. Sis hargai sangat-sangat sokongan dari Aira. Jangan lupa beri komen sekali nanti ya
DeleteWahhh.. tahniah sis awa.. tak sabar nak tunggu kuar kat blog ni...
ReplyDeleteTak sabar nak felling cinta lepas ni baca sinopsis pun dah best ni
ReplyDeleteAlalalal baca sinopsis pun dah tak sabar nak tunggu bab seterusnya ni. Hehe
ReplyDeleteGoodluck kak Awa 😘
waaa.. menarik.. ^^
ReplyDeleteNanti boleh jd skrip drama tv3 tu...
ReplyDelete