Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

CARA SURIRUMAH JANA INCOME MELALUI BLOG

Assalamualaikum ualls...
Sebagaimana yang ualls tahu, aku ni hanyalah seorang ibu dan surirumah sepenuh masa semata-mata. Setiap hari tugas aku adalah untuk menjaga rumahtangga. Tapi, dalam masa yang sama aku masih juga punya cita-cita untuk memiliki kerjaya sendiri. Walau tak dapat keluar berkerja dengan pakai baju lawa-lawa macam dulu setidaknya aku nak juga sebuah pekerjaan yang boleh memberikan aku kepuasan dan sedikit pendapatan buat membantu suami.



Pada mulanya aku berhajat untuk menjadi peniaga online sepenuh masa tetapi sebaik saja mula melangkah ke dunia jualan online tersebut aku jadi makin down. Akhirnya aku mula buka langkah untuk menjadi seorang penulis bebas. Ya! Inilah dia minat yang aku ada sejak daripada bangku sekolah lagi. Tak tahulah kenapa tapi aku memang suka sangat berceloteh dan menaip apa saja yang aku suka dari hati dan fikiran aku yang ntah apa-apa ni. Kalau dibiarkan aku menaip rasanya sampai besok pagi pun tak habis jadi di pendekkan cerita aku cuba menguji nasib diri sendiri di dalam bidang penulisan blog ini.

Nak jadi penulis bebas melalui blog ni memang nampak mudah tapi sebenarnya perlukan kesabaran yang agak tinggi. Bagi aku menulis blog ini terdiri daripada beberapa fasa (peringkat).

  • FASA 1 - Wajib ada minat yang mendalam dalam bidang penulisan
  • FASA 2 - Perlu menulis dengan konsisten
  • FASA 3 - Harus tarik hati perhatian pembaca dengan pelbagai info
  • FASA 4 - Kena berusaha perkenalkan blog sendiri pada orang lain
  • FASA 5 - Berdoa moga dapat menarik perhatian pihak pengiklan

Untuk fasa 1 dan fasa 2 rasanya tak perlulah aku huraikan sebab ualls mesti dah boleh faham kan apa maksudnya. Cuma untuk fasa ke-3 dan ke-4 tu... kat situ lah ujian yang paling mencabar sekali untuk seorang penulis blog seperti aku ni.

Semasa mula menulis dulu jangan kata nak dapatkan komen, nak dapatkan pengunjung yang sudi singgah membaca apa yang aku tulis juga adalah sangat-sangat sukar. Namun, dek kerana minat yang mendalam aku tetap juga berkongsi segala info, kisah dan tips walau tidak ada sambutan. Sejak daripada itu, lama kelamaan aku mula perasan yang blog aku ini mula di kunjungi. Akhirnya, selepas hampir setahun menulis aku bersyukur kerana blog ini sudah punya golongan pembacanya yang tersendiri. Mujur jugalah boleh check status pengunjung ni kat blog kalau tidak tentu aku dah jadi makin down sebabnya blog aku ni lebih banyak silent reader yang suka membaca secara senyap. =D



Selepas pengunjung blog bertambah, barulah muncul pihak-pihak tertentu yang sudi menghantar email untuk berkerjasama. Sejak itu bermulalah peluang untuk aku mendapatkan sedikit pendapatan melalui blog ini. Hingga kini, aku dah berjaya berkerjasama dengan lebih daripada sepuluh company. Ada yang dari dalam Malaysia dan ada juga yang datangnya dari Singapore. Yang pasti walaupun di bayar namun aku tetap nekad utamakan sikap telus dalam membuat review.
- ANTARA ARTIKEL YANG BERBENTUK REVIEW & ADVERTORIAL -


Bayaran yang di terima adalah tidak sama dan bergantung pada permintaan job. Ada yang hanya minta masukkan link, ada yang minta full review dan ada juga yang minta menulis satu artikel penuh hingga mencapai jumlah patah perkataan tertentu. Ohya, pernah juga di bayar untuk menulis beberapa artikel sekaligus untuk sesebuah website.

Jangan pula ualls ingat beriklan di blog ni mahal dan para bloggers ni jenis cekik darah ye, tak... harga adalah sangat berbaloi dan turut berdasarkan budi bicara ketika membuat perbincangan dengan pihak yang terbabit. Cumanya job yang datang adalah berdasarkan rezeki masing-masing.


10 TIPS UNTUK MENJADI SEORANG BLOGGER YANG BERJAYA
  • HASIL PENULISAN HARUSLAH ORIGINAL DENGAN GAYA TERSENDIRI
  • JANGAN SESEKALI MENIRU BLOG ORANG LAIN
  • JANGAN TERLALU TAMAK MAHUKAN KEUNTUNGAN
  • TULIS DARI HATI DENGAN TELUS DEMI KEBAIKAN PEMBACA
  • JANGAN MENULIS SEMBARANGAN TANPA USUL PERIKSA
  • JANGAN BERLAGAK PANDAI
  • BERKENALAN DENGAN BLOGGER YANG LAIN
  • SUPPORT BLOGGER LAIN DENGAN IKHLAS SEBAGAI SAHABAT
  • JANGAN PENTING DIRI (SUDI TERIMA KRITIKAN)
  • HARGAI SEMUA ORANG YANG SUPPORT BLOG ANDA!

Kerana itu, suka untuk aku ingatkan pada ualls di luar sana. Jika ualls benar-benar ada minat dalam bidang penulisan maka blog adalah medan yang terbaik sekali.

Yang pasti, setiap kerja yang halal itu pastinya perlukan sebuah usaha dan usaha yang berterusan adalah sebaik-baik cara untuk memperolehi apa yang kita idamkan.

Baca Juga : Akhirnya Berjaya Bersama Google Adsense Setelah Hampir Give Up!

18 comments for "CARA SURIRUMAH JANA INCOME MELALUI BLOG"

  1. Alhamdulillah... byk cara utk dpt income kan... liez pun sama... bukan nak byk pun tp cukup la utk cover2 Dearie liez sikit...

    ReplyDelete
  2. Thank you for sharing Awa.

    Selamat berpantang yer. Jaga diri dan baby elok-elok. Boy ke girl niiiii?

    ReplyDelete
  3. Wah hebatnya akak, Tahniah untuk kelahiran baby baru

    ReplyDelete
  4. tips yang menarik.. thanks sis :-)

    ReplyDelete
  5. rezeki anak2 tu. Alhamdulillah...tahniah dpt baby girl..

    ReplyDelete
  6. yang penting kena ada minat & konsisten dalam menulis blog..kena update selalu, baru la blog kita naik di google search...dari situ ramai pengiklan boleh terjumpa blog kita & offer collaboration..

    ReplyDelete
  7. i really love to read your writings. suke sangattttttt

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah, terbaik sis hawa. Semoga makim bertambah2 rezeki setiap hari. Amin

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah sis.Lama tak singgah sini.. ehehe,btw tahniah dah dapat beby gegurl.Mesti rasa macam bersalin anak pertama kan? sebab dah menanti lama tu beby gurl.

    ReplyDelete
  10. tq awa for tips. semuanya memang benar belaka

    ReplyDelete
  11. tq ats sharing entry ni..saya baru nk berjinak dlm dunia blog..still xkonsisten....n mmg suka sgt baca enrty sis!!!moga terus succes!!

    ReplyDelete
  12. alhamdulilah..rasa semnag balik nakberblog bila sis hawa cerita macam ni hehe..tq atas perkongsian.sangat bermanfaat

    ReplyDelete
  13. Tips yang menarik sis hawa..

    ReplyDelete
  14. Tq share awa..
    Byk lg yg mrs pip kena belajar ni bab bab penulisan blog...

    ReplyDelete
  15. Tq awa share semua ni.. awa memang hebat.. moga terus dilimpahkan rezeki yang halal olehNYA..

    ReplyDelete
  16. Alhamdulillah rezeki sentiasa ada...kita je perlu usaha.

    ReplyDelete
  17. Sya seorg surirumah sepenuh masa n xberpelajaran sgt tp sya nak bt blogspot..sya dh bt blogspot...bru sgt2..dan memerlukan tunjuk ajar dlm bidang ini...kesian nyee sye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sis juga seorang surirumah sepenuh masa... rezki milik Allah dik, soal pelajaran tinggi atau tak tu tolak tepi.. skrg yg #1 adalah usaha... banyakkan baca tips dan info blogging kemudian praktik pd blog sndiri, InshaAllah usaha sikit2 lama2 boleh berjaya .. sis dulu pun mcm tu juga

      Delete