Telekom Hotline, Cara Hubungi Telekom Malaysia Dari Telefon Bimbit | Sejujurnya, artikel ni akan membuka tahap minda daku sendiri. Ini kerana daku sama sekali tak menyangka yang pihak Telekom Malaysia boleh di hubungi melalui telefon bimbit personal untuk apa jual 'line telefon bimbit' dengan mudah. 

Telefon Rumah TM Rosak,Hubungi Telekom Hotline Melalui Telefon Bimbit

Terus terang daku katakan, daku menyangka pihak Telekom Malaysia (Telekom Hotline) ini hanya boleh dihubungi melalui talian 100 milik mereka dengan menggunakan talian tetap TM dari rumah saja. 

Maka, apabila telefon rumah TM rosak kerana ada bunyi bising (sebelum ni pernah rosak sebab telefon rumah tiada bunyi), maka daku mula hilang akal bagaimana untuk daku hubungi pihak TM Telekom Hotline untuk melaporkan kerosakan yang sedang berlaku.

telefon rumah tm rosak

Cara Hubungi Telekom Hotline Malaysia

Daku sedar ada jalan alternatif lain untuk melaporkan kerosakan ini seperti menghantar email, melayari lamanweb rasmi TM dan juga melalui facebook untuk aduan kerosakan TM online tapi.... daku lebih suka jika terus bercakap dengan khidmat pelanggan TM supaya dapat bercakap dan di buat satu report berkaitan kerosakan secara terus.

Maka, daku ambil keputusan untuk cuba-cuba menekan nombor 100 di telefon bimbitku. Ish ish ish boleh rupanya... Ternyata daku sendiri yang kurang alert... hahaha.. Pihak Telekom Malaysia TM dah pun siap sedia dengan Telekom Hotline cara mudah dari awal tapi daku sendiri yang tak nak ambil tahu.

Walaupun berasa sedikit malu atas kejadian ini namun suka untuk daku kongsikan juga peristiwa ini di blog supaya ia nya dapat memberi info pada orang lain yang kurang alert seperti daku ini. Manalah tahu, ada lagi orang lain di luar sana yang sedang pening kepala bagaimana untuk buat aduan kerosakan TM kerana telefon rumah TM rosak.
telekom hotline


KESIMPULAN : Boleh Buat Aduan Telekom Hotline Guna Telefon Bimbit

Nak lapor kerosakan telefon atau internet dengan pihak TM (Telekom Malaysia) terus saja hubungi mereka di talian 100 sama ada dengan menggunakan telefon talian tetap mahupun telefon bimbit. 

 
[ Bacaan Menarik Lain  ] :
Perbezaan Antara Air Mani, Mazi dan Wadi
Penerangan Kehidupan Di Syurga Menurut Al-Quran dan Hadis