Assalamualaikum ualls..
Honestly, artikel ni akan membuka tahap minda aku sendiri. Ini kerana aku sama sekali tak menyangka yang pihak Telekom Malaysia boleh di hubungi melalui telefon bimbit dengan mudah.

Sebenarnya, terus terang aku katakan, aku menyangka pihak TM hanya boleh di hubungi melalui talian 100 mereka hanya dengan menggunakan talian tetap saja. Maka, apabila telefon rumah aku bermasalah sejak pagi tadi kerana ada bunyi bising, aku mula hilang akal bagaimana untuk aku hubungi pihak TM untuk melaporkan kerosakan.


Aku sedar ada jalan alternatif lain untuk melaporkan kerosakan ini seperti menghantar email, lamanweb rasmi TM dan juga melalui facebook tapi.... aku lebih suka jika terus bercakap dengan khidmat pelanggan supaya dapat di buat satu report berkaitan kerosakan secara terus.

Maka, aku ambil keputusan untuk cuba-cuba menekan nombor 100 di telefon bimbitku. Ish ish ish boleh rupanya... Ternyata aku sendiri yang kurang alert... hahaha.. Pihak Telekom Malaysia dan pun siap sedia dari awal tapi aku sendiri yang tak nak ambil tahu dari awal.

Walaupun berasa sedikit malu atas kejadian ini namun suka untuk aku kongsikan juga peristiwa ini di blog supaya ia nya dapat memberi info pada orang lain yang kurang alert seperti aku ni.


KESIMPULAN:
Nak lapor kerosakan telefon atau internet dengan pihak TM (Telekom Malaysia) terus saja hubungi mereka di talian 100 samada dengan menggunakan telefon talian tetap mahupun telefon bimbit. 






Terima kasih kerana membaca. Jangan lupa untuk follow blog ini dan jemput datang lagi di lain masa.