Cara Hubungi Telekom Malaysia Dari Telefon Bimbit | Assalamualaikum.. sejujurnya, artikel ni akan membuka tahap minda daku sendiri. Ini kerana daku sama sekali tak menyangka yang pihak Telekom Malaysia boleh di hubungi melalui telefon bimbit personal untuk apa jual 'line telefon bimbit' dengan mudah.

Sebenarnya, terus terang daku katakan, daku menyangka pihak Telekom Malaysia (TM) ini hanya boleh dihubungi melalui talian 100 milik mereka, hanya dengan menggunakan talian tetap dari rumah saja. Maka, apabila telefon rumah TM rosak kerana ada bunyi bising (sebelum ni pernah rosak sebab telefon rumah tiada bunyi), maka daku mula hilang akal bagaimana untuk daku hubungi pihak TM untuk melaporkan kerosakan yang sedang berlaku.


Cara Hubungi Telekom Malaysia Hotline

Daku sedar ada jalan alternatif lain untuk melaporkan kerosakan ini seperti menghantar email, melayari lamanweb rasmi TM dan juga melalui facebook tapi.... daku lebih suka jika terus bercakap dengan khidmat pelanggan supaya dapat di buat satu report berkaitan kerosakan secara terus.

Maka, daku ambil keputusan untuk cuba-cuba menekan nombor 100 di telefon bimbitku. Ish ish ish boleh rupanya... Ternyata daku sendiri yang kurang alert... hahaha.. Pihak Telekom Malaysia dan pun siap sedia dari awal tapi daku sendiri yang tak nak ambil tahu dari awal.

Walaupun berasa sedikit malu atas kejadian ini namun suka untuk daku kongsikan juga peristiwa ini di blog supaya ia nya dapat memberi info pada orang lain yang kurang alert seperti daku ini.


KESIMPULAN:
Nak lapor kerosakan telefon atau internet dengan pihak TM (Telekom Malaysia) terus saja hubungi mereka di talian 100 sama ada dengan menggunakan telefon talian tetap mahupun telefon bimbit. 

[ Baca Juga  ] :
Perbezaan Antara Air Mani, Mazi dan Wadi
Penerangan Kehidupan Di Syurga Menurut Al-Quran dan Hadis 










Terima kasih kerana membaca. Apa pendapat anda tentang artikel ini? Jemput komen di bawah.