MY LATEST REVIEW

[REVIEW][bleft]

FROM MOMMY TO MOMMY

[FAMILY][bsummary]

MARRIAGE & RELATIONSHIP

[PERKAHWINAN][bsummary]

La Kitty Cafe - Kafe Halal Berkonsep Hello Kitty di Kota Bharu Kelantan

Mungkin ada yang akan cakap, bestnya jadi blogger wat keja review di restoran itu restoran ini tapi hakikat sebenarnya jauh lebih payah dari apa yang di lihat pada kacamata umum. Jika nak tahu, sebagai seorang penulis blog kami di wajibkan menulis apa yang benar demi untuk para pembaca. Walau menulis review mendapat sedikit bayaran namun kejujuran adalah yang paling penting dan perlu di utamakan ketika menulis.

Sebagai contoh, alhamdulillah pembaca blog ini mencecah 50,000 hingga 90,000 sebulan. Jadi, seandainya apa yang di tulis tidak sama seperti hakikat sebenarnya semestinya para pembaca akan menyalahkan si penulis blog semula. Kerana itu, setiap penulis blog akan menulis apa yang di laluinya 100%. Dek kerana itu gamaknya ada juga yang takut-takut untuk berhadapan dengan blogger. Alaaa relaks la, kami ni bukannya makan orang. =D

Walaubagaimanapun, aku tumpang happy bila dapat maklumbalas yang menyenangkan daripada restoran-restoran yang pernah ku review sebelum ini. Bukan hanya daripada para pembaca malahan daripada si tuan empunya restoran juga. Yeahhh... nampaknya tugas aku sebagai orang tengah benar-benar berhasil.



Untuk review restoran seterusnya, aku berkesempatan untuk mencuba beberapa menu makanan dari LA KITTY CAFE yang terletak di Jalan Sultanah Zainab, Kota Bharu, Kelantan. Ianya terletak di jalan utama yang menghala ke Grand River View, tidak jauh daripada Istana Kota Lama.

Tanggapan utama aku sebelum sampai ke kedai adalah "Wow!! Mesti best!!" tapi sayangnya dalam perjalanan pergi aku dah salah lokasi. Hahaha. Ini di sebabkan kedainya telah pun berpindah ke lokasi yang baru. Jika dulu di Kubang Kerian tapi kali ini sudah berpindah ke Jalan Sultanah Zainab, KB.

Aku tiba di sana sekitar jam 5.30pm. Apabila tiba aku dapatkan si penyelianya yang cantik molek berkacamata bernama Emma. Kesian Emma walau demam tapi masih sempat melayan aku dan famili pada awal kemunculan kami. Pemilik kepada restoran ini adalah Dr Lam Kok Haur yang kini sedang berkhidmat di salah sebuah hospital di Sarawak. Idea untuk mewujudkan restoran bertemakan Hello Kitty ini adalah di sebabkan minat pemiliknya sendiri terhadap karakter si kucing comel yang berwarna putih pink tersebut.



MAKANAN & MINUMAN
Disebabkan aku sendiri belum pernah menjejakkan kaki ke La Kitty Cafe sebelum ini maka aku minta Emma sendiri cadangkan menu yang sesuai untuk aku seisi keluarga. Jika lihat pada gambar di fanpages ada juga makanan laut seperti udang dan lala serta pencuci mulut tapi kami tidak disajikan dengan itu semua tadi. Apa yang terhidang adalah Chicken Chop, Nasi Ayam Buttermilk, Chicken Oglio Olio dan juga French Fries.  Maka tak dapatlah aku nak review makanan laut dan desert kat situ, sorry ya ualls...

Untuk air kami di hidangkan dengan secawan kopi Latte dan oren seorang segelas.
so cute... rasa sayang pula nak minum
Muhammad Awwal minum air oren sampai licin.... 
Semua makanan yang sampai alhamdulillah nampak bersih dan menyelerakan. Rasanya juga boleh di kategorikan sebagai sedap cuma bagi aku untuk Chicken Chop tu tadi agak terlebih masin sikit.
Makanan yang di hidangkan utk kami cuba sorang sikit
Untuk nasi putih bersama salad dan buttermilk chicken memang awesome tapi anak-anak aku ni jenis suka makan nasi yang agak lembut so agak lambatlah juga untuk mereka habiskan nasi tu tadi.
Chicken Oglio Olio
Chicken Chop with bread, french fries, salad & gravy sauce
Potong chicken chop untuk di bahagikan pada anak-anak
Pada pendapat aku, La Kitty Cafe adalah sebuah restoran bertema Hello Kitty yang sangat sesuai untuk anak-anak. Ini kerana dekorasinya yang comel dan sajian makanannya yang amat mengutamakan selera kanak-kanak.

Awwal eat french fries with mayo and chili sauce
Untuk selera ibu dan ayah hmmmm memang aku tak dapat nak ulas lebih-lebih kerana hanya anak-anak aku je yang makan semuanya tadi. Aku dan suami hanya sempat cuit untuk ambil rasa je. Cuma, bila aku tanya pada anak-anak so far diaorang cakap semuanya okay dan sesuai dengan mereka. Bagi pihak ibu dan ayah, I cannot tell more about it. Apa kata ualls sendiri yang singgah makan kat situ dan beri maklumbalas semula di sini.

LICIN!! ternyata amat menepati selera anak-anak
KEISTIMEWAAN
La Kitty Cafe turut menyediakan servis untuk special event seperti birthday. Tak kisahlah anak-anak atau mak budak sekalipun, boleh membuat tempahan untuk sambut birthday di situ dengan kadar caj yang berpatutan serendah RM50 sehingga RM200.


Selain daripada itu terdapat juga kelebihan lain di situ seperti adanya biskut yang di buat dalam bentuk Hello Kitty, tempat untuk mengecaj handphone, termasuk juga permainan indoor untuk luangkan masa seperti dam ular, congkak, shahiba dan lain-lain.
Biskut dalam bentuk Hello Kitty, so cute!!
Tempat yang di sediakan untuk mengecaj handphone pelanggan
Pihak La Kitty Cafe juga turut mengadakan pelbagai bentuk promosi untuk menghargai para pelanggannya. Antara promosi tersebut adalah pemberian kopi percuma bagi pelanggan dengan menggunakan dua cara.

Cara yang pertama Like, Share & Review melalui platform facebook manakala satu lagi dengan mengumpul cop rasmi La Kitty Cafe setiap kali selepas menjamu selera di sana.



DOA DAN HARAPAN
Aku berharap semoga La Kitty Cafe akan semakin maju. Dari segi konsep memang lain daripada yang lain cuma dari segi penyampaian makanan, rasa dan layanan mungkin boleh di perbaiki lagi dari masa ke semasa. Begitu juga dengan dekorasi, mungkin boleh di tambahkan lagi supaya nampak lebih mantap dan padat.

Terima kasih banyak juga pada Emma yang mewakili pihak La Kitty Cafe kerana sudi menerima kunjungan daku sekeluarga ke situ.

Miss Emma from La Kitty Cafe
Cafe di buka setiap hari bermula jam 4pm hingga 11malam.
Untuk info terbaru & tempahan boleh hubungi La Kitty Cafe di FB 
www.facebook.com/La Kitty Cafe
Emma - 017-9371003


BACA JUGA:
Review Restoran >> JL FARA CRAB - KB
Review Restoran >>  WARISAN BONDA - MACHANG
Review Restoran >>  MR CRAB KELANTAN - WAKAF BARU
Review Restoran >>  DOMINO'S PIZZA - K.KERIAN

26 comments:

  1. comelnyeee...menu pun mcm sesuai ngn anak2

    ReplyDelete
    Replies
    1. nampak lain drp yg lain konsepnya tu =D

      Delete
  2. wah
    kalau pergi KB nanti boleh lah singgah
    nampak best

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silakan... pastu leh komen plak macamana

      Delete
  3. kita pun ada mkn gak cafe hello kitty..tp kat Kubang Kerian..hihi

    https://norminieza.blogspot.my/2016/09/farewall-party-katanya-hello-kitty-cafe.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. owner yg sama rasanya ciknor... sebabnya dulu kat kubang kerian pastu pindah ke tempat yg awa pergi tu

      Delete
  4. bestnya.. tapi sayang jauh pula

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat sana takde ke cafe yg ala2 mcm ni mama?

      Delete
  5. comel..tapi tgk persembahan mknan tak brapa mngancam. insyaallah moga akan baik lg ms akan dtg

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. konsep dh okay cuma persembahan kena mantap lagi. awa setuju!! =D

      Delete
  6. jemput la join n meriahkan segmen GA kt sini

    http://www.raydahalhabsyi.com/2018/02/wonderful-march-giveaway-by-raydah.html

    ReplyDelete
  7. ala comelnya.rasa sayang pulak nak minum air tu kan.nak kena singgah ni bila ke sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang pun... rasa sayang ke air sebab bentuknya comel haha

      Delete
  8. cute nya kafe ni. bawak budak-budak mesti happy giler

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tau takpe.. anak awa excited gak. cuma rasanya makin best kalau bawa baby gurl. mesti syok diaorang haha

      Delete
  9. eiii comeynyer hello kitty...jauh la plk awa....

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe mana tahu suatu ari tersinggah ke kelantan ni. boleh pergi situ cuba rasa =D

      Delete
  10. in shaa Allah kalau ke KB, boleh la kot singgah jamu selera di sini.
    anak2 gegirl aida sure teruja.
    kita rasa sendiri and komen. baru la best. tekak lain-lain kan.
    dan kalau la x sedap, kita inform pekedai. ada la ruang utk diorang improve. in shaa Allah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. silakan aida... betul tu. tekak lain2.. takleh samakan. seeloknya singgah dan rasa sendiri. yang penting awa dh share salah satu tempat yg menarik kat sini. =D

      Delete
  11. eh dekat situ la boleh pergi ni kalau balik kelantan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jemput singgah cik ash. boleh try

      Delete
  12. boleh kot try untuk amani. tarik minat kids untuk makan.
    chicken butter milk tu tekak mek bleh tekan.
    hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. chicken butter tu not bad. chicken chop tu awa suka! =D

      Delete

BE A BETTER MUSLIM

[Cahaya Islam][twocolumns]

GORGEOUS - REVIEW & TIPS

[BEAUTY][twocolumns]

INSTA STORY