Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

MENEROKA KEINDAHAN GUA KELAM DI PERLIS

Daripada KTH Homestay & Cottage dan Nat Pokok Getah, aku membawa Sis Gee dan Mek Yuni ke Gua Kelam. Jika sampai ke Pelis tetapi tak singgah ke Padang Besar dan Gua Kelam memang tak sah! Boleh di katakan seolah-olah tak lengkap perjalanan ualls ke Perlis jika tidak singgah ke sini. Walaubagaimanapun bukan hanya dua tempat ni saja yang best kat Perlis tetapi ada pelbagai lagi tarikan lain yang seronok.

Apa yang pasti Perlis memang mementingkan alam semulajadinya. Meskipun cuaca di Perlis agak panas berbanding dengan negeri-negeri yang lain di Malaysia namun itulah dia salah satu keistimewaannya sehinggakan bumi Perlis ini boleh di tanam dengan pelbagai jenis pokok buah-buahan termasuklah mempelam Harum Manis, anggur, nipah dan lain-lain lagi.


Sampai di Gua Kelam perlu membayar RM1 untuk parking. Kira murah lah kan sebabnya RM1 ni untuk sebuah kereta dan boleh parking selama mana yang kita suka. Mujurlah semasa aku masuk tu kebetulan ada kereta keluar jadi dapatlah daku parking di tempat yang agak hampir dengan pintu masuk Gua Kelam. Begitu juga dengan Sis Gee. Cuma Mek Yuni terpaksa parking lebih jauh sebabnya parking dah penuh. Cian Mek....

SEJARAH GUA KELAM
Gua Kelam, Perlis ialah sebuah gua batu kapur di Perlis. Gua ini terletak di pinggir pekan Kaki Bukit yang terletak 33 km di utara Kangar. Terdapat sebuah terowong semula jadi sepanjang 370 meter di dalamnya. Jambatan gantung di dalamnya menjadi tarikan pelancong. Air yang yang mengalir di dalamnya mengalir ke Sungai Perlis.

Gua Kelam dahulunya terkenal dengan lombong bijih yang menghasilkan bijih yang bermutu tinggi.Gua ini juga menjadi jalan penghubung antara penduduk Wang Kelian dan Kaki Bukit. Gua Kelam di namakan sempena dengan keadaannya di mana kedudukannya di kaki bukit dan suasana kelam yang sentiasa menyelubungi gua ini. Sungai bawah tanah yang panjangnya lebih kurang 400 meter mengalir melalui banjaran batu kapur dapat dilihat semasa melalui gua ini. Sungai bawah tanah ini adalah fenomena kejadian semulajadi. Bekalan elektrik disediakan untuk pelawat menikmati keindahan dalam gua.

Pada tahun 1935, seorang warga Inggeris menyedari bahawa laluan sungai di sini adalah cara yang baik untuk mengangkut bijih timah dari sebuah lombong berhampiran sungai ini menerusi gua bawah tanah ke Kaki Bukit.

sumber: Google
Ini adalah gambar di pintu masuk. Gambar ini ketika air banyak tapi sayangnya masa kami tiba ni musim kemarau jadi air agak kurang dan keruh. Sebab itu kami sama sekali tak berniat untuk mandi walaupun anak-anak dah teruja sangat minta nak turun ke air.

DI BUKA UNTUK ORANG AWAM
Untuk memasuki ke dalam ruangan gua, kita akan di kenakan sedikit bayaran iaitu RM1 untuk dewasa dan 50sen untuk kanak-kanak. Manakala gua ini di buka untuk lawatan setiap hari untuk para pelawat.



Pelawat tempatan dan asing boleh berjalan menerusi gua ini menggunakan sebuah laluan kayu yang diterangi cahaya lampu. Selain daripada itu terdapat juga laluan berjalan kaki merentasi melalui atas bukit.Untuk yang berkeluarga dengan anak kecil yang ramai semestinya kami buat keputusan untuk meneroka Gua Kelam melalui laluan di dalam gua saja. Tambahan pula nampak menarik juga dengan cahaya lampu yang samar-samar cumanya pada mula-mula masuk agak kurang enak jugalah sebab ada bau tahi kelawar yang menusuk ke hidung.... huhu.... apa nak buat, gua dan kelawar adalah satu gandingan alam yang memang tidak dapat di pisahkan.
Mek Yuni sekeluarga

Sis Gee sekeluarga
Antara yang paling excited semestinya anak-anak kami semua yang asyik melihat ke kiri dan kanan. Ada juga yang gayat dan takut sebab agak gelap. Tapi overall semuanya berjalan dengan lancar. Setelah habis melalui titian kayu ini akan tibalah di seberang sana yang terdapat tempat rehat untuk mandi manda, berkelah dan sebagainya.Kami sekadar jamu mata dengan keindahan warna hijau alam buat melepaskan seketika penat berjalan sepanjang laluan di gua tadi.


Boleh baca kisah di Gua Kelam ini di blog Mek Yuni dan Sis Gee juga mengenai percutian di Gua Kelam ini...

Lepas dah puas jamu mata, apalagi... terpaksa berjalan semula untuk keluar dari gua dengan laluan yang sama. Part ni agak letih sikit sebab kena berjalan lagi sekali hahahaha.... setelah keluar dari gua kami teruskan perjalanan ke destinasi seterusnya. Kali ini kami semua menuju ke Kuala Perlis pula untuk menjamu mata melihat pemandangan laut dan pantai.....



3 comments for "MENEROKA KEINDAHAN GUA KELAM DI PERLIS"

  1. mama x penah lg sampai perlis.. bestnya gua kelam

    ReplyDelete
  2. anak-anak excited lebih sampai tinggal mak bapak kat belakang..hahahaha

    ReplyDelete
  3. last pergi tahun lepas , tahun ni tak jejak kaki lagi ke gua kelam .. apa-apa pun gua kelam memmang best

    ReplyDelete