Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

CARA UNTUK MEMASTIKAN DARAH HAID SUDAH KERING

Bagi yang berjimak (bersetubuh) mandi wajib boleh ditangguhkan daripada tempoh sesudah berjimak sehinggalah ke saat sebelum solat subuh. Kiranya, tika bangun untuk solat Subuh nanti bolehlah melakukan mandi wajib untuk mengangkat hadas besar ini sebelum menunaikan solat. Namun, berlainan pula dengan wanita yang keluar darah haid. Sebaik saja darah haid itu kering dia perlu segera mandi wajib untuk mengangkat hadas haid terbabit bagi membolehkan dirinya solat semula.

Walaubagaimanapun, sebelum mandi wajib, kita perlu menunggu darah haid itu betul-betul sudah habis dan benar-benar telah kering terlebih dahulu. Keadaan inilah yang menyebabkan seseorang wanita itu akan mengambil masa yang lama untuk mandi wajib hinggakan ada yang sengaja mengambil kesempatan untuk melewat-lewatkan mandi wajib ini dek kerana tidak tahu samada darah itu masih ada ataupun sudah habis.


Di dalam kes ini, sepatutnya wanita terbabit tidak perlu melengah-lengahkan mandi wajib (hukum mandi tanpa seurat benang di badan) itu kerana dia boleh memeriksa keadaan dirinya sendiri samada darah haid tersebut masih lagi ada ataupun sudah kering. Sekalipun darah tersebut telah tampak kering dan tidak meleleh seperti keadaan awalnya namun ia perlu di periksa sebenar-benarnya untuk meyakinkan bahawa darah haid terbabit benar-benar telah kering sepenuhnya dan sama sekali tidak ada lagi.

Caranya adalah dengan memasukkan sedikit kapas atau kain putih bersih pada bahagian faraj dengan cara duduk mencangkung. Hulurkan sedikit ke dalam faraj dan kemudian keluarkan. Jika terdapat kesan warna coklat pada bahagian kapas atau kain tersebut, ini bermakna darah haid tadi masih belum kering sepenuhnya lagi. Keadaan ini di panggil fatrah haid, yakni tempoh haid.


Menurut ulama warna-warna haid ini ada lima iaitu:

  • Hitam
  • Merah
  • Asyqar (antara merah dan kuning)
  • Kuning
  • Keruh

Mula-mula datang dengan warna hitam, kemudian merah. Seterusnya bertukar kepada merah kekuning-kuningan. Akhir sekali kepada warna kuning dan keruh iaitu rona coklat.

Sekiranya kesan pada kapas dan kain putih tadi berwarna kekuning-kuningan ataupun jernih, ia bermakna wanita terbabit sedang berada di dalam tempoh naqo'. Tempoh naqo' ini membawa maksud bersih daripada sesuatu. Jadi keadaan naqo' ini boleh dikatakan 50/50 - samada benar-benar sudah suci dari darah haid ini ataupun belum.

Untuk keadaan naqo' ini kita perlu teliti semula berdasarkan jumlah hari untuk tempoh haid itu. Tempoh haid adalah selama     hari manakala nifas pula adalah selama 15 hari. Jika sudah terlebih daripada tempoh tersebut maka kita perlu segera mandi wajib bagi mengangkat hadas besar tersebut dan bolehlah mula solat seperti biasa. Seandainya belum habis tempoh terbabit maka ia masih di anggap masih di dalam tempoh haid.


 Ini berdalilkan riwayat Aisyah R.Anha dalam Sahih al-Bukhari dan al-Muwatta’:
كَانَتْ النِّسَاءُ يَبْعَثْنَ إلَى عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا بِالدُّرْجَةِ فِيهَا الْكُرْسُفُ فِيهِ الصُّفْرَةُ مِنْ دَمِ الْحَيْضِ فَتَقُولُ لَا تَعْجَلْنَ حَتَّى تَرَيْنَ الْقَصَّةَ الْبَيْضَاءَ تُرِيدُ بِذَلِكَ الطُّهْرَ مِنْ الْحَيْضَةِ
Maksudnya: Dahulu, para wanita datang menemui Aisyah R.Anha dengan menunjukkan kain yang berisi kapas (yakni yang dimasukkan ke dalam faraj) yang padanya ada kesan kekuningan (kesan darah haid) lalu Aisyah berkata kepada mereka, “Janganlah kamu tergesa-gesa (untuk mandi dan bersolat) sehinggalah kamu melihat warna cecair putih pada kapas yang menunjukkan suci daripada darah haid.”

9 comments for "CARA UNTUK MEMASTIKAN DARAH HAID SUDAH KERING"

  1. Terima kasih sis awa pengkongsian ni

    ReplyDelete
  2. Terma kasih atas perkongsian Kak Hawa :)

    ReplyDelete
  3. Salam sejahtera

    Terima kasih kerana sertai Review Blog April 2018.

    Senarai Peserta : https://aerillhassan.blogspot.my/2018/04/senarai-peserta-review-blog-april-2018.html

    Senarai Pemenang : https://aerillhassan.blogspot.my/2018/04/senarai-pemenang-review-blog-april-2018.html

    ReplyDelete
  4. perkongsian yang baik awa...tq

    ReplyDelete
  5. tq for sharing.. mama mmg praktikkan ni. alhamdulillah mudah kita

    ReplyDelete
  6. perkongsian yg bagus,thanks sis :)

    ReplyDelete