SINOPSIS PENUH DAN PELAKON DRAMA NUR - نور‎ (nūr, “ca-ha-ya”) TV3

by - 12:59

Apabila melihat kelibat Syafiq Kyle di dalam drama نور‎ (nūrcahaya) yang di tayangkan di TV3 menerusi slot Samarinda membuatkan sis berasa sedikit teruja kerana kelihatannya jalan cerita yang ingin di sampaikan kali ini tampak sedikit berbeza dan ada unsur-unsur pengajaran yang boleh kita ambil sebagai iktibar. 

Jika sebelum ini selalu saja ada cerita yang di ambil daripada novel dengan genre romantik dan komedi tapi kali ini drama Nur (lakonan Amyra Rosli) menyajikan isu masyarakat yang pastinya wujud termasuklah mereka-mereka yang berada di lorong-lorong gelap. 



SINOPSIS :
Mengisahkan Adam, seorang ustaz muda yang terkenal kerana ilmu, rupa paras dan anak lelaki sulung harapan keluarga kepada penceramah bebas yang cukup terkenal bernama Datuk Ayah Haji Mukhsin. Adam telah di hantar belajar sehingga ke Jordan dan banyak tawaran pekerjaan Adam terima sekembalinya beliau ke Malaysia. 

Adam juga turut mempunyai seorang kakak yang bernama Aishah yang telah berkahwin dengan seorang lelaki yang bergelar Ustaz Syed Hamadi. Ayah Adam turut mengendalikan sebuah rumah anak yatim dengan melantik menantu lelakinya (Ustaz Syed Hamadi) sebagai pentadbir yang bertanggungjawab membayar gaji dan mengendalikan makan minum anak-anak yatim. 

Dalam masa yang sama, Adam bakal ditunangkan dengan Qhadeeja, seorang doktor muda, juga anak kepada seorang usahawan terkenal yang cukup rapat dengan Datuk Ayah Haji Mukhsin. Qhadeeja sendiri sangat sukakan Adam dan sangat mengimpikan sebuah keluarga sakinah yang bahagia bersama Adam. Adam yang taat dengan keluarga cuba untuk menerima Qhadeeja walau hatinya sedikit terkilan dengan tindakan ahli keluarganya yang masuk merisik Qhadeeja secara tiba-tiba tanpa berbincang dengannya terlebih dahulu.

Ketika memberi kuliah di masjid, Adam telah mendapat soalan daripada seorang 'penyoal' soalan yang agak misteri. Rupanya soalan itu datang daripada Nur, seorang gadis muda yang cantik. Suatu hari, Adam mengikut Nur dan rupa-rupanya Nur adalah anak kepada seorang pelacur dan Nur sendiri telah di paksa untuk menjual tubuh. Salah seorang pelanggan yang amat ingin bersama Nur adalah abang ipar kepada Adam sendiri. Ternyata, rupa-rupanya Ustaz Syed Hamadi bukanlah seorang yang baik sebaliknya hanya seorang yang ingin berselindung di sebalik topeng dengan nama agama semata-mata. 

Adam menceritakan tentang Nur kepada ayahnya dan ayah Adam memberi galakan supaya Adam cuba membimbing dan membantu Nur untuk keluar dari jalan tersebut. Lama-kelamaan, Adam dan Nur mula jatuh cinta. Namun mana mungkin hubungan mereka itu dapat diterima dengan mudah disebabkan latar belakang mereka berdua yang ternyata sangat berbeza. Masyarakat dan ahli keluarga sangat menegah hubungan terbabit kerana Nur yang dikatakan amat tidak sepadan dengan Adam, seorang ustaz muda yang mahu bersama seorang bekas pelacur. 

Apakah Nur mempunyai sinar harapan untuk hidup bersama Adam? Apakah yang akan berlaku kepada Syed Hamadi yang berpura-pura menjadi seorang ustaz? Sama-sama kita tonton drama ini di TV3.

JUDUL : NUR
JUMLAH EPISOD : 19 episod
TARIKH MULA TAYANGAN : 14 Mei 2018
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam
SIARAN TV : Slot Samarinda TV3
PENGARAH : Shahrulezad Mohameddin
TERBITAN : Radius One Sdn Bhd

PELAKON :
Antara barisan pelakon yang memainkan peranan watak di dalam drama ini adalah......
Amyra Rosli sebagai Nur
Syafiq Kyle sebagai Adam
Riena Diana sebagai Dr Qhadeeja
Datuk Jalaludin Hassan sebagai Datuk Ayah Haji Mukhsin
Fatimah Abu Bakar sebagai Datin Ibu Hajah Musalmah
Azhan Rani sebagai Ustaz Syed Hamadi
Noorkhiriah sebagai Aishah
Raja Muhd Atiqullah sebagai Amirul
Zaidi Omar sebagai Datuk Tajuddin
Laila Nasir sebagai Mona
Elmy Moin sebagai Marzuki
Mathni Razak sebagai Dr Mukhriz
Kuna Muzani sebagai Datin Orkid
Jijie Zainal sebagai Jojo

Baca juga : Drama Nur - نور‎ (nūr, “ca-ha-ya”) TV3 - DAH NAK HABIS....

You May Also Like

4 PEMBERI ULASAN

  1. tk tgk cite ni. biasa kul 10 tu dah tido.

    ReplyDelete
  2. sentiasa mengikuti cerita NUR setiap episod kerana jalan cerita yang menarik dan banyak memberi pengajaran di samping pelakon-pelakon yang hebat.

    ReplyDelete
  3. Slalu tido awal tapi sebab cita ni tido lmabat setiap hari..
    Suka gandingan Amyra & Shafiq kyle..

    ReplyDelete
  4. Confirm ending dia Amyra dan Shafiq kyle.. tapi kalau Shafiq kyle ngn Deeja.. lgi untung Deeja baek..

    ReplyDelete