Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

TERUJA CETAK GAMBAR ANAK DALAM BENTUK BUKU DI PHOTOJAANIC

Assalamualaikum ualls....
bila dok ngemas dapur dan peti sejuk kat rumah ni terdetik kat hati untuk cari website yang boleh buat hiasan untuk letak kat peti ni. Barulah peti nampak berseri sikit... google punya google terjumpa sebuah website ni. Happy jugaklah bila jumpa website ni sebabnya ia agak 'special'.

Special?! Yes bagi aku agak special sebabnya hanya dengan daftar jadi ahli je daku dah boleh dapat SATU GIFT yang best! Gift yang aku maksudkan ini adalah sebuah Photo Book yang bersaiz 6x6. Ok la kan? Daftar pun bukannya susah, hanya perlu masukkan email, password yang di reka sendiri, klik Agree dan Signup. Dah pun siap. Website yang di maksudkan ni adalah Photojaanic.


Selepas itu, ualls buka email dan akan dapatlah email daripada pihak Photojaanic berkaitan dengan pendaftaran ualls tu berserta dengan pilihan barangan percuma yang ualls boleh tebus. Kat sini daku dapat pilih antara Softcover Photobook ataupun Mounted Print.



Seteah puas berfikir, akhirnya daku decide untuk choose untuk tebus 1 buku Softcover Photobook dari menu. Setelah klik akan nampaklah satu keterangan ringkas kat bahagian bawah berserta dengan nombor code yang boleh digunakan untuk penebusan photobook free ni. Kalau ikutkan harga sebenar $13.99 tau... ehhhh USD?


Oh rupa-rupanya, website ni bersifat uniserval dan global. Kiranya, website ni bukan hanya untuk negara luar saja tetapi juga untuk negara-negara lain yang berminat seperti Malaysia, Indonesia, Singapore dan lain-lain lagi. Alamat asal website ni adalah Singapore. Apa yang perlu di lakukan hanya tukar icon 'matawang duit' mengikut negara masing-masing. Kusss semangat, ingat dah tak jadi nak tebus tadi... =D

Bila dah tukar nilai matawang ke MYR, muncullah harga dalam Ringgit Malaysia dan secara automatik website akan tahu yang kita adalah bakal pelanggan daripada Malaysia. Bila di lihat pada harga RM55.99, alhamdulillah... berbaloi ni...


Jangan buang masa jom kita tebus. Pertama sekali, terus klik di atas GET STARTED dan kita akan di bawa ke bahagian pemilihan tema. Kat sini selepas di kira ada 22 jenis tema semuanya. Banyak betul... antara tema tersebut adalah avant grade, baby, beach, birthday, christmas, classic, contemporary, vintage, happily ever after, spring dan lain-lain lagi.


Bagi yang nak kan kelainan yang lebih, ualls boleh buat design sendiri mengikut citarasa masing-masing. Pilih je pada bahagian 'Design Your Own' dan ualls boleh berimaginasi dengan mengikut kehendak hati dan kesukaan masing-masing.


Bila dah pilih 'design your own' maka akan keluarlah dashboard untuk ualls reka sendiri rupa photobooks yang ualls nak tu. Kat sebelah kiri sudah ada beberapa icon yang mudah untuk di fahami. Boleh upload dan letak gambar mana yang ualls suka, boleh edit tulisan mengikut jenis yang ualls mahu, boleh juga susun gambar mengikut layout yang ualls mahu. 100% ikut kreativiti ualls, takde sapa akan kacau. Tapi kalau ualls malas dan sibuk nak design semuanya ni dari awal, tak perlu risau keraana ualls boleh pilih mengikut 22 tema yang telah di sediakan seperti yang telah di beritahu tadi.


Macam daku sendiri, hanya pilih dari salah satu tema yang telah di sediakan. Hehe.. bukannya apa, sebab dah jatuh suka dengan salah satu design yang ada kat situ. So, tak perlulah pening kepala lagi. Apa yang perlu di buat sekarang hanyalah masukka gambar yang ingin di cetak ke dalam buku terbabit.

Gambar-gambar ini boleh di ambil daripada media social ualls juga tau. Tak susah, ualls hanya perlu pilih icon akaun media social yang ualls nak kemudian boleh pilih gambar mana yang nak di ambil dari sana untuk di bawa ke Photojaanic ni. Sebanyak 55 keping gambar boleh ualls isi untuk buku ni. Haa banyakkk tu.... puashati!


Then, ualls klik je di atas gambar mana yang ualls nak dan dengan sendirinya ia akan masuk ke box gambar yang telah di sediakn di dalam Photojaanic ni. Tak kisah lah nak ambil dari Facebook, IG mahupun upload dari komputer sendiri, semuanya sangat mudah. Pendekata, website ni memang sangat senang untuk di gunakan. Takdelah berselirat dengan pelbagai arahan.. hehe...



Daku nak gunakan peluang ni untuk buat buku kenangan sempena kelahiran Kasih tempohari. Ualls mungkin boleh guna untuk simpan kenangan hari raya untuk tahun ni. Betul tak? At least dapat di jadiakan kenangan terindah yang boleh di tunjukkan pada ahli keluarga juga nanti.

Baca juga : 16 Rahsia Kejayaan Sistem Pendidikan Finland

Nak ubah kedudukan gambar pun senang jer. Ualls hanya perlu klik di atas gambar yang nak di ubah kemudian klik kedudukan baru yang ualls nak letak untuk gambar tersebut. Jika tak suka, terus je klik 'delete'.


Bila dah masukkan semua gambar yang di perlukan, ualls boleh display balik untuk lihat semuanya. Jika rasa tak suka boleh padam mana-mana gambar yang tak nak dan gantikan balik dengan gambar lain. Jika rasa semuanya okay bolehlah terus ke step seterusnya untuk sahkan penebusan ni.


Langkah seterusnya of course lah masukkan detail peribadi seperti alamat dan lain-lain. Jangan lupa juga untuk semak semula tempahan tu untuk lebih puashati.


Ohya, kita boleh pilih untuk membayar dalam beberapa kaedah... samaada menggunakan kad kredit, paypal dan lain-lain. Kiranya mudah la kerja bila boleh bayar pakai paypal. Di sebabkan pengeposan dari luar Malaysia maka kos tu agak berat la sikit tapi jika di fikirkan dengan produk yang di tempah rasanya sangat-sangat berbaloi.



Alhamdulillah... dah pun siap buat tempahan. Tak sabar pula nak tunggu hasilnya nanti macamana. Kalau ualls ada masa santai singgah-singgahlah kat Photojaanic tu sebabnya ada macam-macam produk yang sangat-sangat lawa kat sana. Gerenti rambang mata punya. Jangan lupa juga untuk tebus hadiah percuma macam yang ku dah buat ni... berbaloi sangat-sangat...... =D

NAK GAMBAR DALAM BENTUK BUKU.... CEPAT-CEPAT DAFTAR SEKARANG !!



10 comments for "TERUJA CETAK GAMBAR ANAK DALAM BENTUK BUKU DI PHOTOJAANIC"

  1. first time dgr nama ni.. cantiknya mesti x sabar nak tunggu barang sampai kan

    ReplyDelete
  2. Kaella pun ada cuba dlu, guna photobook malaysia hihi okey juga puas hati

    ReplyDelete
    Replies
    1. best kan bila dpt print bentuk buku... lawa

      Delete
  3. wahh cantiknya..tak payah nk cuci gmbr kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la x yah cuci dah... print bentuk buku.. makin best kalau print ikut aktiviti leh simpan banyak2...

      Delete
  4. Nanti boleh cuba g tengok ni

    ReplyDelete