Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Arayyan Kids Bijak Sifir & Formula - Hadiah Terbaik Untuk Anak

Sebagai seorang ibu yang sepenuh masa berada di rumah antara perkara yang harus aku titikberatkan dari masa ke semasa adalah soal pembelajaran anak-anak. Bukan aku sorang je bahkan aku percaya semua ibu di luar sana turut mempunyai di lema yang sama, bagaimana cara untuk membantu anak-anak menjadi bijak pandai tanpa perlu mengharapkan ilmu yang di timba daripada guru-guru di sekolah semata-mata.

Walaubagaimanapun, tahap pembelajaran anak-anak sekarang tidak sama dengan tahap pembelajaran zaman kita dulu. Apa nak buat, dunia makin maju dan moden kan? Sebab tu daku sendiri kadangkala naik stress dok memikirkan cara untuk membantu anak-anak belajar kat rumah. Mujurlah juga ada macam-macam benda yang daku leh dapatkan kat pasaran. Salah satu darinya set BIJAK SIFIR & FORMULA.



Kalau ualls nak tahu, produk Sifir & Formula ini dikeluarkan oleh pihak ARAYYAN KIDS dan daku sendiri tidak teragak-agak untuk menggunakan produk daripada pihak Arayyan kerana sebelum ni daku dah try pun set Arayyan Kids - Kiddy Kit Edu Play Set untuk anakku Awwal.Kalau nak tahu tentang set tu boleh baca kat SINI.

Untuk ARAYYAN KIDS BIJAK SIFIR & FORMULA daku berasa sangat bersyukur kerana daku sendiri sebenarnya sangat risau akan anak ketigaku yang bernama Aman. Ini kerana dia sudahpun berada di darjah 3 pada tahun ini dan matematik adalah salah satu matapelajaran yang tidak stabil markahnya bagi Aman. Maksud daku tiap kali ujian atau peperiksaan, markah untuk subjek matematik yang Aman dapat kadangakala okay dan kadangkala tidak. Bila ku tanya, katanya ada yang dia dah lupa.

Apa yang lebih menyedihkan lagi, apabila daku minta dia menjawab semula soalan tersebut, cara yang dilakukannya untuk menjawab itu sudah betul tetapi jawapan yang diterimanya itu adalah salahh. Ini bermakna masih ada kekurangan yang perlu segera aku bantu perbetulkan terhadap Aman untuk masalah ni.

Tapi, aku ni bukannya cikgu!!! Dan..... aku juga tak begitu muda untuk recall balik segala apa yang ku belajar zaman kanak-kanak ribena dulu.... so ualls dah tahulah kenapa daku sangat berterima kasih dengan adanya set pembelajaran seperti Arayyan Kids Bijak Sifir & Formula ni.



Untuk setiap set pembelajaran ni ada 1 set buku sifir & formula berserta dengan 1 set CD. Untuk buku sifir tu ia adalah setebal 130 mukasurat dengan sebanyak 20 bab perbincangan bagi sekolah rendah. Maksudnya buku ini complete dengan topik pembelajaran daripada darjah 1 hingga ke darjah 6. Pelik kan? 20 bab berkaitan perbincangan daripada darjah 1 hingga 6 tetapi hanya dengan setebal 130 mukasurat saja? Haaaa itulah dia kelebihannya. Kerana itu jugalah dikatakan sebagai formula.... Formula yang ringkas tapi padat dan sangat sesuai untuk di ingat oleh anak-anak ini dengan mudah.

Yang pasti, jika ualls turut membeli dan memberikannya kepada anak-anak, InshaAllah ia akan dapat membantu anak-anak untuk......
  • cepat mengenal NOMBOR
  • cepat mengenal BENTUK
  • lebih cepat belajar turutan NOMBOR menaik dan menurun
  • lebih cepat belajar cara mudah menghafal SIFIR
  • lebih cepat belajar mengenal MATA WANG
  • lebih cepat belajar Formula-Formula Pengiraan
  • lebih bijak dalam menyelesaikan Soalan-Soalan Permasalahan subjek matematik



Kalau ualls nak tahu juga, set ARAYYAN KIDS BIJAK SIFIR & FORMULA ni turut diterima baik oleh pihak sekolah sebagai salah satu buku tambahan yang berkesan untuk membantu anak-anak di peringkat sekolah rendah khususnya. Kalau ualls nak anak-anak lebih cepat 'mesra' dengan subjek kira tambah tolak darab sifir dan sebagainya ini, ualls boleh beli dan hadiahkan kepada anak-anak dari seawal usia 6 tahun lagi. Yang penting atas diri ualls sendiri sebagai ibu bapa nak galakkan anak dari usia berapa.




Macam yang telah ku beritahu di awal tadi, untuk set ini ia turut didatangkan dengan sebuah CD. Jika nak tahu kandungan untuk CD tersebut telah di bahagikan kepada 3 bahagian. Tiga bahagian tersebut adalah :

1. ‘8’ BONUS KOLEKSI KERTAS LATIHAN MATEMATIK
a) Koleksi Latihan Peperiksaan Akhir Matematik Tahun 1
b) Koleksi Latihan Peperiksaan Akhir Matematik Tahun 2
c) Koleksi Latihan Peperiksaan Akhir Matematik Tahun 3
d) Koleksi Latihan Peperiksaan Akhir Matematik Tahun 4
e) Koleksi Latihan Peperiksaan Akhir Matematik Tahun 5
f) Koleksi Kertas Percubaan UPSR Tahun 2017
g) Koleksi Kertas UPSR Tahun 2016
h) Koleksi Kertas UPSR Tahun 2017

2. KOLEKSI LATIH TUBI MATEMATIK TAHUN 1 HINGGA TAHUN 6 (UPSR)
Pada mulanya daku agak terkejut juga kerana di dalamnya turut mengandungi sebanyak 68 set kertas soalan yang terdiri daripada pelbagai jenis latihan matematik daripada pembelajaran dalam darjah 1 hinggalah ke darjah 6. Bagi aku ini adalah sangat bagus kerana dapat membantu anak-anak ini untuk imbas semula segalanya daripada asas pembelajaran semasa baru masuk sekolah sehinggalah kepada tahap untuk menghadapi peperiksaan USPR.


3. LATIHAN CEPAT PINTAR SIFIR
Selain daripada latihan latih tubi turut disediakan juga sebanyak 56 set kertas soalan yang ada kaitan dengan cepat sifir.. Bila di kira semuanya ada sebanyak lebih daripada 3000 soalan latihan berbentuk matematik yang siap sedia menunggu masa untuk di jawab saja oleh si anak.


Wajah Ceria Sebahagian Daripada Pengguna!!

Bila dah tahu semua isi kandungan maka tak hairanlah kenapa ramai anak-anak memaparkan wajah ceria penuh puashati di dalam gambar kat bawah ni.




Yang pasti alhamdulillah daku dah berjaya menemui sebuah bantuan pembelajaran untuk anak tercinta. Secara tak langsung set ini dapat di kongsi oleh semua anak-anak disebabkan tahap sukatannya yang sangat sesuai untuk semua golongan umur kanak-kanak yang masih di dalam fasa sekolah rendah.

Kat sini daku ada sediakan juga sebuah video untuk ualls semua terutama gologan ibu ayah yang sedang berusaha membantu anak-anak supaya semakin bijak. Ualls tengok la sendiri betapa happynya Aman dapat set ni... ohya!! semuanya dalam colour tau!! kualiti memang terbaikkkkk.....




Pada yang berminat, ualls boleh dapatkan segera dengan harga promosi!! Jika dulu harganya adalah RM69.90 tapi kini serendah RM39 SAHAJA!!! Ehhhh dok tunggu apa lagi tu abang kakak oi,,,, lekas-lekas beli segera sebelum tarikh promosi habis.



SIAPAKAH PENGASAS ARRAYYAN KIDS?
Arrayyan Kids atau Arayyan Kids Holdings Sdn bhd di asaskan oleh sepasang suami isteri iaitu Encik Ahmadil Razman yang bertindak sebagai CEO bersama isterinya Puan Surita yang memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan Syarikat.

Untuk maklumat lanjut berkaitan cara pembelian dan sebagainya... sila layari :
Facebook: @KidsArayyan
Tel : 019-490 8769


** Suka info dari blog ini? Kalau suka follow kat SINI tau... terima kasih **

7 comments for "Arayyan Kids Bijak Sifir & Formula - Hadiah Terbaik Untuk Anak"

  1. Menarik juga buku pembelajaran ni..siap disertakan sekali cd..harga pun tgh murah tu..

    ReplyDelete
  2. Matematik mmg akan jd sbjek brmslah kan. Ank sdra CR dlu pun sama. Bagusnya ada buku mcm ni.kena syorkan pd mak2 lain ni. Bnda bagus kan

    ReplyDelete
  3. Menarik tu! Kena cepat-cepat dapatkan. Bila harga dah kembali asal jenuh pula nak fikir

    ReplyDelete
  4. Menarik tu ! Kena cepat-cepat dapatkan tu bila harga dah kembali asal susah pula nak dapatkan tu. Tapii mana nak dapat set bijak sifir tu

    ReplyDelete
  5. Menarik nib.. Boleh belikan untuk anak2 juga Jo..

    ReplyDelete