Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

HATI-HATI KALA TIDURKAN BAYI DALAM BUAI WAHAI IBU

Assalamualaikum ualls..... sejak dari anak sulung lagi buaian ini agak kurang dipraktikkan pada anak-anak dan baru kali ini buai ini berjaya ditempatkan di ruang tamu berbeza dengan sebelum ini yang hanya diletakkan di stor.

Apa nak buat, si puteri Kasih Sufi ni asyik nak berkepit je dengan mamanya tak kira tengah main, tidur atau apa saja. So, tak kan asyik nak beriba je? Jalan terbaik yang daku ada adalah dengan menggunakan buaian pada waktu-waktu yang tertentu. 

Kenapa hanya guna buai pada waktu yang tertentu?

Ini kerana buaian ini tidaklah begitu selamat terutama bagi baby yang masih kecil dan tempat yang paling selamat untuk tidur sebenarnya adalah baby coat bukannya buaian.  Tetapi biasalah, dek kerana anak akan tidur lebih lama dan seperti lebih selesa dengan buai maka terpaksalah gunakan buai untuk masa ini. Lagipun kalau tersedar dapatlah di buai semula dan baby akan terlelap balik. Itu jugalah yang terjadi pada Kasih di masa ni.

Makin daku kurang suka kerana ada pelbagai bahaya yang boleh berlaku dan salah satu daripadanya adalah daripada lantunan buai yang dihasilkan oleh spring itu boleh menghasilkan pergerakan atas bawah seperti kita mengoncang bayi dan dek kerana ubun-ubun bayi ini masih lembut maka boleh terjadi Shaken Baby Syndrom.




Kerana itu daku cukup-cukup kurang berminat dengan buaian tetapi macam yang telah ku beritahu tadi. Masih boleh menggunakan buaian ini tetapi sila pantau dan jangan menganggap yang buaian ini adalah salah satu peralatan yang boleh membantu kita sebagai ibu untuk menidurkan bayi dengan paling selamat. No! Buaian tidak seselamat ketika bayi tidur di dalam baby coat mahupun di tempat tidur biasa.

Hati-hati juga bila memilih untuk tidurkan bayi dalam buaian ni kerana telah pernah berlaku di mana spring penyangkut pemegang kain buai tu putus atau tali yang memegang tu tercabut hingga baby boleh jatuh sedebuk ke atas lantai semasa sedang tidur. Hal ni cukup-cukup bahaya hingga boleh menyebabkan kecederaan otak yang serius dan ada juga yang hingga ke tahap meninggal. Huhu....... tak mau! tak mau!

Shaken / Goncangan adalah satu perbuatan yang tidak sepatutnya dilakukan pada bayi

Maybe aku ni dalam kalangan yang agak paranoid tentang buai kerana itu buaian ini kurang digunakan walau telah berada berbelas tahun di dalam simpanan. Apapun daku amat bersyukur kepada encik suami yang sedaya upaya berusaha untuk sama-sama memastikan keselamatan anak kami. Antara pertolongan yang diberikan adalah dengan membuat sendiri pemegang penyangkut buai supaya lebih tahan dan kukuh. 



Penyambung antara buai dan tali penyangkut juga telah ditukarkan dengan besi yang jauh lebih kuat dan lasak. 

Penyangkut kain buaian pula dibuat daripada kayu dalam bentuk penyepit supaya kain tidak mudah terlucut ketika sedang menidurkan baby Kasih. Nampak simple tapi telah diketatkan sepenuhnya dan telah dilock juga supaya tidak mudah jatuh. Yang pasti ianya boleh menampung berat baby.




Antara risiko lain yang ku risau kerana Kasih sudah pandai pusingkan badan dan mukanya kadangkala akan menghala ke bawah. Bila dah hala ke bawah Kasih tak tahu untuk memusingkan badannya semula untuk menghadap ke atas. Haa ini boleh menyebabkan risiko baby lemas dan sesak nafas jika terus di biarkan. huhuhu.....


Satu lagi risiko yang ku risau sekiranya tapak buaian itu tidak berada di atas lantai sepenuhnya disebabkan mempunyai roda. Betul jika ada roda mudah untuk di alihkan ke sana ke sini namun bagi aku itu sudah mengurangkan tahap keselamatan pada anak so tak mengapalah jika terpaksa angkat buai dengan tangan sendiri sekalipun asalkan tapak asas utama buai itu berada di atas lantai sepenuhnya.


Meskipun sibuk dengan kerja rumah namun harus juga di pantau keadaan baby dari masa ke semasa supaya semuanya okay dan selamat. Makin kena pantau sekiranya ada anak lain yang aktif bermain, buatnya di tolak si adik dalam buai tu, haaaa kan dah masalah..... Bagaimana cara untuk mendidik anak tidur tanpa buai? Baca SINI 

Ohya, di negara barat ibu ibu lebih banyak menggunakan baby hammock bagi menggantikan buaian biasa kerana dikatakan lebih selamat dari banyak segi.


Konsep buaian dalam bentuk hammock ini turut di gunakan ketika membeli belah bersama bayi tanpa perlu meletakkan baby di tempat duduk yang ada pada troli tersebut.


Semoga perkongsian ini dapat memberi sedikit sebanyak info yang boleh dimanfaatkan. Jangan risau, berlainan bentuk buai masih boleh diterima kerana bentuk buai yang paling selamat di atas mukabumi ini sekalipun masih belum boleh menjamin tiada apa-apa risiko pada baby kesayangan. Apa yang lebih penting adalah usaha si dewasa yang perlu memantau dari masa ke semasa. Janganlah sesekali melepaskan tanggungjawab menidurkan bayi dengan lena ke atas buaian semata-mata.

KASIH SUFI yang sedang nyenyak tidur

 Jika boleh, letak buai dekat dengan ruangan kerja supaya lebih mudah.


INGAT!!! JANGAN DI HENJUT BUAI ITU KUAT-KUAT! OKAY?

p/s : Anda rasa blog ini bagus dan bermanfaat? Jika YA, marilah jadi salah seorang followers blog ini  >> DI SINI << sebagai tanda sokongan. Terima kasih.



3 comments for "HATI-HATI KALA TIDURKAN BAYI DALAM BUAI WAHAI IBU"

  1. anak nadia pun tido buai juga...tapi henjut pun sederhana ja taklah laju2

    ReplyDelete
  2. betul2 membuka mata.. tq awa for sharing

    ReplyDelete
  3. baby pun x tido buai skrg..duduk apartment susah nak pasang buai..nak beli yg mudah alih tu rasa leceh plak..makan space..so beli jer swing utk dia... taknak buai sangat nnt antar pengasuh dia terbiasa plak x nak buai.. papepun yg hammock tu cam menarik idea kalo nak bawak letak dlm troly..hehe.. tq for sharing yer.. <3

    ReplyDelete