Sebagai seorang ibu yang telah menyusukan sendiri anak-anak dari saat baru dilahirkan sehingga usianya mencapai 2 tahun, daku dengan sendirinya menjadi tertanya-tanya, bagaimanakah sebenarnya susu ibu ini boleh terhasil. Iya, Allah SWT yang ciptakan tetapi bagaimana badan ini boleh menghasilkannya? 

Disebabkan wujudnya persoalan itu maka daku sempat luangkan masa mencari info dengan bantuan 'Pakcik Google' supaya segala persoalan ku terjawab. Segalanya daku kongsikan di sini untuk bacaan dan pengetahuan mama lain di luar sana yang mungkin turut ada persoalan yang sama denganku. Maka bagaimanakah susu ibu boleh dihasilkan? Jom baca info selanjutnya di bawah ini.


Cara Bagaimana Tubuh Ibu Menghasilkan Susu 



Susu ibu merujuk kepada susu yang dihasilkan oleh kelenjar mammari ibu yang terletak di payu dara dan susu ibu ini dikeluarkan khusus untuk digunakan sebagai makanan untuk bayi yang telah dilahirkan. Hormon yang bertanggungjawab untuk penghasilan susu ini pula adalah Hormon Prolaktin.

Menurut bacaanku dari laman portal Hospital USMHormon Prolaktin bertanggungjawab untuk merangsang penghasilan susu. Tindakan hormon prolaktin berlaku semasa bayi menyusui di payudara ibunya di mana reflek saraf akan dihantar ke otak Tindakbalas ini akan menyebabkan kelenjar pituitari di otak merembeskan hormon prolaktin dan paras hormon prolaktin akan meningkat di dalam darah. Maka, ia akan merangsang penghasilan susu ibu untuk penyusuan berikutnya.

Paras hormon prolaktin tertinggi adalah pada waktu malam. Maka, ibu-ibu digalakkan untuk menyusu kerap pada waktu malam. 



Semakin kerap penyusuan diberikan, semakin banyak rangsangan penghasilan susu ibu untuk penyusuan seterusnya.Ya! Kenyataan ini memang betul. Berdasarkan pengalaman sendiri yang telah menyusukan anak sepenuhnya seramai 6 orang ini pun, sebaik saja melahirkan baby susu tidak akan keluar dengan banyak sebaliknya sebaik saja mula menyusu susu akan mula keluar dengan lebih banyak seiring dengan isapan yang bayi lakukan.

Jadi jika timbul masalah susu kurang sila minum banyak air kosong dan amalkan juga minum susu untuk ibu mengandung semasa hamil. Ini semua dapat bantu persiapkan diri ketika menyusukan bayi nanti. Yang pasti, jika terasa bagaikan tubuh tidak dapat menghasilkan susu ibu yang mencukupi, hanya ada satu penyelesaian terbaik, tambahkan penyusuan dan terus tambahkan penyusuan lagi. Semakin bayi menghisap semakin aktif hormon prolaktin dan semakin banyak juga susu boleh terhasil. 

Seperkara lagi, tolong jangan tanamkan dalam minda diri tidak cukup bagus dan diri tidak cukup susu sebaliknya tanamkan dalam minda nak menyusu anak dengan sukses hingga usia anak genap 2 tahun! InshaAllah... pasti boleh berjaya.. ameen.


Tag : breastfeeding , susu ibu , susu badan

" Terima kasih banyak2 pada yang sudi tinggalkan jejak. InshaAllah saya akan pergi balas kunjungan anda semua nanti"