Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Beauty Review : Safi Expert Solution - Terbukti Dapat Mencerahkan Pigmentasi

Safi Expert Solution - Terbukti Dapat Mencerahkan Pigmentasi Sesuai dengan usia yang semakin meningkat, jika sebelum ini daku menggunakan Safi Balqis Oxy White tapi kini daku telah mengupgrade diri untuk menggunakan satu lagi set keluara SAFI yang diberi nama Safi Expert Solution - set Intensive Ampoules Anti Hyper. Safi Expert Solution ini merupakan produk yang daku rasakan amat sesuai dengan diriku yang semakin berusia. 



Pigmentasi - Musuh Wanita Yang Sedang Meningkat Usia

Pigmentasi ini merupakan flex hitam dan garis penuaan yang sering timbul di wajah. Semakin tinggi usia maka akan semakin teruk masalah ini boleh berlaku. Jika hanya dibiarkan tanpa langkah penjagaan awal maka sudah semestinya masalah pigmentasi ini akan menular di kulit wajah tanpa sekatan. Kerana itu, adalah lebih baik berusaha menjaga keadaan tekstur kulit wajah agar sentiasa kekal sihat dan cantik. 



Alhamdulillah, baru-baru ini daku telahpun berpeluang untuk mencuba Safi Expert Solution selama beberapa minggu dan ternyata kesannya memang amat menakjubkan. Berdasarkan pengalaman setelah menggunakannya, daku dapat mengenalpasti beberapa kelebihan utama yang ada padanya sehingga mampu untuk membuatku jatuh cinta. Disini daku sertakan info yang lebih detail, manalah tahu kalian juga sedang mempunyai masalah yang sama berkaitan dengan pigmentas pada wajah. 



Safi Expert Solution Intensive Ampoules Anti Hyper Pigmentation ini mempunyai DUA langkah Multi Action Ampoule System yang telah diformulasi dengan bahan tindakbalas efektif Teknoligi DN Age. Ia diformulasikan dengan kandungan DN Age Technology yang efektif untuk memudarkan Age Spot, UV Spot dan parut jerawat. kurangkan lingkaran hitam, lembapkan kulit dan bantu meremajakan kulit. 


Kombinasi yang kuat ini menembusi ke dalam lapisan kulit dengan berkesan untuk memerangi pigmen gelap yang mendalam, membekalkan kelembapan dan mengalakkan pembaharuan kulit untuk kulit kelihatan lebih baik. Hasilnya kulit wajah akan menjadi lebih anjal, cerah dan sihat. Kesannya boleh dilihat dalam seawal masa 2 minggu selepas penggunaan.

Intensive Ampoules Anti Hyper Pigmentation

- Tanpa minyak mineral
- Tanpa alkohol
- Tanpa silikon
- Tanpa paraben
- Tidak diuji pada haiwan

Hasil yang telah diuji juga menyakinkan pengguna lain diluar sana kerana : 

85.7% bintik hitam berkurangan
100% pembaharuan kulit
100% menganjalkan kulit
91.7% kulit muka berseri
100% tona kulit muka dipertingkatkan


Cara penggunaan 
2 kali sehari iaitu pagi & petang selepas mencuci wajah.

Step 1 : Renewal Hydra Complex
titiskan sedikit di telapak tangan, kemudian dap rata Renewal Hydra Complex ke seluruh wajah dengan perlahan. kemudian diteruskan dengan Step 2


Step 2 : Supreme Anti-Spots Complex
titiskan Supreme Anti-Spots  Complex di telapak tangan, kemudian dap rata ke seluruh wajah dengan urutan secara menaik.

Step 3 : Milk Drop Serum - Anti Dehydrated Skin
Bertindak sebagai moisturiser dan juga sebagai sunscreen. Safi Expert Solution Milk Drop Serum membantu dalam mengekalkan kelembapan kulit sepanjang masa.

Baca Juga : SAFI Micellar Natural Cleansing Water - Pembersih Makeup Yang Mudah Tanpa Pedihkan Mata


Hasil Yang Diperolehi Selepas Menggunakannya

Alhamdulillah ternyata wajah tampak lebih segar, lebih cerah dan lebih anjal daripada sebelumnya. Paling best, tanda pigmentasi yang mula muncul dah terasa sedikit berkurangan. Bila lihat sekali imbas terasa bagaikan dapat kembalikan usia ke arah yang lebih muda dari usia sebenar. Namun untuk dapatkan keputusan begini tidak bolehlah sekejap pakai sekejap tidak, kena berterusan dan tempoh keputusan adalah tidak sama untuk semua orang.


Saranan daku, jika benar-benar ada masalah pigmentasi, elok sangat guna set Safi Expert Solution ni dan yang pasti produk SAFI MALAYSIA semuanya halal, selamat dan boleh digunakan tanpa was-was pada bila-bila masa.

6 comments for "Beauty Review : Safi Expert Solution - Terbukti Dapat Mencerahkan Pigmentasi "