Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Kisah PU Abu Menceraikan Isteri Sendiri Tika Hamil Demi Menikahi Wanita Lain Bikin Para Nitizen Marah

KISAH keruntuhan rumah tangga Pencetus Ummah (PUAbu Sufyan Muhamad Mokhtar Rozaidi terus panas dan terus terang apabila mendengar akan kisah ini pada mulanya daku rasa macam frust sangat-sangat! Terus terang, daku sendiri yang dah berkahwin berbelas tahun ini pun tidak rela untuk hidup bermadu. Malah dah warning siap-siap pada suami sejak mula kami kahwin dulu lagi, "saya ni sorang yang kuat cemburu! saya ni tak leh control marah kalau libatkan perempuan lain!"
Serius, itulah yang daku dah warning suami. Bukan sekali dah banyak kali cuma nada warning tu takde la dalam nada marah. Pandai2 la control kan? Just nk bg terpasak kat dalam kepala. Walau suamiku tak sehensem mana dan tidak juga sekaya mana, tapi daku tak nak kongsi okay! (Selalu doa pada Allah SWT moga suami tak berubah hati).

Menceraikan Isteri Sendiri Yang Sedang Hamil Demi Menikahi Wanita Lain Agak Menyedihkan


YA memang boleh menceraikan isteri tika sedang hamil tapi ATAS DASAR APA itu perlu juga tahu. Jika seperti kes sahabat baik ku Nana yang sendirinya minta diceraikan kerana suaminya ada orang lain, mungkin dapat diterima dengan hati yang baik. Sebabnya itu adalah satu tindakan yang patut dihormati tetapi ini isteri masih mahu pada sang suami, sedang mengandung pula tapi suami yang ceraikan? Hmmm macam sedih je...

Maaf jika kata-kata ini agak sensitif, maaf juga pada PU Abu, bekas isteri dan juga isteri sekarang. Yalah, saya orang luar tetapi boleh pula buka kisah anda semua di sini. Namun apakan daya saya juga seorang wanita yang sangat terkesan dengan kisah ini. Saya bayangkan bagaimana jika saya di tempat itu.
Berdasarkan pendapat peribadi saya sendiri, jika benar ada hati nak kahwin lagi kenapa mesti ketika isteri sedang mengandung ini? Binalah dulu rumahtangga yang ada dengan gembira dulu demi baby yang bakal dilahirkan. Tepislah dulu keinginan nak berkahwin tu sekejap. Ya memang betul ini soal jodoh, ya memang benar hati dah sayang dan punya keinginan tapi at least tundalah dulu kejap. Kemudian tanya isteri baik2 sebelum bernikah dan jika isteri benar-benar beritahu tak mahu maka pertimbangkanlah dulu dengan baik secara mendalam baik dan buruk termasuk untuk anak yang telah dilahirkan.
Tambah-tambah Pencetus Ummah (PUAbu Sufyan turut dikenali. Kat situ daku rasa sedikit kesal. Kesian kat kengkawan seangkatannya juga yang turut terkena palitan. Fahamlah manusia zaman sekarang ni macamana (termasuk daku juga).
Kenyataannya PU Rahmat itu mendapat ratusan komen, ribuan likes serta retweets termasuklah daripada pelakon Saudara Adam Corrie. 

Kami para nitizen ni tak kisah mana soal kahwin cerai sesiapa sebab dah terbiasa pun cumanya tengoklah juga keadaan. Ini sedang hamil, bukannya benda boleh di muat main. Emosi boleh terganggu dan sangat tidak stabil. At least tunggulah KEJAP hingga isteri selamat bersalinDaku setuju dengan apa yang dikatakan oleh PU Rahmat Ikhsan ni. Kalau meroyan camana??? Sapa nak jawab? Ya Allah minta dijauhkanlah.


Namun Tidak Semua Wanita Lemah Kerana Demi Anak Kami Akan Berusaha Untuk Jadi Lebih Kuat!! 
Dalam masa yang sama, daku dapat rasakan 'bekas isteri' PU Abu seorang yang sangat kuat! Walau sedang mengandung diberitahu tentang hal bermadu namun beliau tetap nekad dengan keputusan beliau untuk tidak mahu berkongsi suami. Daku yakin baby yang dikandung tu adalah penguat semangatnya. Kerana itu juga PU Abu telah berkata dalam mesejnya, beliau tahu bekas isterinya itu seorang yang kuat!
Namun sekuat mana sekalipun, emosi ketika sedang mengandung ni lain. Malah saat bakal melahirkan akan membuatkan diri brasa lebih resah. Namun, terus terang untuk seorang wanita itu dimadukan bukan mudah untuk diterima begitu saja. Daku sendiri memang akan lebih kuat untuk menjaga anak seorang diri dari terpaksa berdepan dengan wanita lain yang boleh menyentuh dan dibelai oleh suamiku sebagaimana suami melayan aku. Dari sakit hati, dari sakit minda, dari sakit jiwa kerana perlu tahan rasa cemburu ada baiknya daku angkat kaki dengan bina hidup penuh tawa gembira bersama anak dan famili kat kampung saja. 
Daku sendiri tak nak berkongsi suami walau suamiku takde sehensem mana, takde sekaya mana, bukan kerana daku queen control. Tapi kerana rasa kasih daku pada suami sangat banyak hingga tak sanggup nak bayang dia akan bersama dengan orang lain. Tak sanggup! :(

Tetapi, tidak semua lelaki dengan mudah fikir nak kahwin lagi kan? Hakikatnya masih ada lagi para lelaki di luar sana yang dapat selam perasaan seorang wanita yang bergelar isteri dan ibu ini. Kami perlukan jagaan seorang lelaki bernama suami terutama setelah kehadiran anak-anak. Tak semua wanita sanggup lepaskan suami dan masukkan diri dalam situasi untuk hidup bermadu ni. Huhu.


Sebagaimana daku katakan tadi, daku sendiri ada kawan baik nama NANA yang telah pernah mengalami kisah begini. Nana diceraikan suami tika beliau sedang mengandung dek kerana suaminya mohon izin untuk turut bersama dengan perempuan lain. Cuma yang membezakan suami Nana bukanlah seseorang yang orang kenali di media massa. Maka kes Nana hanya didiamkan sajalah. Tapi daku ada menulis kisah Nana dengan persetujuannya sendiri demi memberi iktibar pada orang lain. 

Cerai Isteri Sedang Hamil Untuk Bersama Seorang Ibu Tunggal
BEKAS peserta Pencetus Ummah (PU), Muhammad Abu Sufyan Mohd Mokhtar Rozaidi, 25, atau PU Abu tampil membuat permohonan maaf menerusi Instagram atas tindakannya menceraikan bekas isteri beliau yang bernama Ain Afini tika sarat mengandung demi untuk berkahwin dengan seorang janda. Abu yang juga pendakwah dan penceramah bebas itu turut memohon maaf kepada keluarga mentuanya.

Malah PU Abu turut memohon jasa baik para netizen untuk berhenti menulis kecaman kepada mereka yang tidak berkenaan dan dia juga akan berbincang dengan bekas isteri berhubung kejadian yang telah berlaku. Walaubagaimanapun, PU Abu telah memadam status berkenaan beberapa jam selepas ia dimuat naik.
Terdahulu, dalam perkongsian menerusi Instagram Ain yang kini hamil tujuh bulan, talak itu dilafazkan Abu menerusi WhatsApp pada 13 Mac lalu kerana Ain tidak bersetuju dengan permintaan Abu untuk berpoligami.




Siapakah sebenarnya isteri baru kepada PU Abu ini sehinggakan isterinya yang bernama Ain Afini ini diceraikan? Itu semua daku tak nak sentuh di sini kerana Daku rasa terpanggil untuk menulis hanyalah kerana berasa simpati ke atas diri bekas isteri PU Abu. 

Daku nasihatkan, sama-sama kita berdoa agar perkara ini dapat diselesaikan cara baik. Mana tahu berkat doa kita semua PU Abu dapat kembali semula pada bekas isterinya sekarang. Menyesali apa yang berlaku dan tak akan sesekali menyebut untuk berpoligami lagi. Atau mungkin Ain boleh dpt jodoh lain yang jauh lebik baik. Yang pasti setiap yang berlaku ada hikmahnya dan kita sendiri jadikan apa yang berlaku pada orang lain sebagai salah satu iktibar. Ohya jangan terlajak membawang yang bukan-bukan pula kang tak pasal ditakdirkan berlaku pada diri sendiri bagaimana?

MOGA KEJADIAN INI DAPAT BERAKHIR DENGAN BAIK DAN UNTUK PARA SUAMI DI LUAR SANA TOLONGLAH, TOLONG JANGAN CERAIKAN ISTERI TIKA SEDANG HAMIL HANYA DENGAN ALASAN UNTUK NIKAH LAIN. SEDIH TAU!








21 comments for "Kisah PU Abu Menceraikan Isteri Sendiri Tika Hamil Demi Menikahi Wanita Lain Bikin Para Nitizen Marah"

  1. Sentiasa berdoa agar Allah jaga rumahtangga kami..biar kami berpisah kerana ajal..Allahu.Sedih bila baca dan dengar kisah macam ni sebenarnya.Kita doakan semuanya segera kembali pulih dan masing-masing mendapat ketenangan dan kebahagiaan dengan cara masing-masing.Aamiin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la ngan sis pun.. biarlah berpisah mati je... tak sanggup pisah cerai kerana perempuan lain... tak mauuuuuu :(

      Delete
  2. sy pun terikut beremosi dgn kes ni. yg buat sy geram dan marah adalah (sy bc pengakuan si Ain), usia perkahwinan masih hijau lg suami dah gatal dgn pompuan tu. kalau betul keluarga dia x dpt terima Hana, sepatutnya si abu tu kenalah buat sesuatu utk yakinkan keluarga dia agar Hana tu diterima. ini tak. dia pegi kawin dgn Ain lps tu buat dajal. x ke memang nak kena smackdown! eee...x tau nk ckp apa punya fikiran budak2 sekarang. doa sy semoga Ain Afini selamat melahirkan dan beroleh jodoh yg 10000000000000x lbh baik dr dak abu tu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laaa bab ni la yang boleh buat org perempuan naik gerammmm!!! Kalau dah tau hati kat orang lain, awat pi kahwin dengan orang lain. Buat naya lagu ni. Aduh kesiaannya la kat baby. Lahir ja nanti mak ayah dah ada problem gini. Sis sedih kat baby tu sebenarnya... huhu

      Delete
  3. antara berita hangat awal minggu ni. memang raat2 marah kepada Abu. bukan kerana nak nikah lg satu tp pada talak yang dijatuhkan ketika isteri sedang sarat hamil. sedikit sebanyak imej agamawan selebriti tercalar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah... nak cerai, nak nikah lain... biarlah.. kita leh faham kot ada sebab lain. Ini istri tengah sarat diceraikan pastu terus gi nikah lain. Eh! Yang tak nak buruk sangka sekalipun boleh jadi cakap bukan2 sbb terang nyata sangat kot. huhu

      Delete
  4. betul..aduhh pikir lah sama perasann wanita yang sedang hamil itu.walau apa sekalipun alasan..tak boleh tunggu dulu ke.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah dia.. sedih kan? napa tak leh tunggu? biar lepas bersalin, anak dah pandai bertatih kata orang... pastu bincanglah. kita tak kisah mana, kita fikir anak isteri yang terpaksa berpisah dgn si ayah tu je... cian juga kat baby :(

      Delete
  5. Mmg terkejut la baca kes ni, tapiiiii Allah lebih tahu apa yg terbaik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. sama2 kita doa moga semuanya selesai dengan baik. ameen

      Delete
  6. Kita tak tahu masalah diorang ni..saya jenis tak baca sangat benda2 ni. Tiba2 laki yang bagitahu. Eh eh..

    walau tak ambik port tapi bagi saya perempuan boleh meroyan selepas melahirkan jika takde sokongan ahli keluarga.

    Belajarla dari hal ni dan semoga masing2 rasai hikmahNya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la.. awa jenis tak berapa follow juga bab2 gini tapi sebagai perempuan rasa macam, eh kenapalah masa tengah ngandung terus dicerai dan si suami pun trus gi kahwin lain. takleh ke tunggu dulu. kat situ jadi macam, ya Allah.. moga semuanya selesai dan dpt la jadikan iktibar pd org lain.

      Delete
  7. Abam Kie sbg suami n ayah mithali amat kesal n marah lagi mengutuk sekeras2nya tindakan pu abu menceraikan ex dia semata2 nk kahwini janda anak 1. Hanya Allah yg dpt menilai n menghukum hamba2nya yg menganiayai insan2 yg lemah n x bersalah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.... terasa mcmana kalau jd kat ank pompuan kita, adik kakak kita, sedih sngat! huhu

      Delete
  8. sebagai seorga isteri, kita juga tersentap... kalau jd pd diri kita sndiri tentu kita sedih kan.. sampainya hati seorang suami kn... sya nih tak berapa gemar yg gelaran2 PU, atau DAi2 nih... mcm ustaz uztazah instant...
    mula2 bukan main angkuh buat kenyataan kata tak slh cerai time wife peknen lps kene kutuk dek netizen n kene tegur beberapa ustaz... pandai lak minta maaf... geram lak

    ReplyDelete
    Replies
    1. itula... sis sndiri bukan suka cerita kisah gini sebenarnya.. bukan tak nak hormat ke apa.. sbb sis sedar sis tak pandai bab agama. Cuma kita bercakap kerana terasa bila seorang perempuan dilakukan mcm tu. kalau si permpuan ada silap hingga patut diceraikan kita boleh terima walau dlm keadaan mengandung, tapi ini sebab nak menikah lain. Isteri sedang hamil terus di cerai dan terus pergi kahwin lain. kat situ saja terkilannya. Kalau betul tak boleh selamatkan tunggu la baby besar sikit ke. Itu saja

      Delete
  9. memang marah sgt baca benda nie. tergamak dia buat macam tuh dkt ex-wife. minta kita semua dijauhkan perkara macam nie

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa di buat mesti bersebab cuma itulah pompuan ni ccukup snsitif isu yg mcm ni... moga dijauhkan prkara mcm ni.. tak sanggup nak tahan huhu

      Delete
  10. reading this makes me sad and scared at the same time. nauzubillah

    ReplyDelete
  11. sedih masa baca luahan bekas isteri beliau..

    ReplyDelete
  12. Inilah fitnah akhir zaman secara amnya. Nak komen banyak diri still single. haha.

    Secara peribadi, Pencetus Ummah ini akan membawa fitnah para ust2 yang lain..

    btw datang follow balik..\\

    naim
    pemudattbc.blogspot.com

    ReplyDelete