Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Teknik Meneran Tanpa Koyak Yang Betul Ketika Bersalin

Teknik Meneran Tanpa Koyak Yang Betul Ketika Bersalin | Hari ni aku nak share info tentang teknik meneran yang betul ketika proses bersalin normal. Moga-moga info ini dapat membantu bakal-bakal di luar sana. 
Nak bersalin ni bukan boleh buka kaki tunggu anak keluar je ya, bersalin ni ada tahap kesakitannya dan semoga kita semua para ibu dapat menghadapinya dengan tenang dalam keadaan yang penuh bersedia. InshaAllah..

Belajar cara meneran dengan betul adalah sangat penting bagi mengelakkan koyakan perineum atau episiotomi. Koyakan perineum ini bila dijahit aduh sakit oi! Sebab itu adalah tersangat penting untuk belajar teknik cara meneran dengan betul. 

Jika ditanya adalah teknik ini adalah cara bersalin tidak sakit? 
Hmmmm rasanya bersalin tu memang sakit cuma kalau nak kurangkan rasa sakit, amalkan baca Yasin setiap kali lepas solat fardhu. Aku sendiri dah lalui pengalaman bersalin anak sulung tanpa sakit berkat amalkan surah Yasin lepas solat dengan bersungguh-sungguh.



TIPS MUDAH BERSALIN TANPA KOYAK DAN TANPA DI JAHIT ini dibahagikan kepada dua kategori iaitu teknik meneran dan juga teknik pernafasan. Untuk tips bersalin normal tanpa koyakan ini, cara meneran dengan betul itu adalah : 



TEKNIK MENERAN
  • Apabila diberitahu pembukaan os (jalan) adalah 10cm.
  • Tarik kedua kaki rapat ke punggung sambil kedua tangan hendaklah memegang kedua pergelangan kaki (keting).
  • Angkat kepala dan rapatkan dagu hingga ke dada.
  • Mata hendaklah memandang ke bawah seolah-olah melihat bayi yang akan keluar. 

TEKNIK PERNAFASAN SAAT MENERAN

  • Dalam keadaan baring, tarik kedua kaki berdekatan dengan punggung
  • Pegang kedua-dua buku lali kaki
  • Angkat kepala sampai dagu mencecah dada, mata hendaklah memandang perut
  • Tarik nafas dalam-dalam melalui hidung semasa kontraksi
  • Kemudian,tahan nafas seketika.Apabila disuruh teran, hendaklah teran sambil hembus nafas
  • Kemudian hembuskan nafas melalui mulut tanpa mengeluarkan suara.
  • Pastikan nafas hembusan lebih panjang dari nafas sedutan 

Cara pernafasan ketika bersalin juga penting bagi menjayakan cara meneran tanpa koyak. Teknik pernafasan saat bersalin ini turut dikenali sebagai teknik curi nafas ketika bersalin. Ikut langkah di atas dan praktikkan selalu untuk lebih bersedia di saat menghadapi pengalaman meneran ketika bersalin nanti. 


Apa Yang Perlu Diingat 

  • Masa meneran hendaklah jangan mengeluarkan suara atau menangis kerana ini akan membuatkan ibu kurang tenaga dan tidak kuat.
  • Tekan punggung dengan kuat ke arah graviti (tekan punggung dengan kuat ke tilam).
  • Masa meneran, jangan sekali-kali angkat punggung kerana ini akan mengakibatkan luka dan koyak yang besar di bahagian faraj.
  • Baca bismilah dan doa untuk mudah bersalin normal
  • Teran sekuat hati seolah-olah ibu sedang meneran berak sembelit


Video Panduan Cara Pernafasan & Persediaan Sebelum Bersalin 



Setiap ibu mengandung mengimpikan untuk bersalin normal tanpa sebarang koyak atau perlu guntingan episiotomi.

Aku yang dah banyak kali bersalin ini pun masih juga berdebar... bila tiba detik tu, Ya Allah...., rasa melayang semua info yang ada dalam kepala ni.. 

Yang penting kita telah mencuba apa yang termampu dan moga-moga segalanya berjalan dengan lancar. InshaaAllah..

Amin Ya Rabbal'Alamin


Credits : Fisioterapi.kk.usm 



15 comments for "Teknik Meneran Tanpa Koyak Yang Betul Ketika Bersalin"

  1. rewind semula.thanks for the info

    ReplyDelete
  2. moga dipermudahkan sis awa bersalin ya.. ehehehe.. Ngeri la..bila teringatkan..

    ReplyDelete
  3. kena ulang balik ilmu ni, bulan 3 nak beranak. insuaAllah

    ReplyDelete
  4. sambil baca sambil meneran ni awa....hahaha....tak merasa beranak normal,semua ikut tingkap jek..

    ReplyDelete
  5. Semoga dipermudahkan. Tak sabar nak tunggu baby lahir.

    ReplyDelete
  6. TQ sis awa info yang menarik..
    Boleh dirujuk nanti 👍

    ReplyDelete
  7. anak first mmg xpandai teran..nurse tegur salah..hehe.. kali keberapa baru betol...letih pas anak keluar... sampai tumpah darah & buasir sebab teran salah kot.. pitam xboleh jalan keluar labour room. tapi tengok anak terus hilang rasa penat tu.

    ReplyDelete
  8. semoga dipermudahkan semuanya awa.

    ReplyDelete
  9. semoga awa dipermudahkan nanti ye..yang paling kena ingat jangan angkat punggung..risiko untuk jahit lebih banyak kalau angkat punggung..good sharing awa!

    ReplyDelete
  10. belum merasa lagi tips bagus ni

    ReplyDelete
  11. insyaallah. semoga bila saya melalui situasi ini, saya akan bersedia

    ReplyDelete
  12. sebab tu lah mak selalu kata kena bertenang bila nak bersalin. tapi tu lah, kita camna pun nervous T_T

    ReplyDelete
  13. Terima kasih sis share tips ni. Nak kena buat persediaan ni untuk next baby😅

    ReplyDelete