Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Antioxidant Serum Dari Sanny & Joleen Lifestyle Bagus Untuk Wajah Dan Stretch Mark

Antioxidant Serum Dari Sanny & Joleen Lifestyle Bagus Untuk Wajah Dan Stretch Mark | Bila sebut perkataan Stretch Mark daku yakin mesti ramai wanita di luar sana ada mengalami masalah ni kan? Jangan kata orang lain diri sendiri ni pun sama! Start boleh berlaku strecth mark bila pandai-pandai di garu kulit pada bahagian perut yang terasa amat gatal semasa sedang hamilkan anak yang pertama. 

Mujurlah sempat berhenti tabiat tu kalau tidak tentu dah penuh parut kat bahagian bawah perut ni. Pada yang alami masalah yang sama, dont worry be happy sebabnya kat pasaran memang dah ada produk yang boleh bantu atasi masalah ni. Salah satu daripadanya adalah dengan mengamalkan penggunaan serum.  


Eh bukan serum ni untuk muka ke selalunya? Yes! Memang betul. Cumanya serum yang akan ku kongsikan infonya ini bukan hanya untuk bahagian muka tapi sesuai untuk penggunaan di seluruh tubuh badan. Sebab itulah ia boleh digunakan untuk bantu kurangkan masalah stretch mark tersebut.

Nama serum yang ingin ku perkenalkan untuk kali ini adalah Antioxidant Serum dari Sanny & Joleen Lifestyle. Produk ini diberi nama Antioxidant Serum dan ianya adalah keluaran syarikat Sanny & Joleen LifestylePada yang masih belum familier dengan serum, untuk pengetahuan kalian serum merupakan sejenis produk dalam bentuk gel atau cairan yang berasaskan air Dan serum ini selalunya sangat ringan untuk kulit wajah. 


Ia juga mempunyai sifat mudah diserap oleh kulit sehingga ke bahagian dalam liang pori dan kegunaannya boleh bantu atasi banyak masalah berkaitan kecantikan. Paling best ia sesuai untuk digunakan oleh kaum adam juga. Kiranya kalau beli serum ni boleh pakai bersama pasangan. Ia juga sesuai untuk semua jenis kulit samada dari jenis kulit yang normal, berminyak, kering mahupun sensitif. 


Untuk Antioxidant Serum dari Sanny & Joleen Lifestyle ini daku sukakannya sebab ia bersifat mudah dan menjimatkan. Yelah beli sebotol tapi boleh guna untuk wajah dan ke seluruh tubuh juga. Kan senang tu? Takdelah perlu beli produk yang berasingan untuk tugas yang pelbagai. 

Bahan yang digunakan untuk penghasilan serum ini adalah seperti Calendula Oil, Olive Oil, Tangerine Fruit Peel Extract. Semua bahan yang di pilih ini sangat bagus untuk melembapkan kulit untuk terus kekal sihat dan berseri sepanjang hari. 


Seperkara lagi, Antioxidant Serum dari Sanny & Joleen Lifestyle ini juga telah diperakui oleh dermatologist tested dan ianya bebas dari sulphates dan paraben. Ia juga telah dikaji dan jika mengikut info Antioxidant Serum dari Sanny & Joleen Lifestyle ini dihasilkan daripada bahan semulajadi tanpa mengandungi bahan-bahan yang bahaya. 

Ia juga turut mempunyai sijil GMP, tidak mempunyai SLS, serta berdaftar dengan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia. Pendekata :

  • No sodium lauryl sulfate
  • No sodium laureth sulfate
  • No animal derivatives
  • No mineral oil
  • No alcohol
  • No harash detergent
  • No artificial colours
  • No EDTA
  • No propylene glycol
  • No synthetic fragrance


Kandungan pelbagai jenis vitamin seperti Vitamin E, B5 dan B3 turut memainkan peranan untuk membantu mengatasi pelbagai masalah pada kulit. kajian menunjukkan bahawa tocotrienol
mempunyai potensi antioksida 40-60 kali lebih tinggi daripada yang biasa. Bila lebih tinggi maka sudah tentulah lebih berkesan!!




Antara kebaikan Antioxidant Serum dari  Sanny & Joleen Lifestyle ini adalah seperti :

  1. dapat bantu mengurangkan pigmentation
  2. dapat bantu mengurangkan jerawat
  3. dapat bantu kurangkan parut lama dan baru
  4. dapat bantu mengurangkan kedutan pada wajah 
  5. untuk bantu dehidrasi kulit
  6. mengurangkan kesan sunburn
  7. mengurangkan tanda stretch mark 

Cara nak guna pun mudah. Hanya perlu dititiskan pada bahagian yang diperlukan dan bolehlah disapu sehingga menutupi kawasan tersebut.  Serum ini memang tidak berminyak dan selepas di sapu ianya akan terus hilang di serap kulit. Paling bagus gunakan selepas usai proses membersihkan wajah dengan pencuci muka.

Baca Juga : SURIRUMAH - Tugasan Berat Yang Boleh Merubah Peribadi Wanita Secara Senyap

SITI AWADAH - INSTAGRAM (Follow for Followback)

So far daku suka dengan tesktur dan juga kesannya. Cuma bauan untuk Antioxidant Serum dari Sanny & Joleen Lifestyle ini agak menganggu sedikit. Yelah ianya tidak berbau wangi seperti losyen mahupun perfume. Sebaliknya ia berbau sedikit seperti ubat tapi jangan risau kerana baunya tidaklah terlalu melampau sehingga menganggu orang sebelah. 

Daku sendiri selepas menggunakan Antioxidant Serum dari Sanny & Joleen Lifestyle ini ternyata kesan parut lama semakin nampak okay. Parut dan kedut di wajah sendiri pun nampak ada kesan positif. Harap-harap daku tak akan jadi malaslah untuk sentiasa gunakan Antioxidant Serum dari Sanny & Joleen Lifestyle. 



Antioxidant Serum dari Sanny & Joleen Lifestyle 
didatangkan dalam dua size dengan harga yang agak berpatutan.
10 ml | RM49.00 
30 ml | RM97.00

Untuk maklumat lanjut dan urusan pembelian, boleh layari :

2 comments for "Antioxidant Serum Dari Sanny & Joleen Lifestyle Bagus Untuk Wajah Dan Stretch Mark"