Kenangan Sambut Syawal 2019 | Salam Syawal, salam lebaran. Disebabkan Syawal ni sebulan jadinya tak terlewat lagi kan untuk ucap Selamat Hari Raya. Ucap saja bolehlah, jangan di minta duit raya udah ler...

Untuk tahun ni, daku agak seronok beraya. Nak tau sebab apa? Sebabnya ibu tersayang sanggup datang beraya di Pantai Timur bersamaku. Haa jangan tak caya! Ibuku datang beraya bersamaku dari Utara demi untuk merasa suasana beraya di negeri orang.

Daku untuk tahun ni memang dah niat untuk beraya di Pantai Timur sebabnya dah dua tahun berturut-turut pulang beraya di Utara. Eh tak sangka mak kita nak datang beraya dengan kita... suka suka suka... =D


Kenangan Sambut Syawal 2019 

Inilah bonda yang lahirkan diriku yang tak sepertinya ini (cantik takde , manis ada). Nama ibuku adalah Hajah Azizah dan kalau nak tahu ini adalah salah seorang ibu yang paling best dan sporting dalam dunia. Nak tahu kenapa, tunggu part tengah entry ni daku tunjukkan ye.

Bercerita bab kenangan sambut Syawal 2019, sehari sebelum sambut Syawal alhamdulillah ibuku tiba dari utara bersama kakak dan anak saudara dengan selamatnya sekitar jam 4 petang. Nasib baik perjalanan tak jem dan lancar je. Kira cepat jugalah sampai pukul 4 petang sebabnya mereka bertolak dari Utara pun dah sekitar 9 pagi.

Seperti tahun-tahun sudah yang berlalu, rumahku memang tak akan rasmi jika takde pelita. Yes pelita! Pelita ni daku pasang adalah untuk kenangkan arwah ayah kandungku yang telah pergi di jemput Ilahi pada pertengahan bulan Ramadhan di tahun 2008. Cahaya pelita memang sudah sinonim dengan arwah ayah kerana dialah orang yang paling sibuk bila tiba nak raya. Dia juga yang sanggup cari buluh sendiri untuk buat pelita walau umurnya dah uzur. 

Kenangan Sambut Syawal 2019 

Tak boleh tidak, mesti ada pelita menerangi keliling kawasan rumahku hinggakan ke jalan besar kampung. Dan sejak ayah tiada ramai yang terkesan dan rindu apabila terpandang cahaya pelita tatkala Syawal menjelma. Namun syukur alhamdulillah aktiviti pasang pelita di kampung tetap jalan hingga kini dan daku sendiri tetap pasang pelita ni walau kini berada di negeri yang lain. 

Selesai kami semua pasang pelita, eh tetiba muncul idea nak buat kek kukus coklat pulak! Kakakku punya idealah ni. Daku yang dengar ON saja. Lagipun rumahku memang dah dalam area bandar jadi nak ke pasaraya tu sekejap saja. Shopping last minute di malam raya, ok what!

Kenangan Sambut Syawal 2019 

Kenangan Sambut Syawal 2019 


Sampai saja kat pasaraya mak dato, orang ramai giler. Nasib baiklah kami terus pergi selesai sudah solat Maghrib. Kalau tidak mau kena beratur panjang hanya kerana nak bayar sedikit barang untuk membuat kek. Fuh selamat.

Sampai kat rumah tak tunggu lama terus prepair bahan untuk membuat kek kukus coklat. Resepi untuk kek kukus coklat daku pernah kongsikan sebelum ni. Mudah je nak buatnya. Tak remeh dan tak perlu banyak bahan juga. Dalam masa yang sama bihun di rendam bersama kunyit untuk di buat bihun sup utara

Kenangan Sambut Syawal 2019 

Bila dah siap kek yang di masak, kami makan sambil layan TV beramai-ramai. Kebetulan malam tu di tayangkan cerita Train To Busan untuk saluran HyppTv. Haa seronok juga tonton cerita suspen beramai-ramai. Gamat jugalah suasana ruang tamu malam tu. Tambah-tambah emak dan kakak belum pernah tonton lagi. Seronok lihat gelagat mereka berdua. (lupa pulak nak snap gambar tu)

Kenangan Sambut Syawal 2019 

Akhirnya pagi Syawal menjelma tiba. Selesai siapkan menu yang kebanyakkannya kakakku yang masak. Daku peluk emak kuat-kuat. Rindu sangat! Rasa terima kasih juga atas segala jasa emak. Masa ni airmata dah ikut menitik. Huhu.... 

Kenangan Sambut Syawal 2019 

Tak lupa juga dengan kakak.  Walaupun kami berbeza umur jauh tapi dialah yang selalu ada sejakku kecil dulu. Masih ingat lagi dulu emak dan ayah sibuk berniaga maka kakaklah yang jaga aku, asuh aku, layan kerenah aku bagi gantikan emak. Kiranya dialah yang jadi baby sitter untuk aku bagi memenuhi amanah emak. Kenangan paling tak ku lupa bila emakku perlu pergi ke Kuala Lumpur dan tak boleh bawaku bersama.

Nak tahu apa kakakku buat? Haaa di berinya aku minum air kotak coklat tiap-tiap hari. Bersusun-susun kotak air minuman tu kat rumah. Hehe... Such a sweet memories for me with her. 

Kenangan Sambut Syawal 2019 

Eh jangan lupa juga sesi mohon maaf mertua menantu! Haaa kat sini nak beritahu kenapa my mum ni one of the best! 

Tengok tu.... bukan main rapat lagi dengan suamiku. mak aku ni boleh dikatakan seorang yang tak ada beza antara anak sendiri dan menantu. Malah mak sendiri pernah beritahu direct pada aku yang dia memang akan lebih menangkan menantu ketika anak sendiri ada bersama. Kiranya jika daku dan suami beza pendapat, mak akan setuju dengan suamiku tapi setelah suami berlalu maka mak akan pujuk dan beritahu kenapa dia buat begitu. 

Kenangan Sambut Syawal 2019 

Alasan yang mak beri untuk anak menantunya tahu yang di antara kami suami isteri ada emak yang sentiasa sayang dan ambil berat. Dan mak buat begini juga untuk jaga hati menantu-menantunya daripada rasa benci. Yelah, dah la tengah gaduh ngan anaknya tup2 dia pulak backup anak sendiri! Haa kan dah makin parah... gitulah maksud mak. 

Sebab emak pandai ambil hati menantulah maka suamiku tak kisah jika daku ajak dia pulang ke kampung di utara untuk beraya selalu. Yelah, mau dia tak suka kalau dah mertua layan dia dengan penuh kasih. Dengan arwah ayahku juga sama. Nanti dah kahwin daku nak ikut sikap emak berbaik dan sayangkan menantu. Barulah menantu sayang kita sepenuh hati dan mudah nak itu ini.

Malah pernah dulu di awal tahun permulaan perkahwinan daku bergaduh dengan suami, caya ataupun tidak suamiku terus ke pangkuan emakku untuk mengadu dan minta tolong. Sebab itu, kami satu family memang akan terkesan tinggah jauh dari emak. Rindu tau... rindu...

Tapi mujurlah emakku dah pandai berwhatsapp. Bolehlah juga bermesej dan bervideo call selalu. Malah kalau beberapa hari daku sepi je dari group watsapp family, alamatnya emak akan PM tepi tanya aku kenapa. Sakit ke? Demam ke? Ada masalah ke? Mungkin orang lain anggap ini remeh dan rimas tapi bagi aku ini tandanya betapa emak sangat kasih dan sayangkan kami.

Setelah selesai beraya, kami terus ke kampung halaman suami. Jarak dari rumah dalam 20 minit gitu je. Takde lah jauh mana. Dan macam biasa memang tiap pagi raya kami akan berkumpul di sana sebelum mula konvoi ke hapa. Sinilah kami beraya dengan kakak-kakak, abang-abang dan anak-anak sedara.

Kenangan Sambut Syawal 2019 

Golongan yang paling seronok siapa lagi kalau bukan si kanak-kanak. Jangan kata orang lain, si Kasih Sufi ni pun dah pandai weh hulur tangan minta sampul duit raya. Kikiki... 

Kenangan Sambut Syawal 2019 

Usai beraya dan bersalam, sambil tunggu cik asben sempatlah juga snap gambar sekeping dua. Dan lagi kan? Of courselah.. kenangan untuk tahun 2019 kot. Tahun depan dah 2020.,.. beza pula warna temanya. Menyentuh tentang warna tema daku pilih warna blue black tapi cik suamiku lari ke warna hijau, So untuk balancekan daku pun pakailah tudung hijau... Hentam sajalah, janji masuk warna.

Kenangan Sambut Syawal 2019 

Ini anak teruna sulungku dengan anak dara kakak ku. Kiranya kakak dan adik sepupu. Sengaja daku snap gambar ni untuk lihat perubahan mereka berdua ni. Kejap je dah besar. Anakku sendiri dah makin meninggi. 

Kenangan Sambut Syawal 2019 

Dari situ kami terus ke rumah kakak suami (my kakak ipar). Sampai-sampai je di ajak pekena nasi minyak. Haa makan tak toleh kiri kanan dah lah.

Kenangan Sambut Syawal 2019 

Pagi hari raya ke dua, emakku dah mula siap-siap untuk balik! Haaaa sedihhh tau.. emak tak sempat nak tinggal lama sebabnya kakakku dah kena lapor diri untuk kerja semula. Kalau selalu mak datang sampai seminggu tapi kali ni kejapppp sangat. Tak apalah, asalkan boleh jumpa cuma kesian dekat emak sebab penat dalam kereta pergi dan balik berjam-jam. Emak dah la ada sakit lutut juga tu.

Sebelum balik emak minta sekeping gambarnya dengan cucu cayang dia. Siapa lagi kalau bukan budak kecik Kasih Sufi tu. Wajah Kasih memang ada iras emak. Kulit putih tu pun ikut alik mak. Daku dulu ada nafikan juga dengan cakap yang Kasih ni iras alik keluarga suami tapi cik suami daku tetap cakap tidak, ikut iras emakku katanya. Ternyata bila Kasih dah makin besar ni memang makin jelas semua tu. Mata, hidung, mulut... memang ada iras emak =D 

Kenangan Sambut Syawal 2019 

Dalam nak bertolak balik ke Utara sempat lagi tu singgah beli keropok losong. Mana boleh tak beli kan? Tak sah ke Pantai Timur jika tak bawa balik keropok. Nasib baiklah dah biasa dengan kakak si penjual ni so harga memang sama je dengan musim bukan cuti raya. Alhamdulillah.

Kenangan Sambut Syawal 2019 

Selepas ucap salam perpisahan, daku dan suami terus bergerak ke rumah seorang lagi saudara kami. Kali ini di hidang dengan menu nasi ayam. 

Kenangan Sambut Syawal 2019 

Waktu ni juga si Kasih Sufi dah terlentok lena di atas riba abahnya. Jadi nak tak nak terpaksa makan bergilir. Mula daku makan dulu kemudian suamiku pula makan setelah aku sudah,. Beginilah caranya bila ada anak kecil. 

Kenangan Sambut Syawal 2019 

Tiba di rumah dah hampir masuk waktu solat Zohor. Masa ni terdetik di hati, menu apalah nak masak ni. Buatnya ada yang bertandang hmmmm... apa nak hidang untuk menu utama? Disebabkan waktu dah tengahari maka daku putuskan untuk masak nasi saja. Nasi putih, gulai ayam, ayam masak merah dan jelatah (acar timun). Sengaja daku masak lebih dari biasa kalau-kalau ada yang bertandang. Lagipun jika ditakdirkan lauk pauk ni tak habis, tak mengapa boleh buat lauk frozen. 

Sudahnya, haaa 4 biji kereta sekali tiba di depan rumah. Semua ni anak-anak saudara suami. Mudah cakap semua tu anak saudara dan juga cucu saudara daku dan suami. Meriah satu rumah!! Mujurlah muat... dan mujur jugalah lauk pauk yang di masak ngam-ngam cukup. Phewww....

Kenangan Sambut Syawal 2019 

Sebaik saja anak-anak saudara dan cucu saudara nak balik, datang pula abang kepada suamiku kat rumah bersama anak isterinya. Hidang baki apa yang ada.... selamat semua di jamu. Mujurlah takde komen tak sedap ke hapa... nampak berselera je masing-masing makan kira okaylah tu kan? =D

Kenangan Sambut Syawal 2019 

Itulah lebih kurang kenangan sambut Syawal untuk 2019 bagi daku dan family. Syukur alhamdulilah Allah masih panjangkan umur kami untuk terus bersama dengan nyawa yang masih di badan. Doa dan harapan semoga Ramadhan tahun hadapan akan berjaya dinikmati lagi untuk cuba diraih nikmatnya. Ameen.

Last but not least... untuk semua para pembaca, sahabat blogger, kenalan FB, kenalan IG, PR PR dan lain-lain. Siapa saja anda dan di mana anda berada. Jika ada mengenali diriku ini... daku memohon jutaan ampun dan maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Terima kasih sudi jadikan daku sahabat kalian dan semoga persahabatan kita akan kekal sampai bila-bila.

Salam lebaran,
Siti Awadah 2019






" Jemput komen dan follow blog untuk tinggalkan jejak. InshaAllah saya akan pergi balas kunjungan dan follow blog anda semula nanti. TQ "