RESEPI BIHUN SUP AYAM PALING MUDAH & CEPAT
RESEPI BIHUN SUP AYAM PALING MUDAH & CEPAT | Assalamualaikum... kali ni daku nak share resepi ringkas mi hoon sup atau lebih mudah di panggil bihun sup. Aku ni cukup suka bihun sup versi utara walau ada pelbagai lagi bihun sup yang lain. Tak kisah lah versi apa janji sedap dan kena dengan tekak.
Bihun sup ni boleh di masak menggunakan ayam, daging dan tulang tapi untuk cara yang paling ringkas dan mudah elok di masak bihun sup ayam je. Yelah, ayam ni kan cepat untuk di masak. Hidangan ni juga tidak terlalu berat dan sesuai untuk di makan pada bila-bila masa. Paling best jika di makan pada waktu petang dan malam. Makan pula panas-panas dengan sambal. Ohhh syok!
Macam yang ku cakap tadi bihun sup ni ada pelbagai versi dan di bawah ini adalah untuk versi yang paling simple dan cepat untuk di masak.
Bahan-bahan:
1 bungkus bihun (rendam dengan air biasa)
1/2 ekor ayam (bersihkan, potong kecil size ikut suka)
1 bungkus sup bunjut Tulang ADABI
2 inci halia *
7-8 ulas bawang merah *
4-5 ulas bawang putih *
1/2 camca lada hitam (tumbuk halus)
1 kiub pati ayam (jika mahu)
1/2 camca lada hitam (tumbuk halus)
1 kiub pati ayam (jika mahu)
1 bungkus meatball / fishball (jika suka)
sedikit taugeh (jika suka)
Air secukupnya (dalam 3 cawan)
sedikit taugeh (jika suka)
Air secukupnya (dalam 3 cawan)
Hiasan:
Daun sup
Daun bawang
Bawang goreng
[ Artikel Menarik Yang Lain ]
CARA-CARA
2. Kisar sehingga halus bahan yang bertanda (*).
3. Panaskan minyak sebanyak 3-4 camca besar di dalam periuk / kuali besar yang dalam. Masukkan bahan2 tumis daripada sup bunjut tulang (kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga) dan tumislah hingga naik bau. Kemudian masukkan bahan kisar tadi dan tumis sehingga naik minyak.
4. Masukkan lada hitam dan ayam tadi. Gaul rata sekejap dan terus masukkan air berserta 1 uncang bahan sup di dalam bentuk bunjut itu tadi.
5. Jika nak bau sup yang lebih umppp ualls boleh masukkan juga akar daripada daun bihun sup yang telah di beli tu. Basuh bersih-bersih dan potong. Daun dan batang boleh guna sebagai hiasan dan akarnya pula sebagai penambah rasa dan bau untuk sup.
6. Biarkan sekejap sehingga mendidih.
7. Setelah mendidih bolehlah di masukkan meatball / fishball (jika mahu) berserta garam dan kiub pati ayam (jika mahu).
![]() |
Lebih baik meatball tapi dek kerana ada fishball je kat kedai tadi, bolehlaaaa.... |
Untuk sambal boleh ikut resepi Puan Kamsiah
![]() |
Credits to Pn Kamsiah |
SAMBAL MERAH
-blend bawang putih,bawang merah -tumis hingga keperangann warnanya
masukkan cili kering yg telah diblend
-masukkan garam dan sedikit gula perang
-tumis hingga pekat
SAMBAL HITAM
blend segengam cili padi bersama kicap dan sedikit sos tiram
kemudian masak sekejap / hingga pekat
CARA HIDANG:
Masukkan sedikit bihun ke dalam mangkuk
Letakkan taugeh, daun sup, daun bawang dan bawang goreng
Letakkan sup ayam.
[ Bacaan Menarik Yang Lain ] :
Terima kasih kerana membaca. Apa pendapat anda tentang artikel ini? Jemput komen di bawah.
7 Comments
Thank you for the recipe!! ^^ kebetulan tengah nak belajar masak! heee :D
ReplyDeleteNampak macam best la sis. Dah lama tak makan. Boleh la cuba nanti
ReplyDeletesedapnya... pernah buat lebih kurang jah resepi kita hihihih
ReplyDeletesedapnya
ReplyDeletelama tak makan bihun sup
sedapnya kak
ReplyDeletesedappp lama tak buat di rumah.. ni dh tgk mesti kena buat hehe
ReplyDeletenampak sedapppp
ReplyDelete