Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Panduan Didik Anak Cara Nabi (Dari Bayi - 10 Tahun)

Panduan Didik Anak Cara Nabi (Dari Bayi - 10 Tahun) | Bagaimana untuk didik anak cara Rasulullah? Adakah cara mendidik anak perempuan tak sama dengan cara mendidik anak lelaki? Bagaimana agaknya cara nabi mengajar anak laki-laki? Semua soalan ni memang sering bermain di fikiran termasuklah cara mendidik anak lelaki remaja supaya tidak mendatangkan masalah.

Didik anak ikut zaman adalah perlu diberi perhatian. Apa tidaknya zaman dulu dan zaman sekarang adalah sangat berbeza. Namun panduan didik anak cara Nabi seharusnya dijadikan asas untuk membentuk peribadi yang baik pada anak. Ini diakui dalam Islam dan terdapat dalam sunah Nabi SAW. Ibu bapa perlu faham konsep dan cara pendidikan itu mestilah mengikut keadaan dan perubahan semasa juga.



Panduan Didik Anak Cara Nabi 

Berbalik kepada ajaran Islam, kita perlu didik anak cara Rasulullah SAW kerana Baginda adalah mentor terbaik untuk semua perkar. Meskipun ada pelbagai tips dan info yang lain namun kita tidak pandang ringan untuk mengetahui cara yang paling baik bagaimana untuk mendidik anak

Adakalanya ibu bapa merotan anak sebagai cara untuk mendidik. Sebenarnya itu cara itu adalah salah. Bukan rotan perkara pertama yang perlu ditunjukkan pada anak tapi SOLAT. Tips paling utama untuk didik anak cara Islam adalah dengan AJAR ANAK SOLAT. Ya, dalam mendidik anak mengikut cara Islam yang di ajar oleh Rasulullah SAW, solat adalah kunci utama. Tunjukkan kepada anak bagaimana cara untuk menenangkan diri dengan cara mendirikan solat dan mereka akan menirunya.


Terdapat 4 tahap bagaimana mendidik anak mengikut sunnah Rasulullah SAW namun di sini daku kongsikan info untuk dua tahap yang pertama yakni dari usia bayi hinggalah ke umur 10 tahun (kanak-kanak). Perkongsian ini sebenarnya adalah untuk rujukan pada diri sendiri bagaimana untuk didik anak cara Nabi. 


Panduan Didik Anak Cara Nabi

Tahap I: Sebelum anak lahir hingga usia 3 tahun

  • Mendoakan pada Allah SWT agar dikurniakan zuriat yang baik-baik
  • Mendoakan dan memberikan perhatian saat anak dalam kandungan lagi
  • Mendoakan saat bayi hendak lahir
  • Menyambut bayi dengan azan
  • Men-tahniq bayi
  • Mengajarkan atau memperdengarkan zikir dan doa kepada bayi
  • Mengeluarkan zakat (fitrah) sejak ia lahir
  • Menyayanginya
  • Memberinya nama yang baik pada usia 7 hari
  • Melaksanakan aqiqah pada usia 7 hari
  • Mencukur rambutnya dan bersedekah setara dengan berat rambut pada usia 7 hari
  • Bergurau manja dengan bayi
  • Meng-khitan
  • Menggendong bayi
  • Menanamkan tauhid sejak kecil
  • Memperhatikan penampilan dan gaya rambutnya 
  • Mengajarkan cara berpakaian (ajar pakai hijab utk perempuan)
  • Selalu menghadirkan wajah ceria kepadanya
  • Menciumnya dengan penuh kasih sayang
  • Memeluknya dengan penuh ucapan yang baik
  • Bermain dengan anak-anak
  • Memberi hadiah jika perlu dan mampu
  • Memberi pujian atas segala kebaikan yang dia lakukan
  • Mengusap kepalanya sebagai bentuk kasih sayang
  • Mengajarkan dan meneladankan kejujuran pada anak

Panduan Didik Anak Cara Nabi

Tahap II: Anak Usia 4 – 10 Tahun

  • Membiasakan panggilan kasih sayang dengan nada lembut
  • Menemaninya bermain dan belajar
  • Mengajaknya berjalan sambil belajar
  • Memberikan kesempatan yang cukup untuk bermain
  • Menghargai permainannya
  • Menanamkan akhlak mulia
  • Mendoakannya
  • Mengajaknya berkomunikasi secara intensif dan minta pendapatnya
  • Mengajarkan amanah dan menjaga rahsia keluarga
  • Membiasakan makan bersama
  • Mengajarnya adab makan
  • Mengajarnya erti persaudaraan dan kerja sama 
  • Menanam rasa sayang dan hormat adik beradik
  • Melerai ketika anak-anak bertengkar
  • Melatih kecerdasannya dengan permainan yang bagus (kuiz dan sebagainya)
  • Memberikan hadiah kepada anak yang berhasil melakukan sesuatu atau berprestasi
  • Menjaga anak dengan zikir dan mengajarinya berzikir
  • Mengajarkan azan dan cara untuk bersolat 
  • Mengajarkannya berani bercakap kerana benar
  • Jika anak mampu, boleh ditunjuk sebagai imam

Panduan Didik Anak Cara Nabi

Baca Juga : Mainan Yang Comel Untuk Bayi Dan Kanak-Kanak 


Tak dinafikan sebagai ibu bapa kadangkala kita menjadi buntu apakah cara terbaik untuk mendidik anak-anak supaya boleh membesar menjadi seorang yang berguna. Bagaimanakah mendidik anak yang betul ini sebenarnya? 

Jangan terlalu risau dan segeralah contohi Cara Rasulullah S.A.W didik anak kecil dengan nilai kasih dan penuh sayang. Sebagai seorang ibu dan ayah, kita perlu sentiasa melayan dan mendidik anak kita dengan cara yang terbaik mengikut kemampuan masing-masing. Sama-sama kita berusaha sedaya upaya yang termampu.



13 comments for "Panduan Didik Anak Cara Nabi (Dari Bayi - 10 Tahun)"

  1. Assalammualaikum. Cikshuya balas kunjungan dan follow sini :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam... TQ cikshuya.. salam ukhwah =D

      Delete
  2. InsyaAllah moga didikan kita ke atas anak-anak kita menjadikan mereka lebih bertanggungjawab dan dekat kepadaNYA.

    ReplyDelete
  3. TQ Awa untuk perkongsian yang bagus ini..

    ReplyDelete
  4. Nice sharing.. Bole bookmark ni kawin nanti baca balik hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa leh guna pakai nnti utk anak.. moga dipertemukan jodoh dgn baik ye cik itah.. ameen

      Delete
  5. Yang paling utama, Didik anak dengan solat.

    Jadikan panduan Cara Rasulullah mendidik anak kecil dengan nilai kasih sayang.

    Ruby ada 4 orang yang masih di bawah 10 tahun.

    Semoga kita menjadi Ibu Bapa yang baik. Contoh yang baik untuk mereka.

    InshaAllah

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu cik ruby.. tmbh2 zaman skrg ni bnyk sgt pengaruh rakan. kena tanamkan solat sbagai benteng. at least kita cuba sedaya upaya

      Delete
  6. Perkongsian yang menarik. Rasulullah ajar anak dengan menunjukkan contoh-contoh yang baik. Ibu bapa pun perlu tunjuk contoh yang baik contohnya bila masuk waktu solat, berhenti tengok TV, main badminton atau sebarang jenis aktiviti.

    Sedih tengok bila azan berkumandang, ada anak-anak yang masih buat bising, pasang TV kuat-kuat..mak bapaknya biarkan aje..

    ReplyDelete