Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Resepi Cempedak Goreng Yang Paling Simple Tapi Sedap

CEMPEDAK GORENG RANGUP atau cempedak goreng crispy memang dah lama jadi favourite daku dan famili. Bila tiba musim buah saja tak boleh tidak mesti nak pekena menu cempedak goreng untuk santapan minum petang. Paling best bau cempedak goreng ni harum semerbak satu rumah. 

Dulu sebelum pandai buat cempedak goreng crispy guna resepi sendiri, daku cuma boleh buat hanya dengan ikut resepi cempedak goreng tepung adabi saja. Disebabkan daku ni jenis suka resepi goreng cempedak yang rangup walaupun sejuk maka mulalah daku godek perlahan-lahan apakah sebenarnya yang perlu ku buat untuk dapatkan cempedak goreng rangup walaupun dah sejuk tu. 

Resepi Cempedak Goreng Yang Paling Simple Tapi Sedap 


Cempedak goreng yang sedap dan rangup ni memang best tau! Asyik je layan makan sampai tak sedar dah habis sepinggan. Rupa-rupanya rahsia untuk mendapatkan tekstur cempedak yang sedap dan rangup ni adalah dengan menggunakan tepung beras dan juga tepung jagung. Jika dulu daku hanya gunakan tepung beras untuk goreng cempedak tapi sekarang dah pandai tambah bahan itu dan bahan ini. Tapi still masih lagi simple dan sedap. Kiranya takde lah kena keluar bajet banyak sangat. 


Resepi Mudah Cempedak Goreng Rangup

Resepi Cempedak Goreng ni InshaAllah rangup dan sangat mudah untuk disediakan. Resepi ni boleh dikatakan sebagai resepi cempedak goreng kelantan juga kerana ianya dikongsikan oleh ibu mertua. 

Kata my MIL, nak rangup dan sedap berlemak kena letak sedikit kelapa parut. Menu ni paling best jika dapat dilayan dengan teh o panas. Semoga resepi Cempedak Goreng ni dapat penuhi selera kalian kat luar sana. 

Resepi Cempedak Goreng Yang Paling Simple Tapi Sedap 


Bahan Yang Diperlukan Untuk Buat Cempedak Goreng Crispy
  • Sebiji Cempedak saiz sederhana
  • 2 senduk tepung beras
  • 1 senduk tepung gandum
  • 1 sudu besar tepung jagung 
  • 1 biji telur
  • satu cawan setengah air masak
  • secubit serbuk kunyit (boleh juga guna pewarna kuning)
  • sedikit garam secukup rasa
  • sedikit air kapur makan
  • satu hingga dua genggam kelapa parut 
  • Minyak untuk mengoreng yang secukupnya


Cara Untuk Buat Cempedak Goreng Yang Sedap 

1. Keluarkan ulas cempedak dan masukkan dalam bekas yang sesuai. Nak mudah belah lumurkan pisau tu dengan minyak masak barulah senang nak potong dan getahnya tak melekat. 

2. Satukan tepung beras, tepung gandum, tepung jagung, kelapa parut dan telur ke dalam bekas yang agak besar. Gaul sebati semuanya dengan air. Air masukkan sedikit demi sedikit. Masukkan juga 1 sudu air kapur makan. Air kapur ni jangan banyak sangat.

3. Setelah itu letakkan serbuk kunyit / pewarna kuning berserta dengan sedikit garam secukup rasa. Tambah juga sedikit air jika adunan kelihatan terlalu pekat. Nak mudah cuba angkat sesudu adunan tu dan tuangkan semula ke dalam bekas tersebut, jika jatuh elok tak putus-putus, maknanya sedang elok la tu. Jika tak yakin juga, cuba test dengan golekkan seulas cempedak di dalamnya. Jika adunan tu mudah melekat elok pada ulas cempedak tu bermakna adunan tu perfect! Dan jika adunan agak cair boleh tambahkan dengan tepung gandum sedikit lagi. 

4. Jika mahukan adunan yang seakan ada serdak (tak tahu serdak ni kalian panggil apa), boleh masukkan kelapa parut yang lebih banyak.  

5. Kemudian bancuh tepung dengan air masak sedikit demi sedikit. Nak tahu bancuhan tepung ko dah okey ke belum, ko try jatuhkan bancuhan tu.Kalau bancuhan tepung tu jatuh elok, tak putus-putus, means dah okeylah tu.Means adunan perlu sedikit pekat.

6. Panaskan minyak dan masukkan ulas cempedak dalam bancuhan tepung. Tunggu minyak betul-betul panas dan bolehlah start di goreng hingga habis. 

Okay... selamat mencuba..... 





10 comments for "Resepi Cempedak Goreng Yang Paling Simple Tapi Sedap "

  1. tq for sharing, nampak sedap tu..

    ReplyDelete
  2. special betul resepi cempedak grg akak ni... klu dana lah pakai tepung gandum je cuma masa bancuh tu guna air sejuk ber ais tuh, ngn tambahkan minyak panas masa nk goreng tu

    ReplyDelete
  3. saya budak baru belajar blogging, mohon tunjuk ajar yg hebat2 dekat sini... Huhuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya takde hebat mana tuan.. inshaAllah apa saya tahu saya share dr masa ke semasa.. utk info berkaitan blog saya ada share kat sini >> https://www.sishawa.com/search/label/BLOGGING%20ADVICE

      Delete
  4. Ermm. Dap dap nya cempedak goreng . Lama tak buat.

    Owh sis hawa letak kelapa parut ya. Menarik :).

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya saya letak sikit nk bg rasa rangup dan makin sedap... =D

      Delete