Maksud 12 Status Poslaju Parcel Hub Dan Cara Semak Tracking No
Persoalannya sekarang, apakah maksud parcel hub yang ada pada status barang tu?
Berikut dikongsikan cara semak tracking Pos dan apakah maksud untuk setiap status yang dipaparkan.
Cara Semak Tracking Poslaju (Poslaju Malaysia Tracking Number Check)
1. pergi ke laman tracking untuk trace nombor penghantaran Poslaju tersebut2. masukkan nombor tracking ke dalam kotak yang disediakan
3. klk TRACE dan status terkini untuk parcel tersebut akan kelihatan sebagai panduan
13 Status Poslaju Parcel Hub Yang Perlu Diketahui
#1 - Maksud Item Posted Over The Counter
Petugas kaunter pejabat pos/poslaju baru saja terima parcel dan scan barcode tracking number ke dalam sistem.#2 - Maksud Consignment received and processed from posting at Post Offices
Konsainan diproses daripada pengeposan di Pejabat Pos. Ia dah ready dari Post Office (PO) dan akan terus di hantar ke Pos Laju (Parcel Hub Pos Laju) yang paling dekat dengan rumah dengan kediaman anda.#3 - Maksud Item dispatched out
Parcel telahpun dihantar keluar dari office pos laju.Maksud Item dispatched out ini sama untuk maksud parcel has departed from station yang digunakan oleh ABX dan J&T Express.
#4 - Maksud Item processed
Parcel sedang diprocess di bahagian pejabat pos (PO) atau Parcel Hub Pos Laju. Proses ini mungkin melibatkan pembahagian mengikut lokasi poskod untuk melancarkan lagi proses penghantaran.#5 - Maksud Consignment dispatch out from Transit Office
Parcel dihantar keluar dari pejabat transit. Maksudnya ia baru saja keluar dari pejabat pos utama tempat menuju ke lokasi poslaju yang tertera pada poskod.Ia membawa maksud parcel has departed to hub juga yang digunakan oleh J&T Express dan lain-lain.
#6 - Maksud Item Dispatched Out, Arrive At Delivery Facility
Parcel sudah tiba di destinasi yang paling dekat untuk dibuat penghantaran ke alamat si penerima.Ayat ini sama maksud parcel has arrived hub j&t.
#7 - Maksud Item out for delivery
Yeah!! Ini maknanya abang posmen sudah bawa barangan tersebut untuk di hantar pada kita. Pastikan ada orang di rumah untuk menjadi wakil penerima untuk barangan tersebut.Jika tidak, barang akan di bawa pulang oleh abang posmen ke pejabat poslaju semula. Notis pemberitahuan untuk pickup abang posmen akan masukkan ke dalam peti surat, sila periksa.
#8 - Maksud Item can be collected at
Parcel boleh diambil di Pos Laju tertera. Inilah info yang ada pada notis yang ditinggalkan oleh abang posmen kerana si penerima tidak ada di rumah.Cara terbaik segera ke alamat poslaju tertera untuk ambil sendiri bagi mengelakkan barangan tersebut di send semula pada si penghantar.
#9 - Maksud Item posted after cut off time
Parcel akan di hantar pada hari berikutnya mengikut hari dan waktu berkerja#10 - Maksud Item delivered to (Name)
Tahniah, parcel telah selamat stiba ke tangan si penerima atau sesiapa saja yang telah sign delivery note. Nama si penerima akan tertera pada detail.#11 - Maksud Item delivered to mail drop
Barang di masukkan ke dalam peti surat.#12 - Maksud Unsuccessful delivery. Please contact 1 300 300 300. Address not available
Besar kemungkinan salah alamat! Atau mungkin juga tiada sesiapa di alamat tersebut dalam masa yang agak lama (balik kampung mungkin). Ini bermakna Parcel tidak berjaya dihantar.Segera hubungi nombor yang tertera untuk check status terkini dan bolehlah terus tuntut parcel tersebut di pejabat pos yang berdekatan sekiranya parcel itu masih belum dihantar semula pada si pengirim.
Ada juga yang bertanya, apa Maksud Hub Sbh999?
Okay, untuk 999 ini, ianya tidak digunakan pada servis Poslaju Malaysia sebaliknya digunakan oleh servis courier J&T. Kod 999 itu merujuk kepada center utama bagi sesebuah negeri, sebagai contoh Sbh99 adalah center utama untuk negeri Sabah.
Kod yang digunakan ini berbeza mengikut jenis syarikat perkhidmatan yang digunakan. Untuk poslaju mereka ada kod sendiri dan disebut juga sebagai poslaju parcel hub location.
Poslaju Parcel Hub Sangat Berguna Untuk Trace Barang Ada Di Mana
Paling risau jika ada buat belian barang dan kemudian kita pula tak ada kat rumah. Alahai.. macam aku sendiri Alhamdulillah so far tak ada masalah dengan pihak poslaju kerana driver yang bertugas untuk hantar parcel untuk kawasan aku ni memang akan call terus jika kebetulan tak ada kat rumah.
Selama menggunakan perkhidmatan poslaju ni so far so good. Maybe bergantung pada kawasan dan si penghantar yang bertugas kot. Sebabnya si penghantar produk yang kita beli berlainan mengikut kawasan penempatan masing-masing.
Jika balik kampung aku akan terus pickup direct kat poslaju dan tak pernah lagi mana-mana produk kena retry atau send back to seller.
Walaubagaimanapun, untuk lokasi rumahku sekarang ini, daku lebih gemar guna servis J&T kerana harganya sangat berpatutan (hanya RM4.66 untuk satu parcel biasa) dan tempoh yang di ambil hanya 24 hingga 48 jam saja.
Nasib aku agak baik kerana memang ada servis center utama untuk tempat terima dan agih barangan guna J&T berdekatan dengan rumah, sebab itu laju!
Kesimpulan
Pihak Poslaju sudah menyediakan cara mudah untuk kita trace (jejak) di mana barang (parcel) kita sedang berada.
Gunakan khidmat yang telah disediakan dan selalunya jejak lokasi terkini barangan kita supaya mudah untuk tahu sama ada selamat atau tidak.
Semoga perkongsian berkaitan maksud status poslaju parcel hub dalam bahasa melayu ini dapat membantu dan memberi manfaat.


Nice tips Sis Hawa :)
ReplyDeletesinggah ptg
ReplyDeletenice info :)
ReplyDeleteNow I know about all the terms.. Tq.
ReplyDeleteMaksud backend tu ape ye
ReplyDeleteBack end tu ape eh?
ReplyDelete