Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Maksud 12 Status Poslaju Parcel Hub Dan Cara Semak Tracking No

Maksud 12 Status Poslaju Parcel Hub Dan Cara Semak Tracking No | Pos Laju is the leading courier company in Malaysia, okay bab ini memang tak boleh dinafikan kerana Pos Malaysia sememangnya antara pihak pengeposan terawal di Malaysia. 

Sesuai dengan kehendak pengguna semasa, kini online tracking is the fastest way to find out where your shipment is. Track Poslaju Express Shipments ni boleh di buat secara online dengan sangat cepat dan mudah. Proses penghantaran ini disebut sebagai Poslaju Parcel Hub.

Persoalannya sekarang, apakah maksud parcel hub yang ada pada status barang tu?

Sebagai contoh, maksud parcel has departed from station tu apa?

Untuk memudahkan urusan, dikongsikan maksud parcel hub poslaju untuk rujukan kita bersama. Bolehlah tahu parcel in transit dalam bahasa melayu, maksud dispatched out dalam bahasa melayu dan lain-lain lagi. 


Cara trace and track barang yang dikirim menggunakan tracking number Poslaju mungkin ada yang masih belum biasa. Lagi-lagi kalau semakan status atau tracking kiriman Pos Laju Malaysia ini masih samar-samar statusnya.

Berikut dikongsikan cara semak tracking Pos dan apakah maksud untuk setiap status yang dipaparkan.  

Dengan adanya perkongsian mengenai status dan Cara Semak Tracking Poslaju ini, dapatlah untuk kita lebih faham dan tahu akan situasi barangan yang sedang ditunggu-tunggu tu.

Cara Semak Tracking Poslaju (Poslaju Malaysia Tracking Number Check) 

1. pergi ke laman tracking untuk trace nombor penghantaran Poslaju tersebut

2. masukkan nombor tracking ke dalam kotak yang disediakan

3. klk TRACE dan status terkini untuk parcel tersebut akan kelihatan sebagai panduan


13 Status Poslaju Parcel Hub Yang Perlu Diketahui

Anda hanya perlu pergi ke website utama milik Poslaju Malaysia dan masukkan nombor tracking. Setelah itu akan muncul ayat yang akan memberitahu status terkini.

Semua barang boleh di beli dengan menggunakan hujung jari. Selalunya urusan penghantaran akan dilakukan oleh pihak Poslaju parcel hub dan inilah maksud disebalik Status 'Tracking' Poslaju yang perlu diketahui. 

Status maksud parcel hub ini juga ada yang sama digunakan oleh syarikat penghantar barang yang lain. 

Sekurang-kurangnya dapatlah kita tahu maksud parcel has departed from station, maksud parcel departed abx, maksud parcel has arrived hub j&t dan lain-lain dalam bahasa melayu. 


#1 - Maksud Item Posted Over The Counter

Petugas kaunter pejabat pos/poslaju baru saja terima parcel dan scan barcode tracking number ke dalam sistem.

#2 - Maksud Consignment received and processed from posting at Post Offices

Konsainan diproses daripada pengeposan di Pejabat Pos. Ia dah ready dari Post Office (PO) dan akan terus di hantar ke Pos Laju (Parcel Hub Pos Laju) yang paling dekat dengan rumah dengan kediaman anda.

#3 - Maksud Item dispatched out

Parcel telahpun dihantar keluar dari office pos laju.

Maksud Item dispatched out ini sama untuk maksud parcel has departed from station yang digunakan oleh ABX dan J&T Express.

#4 - Maksud Item processed

Parcel sedang diprocess di bahagian pejabat pos (PO) atau Parcel Hub Pos Laju. Proses ini mungkin melibatkan pembahagian mengikut lokasi poskod untuk melancarkan lagi proses penghantaran.

#5 - Maksud Consignment dispatch out from Transit Office

Parcel dihantar keluar dari pejabat transit. Maksudnya ia baru saja keluar dari pejabat pos utama tempat menuju ke lokasi poslaju yang tertera pada poskod.

Ia membawa maksud parcel has departed to hub juga yang digunakan oleh J&T Express dan lain-lain.

#6 - Maksud Item Dispatched Out, Arrive At Delivery Facility

Parcel sudah tiba di destinasi yang paling dekat untuk dibuat penghantaran ke alamat si penerima.

Ayat ini sama maksud parcel has arrived hub j&t. 

#7 - Maksud Item out for delivery

Yeah!! Ini maknanya abang posmen sudah bawa barangan tersebut untuk di hantar pada kita. Pastikan ada orang di rumah untuk menjadi wakil penerima untuk barangan tersebut. 

Jika tidak, barang akan di bawa pulang oleh abang posmen ke pejabat poslaju semula. Notis pemberitahuan untuk pickup abang posmen akan masukkan ke dalam peti surat, sila periksa.

#8 - Maksud Item can be collected at

Parcel boleh diambil di Pos Laju tertera. Inilah info yang ada pada notis yang ditinggalkan oleh abang posmen kerana si penerima tidak ada di rumah. 

Cara terbaik segera ke alamat poslaju tertera untuk ambil sendiri bagi mengelakkan barangan tersebut di send semula pada si penghantar.

#9 - Maksud Item posted after cut off time

Parcel akan di hantar pada hari berikutnya mengikut hari dan waktu berkerja

#10 - Maksud Item delivered to (Name)

Tahniah, parcel telah selamat stiba ke tangan si penerima atau sesiapa saja yang telah sign delivery note. Nama si penerima akan tertera pada detail. 

#11 - Maksud Item delivered to mail drop

Barang di masukkan ke dalam peti surat.

#12 - Maksud Unsuccessful delivery. Please contact 1 300 300 300. Address not available

Besar kemungkinan salah alamat! Atau mungkin juga tiada sesiapa di alamat tersebut dalam masa yang agak lama (balik kampung mungkin). Ini bermakna Parcel tidak berjaya dihantar. 

Segera hubungi nombor yang tertera untuk check status terkini dan bolehlah terus tuntut parcel tersebut di pejabat pos yang berdekatan sekiranya parcel itu masih belum dihantar semula pada si pengirim.

Ada juga yang bertanya, apa Maksud Hub Sbh999?

Okay, untuk 999 ini, ianya tidak digunakan pada servis Poslaju Malaysia sebaliknya digunakan oleh servis courier J&T. Kod 999 itu merujuk kepada center utama bagi sesebuah negeri, sebagai contoh Sbh99 adalah center utama untuk negeri Sabah.

Kod yang digunakan ini berbeza mengikut jenis syarikat perkhidmatan yang digunakan. Untuk poslaju mereka ada kod sendiri dan disebut juga sebagai poslaju parcel hub location.

Poslaju Parcel Hub Sangat Berguna Untuk Trace Barang Ada Di Mana

Paling risau jika ada buat belian barang dan kemudian kita pula tak ada kat rumah. Alahai.. macam aku sendiri Alhamdulillah so far tak ada masalah dengan pihak poslaju kerana driver yang bertugas untuk hantar parcel untuk kawasan aku ni memang akan call terus jika kebetulan tak ada kat rumah. 

Selama menggunakan perkhidmatan poslaju ni so far so good. Maybe bergantung pada kawasan dan si penghantar yang bertugas kot. Sebabnya si penghantar produk yang kita beli berlainan mengikut kawasan penempatan masing-masing. 

Jika balik kampung aku akan terus pickup direct kat poslaju dan tak pernah lagi mana-mana produk kena retry atau send back to seller.

Walaubagaimanapun, untuk lokasi rumahku sekarang ini, daku lebih gemar guna servis J&T kerana harganya sangat berpatutan (hanya RM4.66 untuk satu parcel biasa) dan tempoh yang di ambil hanya 24 hingga 48 jam saja. 

Nasib aku agak baik kerana memang ada servis center utama untuk tempat terima dan agih barangan guna J&T berdekatan dengan rumah, sebab itu laju! 


Kesimpulan 

Pihak Poslaju sudah menyediakan cara mudah untuk kita trace (jejak) di mana barang (parcel) kita sedang berada. 

Gunakan khidmat yang telah disediakan dan selalunya jejak lokasi terkini barangan kita supaya mudah untuk tahu sama ada selamat atau tidak. 

Semoga perkongsian berkaitan maksud status poslaju parcel hub dalam bahasa melayu ini dapat membantu dan memberi manfaat.  



Jemput join :

Telegram Rasmi Sis Hawa Blog 👉  https://t.me/sishawadotcom

Telegram Rasmi Info Ibu Hamil & Baby 👉  https://t.me/ibuhamilmalaysia

6 comments for "Maksud 12 Status Poslaju Parcel Hub Dan Cara Semak Tracking No "