Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Cara Tingkatkan Income Adsense Untuk CashOut USD Setiap Bulan

Cara Tingkatkan Income Adsense Untuk CashOut USD Setiap Bulan | Kenapa nak jadi blogger? Jawapannya tak lain dan tak bukan untuk jana income online. Nak ada peluang untuk cashout sebulan sekali, lagi-lagi jika nilainya dalam USD. 

Apa? Ingat menulis blog ni sekadar suka-suka je ke? Taklah! Cuma nak menjana income tu bukannya mudah sebenarnya. Serius cakap, aku sendiri masa mula-mula terjerumus dengan dunia blog ni aku ingatkan ianya kacang je.. tulis tulis.. publish.. boleh dapat income dari iklan di blog. Ternyata sempit betul fikiran aku masa tu. 




Setelah menapak ke dalam dunia blog dengan gelaran blogger sepenuh masa ini barulah aku paham sepaham pahamnya, apakah sebenarnya dunia penulisan blog ni. Mencabar. Sangat-sangat mencabar. Macam-macam kena buat tahu. 

Tapi disebabkan aku ni dah nekad nak tunjuk pada suami dan family yang aku benar-benar nak jadi seorang blogger maka aku kena usahakan juga. Mujurlah minatku dari kecil dalam penulisan ni tinggi maka dapatlah aku tulis macam-macam kat sini dengan gaya aku sendiri. 

Terdapat 4 (Empat) Cabaran Utama Apabila Bergelar Seorang Blogger 

Antara cabaran utama yang perlu dilalui oleh semua blogger (tak kira blogger baru mahupun lama) adalah :

1. Idea (kreativiti menulis)
2. Trafik (jumlah pembaca)
2. Template (rupa blog)
3. Keywords & SEO (kemunculan di 1st pages Google Search)

Habis, bila ada empat cabaran ni perlu buat apa? Haa jawapannya ada pada diri sendiri. Jika rasa tak sanggup nak habiskan masa dan tenaga untuk atasi semua cabaran tu maka giveup je la, TAPI jika rasa betul-betul nak jana income dengan menggunakan blog maka teruskanlah. Setidaknya usaha setakat yang termampu. Yang penting setiap usaha tu ada nampak hasil peningkatan sedikit demi sedikit. Itupun dah cukup baik.

Baca Juga : Sebab Dan Cara Untuk Atasi Masalah Iklan Adsense Tidak Muncul di Blog




3 Tips Bagaimana Untuk Naikkan Income USD Adsense 

Income Adsense tidak hanya bergantung pada trafik kerana Adsense turut menyediakan income hasil dari jumlah klik oleh para pengunjung blog. Maka berdasarkan info dan juga pengalaman sepanjang bersama Adsense ini, cara mudah untuk tingkatkan organic readers (pembaca natural) untuk klik Adsense kita adalah dengan cara meletakkan code iklan yang betul di tempat yang terbaik. 


1. Pastikan Template Blog Adalah Dari Jenis Responsive 
Tips utama yang paling berguna dengan cara yang betul untuk tingkatkan CPC (Cost-per-Click) dan RPM (Revenue-per-Thousand) adalah dengan melihat sendiri jenis susunan rupa bentuk template yang digunakan dan pastikan juga ianya adalah responsive. Template responsive sangat-sangat penting kerana para pembaca blog sekarang ini selalunya akan akses dengan menggunakan handphone berbanding laptop dan komputer biasa. 


2. Letakkan Iklan (Ad Units) Di Tempat Yang Strategik
Lihat susunan template pada bahagian Layout. Lepas tu pastikan ruangan mana boleh diletakkan dengan iklan. Adsense ni dah sediakan banyak saiz iklan yang boleh kita guna. Tempat yang paling okay adalah di bawah header, sidebar, footer dan juga dalam entry. Untuk header pastikan di letak kat bawah header, bukannya di atas header. 



Manakala untuk Matched Content pula elok diletakkan di bahagian bawah entry ataupun boleh juga letakkan di sidebar bagi mengantikan widget 'popular post'.




3. Setkan Auto Ads 
Selain daripada Ad Units yang perlu di buat secara manual tadi (tak susah just letak code je), kita juga boleh gunakan Auto Ads. Auto Ads ni memang sangat-sangat membantu untuk jana income dengan Adsense. Tak payah susah payah cuma perlu letak satu code di theme blog lepas tu Adsense akan terus settlekan urusan letak iklan di tempat yang sesuai mengikut size template masing-masing.


Ada Kaitan : Cara Terbaik Untuk Dapatkan Pembaca Setia Yang Ramai 


InshaAllah, Segala Susah Payah Akan Dibalas Dengan Cashout Income Adsense Sebulan Sekali 

aku punya impian mudah saja. Disebabkan Adsense perlukan jumlah minima 100USD untuk dicashkan maka aku buat anggaran bahawa akaun Adsense di blog ni perlu jana sekurang-kurangnya 3.33USD sehari. So bila di total selama sebulan dapatlah capai tahap untuk cashout. Jadi selagi belum capai tahap tu bermakna masih ada banyak yang aku kena usaha. 

Kalian nak naikkan target dari cashout 100USD ke 200USD sebulan? Yang itu terserah! Atas diri masing-masing.. Paling penting, kena usaha dulu untuk tingkatkan trafik blog, barulah boleh tarik nafas lega. Kiranya susah payah dulu senang kemudian jugaklah ni. Sendiri buat sendiri dapat =D

Rekod tertinggi pendapatan sehari Google Adsense untuk blog aku ini so far adalah 6USD. Tak adalah dapat tiap-tiap hari 6USD tu.. kadang-kadang je. Nilai rate Adsense untuk blog ini sekarang adalah dalam 2USD ke 6USD sehari. Bila di hitung-hitung, Alhamdulillah memang bolehlah untuk cashout sebulan sekali. 






Bila dah lihat akaun Adsense capai 100USD dan sudah boleh diteruskan untuk urusan cashout, memang sangat excited rasanya. Duit yang telah cukup untuk Cash Out ini nanti akan terima email dari Google Adsense. Yang penting kena pilih cara keluarkan bayaran Adsense melalui Wire Transfer. Barulah tak leceh dan cepat terus masuk akaun bank.


Ada Kaitan : Bagaimana Untuk Tingkatkan Trafik dan Visitor Pada Blog


Memang Benar, Blog Boleh Beri Income Pasif

Terdetik kat hati, ini rupanya cara untuk buat pendapatan pasif. Ini rupanya cara jana income goyang kaki. Tapi hakikat sebenar untuk nak dapat peluang sebulan sekali cashout begini bukannya satu kerja mudah. 

Ish macamanalah sampai ada yang boleh tingkatkan income Adsense jadi luar biasa hingga mencapai pendapatan 10 ribu ringgit sebulan tu kan? aku yang nak berada di tahap ni pun rasa macam nak pengsan! Setinggi mana gamaknya trafik diaorang hingga boleh capai income Adsense yang sebanyak tu?



Tak kisahlah yang penting dapat 100USD sebulan ni pun aku dah cukup bersyukur yang amat sangat. Alhamdulillah... dah boleh tunjuk bukti yang jadi blogger ni pun boleh jana pendapatan di rumah. 100USD bila tukar ke matawang Malaysia dapatlah dalam RM400. 

Okaylah tu, at least dapatlah digunakan untuk bayar bil internet dan sebagainya. Ringan sikit beban suami ni haa... 

Itulah serba sedikit cara setakat yang aku tahu bagaimana untuk meningkatkan earning atau income dari Google Adsense ni. 

Nak kata pandai sangat tu taklah, ini hanyalah sekadar satu perkongsian dari seorang blogger yang masih baru seperti aku ni. Jika nakkan info yang lebih mengenai cara untuk tingkatkan income Adsense, bolehlah baca entry dari blog sifu Hasrul Hassan , Mr Mazuki dan mana-mana blogger yang lain.

Sama-sama kita cuba untuk tingkatkan income adsense supaya lebih meriah untuk kali ini. Ameen.... 


28 comments for "Cara Tingkatkan Income Adsense Untuk CashOut USD Setiap Bulan"

  1. Wow bestnya.kalau dapat cahaya out sebulan sekali. Kit punya dh setahun bru 30usd. Adeh xtau nk tingkat MCM mn LG. Kena try hard lebih LG kot😂

    ReplyDelete
  2. Bestnyaa sis... i is jeles...tapi sis pemberi semangat juga... siapa usaha dia dapatlah kan...huhuh

    ReplyDelete
  3. Tahniah Awa.. liez elum boleh cashout lg usd1.36 hahahah makan bulan tau

    ReplyDelete
  4. Tahniah...dok rumah ja dh msuk USD

    ReplyDelete
  5. dulu2 buat blog nk kejar earning nuffnang..
    skrg dh xjd fulltime blogger..
    update blog jarang2 skali.. buat blog sekadar suka2 je skrg.. hihi

    ReplyDelete
  6. Tahniah, mmg pemberi semangat entry awa ni tau..

    ReplyDelete
  7. Terus mencanak semangat PC. Terima kasih.

    ReplyDelete
  8. Terima kasih atas perkongsian ini kena betul-betul faham baru jadi, Tahniah Awa :)

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah..rezeki kan kak awa..tapi kena usaha kuat jugak..kan kan..tahniah kak awa..idola ni..

    ReplyDelete
  10. Terujanya saya ...tak lepas lagi nak dpt 1usd sehari

    ReplyDelete
  11. Wah, baguslah pencapaian Adsense Kak Awa. Saya nak cecah 1USD pun struggle😅. Semoga terus dimurahkan rezeki.

    ReplyDelete
  12. TQ for sharing akak. Usd AdSense Rabia sikit demi sikit naik

    ReplyDelete
  13. Tahniah. Hebat2. Kena menuntut ilmu nih

    ReplyDelete
  14. Terima kasih share maklumat berguna ni sis

    ReplyDelete
  15. Masha Allah..Assalamualaikum sis..rasa kembali bersemangat untuk menulis bila baca post ni. Salam kenal dari kami di Madrid -zarinaelkabdani.com

    ReplyDelete
  16. hasilkan artikel yang kaw-kaw menarik dan mendapat ranking SEO terbaik..

    dari situ dapat trafik organik dan jana duit

    ReplyDelete
  17. Semangat tau nak berblog lepas baca post ni. Thumb up Sis Hawa

    ReplyDelete
  18. Bestnya boleh dapat earning 6usd sehari tu... saya baru naik 0.01 pun dah happy...hahaha..... follow blog awak untuk semangat beradsense..

    ReplyDelete
  19. Terima kasih dgn perkongsian cara tinggkatkan pendapatan adsense , sy rasa bersemangat bila membaca...dan betul bukan senang nak jadi senang..nice tutorial

    ReplyDelete
  20. Wish me luck sishawa. Halalkan ilmu yang saya ambil dari sis ya :)

    ReplyDelete
  21. sangat membantu.... terima kasih.....

    ReplyDelete
  22. wahhhh. nak share lah post ni. tq akak for the nice sharing.

    ReplyDelete
  23. bestnyaaaa kita baru dapat monetize

    ReplyDelete
  24. Waa.. usaha yang membuahkan hasil.. teruja tgk graft sis.. tahniah.. sangat memberi motivasi pada saya..

    ReplyDelete