Senarai Khasiat Buah Bidara Untuk Manusia (No 10 & 11 Benar-Benar Mengejutkan!)
Senarai Khasiat Buah Bidara Untuk Manusia (No 10 & 11 Benar-Benar Mengejutkan!) | "Nasi lemak buah bidara, Sayang selasih hamba lurutkan... Hilang emak hilang saudara, Kerana kasih hamba turutkan." Haa siapa masih ingat lagi pantun melayu lama tu? Tapi persoalannya di sini, apakah itu buah bidara? Bagaimana rupanya? Bagaimana rasanya?
Apakah pula khasiat dari buah bidara ni? Disebabkan rasa ingin tahu daku Google cari info tentang buah bidara dan alhamdulillah ada banyak info yang berjaya diperolehi. Di sini daku kongsikan sekali untuk pengetahuan semua.
Nama Panggilan Untuk Buah Bidara Ada Banyak
Buah Bidara jika mengikut nama latin atau sainsnya adalah Ziziphus Mauritiana. Ia adalah sejenis tanaman yang tergolong dalam keluarga rhamnaceae yang menghasilkan buah yang manis dan disukai oleh ramai peminat.
Antara panggilan lain mengikut tempat yang berbeza ini adalah Widara (panggilan Jawa), Zee-pen (Burma), Putrea (Kamboja), Than (Laos) dan juga Bekul (Bali). Ia juga dikenali sebagai Jujube di kalangan warga Korea.
Selain dari nama-nama tadi, ia juga turut dikenali sebagai kurma cina (Chinese date), Korean date, Indian date dan Red date yang ditanam untuk pokok hiasan disamping menghasilkan buah. Selain daripada bidara ia juga turut dikenali sebagai Epal Siam bagi sesetengah orang.
Rupa Bentuk Pohon Bidara
Pohon Bidara mudah untuk dikenali dengan melihat pada pohonnya. Perdu pohon bidara ini kelihatan rendang dan berduri.
Rupa Bentuk Pohon Bidara
Pohon Bidara mudah untuk dikenali dengan melihat pada pohonnya. Perdu pohon bidara ini kelihatan rendang dan berduri.
Ketinggian pohon bidara ini pula selalunya mencapai ketinggian sebanyak 5 meter. Tumbuhan ini bolehh tumbuh dengan baik dalam keadaan iklim yang pelbagai.
Bentuk daun pohon bidara pula adalah bulat kecil dan berwarna hijau. Saiz bunganya pula kecil saja dengan bentuk seakan payung.
Bentuk daun pohon bidara pula adalah bulat kecil dan berwarna hijau. Saiz bunganya pula kecil saja dengan bentuk seakan payung.
Manakala buah bidara ini pula bulat buni dengan warna hijau dan kemerah-merahan ketika sedang masak.
Biji dari buah bidara sangat keras hingga boleh dijadikan sebagai tasbih, gelang dan juga rantai. Setiap buah mempunyai satu biji sahaja.
Kandungan Yang Terdapat Di Dalam Buah Bidara
Dipercayai buah bidara kaya khasiat, manfaat dan kebaikan kepada sesiapa saja. Siapa sangka rupanya pohon bidara ini merupakan salah satu jenis tanaman yang memiliki manfaat baik bagi manusia.
Kandungan Yang Terdapat Di Dalam Buah Bidara
Dipercayai buah bidara kaya khasiat, manfaat dan kebaikan kepada sesiapa saja. Siapa sangka rupanya pohon bidara ini merupakan salah satu jenis tanaman yang memiliki manfaat baik bagi manusia.
Patutlah tanaman yang satu ini telah dikenali sejak zaman dulu lagi.
Berikut ini adalah kandungan yang terdapat pada buah bidara :
Khasiat Buah Bidara Ternyata Sangat Banyak Sekali
Sekarang daku kongsikan pula antara manfaat atau khasiat buah bidara ini. Ia bukan saja sangat bagus untuk di makan dengan rasa yang sedap malah ia dikatakan juga sangat bagus untuk kesihatan dan juga kecantikan.
Berikut ini adalah kandungan yang terdapat pada buah bidara :
- Vitamin A
- Vitamin C
- Karbohidrat
- Protein
- Fosfor
- Zat Besi
- Kalsium
- Niacin
- Beta Karoten
- Mineral dan banyak lagi
Khasiat Buah Bidara Ternyata Sangat Banyak Sekali
Sekarang daku kongsikan pula antara manfaat atau khasiat buah bidara ini. Ia bukan saja sangat bagus untuk di makan dengan rasa yang sedap malah ia dikatakan juga sangat bagus untuk kesihatan dan juga kecantikan.
Rasa bidara enak, manis dan lebih rangup daripada epal hijau. Antara khasiat-khasiat tersebut adalah :
10. Membantu Merawat Gangguan Jin Dan Sihir
1. Malancarkan Peredaran Darah
Buah Bidara memiliki kandungan Zat Besi dan vitamin yang dapat melancarkan peredaran darah kita.
2. Kandungan Antioksidan Mencegah Radikal Bebas
Kandungan manfaat antioksidan di dalam buah bidara baik untuk mencegah datangnya radikal bebas. Radikal bebas merupakan penyebab penyakit yang pelbagai termasuk yang di bawa oleh udara.
3. Mengatasi Masalah Gangguan Kesihatan Pada Mulut
Ulser, gusi berdarah dan bibir pecah merupakan beberapa jenis gangguan mulut yang sering dihidapi oleh sesiapa saja. Terutama jika kurang minum air dan kurang menjaga kebersihan mulut. Daun dari buah bidara boleh digunakan untuk mengatasi masalah-masalah ini.
4. Menguatkan Tulang Dan Gigi
Daun bidara mengandung banyak mineral yang berguna dalam merawat kesihatan tulang mahupun kesihatan gigi. Buah bidara ini juga turut memiliki kandungan kalsium, fosfor, kalium dan mineral lainnya.
Jadi buah ini juga sangat baik untuk pertumbuhan gigi anak-anak yang masih kecil terutama di ketika usia mereka 5 tahun.
5. Mengubati Luka
Daun bidara memiliki kandungan antiseptik sehingga sesuai digunakan untuk mengubati luka baik luka yang telah lama mahupun luka yang masih baru. Daun bidara juga terkenal kerana sifatnya yang mendinginkan.
6. Mengatasi Masalah Kewanitaan Dan Jerawat Pada Wajah
Khasiat buah bidara untuk wanita juga banyak. Ia sangat sesuai untuk wanita yang mengalami masalah keputihan, haid yang tidak lancar dan lain- lain lagi.
Penggunaan daun bidara juga sangat sesuai digunakan untuk mengatasi masalah gangguan tersebut. Daun bidara juga bagus untuk kecantikan bagi masalah jerawat dan sebagainya.
7. Mengandungi Antibakteria Yang Bagus Untuk Ubati Pelbagai Penyakit Lain
Daun bidara turut memiliki kandungan antibakteria. Antibakteria ini memiliki banyak khasiat seperti mengubati penyakit yang disebabkan oleh bakteria seperti demam babi, pilek, influenza, demam burung bahkan HIV/AIDS. InshaAllah.
8. Melancarkan Sistem Pencernaan
Salah satu khasiat dari buah bidara juga bisa dijadikan pelancar sistem pencernaan. Daun bidara dapat digunakan untuk mengatasi masalah yang berkaitan dengan gangguan pencernaan sehingga ke tahap kanser perut.
Ini kerana di dalam buah bidara ini terkandung serat-serat yang baik untuk melancarkan usus. Maka jika kalian ada masalah kembung perut hingga susah untuk membuang air besar, salah satu solusinya adalah dengan memakan buah bidara ini.
9. Mampu Membantu Ubati Penyakit Diabetes
Daun bidara memiliki kandungan glikemik yang rendah sehingga bagus untuk mengubati diabetis tahap 1, 2 serta diabetis gestasional (diabetis yang dialami oleh ibu yang mengandung).
+ Jenis Roti Wholemeal : Cara Pilih Roti Yang Betul Untuk Diet
[ Baca Juga ] :
10. Membantu Merawat Gangguan Jin Dan Sihir
Khasiat buah bidara kampung dalam Islam pula dikatakan berbeza. Khasiat buah bidara dalam perubatan Islam dikatakan dapat membantu merawat gangguan jin dan sihir.
11. Bidara Juga Ikut Berguna Untuk Mandikan Jenazah
Ibnu Kathir dalam huraiannya apabila menafsirkan Surah Al Baqarah Ayat 102 berkaitan Syaitan yang memfitnah Nabi Allah Sulaiman bahawa baginda menggunakan Sihir bukan Mukjizat meriwayatkan bahawa yang paling bermanfaat dalam menghilangkan pengaruh sihir adalah dengan menggunakan apa yang diturunkan Allah swt kepada RasulNya untuk menghilangkan hal itu iaitu membaca al-muawwidzatian (al-Falaq dan an-Nas) dan Ayat Kursi kerana ayat-ayat itu dapat mengusir syaitan .:
Al Qurtubi menceritakan daripada Wahab untuk mengubati Sihir: “Diambil 7 helai daun bidara ditumbuk halus lalu dicampurkan air dan dibacakan Ayat Kursi dan diberi minum pada orang yang terkena sihir tiga kali teguk dan baki airnya diguna untuk mandi, Insya Allah akan hilang sihirnya”.
“Dan diutamakan membaca Qul A’uzubil Falak, Qul A’uzubirabinnas juga ditambah Ayat Kursi kerana ayat-ayat itu dapat mengusir Syaitan.” (Tafsir Ibn Katsir Jilid Satu Terjemahan Pendek Laman 171) (Tafsirul QuranilAzim Juz: 1 halaman 372)
Setahap mana ianya berkesan untuk merawat gangguan jin dan sihir daku sendiri tidak tahu.
Dalam hadits yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhuma tentang orang yang jatuh dari untanya lalu meninggal dunia, Nabi shollallahu ‘alaihi wa ‘ala alihi wa sallam bersabda :
اغْسِلُوْهُ بِمَاءٍ وَسِدْرٍ وَكَفِّنُوْهُ فِي ثَوْبَيْنِ
.
“Mandikanlah dia dengan air yang dicampur daun bidara dan kafanilah dengan dua baju”. (HR. Bukhary :1719)
demikian pula,
Hadits Ummu ‘Athiyah tatkala anak Nabi shollallahu ‘alaihi wa ‘ala alihi wa sallam meninggal, baginda bersabda :
اغْسِلْنَهَا ثَلاَثًا أَوْ خَمْسًا أَوْ سَبْعًا أَوْ أَكْثَرَ إِنْ رَأَيْتُنَّ ذَلِكَ بِمَاءٍ وَسِدْرٍ
“Mandikanlah dengan air yang dicampur daun bidara tiga kali atau lima atau tujuh atau lebih jika kalian anggap perlu ... ”. (HR. Bukhary : 1175).
“Rasulullah masuk kepada kami ketika kami sedang memandikan puteri baginda lalu bersabda, ‘Mandikanlah dengan siraman yang ganjil, iaitu tiga kali, lima kali (tujuh kali), atau lebih banyak dari itu-jika kalian anggap perlu-dengan cara menggunakan air dan daun bidara. Berilah kapur barus di akhir kalinya.’ Baginda bersabda kepada kami ketika kami hendak memandikannya, ‘Mulailah dengan anggota badan bahagian kanan dan anggota-anggota wudhunya.
Jika telah selesai, maka beritahukan kepada aku.’ Ketika kami telah selesai, kami memberi tahu baginda. Lalu, baginda memberikan sarung baginda kepada kami seraya bersabda, ‘Pakaikanlah (sarung ini) kepada nya.’ (Dan baginda tidak menambah dari itu, dan aku tidak mengetahui puteri baginda yang mana dia itu). Kami sisir dia (dan dalam satu riwayat: lalu kami ikat rambutnya) tiga ikatan.
Sebab Mengapa Daun Bidara Digunakan Oleh Rasullullah SAW
Apa istimewanya daun bidara ini sehingga Nabi kesayangan kita bersabda sebegitu? Untuk pengetahuan semua, daun bidara memiliki semacam zat yang membuat jenazah menjadi wangi selain menghilangkan kotoran.
Kemungkinan juga kelebihan daun bidara ini mampu untuk membunuh atau menghapuskan gas ammonia pada jenazah yang menyebabkan mereka yang memandikan jenazah berasa tidak tenang atau demam dikenali dengan nama badi mayat akibat dijangkiti kuman yang terhasil daripada gas ammonia.
Jelas dalam dua hadits tersebut suri tauladan kita, Nabi Muhammad shollallahu ‘alaihi wa ‘ala alihi wa sallam memerintahkan penggunaan daun bidara untuk memandikan jenazah. Semoga kita menghidupkan sunnah-sunnahnya kembali.
Ternyata, memang benar buah bidara benefit nya sangat banyak dan elok untuk diamalkan sebagai salah satu makanan sihat untuk semua.
Buah bidara sedap di makan begitu saja atau di makan dalam bentuk rojak. Jika susah nak dapatkan yang fresh boleh makan buah bidara jeruk yang juga sedap rasanya.
Jemput join :
Telegram Rasmi Sis Hawa Blog https://t.me/sishawadotcom
Telegram Rasmi Info Ibu Hamil & Baby https://t.me/ibuhamilmalaysia
mmg sedap buah bidara nih, ranggup sangat
ReplyDeletetu la ramai ckp sedap..
Delete1st time liez rasa buah bidara masa g padang besar 3 minggu lepas.. tak tahu pulak banyak khasiat.. yang liez tau, viral pasal buah tu..
ReplyDeleteawa pun baru tau khasiat ni semua liez... tu share kat sini tu...
Deleteterima kasih info, baru tahu buah bidara tu sama dengan red date....ingatkan 2 benda yang berbeza, dua-dua pun biasa makan.
ReplyDeletesama2.... haa elok amalkan selalu sbb mmg bnyk sgt khasiatnya tu
Deletebuah ni boleh buat ketagih. lepas ja makan sebiji, mesti nak lagi dan lagi. hehehe
ReplyDeletekiki.. sekali makan tak sedar kan? haha.. payah nk stop!
DeleteBuah ni sedap. Baru makan 1st time tahun lepas kot. Crunchy la
ReplyDeletetu la ramai ckp sedap.. bnyk khasiat plak.. mmg berbaloi makan
DeleteMenarik ni...akak suka buah ni..kalau hadap sorang2 sebakul bleh habis..eh dah musim ke erk?
ReplyDeletemau tak habis, sedap sngat kan? lagi2 bila tahu ada bnyk khasiat mcm ni... eh tak tahu pula dh musim ke belum..
DeleteGreat post 😊 thanks for your sharing 😊 thanks
ReplyDeleteBanyak khasiat buah bidara ni
ReplyDeletetapi jarang2 makan.
sgt sedap! ranggup gituuu..
ReplyDeletebanyak khasiatnya ya..sy nda pernah makan buah ni.. sedap ka
ReplyDeleteBnyk betul khasiat buah bidara ni ye. Nmpk mcm buah epal pun ada.
ReplyDeleteWahh nice
ReplyDeleteInfo
Utk
Buah ni sis.. suka beli minyak
Therapy Bidara..
betul.. memang sedap buah bidara ni.. hee~ saya kalau makan memang tak sebijik dua sebab tau khasiat dia..
ReplyDeletetak ingat lah pernah makan ke idok
Deletepernah nampak buah ni masa akak pegi Kelantan...ingatkan buah epal kecik. tapi tak rasa pun.
ReplyDeleteoh boleh merawat gangguan jin juga rupanya. tq atas perkongsian
ReplyDeletetak pernah makan buah bidara ni . apa rasa dia erk
ReplyDeletebuah bidara ni mmg bagus utk perubatan islam kan
ReplyDelete