Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Senarai Khasiat Buah Bidara Untuk Manusia (No 10 & 11 Benar-Benar Mengejutkan!)

Senarai Khasiat Buah Bidara Untuk Manusia (No 10 & 11 Benar-Benar Mengejutkan!) | "Nasi lemak buah bidara, Sayang selasih hamba lurutkan... Hilang emak hilang saudara, Kerana kasih hamba turutkan." Haa siapa masih ingat lagi pantun melayu lama tu? Tapi persoalannya di sini, apakah itu buah bidara? Bagaimana rupanya? Bagaimana rasanya? 

Apakah pula khasiat dari buah bidara ni? Disebabkan rasa ingin tahu daku Google cari info tentang buah bidara dan alhamdulillah ada banyak info yang berjaya diperolehi. Di sini daku kongsikan sekali untuk pengetahuan semua. 




Nama Panggilan Untuk Buah Bidara Ada Banyak

Buah Bidara jika mengikut nama latin atau sainsnya adalah Ziziphus Mauritiana. Ia adalah sejenis tanaman yang tergolong dalam keluarga rhamnaceae yang menghasilkan buah yang manis dan disukai oleh ramai peminat. 

Antara panggilan lain mengikut tempat yang berbeza ini adalah Widara (panggilan Jawa), Zee-pen (Burma), Putrea (Kamboja), Than (Laos) dan juga Bekul (Bali). Ia juga dikenali sebagai Jujube di kalangan warga Korea

Selain dari nama-nama tadi, ia juga turut dikenali sebagai kurma cina (Chinese date), Korean date, Indian date dan Red date yang ditanam untuk pokok hiasan disamping menghasilkan buah. Selain daripada bidara ia juga turut dikenali sebagai Epal Siam bagi sesetengah orang. 




Rupa Bentuk Pohon Bidara

Pohon Bidara mudah untuk dikenali dengan melihat pada pohonnya. Perdu pohon bidara ini kelihatan rendang dan berduri. 

Ketinggian pohon bidara ini pula selalunya mencapai ketinggian sebanyak 5 meter. Tumbuhan ini bolehh tumbuh dengan baik dalam keadaan iklim yang pelbagai.



Bentuk daun pohon bidara pula adalah bulat kecil dan berwarna hijau. Saiz bunganya pula kecil saja dengan bentuk seakan payung. 

Manakala buah bidara ini pula bulat buni dengan warna hijau dan kemerah-merahan ketika sedang masak. 

Biji dari buah bidara sangat keras hingga boleh dijadikan sebagai tasbih, gelang dan juga rantai. Setiap buah mempunyai satu biji sahaja.




Kandungan Yang Terdapat Di Dalam Buah Bidara

Dipercayai buah bidara kaya khasiat, manfaat dan kebaikan kepada sesiapa saja. Siapa sangka rupanya pohon bidara ini merupakan salah satu jenis tanaman yang memiliki manfaat baik bagi manusia. 

Patutlah tanaman yang satu ini telah dikenali sejak zaman dulu lagi. 

Berikut ini adalah kandungan yang terdapat pada buah bidara :

  • Vitamin A 
  • Vitamin C
  • Karbohidrat
  • Protein
  • Fosfor
  • Zat Besi
  • Kalsium
  • Niacin
  • Beta Karoten
  • Mineral dan banyak lagi




Khasiat Buah Bidara Ternyata Sangat Banyak Sekali

Sekarang daku kongsikan pula antara manfaat atau khasiat buah bidara ini. Ia bukan saja sangat bagus untuk di makan dengan rasa yang sedap malah ia dikatakan juga sangat bagus untuk kesihatan dan juga kecantikan. 

Rasa bidara enak, manis dan lebih rangup daripada epal hijau. Antara khasiat-khasiat tersebut adalah :


1. Malancarkan Peredaran Darah

Buah Bidara memiliki kandungan Zat Besi dan vitamin yang dapat melancarkan peredaran darah kita. 

2. Kandungan Antioksidan Mencegah Radikal Bebas

Kandungan manfaat antioksidan di dalam buah bidara baik untuk mencegah datangnya radikal bebas. Radikal bebas merupakan penyebab penyakit yang pelbagai termasuk yang di bawa oleh udara.

3. Mengatasi Masalah Gangguan Kesihatan Pada Mulut

Ulser, gusi berdarah dan bibir pecah merupakan beberapa jenis gangguan mulut yang sering dihidapi oleh sesiapa saja. Terutama jika kurang minum air dan kurang menjaga kebersihan mulut. Daun dari buah bidara boleh digunakan untuk mengatasi masalah-masalah ini.




4. Menguatkan Tulang Dan Gigi

Daun bidara mengandung banyak mineral yang berguna dalam merawat kesihatan tulang mahupun kesihatan gigi. Buah bidara ini juga turut memiliki kandungan kalsium, fosfor, kalium dan mineral lainnya. 

Jadi buah ini juga sangat baik untuk pertumbuhan gigi anak-anak yang masih kecil terutama di ketika usia mereka 5 tahun.


5. Mengubati Luka

Daun bidara memiliki kandungan antiseptik sehingga sesuai digunakan untuk mengubati luka baik luka yang telah lama mahupun luka yang masih baru. Daun bidara juga terkenal kerana sifatnya yang mendinginkan. 


6. Mengatasi Masalah Kewanitaan Dan Jerawat Pada Wajah

Khasiat buah bidara untuk wanita juga banyak. Ia sangat sesuai untuk wanita yang mengalami masalah keputihan, haid yang tidak lancar dan lain- lain lagi. 

Penggunaan daun bidara juga sangat sesuai digunakan untuk mengatasi masalah gangguan tersebut. Daun bidara juga bagus untuk kecantikan bagi masalah jerawat dan sebagainya.



7. Mengandungi Antibakteria Yang Bagus Untuk Ubati Pelbagai Penyakit Lain

Daun bidara turut memiliki kandungan antibakteria. Antibakteria ini memiliki banyak khasiat seperti mengubati penyakit yang disebabkan oleh bakteria seperti demam babi, pilek, influenza, demam burung bahkan HIV/AIDS. InshaAllah.



8. Melancarkan Sistem Pencernaan

Salah satu khasiat dari buah bidara juga bisa dijadikan pelancar sistem pencernaan. Daun bidara dapat digunakan untuk mengatasi masalah yang berkaitan dengan gangguan pencernaan sehingga ke tahap kanser perut. 

Ini kerana di dalam buah bidara ini terkandung serat-serat yang baik untuk melancarkan usus. Maka jika kalian ada masalah kembung perut hingga susah untuk membuang air besar, salah satu solusinya adalah dengan memakan buah bidara ini.






9. Mampu Membantu Ubati Penyakit Diabetes

Daun bidara memiliki kandungan glikemik yang rendah sehingga bagus untuk mengubati diabetis tahap 1, 2 serta diabetis gestasional (diabetis yang dialami oleh ibu yang mengandung).



[ Baca Juga ] :
Jenis Roti Wholemeal : Cara Pilih Roti Yang Betul Untuk Diet



10. Membantu Merawat Gangguan Jin Dan Sihir

Khasiat buah bidara kampung dalam Islam pula dikatakan berbeza. Khasiat buah bidara dalam perubatan Islam dikatakan dapat membantu merawat gangguan jin dan sihir.

Ibnu Kathir dalam huraiannya apabila menafsirkan Surah Al Baqarah Ayat 102 berkaitan Syaitan yang memfitnah Nabi Allah Sulaiman bahawa baginda menggunakan Sihir bukan Mukjizat meriwayatkan bahawa yang paling bermanfaat dalam menghilangkan pengaruh sihir adalah dengan menggunakan apa yang diturunkan Allah swt kepada RasulNya untuk menghilangkan hal itu iaitu membaca al-muawwidzatian (al-Falaq dan an-Nas) dan Ayat Kursi kerana ayat-ayat itu dapat mengusir syaitan .:
Al Qurtubi menceritakan daripada Wahab untuk mengubati Sihir: “Diambil 7 helai daun bidara ditumbuk halus lalu dicampurkan air dan dibacakan Ayat Kursi dan diberi minum pada orang yang terkena sihir tiga kali teguk dan baki airnya diguna untuk mandi, Insya Allah akan hilang sihirnya”. 
“Dan diutamakan membaca Qul A’uzubil Falak, Qul A’uzubirabinnas juga ditambah Ayat Kursi kerana ayat-ayat itu dapat mengusir Syaitan.” (Tafsir Ibn Katsir Jilid Satu Terjemahan Pendek Laman 171) (Tafsirul QuranilAzim Juz: 1 halaman 372)
Setahap mana ianya berkesan untuk merawat gangguan jin dan sihir daku sendiri tidak tahu. 

11. Bidara Juga Ikut Berguna Untuk Mandikan Jenazah 

Dalam hadits yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhuma tentang orang yang jatuh dari untanya lalu meninggal dunia, Nabi shollallahu ‘alaihi wa ‘ala alihi wa sallam bersabda :

اغْسِلُوْهُ بِمَاءٍ وَسِدْرٍ وَكَفِّنُوْهُ فِي ثَوْبَيْنِ
.
“Mandikanlah dia dengan air yang dicampur daun bidara dan kafanilah dengan dua baju”. (HR. Bukhary :1719)

demikian pula,

Hadits Ummu ‘Athiyah tatkala anak Nabi shollallahu ‘alaihi wa ‘ala alihi wa sallam meninggal, baginda bersabda :


اغْسِلْنَهَا ثَلاَثًا أَوْ خَمْسًا أَوْ سَبْعًا أَوْ أَكْثَرَ إِنْ رَأَيْتُنَّ ذَلِكَ بِمَاءٍ وَسِدْرٍ

“Mandikanlah dengan air yang dicampur daun bidara tiga kali atau lima atau tujuh atau lebih jika kalian anggap perlu ... ”. (HR. Bukhary : 1175).




“Rasulullah masuk kepada kami ketika kami sedang memandikan puteri baginda lalu bersabda, ‘Mandikanlah dengan siraman yang ganjil, iaitu tiga kali, lima kali (tujuh kali), atau lebih banyak dari itu-jika kalian anggap perlu-dengan cara menggunakan air dan daun bidara. Berilah kapur barus di akhir kalinya.’ Baginda bersabda kepada kami ketika kami hendak memandikannya, ‘Mulailah dengan anggota badan bahagian kanan dan anggota-anggota wudhunya. 

Jika telah selesai, maka beritahukan kepada aku.’ Ketika kami telah selesai, kami memberi tahu baginda. Lalu, baginda memberikan sarung baginda  kepada kami seraya bersabda, ‘Pakaikanlah (sarung ini) kepada nya.’ (Dan baginda tidak menambah dari itu, dan aku tidak mengetahui puteri baginda yang mana dia itu). Kami sisir dia (dan dalam satu riwayat: lalu kami ikat rambutnya) tiga ikatan. 



Sebab Mengapa Daun Bidara Digunakan Oleh Rasullullah SAW

Apa istimewanya daun bidara ini sehingga Nabi kesayangan kita bersabda sebegitu? Untuk pengetahuan semua, daun bidara memiliki semacam zat yang membuat jenazah menjadi wangi selain menghilangkan kotoran. 

Kemungkinan juga kelebihan daun bidara ini mampu untuk membunuh atau menghapuskan gas ammonia pada jenazah yang menyebabkan mereka yang memandikan jenazah berasa tidak tenang atau demam dikenali dengan nama badi mayat akibat dijangkiti kuman yang terhasil daripada gas ammonia.

Jelas dalam dua hadits tersebut suri tauladan kita, Nabi Muhammad shollallahu ‘alaihi wa ‘ala alihi wa sallam memerintahkan penggunaan daun bidara untuk memandikan jenazah. Semoga kita menghidupkan sunnah-sunnahnya kembali.



Ternyata,  memang benar buah bidara benefit nya sangat banyak dan elok untuk diamalkan sebagai salah satu makanan sihat untuk semua. 

Buah bidara sedap di makan begitu saja atau di makan dalam bentuk rojak. Jika susah nak dapatkan yang fresh boleh makan buah bidara jeruk yang juga sedap rasanya. 


Jemput join :

Telegram Rasmi Sis Hawa Blog 👉  https://t.me/sishawadotcom

Telegram Rasmi Info Ibu Hamil & Baby 👉  https://t.me/ibuhamilmalaysia

24 comments for "Senarai Khasiat Buah Bidara Untuk Manusia (No 10 & 11 Benar-Benar Mengejutkan!)"

  1. mmg sedap buah bidara nih, ranggup sangat

    ReplyDelete
  2. 1st time liez rasa buah bidara masa g padang besar 3 minggu lepas.. tak tahu pulak banyak khasiat.. yang liez tau, viral pasal buah tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. awa pun baru tau khasiat ni semua liez... tu share kat sini tu...

      Delete
  3. terima kasih info, baru tahu buah bidara tu sama dengan red date....ingatkan 2 benda yang berbeza, dua-dua pun biasa makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2.... haa elok amalkan selalu sbb mmg bnyk sgt khasiatnya tu

      Delete
  4. buah ni boleh buat ketagih. lepas ja makan sebiji, mesti nak lagi dan lagi. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kiki.. sekali makan tak sedar kan? haha.. payah nk stop!

      Delete
  5. Buah ni sedap. Baru makan 1st time tahun lepas kot. Crunchy la

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la ramai ckp sedap.. bnyk khasiat plak.. mmg berbaloi makan

      Delete
  6. Menarik ni...akak suka buah ni..kalau hadap sorang2 sebakul bleh habis..eh dah musim ke erk?

    ReplyDelete
    Replies
    1. mau tak habis, sedap sngat kan? lagi2 bila tahu ada bnyk khasiat mcm ni... eh tak tahu pula dh musim ke belum..

      Delete
  7. Great post 😊 thanks for your sharing 😊 thanks

    ReplyDelete
  8. Banyak khasiat buah bidara ni
    tapi jarang2 makan.

    ReplyDelete
  9. banyak khasiatnya ya..sy nda pernah makan buah ni.. sedap ka

    ReplyDelete
  10. Bnyk betul khasiat buah bidara ni ye. Nmpk mcm buah epal pun ada.

    ReplyDelete
  11. Wahh nice
    Info
    Utk
    Buah ni sis.. suka beli minyak
    Therapy Bidara..

    ReplyDelete
  12. betul.. memang sedap buah bidara ni.. hee~ saya kalau makan memang tak sebijik dua sebab tau khasiat dia..

    ReplyDelete
  13. pernah nampak buah ni masa akak pegi Kelantan...ingatkan buah epal kecik. tapi tak rasa pun.

    ReplyDelete
  14. oh boleh merawat gangguan jin juga rupanya. tq atas perkongsian

    ReplyDelete
  15. tak pernah makan buah bidara ni . apa rasa dia erk

    ReplyDelete
  16. buah bidara ni mmg bagus utk perubatan islam kan

    ReplyDelete