Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Pageviews (PV) Blog Kini Cecah 3 Juta, Alhamdulillah

"Pageviews blog dah cecah 2 juta. Macam tak caya pun ada. Tapi betul lah pageviews blog dah cecah 2 juta hari ini (19.06.2019)."

Itu adalah antara ayat yang ku tulis dalam entry lepas sewaktu blog capai 2 juta PV dan kini selepas 3 bulan berlalu alhamdulillah blog telah mencapai 3 juta PV (pageviews) pula. Ini bermakna PV blog telah bertambah lagi 1 Juta dalam masa 3 bulan. Syukur sangat-sangat! Daku punya impian sebenarnya untuk cuba capai 1 juta setahun tapi tak sangka rezeki yang Allah SWT beri adalah lebih murah dari itu. Syukurrrr..... syukur sangat-sangat!!



Apa Yang Ohsem Sangat Bila PV Bertambah Ni? 

Sama seperti dulu, walaupun PV blog ini hanyalah pada satu nombor saja tanpa melibatkan sebarang nilai dalam bentuk wang namun ianya adalah satu tanda kejayaan yang akan daku kenang sampai bila-bila selepas bersusah payah naikkan PV blog ini. 

Dengan peningkatan PV (pageviews) ini juga bermakna masa depan untuk blog ini InshaAllah akan lebih cerah. Peningkatan trafik merupakan satu tanda bahawa blog sudah semakin di terima dan secara tidak langsung peningkatan trafik ini juga dapat beri harapan yang lebih cerah untuk naikkan earnings dari Adsense, Innity, Nuffnang dan sebagainya. 

Pageviews Blog Capai 3 Juta PV ini bagiku adalah seperti 'bekas tapak kaki' yang ditinggalkan oleh para pembaca. Maka apabila ianya bertambah sudah pasti akan membuatkan daku rasa happy yang teramat sangat. Terasa bagaikan segala penat lelah dan masa yang dihabiskan untuk menulis di blog ini semakin terbalas. Happy sangat-sangat bila apa yang di tulis itu dapat beri manfaat kepada para pembaca. 


Walaupun blog orang lain ada yang jauh lebih hebat dari blog ini, namun daku tetap berpuashati dengan hasilnya. Biarlah tak gah seperti blog mereka yang lebih senior sekalipun, yang penting daku dapat alami sendiri jatuh bangun susah senang untuk bangunkan blog ini dari zero to hero. Alhamdulillah.... =D

11 comments for "Pageviews (PV) Blog Kini Cecah 3 Juta, Alhamdulillah "

  1. Tahniah, Kak Awa😊. Semoga terus bersemangat untuk blogging.

    ReplyDelete
  2. tahniah. bukan biasa-biasa ni. baru 3 tahun blog ni dah cakap level ni.

    ReplyDelete
  3. Tahniah..bukan biasa2... kite lama lagi pun xcapai lagi tara nii...huuhuhu

    ReplyDelete
  4. Tahniah admin. Teruja sama tengok pencapaian hebat ini. Dia punya income lagi la hebat kan. Konten yang bagus dah tentunya menarik minat ramai pembaca datang ke sini, termasuk google search engine juga. Moga blog sishawa terus sukses.

    ReplyDelete
  5. Tahniah sis! Hebat betul.. Asyraf dah 10 tahun blogging pon tak sampai tahap macam ni.

    Yelah content main peranan jugak ..hehe...

    ReplyDelete
  6. Tahniah sis, kena follow rapat orang hebat ne

    ReplyDelete