Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Resepi & Khasiat Lengkap Bayam Brazil, Senang Tumbuh Sedap Makan

Resepi & Khasiat Lengkap Bayam Brazil, Senang Tumbuh Sedap Makan Bayam Brazil (Brazillian Spinach) adalah sayuran yang sesuai dimakan mentah, salad dan sebagai hiasan makanan. Bayam Brazil memang sedap! Serius! Rasanya yang tidak pahit dan rangup betul-betul sesuai untuk dijadikan sebagai salad.

Bayam Brazil in english disebut sebagai Brazillian Spinach, Poor Man Spinach, Sambu dan juga Samba Lettuce. Banyak juga namanya ni. Bayam Brazil untuk nama saintifiknya adalah Althernanthera sissoo dan ia merupakan spesies tanaman sayuran yang berasal daripada Brazil dan Amerika. 




Bayam Brazil adalah dalam kategori sayuran yang boleh di makan dalam pelbagai cara. Nak makan mentah ke, nak makan yang di masak ke, itu atas kreativiti dan selera masing-masing. Yang penting, khasiat Bayam Brazil terhadap kesihatan ada banyak tau! Pada yang suka makan Bayam Brazil eloklah baca artikel ni dari awal hingga akhir.

Antara Masakan Yang Boleh Dibuat Dengan Bayam Brazil 

1. Salad Bayam Brazil (Makan Mentah)

Resepi salad Bayam Brazil ini simple saja. Ini kerana Bayam Brazil boleh digabungkan dengan pelbagai sayuran lain dengan mudah disebabkan rasa dan teksturnya yang sedap dan rangup tu. Bagi yang suka dijadikan sebagai salad, bolehlah di cuba cadangan resepi untuk menu salad Bayam Brazil seperti di bawah ni. 





2. Sayur Bayam Brazil (Di Masak)

Cara masak Bayam Brazil juga tak susah sebenarnya. Ini adalah cadangan resepi hidangan untuk Bayam Brazil yang boleh di cuba. Kan dah kata macam-macam boleh masak dengan Bayam Brazil ni. Kalau kat rumah ada Bayam Brazil, dari dijadikan ulam apa kata kali ini dengan cara masak pula. 


- Bayam Brazil tumis (goreng/berkuah) -

- Bayam Brazil goreng belacan -

- Bayam Brazil masak lemak bersama udang / labu -

- Bayam Brazil masak sup campur -

- Bayam Brazil goreng tepung -

- Bayam Brazil bersama pasta -


3. Bayam Brazil Dengan Pastri (Di Bakar)

Bayam Brazil ni nak guna untuk pastri pun boleh! Kiranya Bayam Brazil ni sesuai untuk dimasukkan sebagai inti untuk roti, pie, pizza, sandwich dan sebagainya.




Nampak tu? Sedap sedap semua resepi menu untuk Bayam Brazil tu kan? Ala.. dah terliur ni haa.. kiranya Bayam Brazil ni boleh di olah dalam pelbagai menu masakan dan kalau buat kerabu pun dah tentu sedap ni! 

Apakah Khasiat Daun Bayam Brazil Ini Sebenarnya?

Menurut kajian, khasiat Bayam Brazil terhadap kesihatan memang banyak. Cuma tak dinafikan masih kurang pendedahan mengenai manfaat Bayam Brazil ini dikalangan orang kita. Rata-rata mengemarinya dek kerana rasanya yang ohsem! Tak kisahlah, janji makan. 

Bagi yang benar-benar ingin mengetahui apakah sebenarnya khasiat Bayam Brazil ini pada tubuh badan manusia, inilah dia senarai khasiat lengkap Bayam Brazil yang patut kita ketahui. 
  • melawan kanser
  • menguatkan tulang
  • mengekalkan kesihatan mata
  • salah satu sumber vitamin K
  • meningkatkan sistem imuniti badan
  • membantu melancarkan darah
  • mencegah anemia
  • mengekalkan stamina
  • mengekalkan kesihatan mulut
  • mengatasi masalah gusi
  • mengikat kalsium
  • nutrisi yang baik untuk pembesaran
  • membantu sistem penghadaman
  • mengelakkan daripada sembelit


Apa yang makin best, Bayam Brazil sangat sesuai dijadikan menu diet kerana ia dapat menurunkan berat badan dan dalam masa yang sama Bayam Brazil juga dapat mencegah penuaan pra matang untuk kekalkan wajah supaya nampak awet muda.


Cara Tanam Bayam Brazil Di Rumah 

Cara tanam pokok Bayam Brazil tersangatlah mudah. Cara penanaman dan penjagaan yang sangat mudah ni tak ubah seperti tanam kangkung yang mudah tumbuh tu! Cara tanaman Bayam Brazil boleh dibuat dalam apa jua bekas seperti pasu, plastik semaian dan sebagainya. 

Ini Bayam Brazil yang suamiku tanam di rumah. Disebabkan rumah kami ni ada arnab yang dilepas bebas maka tak boleh tanam kat bawah. Kan tak pasal jadi gondol hehe. Maka suamiku buat bekas tanam Bayam Brazil dengan menggunakan batang saluran paip plastik yang dipotong dan diikat pada pagar. 


Cara penanaman Bayam Brazil boleh dibuat dengan menggunakan keratan batang. Kiranya ambil makan buat ulam kemudian recycle semula batang tersebut untuk dijadikan sebagai benih.


[ Baca Juga ] :
Cara Bacaan Bismillah 5 Sebagai Pendinding Dan Penyembuh




Bayam Brazil Juga Cantik Untuk Dijadikan Deko Dan Landskap Halaman 






Berapa Harga Bayam Brazil Ni? Mahal Tak?

Untuk harga pasaran aku kurang periksa kerana aku sendiri masa mula-mula makan dulu ambil kat rumah mertua je! Tapi rasanya tak mahal mana sebab ia adalah sejenis sayuran yang sangat mudah untuk tumbuh.

Beli je sekali lepas tu jangan di buang batangnya. Boleh tanam kat mana-mana untuk dijadikan tanaman sendiri then bolehlah nikmati puas-puas. Nak lagi mudah minta sikit dari rumah kenalan, jiran atau ahli famili untuk dijadikan sebagai benih permulaan. 

Jom tanam dan makan Bayam Brazil, dah lah sedap boleh bantu turunkan berat badan pula, kan best tu!


Jemput join :

Telegram Rasmi Sis Hawa Blog 👉  https://t.me/sishawadotcom

Telegram Rasmi Info Ibu Hamil & Baby 👉  https://t.me/ibuhamilmalaysia

12 comments for "Resepi & Khasiat Lengkap Bayam Brazil, Senang Tumbuh Sedap Makan"

  1. nak kene cari jugak nih, pstu tanam kat tepi rumah...

    ReplyDelete
  2. Tak pernah cuba masak.. tanam tu ada.. hehehe

    ReplyDelete
  3. suburnya.. mmg mudah tanam hanya cucuk-cuck jer.. dah hidup . saya pun bru berjinak-jinak dgn bayam brazil

    ReplyDelete
  4. kalau tengok rancangan masak omputih depa ska guna gak ni..
    tak sure penah makan ke x.. kadang2 sayur ni tatau nama tapi tibai je makan =P

    ReplyDelete
  5. sedap bayam brazil ni.. liez selalu makan tapi mak liez yang masak..

    ReplyDelete
  6. Mmg trending bayam ni skrg..kwn ramai tanam

    ReplyDelete
  7. Ada juga tanam kat rumah. Tapi tak minat sangat hehe parents je makan

    ReplyDelete
  8. memei tengah viral sakarang ni kan Awa bayam brazil ni, kak ana belum cuba tanam lagi :)

    ReplyDelete
  9. Hehe cheery Ada sepasu. Kakak bagi

    ReplyDelete
  10. Betul mudah sangat tanam. Pasni nak cari pasu la tanam dalam pasu pulak.

    ReplyDelete
  11. bayam brazil ni pendek kata buat lah apa pun, semua nya sedap di makan. hehehehee

    ReplyDelete
  12. dah tanam bayam ni kat rumah, memang senang nak jaga pokok dia

    ReplyDelete