Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

3 Kali Minta, Pin Adsense Tetap Tak Sampai (Akhirnya Berjaya!)

3 Kali Minta, Pin Adsense Tetap Tak Sampai | Bagi yang belum biasa dengan Google Adsense, untuk pengetahuan Adsense akan menghantar pin dalam bentuk surat biasa yang akan di pos terus ke alamat yang didaftarkan. Ini tak lain dan tak bukan untuk mengesahkan akaun dengan membuktikan yang diri si empunya akaun Adsense ini bukannya spam dan sebagainya. 




Nombor Pin Adsense Ini Untuk Apa Sebenarnya? 

Nombor PIN Adsense adalah seumpama 'kod' untuk pengesahan bagi memastikan diri seseorang individu itu sebagai pemilik akaun Adsense yang sah dan pengesahan tersebut hendaklah dilakukan dalam jangka masa yang telah ditetapkan.

Jumlah pemintaan Pin ini pula boleh dilakukan sebanyak 3 kali dan jika masih gagal juga sahkan maka akaun Adsense tersebut boleh dihentikan. Kiranya macam kena bloklah. Yang rugi sudah semestinya diri empunya blog itu sendiri. Sedih tau bila tiba-tiba akaun Google ads ni kena stop. 

Dan disebabkan itulah semua pemilik akaun Adsense boleh merasa tertekan sekiranya surat pengesahan yang mengandungi 6 digit pin ini tidak sampai. Dan salah seorangnya tak lain dan bukan adalah diriku sendiri. Yup! Pin Adsense untuk blog tetap tak kunjung datang walau dah tiga kali buat permintaan. Nak kata alamat salah, memang betul dah! Jadi mungkin ada kaitan pada pihak posto barangkali (Mungkin....)


Pengalaman Berdepan Dengan Masalah Pin Adsense Tidak Sampai

Bayangkan, dah request pin sampai 3 kali tapi tetap juga belum sampai. Memang tak faham kat mana silapnya sampai tidak boleh kunjung tiba pin tu. Maka bermulalah episode mencari jalan untuk keluar dari masalah ni. Dalam hati tetap tak putus berdoa moga-moga pin Google Adsense ni boleh sampai dengan segera. Mungkin ada masalah pada pihak pos barangkali. 

Pin Adsense ni memang sangat penting! Tanpa PIN daripada Google Adsense wang USD yang berjaya dikumpulkan sama sekali tidak boleh dicashkan. Mau tak sedih. Hari-hari terpaksa google untuk cari cara bagaimana nak selesaikan masalah . Bila tengok kat forum eh ramai rupanya yang dapat masalah macam ni. 

Berdasarkan info yang di cari sis dapat faham dengan lebih jelas yang :

1 - PIN Google Adsense akan dihantar palin banyak hanya sebanyak tiga kali

2 - Pin Adsense ini perlu segera dimasukkan ke akaun untuk pengesahan dengan segera

3 - Pin hanya dihantar dengan kaedah pos saja

4 - Pin perlu di isi dengan betul dalam tiga kali percubaan. Jika salah maka akaun akan di blok. 

5 - Selepas tiga kali buat permintaan Pin, maka cara tersebut sudah tidak valid lagi.

6 - Langkah terakhir adalah dengan menghantar nombor ID (kad pengenalan) 

Alhamdulillah, sekarang dah faham dan semakin faham cuma yang sis masih keliru, bagaimanakah caranya untuk sahkan akaun Adsense pakai IC ni? Google sana google sini eh takde jumpa panduan yang diharapkan. Rasa cemas semakin bertambah dan dalam masa yang sama tetap juga berdoa agar semuanya dapat diselesaikan. 

Jangan Putus Harapan

Disebabkan tetap juga nak dapatkan income yang dah terkumpul dalam akaun Adsense tu, sis tetap tak putus asa untuk terus cuba dan mencuba bagi mendapatkan PIN Google Adsense ini. Akhirnya! Selepas puas try and error, dapat juga cara bagaimana untuk menghubungi pihak Adsense dan bagaimana juga untuk sahkan akaun dengan menggunakan IC. 


Nak tahu bagaimanakah cara untuk dapatkan pin adsense yang tidak sampai ni? Boleh klik LINK INI untuk panduan step by step dari awal hingga akhir. 

AKHIRNYA..... yes! Berjaya.... =D 







5 comments for "3 Kali Minta, Pin Adsense Tetap Tak Sampai (Akhirnya Berjaya!)"

  1. Blog kita tak layak sebab kita malas nak follow peraturan Google. Kita menyembang ajelah.

    ReplyDelete
  2. xpernah guna adsence lg....xpernah iklan apa apa pun...thanks for the share yea...

    ReplyDelete
  3. good luck sis. Alhamdulillah saya senang dapat no pin adsense. Rezeki kot.

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah akhirnya! tahniah ^_^

    ReplyDelete
  5. Mrs. A dah ada adsense tapi Pin tak pernah minta lagi income pun ciput je tak boleh nak cash-out pun hehehe...
    Anyway esok-esok boleh refer entry Sis Hawa yang ni.
    TQ

    ReplyDelete