Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Pageviews Blog Sis Hawa Cecah 5 Juta - Syukur Alhamdulillah

Blog Sis Hawa Cecah 5 Juta Pageviews | Syukur alhamdulillah, akhirnya blog berjaya cecah 5 juta pageviews. Tarikh hari ini 13.12.2019 memang tak akan dilupakan untuk pencapaian 5 juta PV ini. Memang excited walaupun hakikatnya blog orang lain cool je bila cecah PV 5 juta ni! Sorryyy.... 

Untuk seorang penulis blog sebenarnya jumlah pageviews ini boleh menjadi satu pembakar semangat untuk terus menulis. Bermula dari impian pertama untuk capai 1 juta views meningkat setahap demi setahap merupakan satu hala tuju yang diimpikan oleh semua blogger.. Sebab tu jangan hairan kalau ada blogger yang akan berkongsi berita pencapaian jutaan views untuk blog ini pada pembaca. 


Pencapaian sebanyak 5 juta inipun kalau tanpa kehadiran pembaca memang tak akan dapat. Sebab itu setiap blogger sayang sayangkan pembaca mereka masing-masing walaupun hakikatnya tak kenal secara direct. Disebabkan itulah walaupun pv blog jutaan ini tak melibatkan sebarang cash tetapi seronoknya tu lain macam. 


Ia juga merupakan satu rasa syukur atas segala penat lelah menulis selama ni. Baik satu juta mahupun lima juta itu semua tak penting, apa yang lebih penting susah payah menulis selama ni berhasil untuk menarik pembaca ke blog sedikit demi sedikit dari hari pertama hinggalah ke tahap jutaan pageviews ini. 

Pageviews Naik 1 Juta Dalam Masa 3 Bulan 

19.06.2019 - tarikh blog ini mencapai angka 3 juta PV. Untuk angka 4 juta daku tak sempat nak snap sebab agak busy masa tu so daku terus langkau ke 5 juta. Maka ini bermakna blog ini berjaya mencapai 2 juta PV dalam masa hampir 6 bulan. Jika di hitung balik anggarannya lebih kurang 1 juta pageviews dalam masa 3 bulan. 

[ BACA JUGA ] :
PV Blog Cecah 2 Juta 
Blog Capai Bilangan 1,000 Pembaca Dalam Satu Masa
Pageviews Blog 3 Juta 


Syukur..... syukur sangat-sangat.... sama sekali takde niat untuk riak atau apa melainkan rasa happy yang teramat sangat. Dalam masa yang sama moga pencapaian seperti ini dapat menjadi inspirasi pada penulis blog baru yang lain. 

Sekarang tugas untuk maintain pula. Alamak! Ini pun mencabar juga. Mula-mula kena susah payah untuk naikkan trafik / pageviews kemudian kena pula usaha untuk maintain. Haaa part ni agak mencabar diri. Rasa nak give up kekadang tu tapi semangat kena diteruskan juga walau kadangkala rasa nak tersungkur. 
Mungkin ada blogger lain yang akan cakap, "eh ada saya kisah kalau pageviews blog awak tu capai 5 juta.." Hahaha.. nampak sangat blogger lain tak ada hal pun untuk benda yang macam gini. Iyalah sebab dah terbiasa kan?  =D

Yang pasti, hasrat di hati sekarang ni nak terus menulis untuk capai angka jutaan pageviews yang seterusnya. Manala tahu kot kot leh terus bergerak hingga capai angka 10 juta pageviews pulak ke. Wah tinggi punya berangan ni! Aduhai.... Tak apalah, tak cuba tak tahu kan... 

Bagi blogger baru lain yang sama seperti diriku ini, antara tips bagaimana untuk mencapai pageviews yang baik adalah :
  • tulis artikel yang boleh beri info atau ilmu pada orang lain
  • tulis artikel dengan gaya bahasa yang mudah di baca dan difahami
  • gunakan template responsive supaya mudah di baca dari handphone
  • jangan design blog dengan agak keterlaluan
  • kekalkan penulisan dengan gaya bersahaja mengikut keselesaan sendiri
  • tak perlu menjadi copycat sebaliknya persembahkan blog mengikut style sendiri

Untuk kenangan pencapaian pageview 5 juta ini, alhamdulillah sujud syukur yang teramat sangat! Sejak 2017 mula menulis hinggalah hampir masuk ke tahun 2020 ini, nampaknya hala tuju blog ini telah berada di landasan yang betul walaupun hakikatnya masih banyak lagi yang perlu diperbaiki. 

Tak apalah, sikit demi sedikit... kalau semuanya nak ekspress tak guna juga kan? Jalan je slow-slow sambil nikmati apa yang ada. Baik atau buruk kutip sebagai pengalaman untuk terus perbaiki apa yang kurang kelak. InshaAllah. 

p/s: Terima kasih sangat-sangat pada semua pembaca dan rakan blogger yang tak jemu-jemu singgah di blog Sis Hawa yang tidak sepertinya ini. 


..

8 comments for "Pageviews Blog Sis Hawa Cecah 5 Juta - Syukur Alhamdulillah "

  1. Banyaknya view.. Tak mustahil boleh cecah 10 juta ni.

    ReplyDelete
  2. Tahniah awa.
    Mrs Pip jauh lagi nak capai pv 5 juta ni.
    Ni tengah tahan sakit gigi, isnin ni nak gi cabut lagi gigi.
    Alahai.

    ReplyDelete
  3. Tahniah atas pencapaian yang cemerlang ini. Bukan banyak blog yang boleh dapat pengunjung yang begitu banyak. Admin mesti berusaha kuat dengan blog ini.

    ReplyDelete
  4. Tahniah sis Hawa.. tumpang gembira untuk awak😊

    ReplyDelete