Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

14 Menu Tidak Pedas Yang Sedap Untuk Pikat Selera Anak

13 Menu Masakan Tidak Pedas Yang Sedap Untuk Anak | Anak kurang gemar masakan pedas itu sudah biasa, dan sebagai mama papa kenalah mencari menu masakan tidak pedas untuk anak. Kadang-kadang boleh kering idealah juga. So, kat sini dikongsikan resepi masakan tidak pedas untuk anak buat si ibu ayah cuba. Harap-harap kenalah dengan selera anak masing-masing. 


Selalu kalau menu masakan tidak pedas untuk anak ni mesti sup kan? Asyik sup saja, hmmm jemulah juga. Jadi apa kata kita cuba menu lain pula. 


MEE GORENG ALA OGLIO OLIO


  • 1 bungkus mee kuning 
  • 1/2 labu bawang putih
  • 1/2 sudu kecil lada hitam (boleh tambah jika suka pedas)
  • 5 sudu makan sos tiram 
  • sotong (boleh letak makanan laut lain juga)
  • sedikit sawi hijau
  • 1 sudu makan gula 
  • sedikit minyak untuk menumis



1. Tumbuk bawang putih bersama lada hitam biji hingga lumat

2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih bersama lada hitam yang telah di tumbuk hingga layu dan naik bau

3. Masukkan sos tiram bersama sedikit air dan kacau sebati (air masuk sikit saja tau! sekadar tak nak bagi sos tiram melekat di kuali je)

4. Masukkan sotong dan sayur di ikuti dengan gula

5. Akhir sekali masukkan mee kuning dan kacau sebati semuanya. Sedia untuk di makan.



MASHED POTATO WITH CARROT SAUCE 


Ini adalah resepi sedap untuk anak bawah usia 2 tahun. Berkhasiat juga kerana ia menggunakan carrot. Dan elok untuk anak yang kurang berat sebab resepi ni ada sekali marjerin dan butter.


1/2 batang carrot
2 biji kentang  
sedikit marjerin untuk menumis
sedikit serbuk ikan bilis (homemade)
sedikit unsalted butter
3 - 4 sudu makan fresh milk 
1 sudu makan cream cheese
2 ulas bawang putih 
1 ulas bawang merah 

CARA-CARANYA :

* Mashed Potato *

1. Rebus @  kukus kentang dan carrot sehingga empuk dan ketepikan.
2. Lenyek kentang yang masih panas sehingga hancur, masukkan sedikit unsalted butter, cream cheese dan susu segar supaya teksturnya menjadi lembut. 
3. Tambahkan sedikit serbuk ikan bilis untuk memberi lebih rasa. 


* Carrot Sauce *



1. Blend carrot yg telah direbus tadi hingga halus. 




2. Cincang halus bawang putih dan bawang merah. Daku mayang biasa sebab tu semasa beri baby makan perlu ketepikan bawang tu.

3. Kemudian tumis bawang merah dan bawang putih tadi dengan sedikit marjerin sehingga naik bau. 

4. Masukkan carrot yang telah di blend tadi dan letakkan sedikit air / stok ayam. Jika mahu tekstur yang agak pekat, boleh masukkan sedikit kentang lenyek tadi sebagai pemekat kuah.


SOTONG GORENG TEPUNG STYLE RESTORAN IKAN BAKAR




Sotong
Tepung Jagung
Tepung Ubi Kayu
Garam
Serbuk Kunyit
Telur

1. Bersihkan sotong dan potong ikut style yang disukai kemudian letakkan secubit garam dan gaul sebati.

2. Pecahkan telur ke dalam adunan sotong, gaul sebati sekali lagi.

3. Campurkan tepung jagung bersama dengan tepung ubi kayu menggunakan kadar nisbah 3 : 1. Maksudnya jika tepung jagung 3 senduk maka tepung ubi kayu 1 senduk. Macam tu.

4. Masukkan sedikit serbuk kunyit dan secubit garam di dalam adunan tepung.

5. Sekarang bolehlah digolekkan sotong di dalam tepung sehingga rata.

6. Panaskan minyak hingga betul-betul panas dengan api yang sedikit kuat. Kekalkan tahap api yang sama sepanjang menggoreng. Kemudian bolehlah digoreng semua sotong hingga habis.


AYAM MASAK KURMA




Bahan bahan:
  • 1 ekor ayam (size kecik)
  • 5 ulas bawang merah - hiris
  • 4 ulas bawang putih - hiris
  • 1 biji bawang besar - belah 4 tapi jangan putus
  • 2 biji ubi kentang 
  • 1 biji tomato - belah 4 (jika suka)
  • 2 biji cili besar - buang biji, belah 2 (jika suka)
  • Rempah penumis - bunga lawang, kayu manis, buah pelaga
  • 3 sudu besar rempah kurma
  • 1 kotak santan kotak - campur air secukupnya
  • Garam
  • Gula
  • Serbuk perasa
  • Asam keping
  • 1 sudu kecil kerisik

Bahan kisar:
  • 4 ulas bawang merah
  • 1 inci halia


Cara-cara :

1. Panaskan minyak dan tumis rempah penumis dan bawang merah serta bawang putih yang dihiris sehingga kekuningan. 

2. Masukkan bawang merah dan halia yang dikisar. Kacau rata sehingga wangi. Masukkan rempah kurma. Kacau rata. Tumis sehingga rempah kurma terbit minyak. 

3. Masukkan ayam, bawang besar dan ubi kentang. Kacau rata dan biarkan sehingga ayam kecut dan naik minyak.

4. Masukkan santan dan air secukupnya. Kacau rata dan biarkan masak sehingga kuah pecah minyak. Masukkan garam, gula, kerisik dan asam keping. 

5. Akhir sekali, masukkan buah tomato. Setelah kuah naik minyak cantik, bolehlah ditutup api.


UDANG GORENG BUTTERMILK CREAMY




15 ekor udang saiz sederhana besar
serbuk kunyit
garam secukup rasa
sedikit minyak untuk menggoreng 
5 ke 6 ulas bawang putih - dicincang / ditumbuk
5 biji cili padi - dihiris (boleh tambah lagi jika suka pedas)
6 tangkai daun kari 
1/4 cawan susu cair
Sedikit butter/marjerin 

Bersihkan udang. Tak kisah sama ada nak buang terus kepala dan ekor atau bagaimana. Itu atas citarasa masing-masing.

Gaulkan udang bersama sedikit garam dan serbuk kunyit. Panaskan minyak dan goreng udang bertukar warna. Lebih kurang macam 3/4 masak macam tu. Jangan goreng lama sangat nanti isi udang akan menjadi keras dan rasa manis udang juga sudah kurang. Setelah siap, bolehlah ke step yang terakhir. 


Panaskan butter/marjerin di dalam kuali dan tumis bawang putih, cili padi dan daun kari hingga garing dan naik bau. 


Setelah itu masukkan susu cair dan masak sebentar hingga semuanya sebati. Akhir sekali masukkan udang berserta dengan sedikit garam dan serbuk lada putih (jika mahu). Akhir sekali masukkan udang ke dalamnya dan gaul sebati. 


LEMPENG SAYUR



1 cawan Tepung gandum
1 ulas Bawang besar
Sedikit daun bayam
Sedikit daun bawang
Air
Serbuk ikan bilis homemade
Sedikit marjerin
1 biji telur ( jika anak tiada alahan dengan telur )


CARA-CARANYA :
1. Satukan semua bahan dan gaul serata sehingga adunan menjadi sekata bersama dengan air yang mencukupi.
2. Blander segalanya sehingga halus dan tapis. Proses seperti ingin membuat roti jala.

3. Letakkan sedikit marjerin di atas pan dan bolehlah mula membuat lempeng seperti biasa.


KEK COKLAT MOIST KUKUS 

Resepi Kek Coklat Kukus Lembap

1. Kisar semua bahan di bawah ini menggunakan blander dalam jangkamasa lebih kurang 5 minit. Nak gunakan mixer pun boleh, tetapi kacau sebati selama 3 ke 4 minit sahaja. Bahan tersebut adalah :

  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 cawan susu cair / susu kotak segar
  • 1 cawan gula 
  • 1 cawan minyak masak
  • 3 biji telur ayam 

2. Setelah itu, panaskan air di dalam periuk pengukus dan siap sedia untuk proses mudah yang berikutnya. 

3. Sementara menunggu air kukusan periuk pengukus panas, ayakkan bahan tepung di bawah ini.

  • 1 1/4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil baking powder

4. Sekarang masukkan bahan yang telah di kisar ke dalam mangkuk yang besar dan setelah itu tuangkan adunan tepung yang telah di ayak tadi sedikit demi sedikit sampai habis. Kacau sebati adunan terbabit dan ketepikan sekejap.

5. Sekarang, sapukan acuan atau loyang dengan butter atau minyak. Setelah itu tuangkan adunan tadi ke dalam loyang dan tutup loyang dengan plastic wrapping untuk elakkan air masuk ke dalam kek. Jika takde plastik bungkus penutup periuk kukus dengan kain tudung lama yang dah tak digunakan.


6. Akhir sekali bolehlah di kukus selama 1 jam atau sampai betul-betul masak. Nak tahu dah masak ke belum senang je, korang boleh cucuk dengan garfu dan jika dah tak melekat bermakna kek tersebut dah ready sepenuhnya untuk di makan. 


ROTI JOHN AYAM VEGIE


Roti hotdong
Sedikit isi ayam (bersih dan cincang halus)
2 biji cili padi ( buang biji dan potong halus)
1 ulas bawang besar ( potong dadu kecil)
Cendawan secukupnya (potong halus)
Sedikit daun bawang ( potong halus)
2 - 3 biji telur ayam gred A
Sedikit garam halus
Sedikit lada sulah


1. Gaulkan semua bahan bersama telur tadi sehingga sebati. Perasakan dengan garam dan lada sulah. Setelah itu potong roti secara melintang dan bolehlah sapukan roti dengan planta/marjerin. 

2. Mula-mula panaskan pan dan kemudian sendukkan sedikit adunan telur ke atasnya. Ratakan. Setelah itu terus letakkan roti ke atas telur tersebut.

3. Setelah telur menjadi sedikit garing bolehlah di balikkan. Masak sekejap supaya roti bahagian yang baru dibalikkan sedikit garing/panas dan teruslah di angkat. 


DADIH PERISA BUAH



BAHAN-BAHAN :
  •  1 pek serbuk dadih segera
  •  1 tin susu cair 
  •  Gula 100 gram
  •  Air 3000ml


CARA-CARA:
  • 1st, kena didihkan air dulu
  • kemudian masukkan gula dan susu.
  • tunggu sehingga betul-betul mendidih.
  • bila dah mendidih, tutup api dan boleh lah di masukkan serbuk dadih tadi ke dalam periuk sedikit demi sedikit sambil sambil di kacau.
  • Bila dah masukkan semua serbuk dadih tadi, terus kacau selama 5 - 10 minit dan pastikan adunan tu benar-benar 'cantik' (tak berketul-ketul)

Bila dah puashati, bolehlah di masukkan terus ke acuan. Tak kisah lah ualls nak masukkan dalam acuan apa. Bahan-bahan dan cara untuk memasak memang ada tertulis di plastiknya.. so just need to follow. 

Di sebabkan anak kat rumah ni suka dadih yang agak cair dan berkrim, jadi lebihan air dan susu cair telah di masukkan lebih daripada sukatan yang sepatutnya. 

Sebab itulah dadih ni tak di masukkan ke dalam bekas acuan atau loyang sebaliknya dimasukkan terus ke dalam plastik cup! Dadih ni juga boleh dicampurkan dengan buah pilihan yang dipotong kecil seperti strawberi, pisang dan sebagainya. 


AYAM LEMON





BAHAN A
2 keping dada ayam - dihiris nipis (ikut citarasa)
1 sK minyak bijan
3-4 sB tepung jagung
1 biji kuning telur
garam & lada sulah secukup rasa

BAHAN B (SOS)
1 cawan stok ayam (kalau xda, 1 cawan air + 1 kiub ayam)
1/2 biji lemon (kalau suka lg masam, boleh guna 1 biji)
2 sudu besar gula 
2 sudu besar tepung jagung + sedikit air (agen pemekat)
2 sudu besar tepung custard + sedikit air ( agen pewarna)
lada sulah ikut citarasa


1. campurkan kesemua BAHAN A dalam 1 mangkuk 

2. goreng dalam mimyak yg agak byk sehingga kuning keemasan.

3. Untuk sos, masukkan stok ayam dalam kuali dan setelah hampir mendidih, masukkan perahan lemon. 

4. masukkan gula dan air bancuhan tepung custard, sedikit lada sulah serta air bancuhan tepung jagung.

5. masak hingga sos menjadi agak pekat kemudian bolehlah di tuang ke atas ayam yang telahpun siap digoreng tadi

NASI EPAL



Bahan-bahannya :
setengah genggam beras
1/2 biji epal merah
1/2 biji kentang
3 cawan air

Cara-caranya :
1. Bersihkan epal dan kentang kemudian potong kepada potongan yang kecil.
2. Rebus beras bersama kentang dengan dua cawan air menggunakan api sederhana sehingga air menjadi kering sepenuhnya.
3. Tambah setengah cawan lagi air, Masukkan epal merah dan gaul sehingga epal menjadi lembut. dan sebati sepenuhnya.
4. Jika anak masih kecil bolehlah dilenyek dan di tapis sehingga menjadi seperti puree.


TELUR GULUNG ALA KOREA



4 biji telur
1 batang sosej potong dadu kecil
carrot potong dadu kecil
sedikit garam
sedikit lada sulah

CARA-CARANYA:


1. Satukan semua bahan

2. Panaskan kuali non stick dan mula menggoreng. Masukkan sedikit dulu dan setelah lapisan bawah masak gulungkan hingga ke tepi kemudian tuang lagi adunan telur di atas kuali.

3. Ulangi langkah ini hingga semua adunan telur habis. Setelah itu bolehlah di potong seperti sushi.

AYAM GORENG KUNYIT


ayam goreng kunyit by siti awadah


Bahan-Bahan :
Isi Ayam dipotong kecil (saiz ikut suka)
sedikit serbuk kunyit
sedikit garam
sedikit kacang panjang / kacang buncis
bawang besar 

Cara-cara:

Panaskan minyak.. minyak biar lebih sikit dan panaskan dulu.. sambil tu gaulkan ayam tadi dengan kunyit dan sedikit garam. 

Pastu masak dalam kuali hingga warna ayam bertukar keemasan. Then terus masukkan bawang dan kacang. Goreng lagi hingga sebati dan masak sekata. Kemudian toskan dan boleh terus hidang untuk di makan. Resepi sempoi simple habis ni. Makan meratah pun sedap!


PUDING TELUR KARAMEL 




A : KARAMEL
  • 5 sudu besar gula pasir
  • 2 sudu besar air

B : PUDING
  • 4 biji telur gred A
  • 1/2 tin susu pekat
  • 150ml air 
  • 1 sudu besar gula pasir
  • 1 sudu teh esen vanila
  • secubit garam

Cara Membuatnya : 


1. Mula-mula satukan Bahan A dan masak dengan api yang perlahan di dalam kuali atau periuk kecil. Terus di kacau hingga warnanya bertukar menjadi perang. Kemudian masukkan ke dalam bekas dan biarkan ia sejuk sendiri. 

2. Sekarang ni satukan semua Bahan B di dalam sebuah bekas. 

3. Kacau semua bahan tersebut secara perlahan-lahan. Kacau biasa manja-manja gitu je tau. Bukannya kacau hingga naik buih macam nak buat telur dadar tu. 

4. Bila semua adunan dah sebati, sekarang tapis ke dalam sebuah bekas yang lain. 

5. Sediakan periuk pengukus. Masukkan air lebih kurang separuh dari saiz periuk pengukus tu dan buka api untuk panaskan periuk. 

6. Masukkan 'gula karamel' yang tadi sebagai dasar dan diikuti pula dengan adunan telur dan susu. Terpulanglah sama ada nak gunakan loyang ataupun acuan yang lain. 

7. Tempoh memasak lebih kurang 30 ke 45 minit bergantung kepada saiz. Kalau nak tahu masak sepenuhnya atau belum, boleh cucuk sedikit dengan lidi ataupun garfu. 

Panduan penuh resepi puding telur karamel boleh lihat >> DI SINI << 


Anak-anak memang begini kan? Nampak je sikit cili ehh terus dicakapnya pedas! 

Almaklumlah namapun kanak-kanak. Dalam masa yang sama bagus juga jika kurang beri makanan pedas begini pada anak-anak, manalah tahu sakit perut ke apa. So sebagai ibu bapa nak tak nak kena belajar jadi kreatif untuk cipta menu masakan yang tidak pedas tapi sedap untuk pikat selera anak-anak. 






5 comments for "14 Menu Tidak Pedas Yang Sedap Untuk Pikat Selera Anak "

  1. Wow!! saya dah berusiapun nak makan juga menu2 ni

    ReplyDelete
  2. sedapnya semua... simple tapi memang memikat selera anak-anak., orang tua pun suka kak

    ReplyDelete
  3. Tq sis. Ada juga idea nak masak utk anak-anak.

    ReplyDelete
  4. yeay nak cuba jugak lah untuk anak2 ^_^

    ReplyDelete