10 Resepi Kek Pastry Sedap Dan Mudah Guna Air Fryer | Sejak dua menjak ni ramai yang makin hangat bercerita tentang air fryer kan? Mana taknya, masak guna air fryer ni memang mudah betul. Tak kisahlah nak buat masakan jenis kuih muih, kek, pastry atau sebagainya, dipendekkan cerita dari cekodok, karipap hingga ke kek semuanya boleh di buat menggunakan air fryer. Itu belum lagi bercerita tentang bakar ayam, ikan dan sebagainya dalam air fryer ni.

Sebagai salah seorang yang baru nak menggunakkan air fryer, sudah tentulah rasa excited. Lagi-lagi bila terjumpa pelbagai resepi guna air fryer yang best-best. Antaranya resepi kek marble air fryer, resepi kek marjerin air fryer, resepi kek coklat air fryer dan bermacam-macam lagilah!


Malah ada juga group khusus untuk pengemar resepi Air Fryer di facebook. Haa makin meriahlah jawabnya. Boleh lihat macam-macam resepi guna air fryer yang telah di masak kat sana. Percubaan dan pengalaman memasak kek, biskut dan pelbagai menu masakan lagi juga turut dikongsi.

Jadi untuk mak-mak dan surirumah-surirumah yang dah ada Air Fryer kat rumah tu, bolehlah cuba pelbagai resepi yang ada. Kat sini daku turut kongsikan himpunan 10 resepi yang boleh di cuba menggunakan Air Fryer ni. Antaranya resepi burnt cheese cake yang tengah viral sekarang. Walaupun burnt dengan rupa seakan hangit pada kulitnya tetapi isi kek tu memang sedap amat!

So pada sesiapa yang berhajat untuk start buat pastry dan kek guna Air Fryer, bolehlah cuba antara aneka resipi dengan menggunakan Air Fryer macam yang dikongsikan kat sini. 

#1 - Kek Sour Cream 


Bahan-bahan :

1 cawan unsalted butter ( 225gram )
4 biji telur gred A
2 cawan gula - Saya kurangkan jadi 1 cawan gula sahaja
2 -3 tsp vanilla essence
1 cawan sour cream - Saya guna 1/2 cawan dan brand Sunglo
2-1/2 tepung gandum
1/2 tsp baking soda
1 tsp baking powder
1/2 tsp garam
Chocolate chips ( optional )

Cara-cara :


Ayak tepung bersama baking soda, garam dan baking powder.

Dengan menggunakan mixer, blend butter bersama gula hingga menjadi sebati atau bertukar menjadi warna agak pucat. Masukkan sour cream, vanilla essence dan telur satu persatu. Blend lagi sehingga adunan menjadi sebati.

Masukkan bahan-bahan kering yang sudah diayak sedikit demi sedikit ke dalam adunan butter. Masukkan chocolate chips ke dalam adunan. Kacau rata-rata.

Tuangkan ke dalam bekas cake khas untuk Air Fryer. Pastikan tidak menuang adunan melebihi garisan 'max' yang sudah ditetapkan.

Lebihan adunan boleh dibakar menggunakan oven.

Tetapkan suhu pada 160 darjah celcius dan tetapkan masa selama 20 minit. Boleh check selepas 10 minit untuk melihat keadaan kek. Teruskan membakar kek sehingga masa habis. Ambil cake tester dan cucuk di bahagian tengah kek. Kalau masih kelihatan lembap, boleh tambah lagi masa selama 5-10 minit.

Siap dan sedia untuk dihidangkan.


Credits untuk resepi : Nany Fadhly


#2 - Kek Oren


Bahan-bahan:
3 biji telur (gred B)
1/2 sudu teh esen vanilla
2/4 cawan gula kastor
1 cawan minyak jagung
1/2 cawan oren sunquick
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat
Secubit garam
2 cawan tepung gandum (ayak bersama baking powder dan soda bikarbonat)

Cara-cara:
1. Campur semua bahan kecuali tepung, kacau sehingga sebati, agak-agak sampai gula hancur.
2. Masukkan tepung dan gaul rata.
3. Masukkan adunan ke dalam acuan muffin kertas.
4. Panaskan AF suhu 160° sehingga lampu padam (anggaran 3 minit)
5. Masukkan acuan muffin ke dalam AF dan bakar selama 12-15 minit (Kalau nak gelap, buat 15minit)
6. Keluarkan kek dan sejukkan.

Tips daripada Chef Hanieliza : Sedap dimakan sehari lepas buat.


Credits untuk resepi :  Sally Saiman


#3 - Kek Marble Tanpa Telur


Bahan-bahan:

200gm tepung gandum
225gm gula kastor (kurangkan jika tidak suka manis)
3 sudu besar susu tepung
100gm mentega di cairkan (Mai guna Buttercup)
1 sudu teh pes pandan (Mai guna 1 sudu besar serbuk coklat dicairkan dengan sedikit air atau pes pilihan anda)
150ml air
1 sudu teh baking soda

Cara:
1. Cairkan mentega, ketepikan dan biarkan sejuk.

2. Ayak tepung gandum ke dalam mangkuk besar. Masukkan juga baking soda, susu tepung dan gula kastor. Kacau dengan whisk hingga semua bahan bercampur.

3. Seterusnya masukkan air sambil dikacau dengan whisk dan masukkan pula mentega sambil di kacau lagi. Pastikan kacau sehingga gula hancur.
4. Bahagikan kepada dua adunan dan masukkan pes pandan (atau serbuk coklat) ke dalam salah satu dari adunan tersebut.

5. Tuang adunan berselang seli ke dalam loyang. Setelah siap tuang adunan, lorekkan corak di atasnya.

6. Bakar di dalam ketuhar dengan suhu 180 ⁰C selama 30 minit atau hingga masak. Mai guna air fryer Toros Pro Chef dengan suhu 160 ⁰C selama 30 minit. Kek ini juga boleh di kukus.

Credits untuk resepi :  Maisarah Sidi 

#4 - Resepi Coklat Cupcake Air Fryer 




Bahan - Bahan  :
2 biji telur
1 cawan tepung gandum (+baking powder+soda bikarbonat) *
1/2 cawan serbuk koko*
2 sudu besar tepung jagung*
1 sudu teh baking powder*
1/2 sudu teh baking soda*
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan gula halus
3/4 cawan minyak
1/2 cawan air suam

Bahan yang bertanda * diayak 2 kali 

Hiasan (ikut suka)
Badam
Coklat chips
Kismis
Ceri

Cara - cara  :
1. Blend semua bahan kecuali air suam & tepung.
2. Bila dah kembang masukkan tepung. Blend sikit.
3. Kemudian masukkan air suam. Blend lagi hingga rata.
4. Masukkan dalam cup/kotak. Kalau guna cup, tuangkan 1/2 dari cup. Kemudian taburkan hiasan.
5. Bakar dalam air fryer suhu 160-165 darjah selama 10 minit sahaja. ( Wani guna suhu 160 C air fryer haier ) 
6. SIAP!

Tips.
- Jika guna acuan cup yang kecik tempoh bakar dalam 10minit.
- Jika guna acuan loyang besi (bekas besar) masa perlu ditambah sedikit ya.
- Kalau guna loyang besi (bekas besar), buat 2x bakar (jika ikut sukatan resepi di atas) supaya kek masak sempurna.

Credits untuk resepi :  Wani Sukarno 

#5 - Egg TART Air Fryer


BAHAN-BAHAN : (Shell Tart)
100 g butter/marjerin
200 g tepung gandum | ayak
35 g gula aising | ayak
1 biji telur (gred C) | pukul sedikit
Sedikit esen vanila

CARA MEMBUAT :
1. Pukul butter/marjerin bersama gula aising.
2. Masukkan telur yang sudah dipukul sedikit tadi dan masukkan vanila.
3. Kemudian masukkan tepung gandung dan uli sehingga tak melekat di tangan.
4. Wrapkan dan rehatkan dalam peti sejuk 1/2- 1jam pun ok.
5. Kemudian letak adunan dalam acuan dan ratakan serta cucuk dengan garfu (rujuk gambar kakmie kat bawah ya).
6. Bakar dalam air fryer : (bakar shell tart sahaja dulu)
  • suhu 165 darjah
  • masa 5-7 minit (ikut saiz shell dan kesesuaian af masing-masing).

7. Kemudian bila dah masak asingkan daripada shell tart daripada acuannya dan letakkan filling telur. (Pastikan xde lubang akibat cucukan garfu ya sebab filling telur boleh tembus jatuh ke bakul af dan akan menyebabkan tart kita melekat teruk kat bakul). Huhu.
8. Bakar semula dalam air fryer : (shell + filling telur)
  • suhu 150-165 darjah
  • masa 5-7 minit (ikut saiz shell dan kesesuaian af masing-masing).

9. Mungkin ada sesetengah tu bila abis masa filling ada nampak macam tak keras sepenuhnya, xpe. Nanti bila sejuk ia akan keras dan sedap dimakan. Hehe.
Orait kat bawah nih kakmie share cara buat filling telurnya.




BAHAN-BAHAN : (Filling telur)
3 biji telur (gred C)
110 g gula halus
3/4 cawan air panas
1/4 cawan susu segar/susu cair
Sedikit esen vanila
Sedikit pewarna kuning telur

CARA MEMBUAT :
1. Hancurkan gula bersama air panas. Biarkan sejuk sekejap.
2. Dalam mangkuk lain pukul sedikit telur dan masukkan susu segar/susu cair, vanila dan pewarna.
3. Kemudian campurkan gula yang sudah larut dengan air tadi dan kacau sedikit.
4. Tapiskan beberapa kali supaya adunan filling lebih smooth dan tiada lagi tertinggal tali pusat telur yang boleh menyebabkan rasa hanyir. (Guna penapis jaring halus ya).
Tips :
1. Jangan putar adunan terlalu lama nanti biskut akan kembang bila dibakar.
2. Gunakan telur saiz c supaya tak terlebih cecair.


3. Shell tart perlu dibakar sempurna supaya senang keluar dari acuannya. Jika belum masak sempurna shell tart lemau dan tak rangup serta susah keluar dari acuannya.
4. Adunan perlu direhatkan sekejap dalam peti sejuk supaya biskut lebih rangup.
5. Shell tart jangan terlalu tebal atau nipis. Sedang-sedang saja ye. Kakmie guna tangan je untuk bentukkan adunan kat dalam acuan, lepas tu ratakan dengan pisau kecik sekeliling acuan supaya terbentuk sempurna (boleh rujuk gambar di bawah ya).


6. Selepas adunan diletakkan dalam acuan, perlu dicucuk sedikit dengan garfu (jangan sampai tembus ke bawah tau, nanti kalau isi filling telur terkeluar dan boleh meyebabkan ia melekat kat bakul air fryer).
* tujuan cucuk untuk elakkan shell tart kembung atau ada ruang udara di bahagian bawahnya.
7. Kakmie bakar shell tart dulu, lepas tu baru letak filling telur.
* sebab kakmie ada test bakar serentak shell dan telur sekali, hasilnya shell tak brapa masak sangat(belum rangup) walaupun filling telurnya dah hampir masak kat bahagian atas.


Credits untuk resepi : FB Salmy Saznira

#6 - Burnt Cheese Cake Air Fryer




BAHAN-BAHAN :
250g cream cheese | suhu bilik
3 biji telur | suhu bilik

1/2 cawan / 125g whipping cream
4 sudu besar gula perang (soft brown sugar)
2 sudu besar tepung gandum

2 sudu besar jus lemon
1 sudu besar parutan lemon
1 sudu kecil vanila

Hiasan :
Gula ising
Buah strawberry/blueberry dan lain-lain
Jem buah-buahan

CARA MEMBUAT : (rujuk gambar di bawah)

Langkah 1
- Pukul cream cheese dan gula perang hingga halus.

Langkah 2
- Masukkan telur satu persatu. (Buang dulu tali pusat tu ye untuk elak hanyir).

Langkah 3
- Kemudian masukkan whipping cream, gaul sebati.

Langkah 4, 5, 6
- Selepas tu masukkan jus lemon, parutan lemon dan vanila. Kacau sebati.

Langkah 7, 8
- Akhir sekali masukkan tepung gandum. Gaul hingga sebati


- Kemudian masukkan ke dalam bekas. Ni terpulang la nak masuk dalam loyang atau bekas daripada kertas macam kakmie ni.

Langkah 10
- Set kan air fryer :

  • Suhu 180 darjah
  • Masa 25 minit (jika nak lebih hangus boleh tambah masa lagi)
  • •suhu dan masa ni sebagai anggaran.
Boleh try and error dulu ikut air fryer masing-masing ya.


• Selepas masak perlu disejukkan dulu beberapa jam. Lepas dah sejuk tu kalau nak letak dalam peti sejuk lagi sedap tau.
• Kemudian boleh la bukak acuannya. Hehe sebab kakmie guna acuan kertas tu senang, terus kotakkan bekas tu.
• Lepas tu hiaslah dengan hiasan gula ising atau jem dan buah-buahan.


Credits untuk resepi :  FB Salmy Saznira

#7 - MUFFIN Pisang Air Fryer


BAHAN A :
1 cawan pisang | lenyekkan
1/2 cawan gula perang
1 cawan minyak
3 biji telur | gred A
👆blend semua bahan di atas selama 1-2 minit

BAHAN B :
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1/2 sudu teh baking soda
1 sudu teh baking powder
Secubit garam
👆ayak semua bahan di atas

BAHAN TAMBAHAN :
Kacang walnut
Coklat chips
Badam nips

CARA MEMBUAT :
1. Blend semua bahan A selama 1-2 minit hingga kembang putih.

2. Ayak bahan B.

3. Selepas bahan A diblend masukkan ke dalam satu mangkuk besar.

4. Masukkan bahan tepung, coklat chips dan badam ke dalam mangkuk adunan A.
Kaub balik hingga sekata sedikit.

5. Kemudian masukkan ke dalam cup kertas kecik yang comei.

6. Taburkan kekacang dan coklat chips kat atas muffin.



7. Set kan air fryer
▪️suhu 165-170 darjah
▪️masa 10 minit

8. Orait! Siap.




Tips dan Nota :

1. Jika guna cup lebih kecik kurangkan sedikit masa dan jika cup besar tambah sikit masa (2) minit gitu.

2. Boleh buka bakul untuk check masa proses bakar.

3. Pisang yang sedap dibuat muffin ni seperti pisang emas, pisang berangan.

4. Untuk kekacang dan coklat chips tu obsyen la. Nak pilih yang kacang/coklat lain tu boleh juga

Credits untuk resepi : FB Salmy Saznira

#8 - Resepi Pandan Muffin Lembut & Gebu


Bahan-bahan: (15 biji)

  • 1 1/2 cawan susu segar
  • 1 cawan buttercup cair
  • 3/4 cawan gula
  • 1 biji telur
  • 1/4 sdk perasa pandan

Cara-cara:

  1. Blendkan semua bahan-bahan di atas.

Bahan-bahan lain:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sdk baking powder
  • 1 sdk soda bikarbonat

Cara-cara:

  • Satukan tepung gandum, baking powder dan soda bikarbonat. Masukkan bahan yang diblend tadi. Kacau sebati. Kemudian masukkan sedikit pewarna hijau.
  • Masukkan adunan yang dikacau sebati ke dalam kertas cupcake, agak-agak dalam 3/4 penuh.
  • Pre-heat air fryer pada suhu 150°C selama 3 minit.
  • Kemudian masukkan adunan tadi ke dalam air fryer dan bakar selama 15 minit.
  • Siap!
Credits untuk resepi :  Nur Filzah Akma

#9 - Resepi Kek Marjerin 


Bahan :
1 Cawan Marjerin . (resepi ni guna majerin pelangi tu je)
1 1/2 Cawan Tepung Gandum.
1 Sudu Teh Baking Powder
1 Sudu Teh Esen Vanilla
1/2 Cawan Gula
2 Biji Telur Gred B

Cara-cara :

1. Masukkan Majerin, gula, esen vanila dan telur dalam blender korang. Kemudian blender bagi sebati.

2. Dah siap blender, masukkan kedalam mangkuk besar ataupun apa-apa jenis mangkuk untuk korang sebatikan dengan tepung pulak nanti.

3. Cari loyang yang sesuai dengan keluasan air fryer korang. Sapukan manja-manja majerin ke dalam loyang. Untuk elakkan kek melekat dan senang nak keluarkan kek nanti.

4. Masukkan adunan kedalam loyang dan ketuk-ketuk sedikit loyang bagi adunan kek mendap dan untuk keluarkan angin.

5. Disebabkan loyang kecil yang boleh masuk basket air fryer tak jumpa hilang kemana, terpaksa bukak basket dan masukkan dalam pan je. Boleh juga cara ni pun

6. set suhu 160*c dan masa 35 minit. Boleh juga set suhu 180*c dan masa 20 minit. Korang kena main suhu dan masa ikut air fryer korang. Kalau suka garing, boleh lama sikit. 

7. Dah siap

Credits untuk resepi : Apa Kata Mommy 

#10 - Resepi Roti Susu Guna Air Fryer



Bahan Permulaan Doh
  cawan tepung roti
 ½ cawan susu segar
Bahan- Bahan Doh Roti
 2 ½ cawan tepung roti
 ½ cawan susu segar
 1011 g yis keringpastikan yis aktif
 ¼ cawan gula
 1 biji telurdipukul
 1 sudu teh garam
 4 sudu besar mentegabutter

Cara-cara : 

1. Masukkan bahan permulaan doh ke dalam mangkuk dan kacau pada api rendah lebih kurang 5 minit sehingga adunan likat. *Pastikan api rendah dalam ~40c. Rehatkan pada suhu bilik

2. Mulakan masuk bahan untuk doh roti. Masukkan yis, telur yang dipukul, tepung roti, tepung roti, garam dan kacau sehingga sebati.

3. Bila sebati, keluarkan adunan tadi dan mula menguli doh sehingga sebati menggunakan tangan dan sedikit tepung bagi mengelakkan doh melekat di tempat menguli.

4. Uli sehingga sebati dan anjal dan rehatkan doh seketika.

5. Kemudian tambahkan mentega dan uli lagi doh sehingga anjal dan cantik lebih kurang 5 minit. Jika doh terlalu melekit, taburkan sedikit tepung, jika terlalu keras tambahkan sedikit susu segar

6. Kemudian masukkan doh ke dalam mangkuk dan tutup dengan pembaalut plastik atau tutup dengan kain selama lebih kurang 1 jam atau sehingga size doh kembang satu kali ganda dari saiz asal.

7. Kemudian keluarkan doh dan potong atau bahagikan doh bulat-bulat dan masukkan doh ke dalam air fryer. Letakkan kertas baking ke dalam air fryer sehingga mengembang sekali ganda lagi atau dalam 30-45 minit.


8. Sapukan campuran kuning telur+susu segar ke atas permukaan doh.


9. Setkan suhu airfryer kepada 160c dan bakar sehingga 10 minit.

10. Bila sudah 10 minit, anda boleh turunka suhu kepada 115c dan bakar selama 5 minit lagi atau sehingga masak

11. Sedia dihidangkan bersama air minum petang. Selama mencuba.\

Credits : Resepi Mudah

Dah Ada Air Fryer Kat Rumah? Bolehlah Cuba Pelbagai Resepi Yang Best Best!

Itulah dia antara resepi pastry dan kek yang mudah di buat dan di masak dengan menggunakan Air Fryer. Tak kisahlah guna air fryer jenama apa, asalkan ada keinginan untuk mencuba pelbagai jenis resepi seperti yang ada kat sini.

Tak kisahlah dah lama guna air fryer atau baru nak terjebak, yang penting masak guna air fryer ni memang ada keistimewaannya yang tersendiri dalam pembuatan pastry, kek dan sebagainya ini. Sedapnya bila lihat kek-kek  yang sudah di masak dengan baunya yang harum. 

Seronok sebenarnya guna air fryer ni sebab saiznya yang sangat mesra pengguna, di tambah dengan bentuknya yang comel dan cara untuk menggunakannya yang sangat mudah dan praktikal. Okaylah, takat ni dulu untuk perkongsian resipi pastry dan kek menggunakan Air-Fryer. 

Selamat mencuba dan semoga berjumpa lagi di lain artikel. 













Terima kasih kerana membaca. Apa pendapat anda tentang artikel ini? Jemput komen di bawah.